Fakta Mengenai Meroyan Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan hi korang

Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang ibu yang telah mengelar bayi perempuannya yang berusia dua bulan. Menurut berita, ibu tersebut mendengar bisikan halus supaya beliau berbuat demikian. Sebagai ibu, hati saya sedih mendengar berita duka ini namun tidak terus menuding jari pada si ibu kerana tidak berada dalam situasi beliau.

Bila jadi perkara sebegini, pastinya akan mengaitkan ibu tersebut dengan meroyan. Kebarangkalian itu ada kerana emosi ibu ibu yang selepas bersalin ini tidak menentu. Jadi, adalah tidak adil kita menyalahkan ibu yang dalam pantang atau selepas pantang membunuh anak dengan menuduh dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas. Kita sepatutnya mengkaji dari sudut yang lain kenapa dan mengapa perkara begitu boleh berlaku.

Tak ramai pasangan di luar sana yang mengambil tahu kesan tekanan emosi yang dialami wanita terutamanya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Jsdi, amat penting kita mengambil inisiatif untuk belajar dan menambah ilmu mengenai meroyan ini.

Ada tiga peringkat penyakit meroyan yang perlu kita tahu iaitu :

1. Baby Blues

Baby Blues ini merupakan level meroyan paling rendah. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya. Tanda tanda si ibu dah kena Baby Blues ialah mood swing, mudah cemas selalu menangis, kurang selera makan dan susah tidur. Biasanya akan berlaku pada ibu yang beranak pertama kali di mana waktu tidur ibu tidak menentu dengan melayan anak yang sedang menangis. Ditambahkan pula suami yang tidak membantu isteri akan menyebabkan isteri stress.

2. Pospartum Dpression

Merupakan level meroyan pertengahan. Seperti Baby Blues juga tetapi simptomnya lebih lama dan lebih teruk. Biasanya berlanjutan sampai 6 buan lepas bersalin. Ibu yang biasanya kena Pospartum Depression ni biasanya tidak mampu menjaga bayi sendiri. Antara tanda tanda dah kena penyakit ini ialah mood swing yang teruk, menangis yang melampau lampau, susah nak bonding dengan bayi (kadang rasa benci dengan bayi sendiri), rasa tiada tenaga dan tidak boleh tidur, rasa nak hempas bayi ataupun cederakan bayi dan rasa diri tidak berguna.

3. Pospartum Psyhosis

Merupakan level meroyan yang paling dashyat. Biasanya yang kena penyakit ini akan berhalusinasi. Jika isteri dalam pantang sudah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan, maka berhati hatilah. Ibu yang kena Pospartum Psychosis tidak boleh menjaga anak sendiri kerana ketika itu fikirannya tidak rasional.

Dan untuk makluman korang ada banyak jenis meroyan ni tau. Adalah penting untuk kita mengambil tahu jenis meroyan yang ada iaitu :

1. Meroyan Api

- ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah sampai ketahap menjerit-jerit dan lupa diri.
- mood swing yang ketara
- perubahan sikap lebih ketara bila dalam keadaan haid

2. Meroyan Ketung

- ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh.
- berlaku kebanyakkannya kepada ibu yang kehilangan anak
- ada kes sehingga membunuh diri

3. Meroyan urat

- ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
- selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika si ibu tersilap makan benda benda yang bersifat sejuk.
- berlaku kepada ibu ibu yang melakukan kerja kerja berta atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin.

[ Jenis - Jenis Makanan Sejuk dan Berangin Yang Perlu Dielakkan Orang
Yang Berpantang Dan Mudah Kena Angin Dalam Badan ]

4. Meroyan lendir

- ibu sentiasa pucat lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
- keguguran rambut yng extreme
- mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan
- penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.

5. Meroyan tinggal

- ibu tiba tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah.
- ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri
- ada tahap sehingga menjadi ganas

6. Meroyan bulu

- ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin
- jika berlarutan, ibu akan mula menghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi
- ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk sejuk ketika dalam pantang

7. Meroyan kulit

- ibu akan merasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru garu seperti kelakuan kera.
- tandanya darah kotor tak habis keluar jadi kekotoran akan keluar melalui liang roma peluh
- akan berterusan jika darah darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.

Jadi, kepada suami suami di luar sana jangan biarkan isteri korang stress. Biar isteri fokus kepada bayi yang baru lahir. Biaran dia berehat sepuasnya dan menyusukan bayi dengan tenang. Janganlah korang tambah kesakitan jiwa kepada isteri semasa dia dalam tempoh berpantang kerana dia telah mengalami kesakitan fizikal semasa bersalin.

Shapee Nursing Bra Yang Selesa dan Memudahkan Ibu Ketika Menyusukan Bayi

Assalamualaikum dan hi korang

Kepada bakal bakal ibu dan ibu ibu yang masih menyusukan baby pastinya sibuk mencari dan menyediakan keperluan yang penting bila ada baby kan. Contohnya barang keperluan bayi dan keperluan ibu itu sendiri. Bercakap mengenai barang keperluan ibu sendiri Mimi nak share salah satu keperluan yang penting untuk korang highlightkan iaitu nursing bra.

Sebagai ibu yang mengamalkan penyusuan susu badan sepenuhnya, nursing bra yang selesa dan sesuai amat perlu dititik beratkan agar penyusuan kepada bayi jadi selesa. Jadi, amat penting bagi ibu ibu menyusu di luar sana mencari nusing bra yang sesuai dan selesa seperti material nursing bra dan tali nursing bra iu sendiri. Mimi nak share dengan korang nusing bra yang mampu memberikan korang keselesaan yang maksimum iaitu Shapee Nursing Bra.



Sebagai pengguna Sahpee Nursing Bra, Mimi nak share dengan korang kelebihan jika korang memakai Shapee Nursing Bra ni. Shapee Nursing Bra ini direka dengan 3D Seamless Design ( non wired ) untuk memberikan keselesaan Miss B korang. Ia juga direka dengan memberi 360° sokongan keselesaan kepada korang jika memakainya. Tali nursing bra ini juga dipertingkatkan buatannya agar memberikan sokongan yang maksimum kepada Miss B korang. Apa yang best lagi ia juga mempunyai klip pada tali bra yang fleksibel boleh di mana ia boleh dibuka dan disambung semula untuk memudahkan korang bila nak menyusukan baby tau. Shapee Nursing Bra ni terdiri dari 3 warna iaitu hitam, nude dan pink.

Mimi sendiri selepas pakai Shapee Nursing Bra ni sangat berpuas hati dengan rekaannya cantik, kemas dan selesa. Nak susukan Adhwa dan nak pam susu pun senang tau korang. Just bukak klip pada tali bra tu saja. Selesai menyusukan atau mengepam susu pasang semula klip pada tali bra. Semudah abc tau. Shapee Nursing Bra ni membuatkan Mimi rasa selesa tau. Kalau Miss B bengkak dan susu mengalir keluar tak perlu risau baju basah ke apa sebab Shapee Nursing Bra memberi perlindungan yang maksimum tau.







Shapee Nursing Bra juga mempunyai bra pad yang boleh dikeluarkan dan ditukarkan. Memudahkan korang untuk mencuci bra dan tak perlu risau bentuknya rosak. Cara nak cucinya juga sangat mudah tau korang. Just keluarkan bra pad melalui ruang yang ada terbuka sikit dan boleh cuci bra macam biasa. Shapee Nursing Bra ni juga diperbuat dari material yang memudahkan kulit untuk bernafas iaitu nilon dan spandex di mana ia memberikan pengaliran udara yang sangat baik. Dannn yang paling best bila memakai Shapee Nursing Bra ni kan korang ia mampu menutup lebihan lemak pada badan korang iaitu memberikan badan korang efek slim gitu.

Kalau korang beli Shapee Nursing Bra ni korang akan dapat percuma extender hook. Ia sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki tubuh badan yang besar. So, tak perlu risau nursing bra ni sempit atau tak muat untuk korang, just pasang saja extender hook tuh pada 0 Shapee Nursing Bra inidatangkan dengan tiga saiz yang berbeza seperti :-

o   M         32D/34B/34C

o   L          34D/36B/36C

o   XL        36D/38B/38C

Korang boleh rujuk jadual saiz bagi Shapee Nursing Bra seperti di bawah.



Untuk maklumat lanjut mengenai Shapee Nursing Bra ni boleh terjah web dan facebook seperti berikut :

Shapee Nursing Bra
Harga : RM45.00