Sebab 5 Barangan Dari Lazada Harus Dimiliki

Assalamualaikum dan hai korang...

Sebelum bebel bebel panjang panjang Mimi nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua yang menyambut perayaan ini. Gong Xi Fa Cai ♡♡♡



Okeylah korang, jom layan bebelan Mimi yang agak panjang ni. Actually kan korang, hari hari Mimi usha Lazada since awal Januari tau. Kononnya nak cari hadiah birthday untuk diri sendiri. Al maklum sajalah January Women katakan. Bila hari hari usha Lazada mahu tak meroyan dibuatnya. Mandi tak basah tidur tak lena makan saja yang berselera..hahaha...Bukan setakat pilih hadiah untuk birthday woman saja tau, hadiah untuk suami dan anak pun ada. Hah isteri dan ummi solehah gitcheuww...

Usha punya usha recce punya recce akhirnya berjaya juga Mimi pilih 5 barangan yang Mimi berkenan sangat sangat. Siap siap add to cart gittchueww...Total ngam RM 2,017.00 tau. Naik juling mata hakak pilih 5 barangan bagi genap RM 2,017.00. Kesannya hari ni pergi office kepala sakit...hahaha...Gigih tau.

Mesti korang tertanya tanya apakah 5 barangan yang Mimi pilih dan nak sangat memiliki barangan tersebut? Hah jom jom baca Mimi share dengan korang sebab Mimi nak sangat 5 barangan dari Lazada ni.

1) Samsung Galaxy J7 Prime (2016) 3GB+32GB (Pink Gold)

Harga : RM 1,199.00



Actually, dah lama Mimi usha Samsung Galaxy J7 Prime ni sejak hujung tahun lepas lagi. Tapi time tu, hati tak tergerak pun nak beli sebab dengan keyakinan yang membara katanya, Mimi dapat rasakan mesti akan keluar warna pink. Sekali betul tekaan hakak tau. Lompat bintang 50 kali tengok iklan Samsung Galaxy J7 Prime Pink Gold menari nari di kaca televisyen. Datanglah 1000 jenis jenama handphone yang lain tak ku hirau tak ku endah sebab Samsung Galaxy J7 Prime terpahat di hati. Reka bentuknya yang elegan, sofistikated, nipis dan ringan membuatkan si pemilik J7 Prime tampak lebih bergaya dan mewah. Korang tengoklah sendiri gambar Samsung Galaxy J7 Prime ni mana Mimi tak meroyan? Kenapalah J7 Prime ni mencarik carik halus hati tisu Mimi ni.

Didatangkan dengan 5.5 inci skrin (IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors) dan Octa-core 1.6 GHz Cortex-A53. Dan apa yang buat Mimi nak sangat J7 Prime ni sebab ia mempunyai 32GB internal storage dan 3GB Ram. Orang yang gila bergambar macam Mimi ni memang sesuaiiii sangat ada handphone yang mempunyai internal storage besar macam ni dan hasil kamera yang cantik. Gila gambar tak cantik kalau dah kamera depan 8MP dan kamera belakang 13MP. Confirm lah gambar cantik nau nau kan. Hah muka kau yang kurang cun terus jadi cun macam Che Ta sebab effect kamera yang awesome. Tak payah nak edit sangat guna aplikasi camera 360 tuh hah. Plastik sangat okey! Dan lagi dan lagi yang paling best, J7 Prime mempunyai non-removable Li-Ion 3300 mAh battery. Ketahanan bateri J7 Prime ni juga menjadi pilihan utama Mimi sebab boleh dikatakan part time job Mimi 100% hadap handphone. Online businesswomen katakan...

Yang nak beli Samsung Galaxy J7 Prime warna Pink Gold yang super awesome ini boleh klik link ni terus [ www.lazada.com.my/samsung-galaxy-j7-prime2016-3gb32gb-dual-sim-lte-pinkgold-samsung-malaysia-warranty-free-gift-worth-200-18461206.html ]

2) Buffalo HDD MiniStation 1TB External Portable Hard Drive Hard Disk HD-PNFU3 (Pink)

Harga : RM 268.00



Kenapa Mimi nak sangat Hard Disk? Hah nak tau sebab apa? Sebab tugasan harian Mimi di pejabat memang hari hari mengadap dokumen surat menyurat tau. Banyak softcopy yang Mimi save di pendrive. Untuk backup kan. Buatnya pc rosak menangis sambil nyanyi lagu ikan kaloi la jawabnya. Ada beratus wei dokumen dalam PC Mimi nih hah. Kadang kadang bila ada tugasan penting nak buat dengan segera, time tu jugalah pendrive kau yang kecil cecoet tu hilang. Arghhhh stress hakak tau tak? Hah bila dah ada hard disk yang besar gabak ni memang mudah sangat sangat kerja kan. Peratusan nak hilang tu agak mustahil kecuali kena kidnap dengan orang tak bertanggungjawab. Kot besar macam ni tak nampak juga depan mata tak tahu nak cakap.

Buffalo Hard Disk ini sangat memudahkan bila digunakan dan USB 3.0 boleh dihubungkan terus di PC dan komuter jenis Mac. Selain daripada itu, PC juga akan di backup secara automatik berjadual dengan Buffalo Backup Utility. Tak perlu risau lah dokumen korang corrupt ke apa kan. Reka bentuknya yang kompak memudahkan kita untuk ambil fail yang diperlukan di mana mana PC tau. Senang cerita senang nak bawa ke mana mana lah.

Kalau korang nak dapatkan juga Buffalo Hard Disk ni korang boleh klik link ni terus [ www.lazada.com.my/buffalo-hdd-ministation-1tb-external-portable-hard-drive-hard-diskhd-pnfu3-pink-18140884.html ]

3) Sokano Cradle Stroller Recommended by Smarter Mum - Red + Black

Harga : RM 236.90



Bila ada baby, ini merupakan salah satu benda wajib kena ada. Actually, stroller baby yang lama dah ada. Tapi memandangkan sekian 5 tahun tak beranak kecil, tup tup ada rezeki dapat baby, makanya stroller lama tuh faham faham sajalah rupanya. Dah kepam semacam dah tengok. Masih boleh guna lagi tapi bila Mimi ada satu sikap yang agak cerewet, maka stroller tu jadi hiasan saja dalam stor. Sebab kain stroller tu dah bercapuk capuk bintik bintik hitam dan warna agak lusuh. Apa ingat penampilan laki bini saja kena jaga? Anak pun kena jaga dan utamakan ye tak? Kena fikir keselesaan baby juga.

So, Mimi decide pilih Sokano Cradle Stroller ni sebab reka bentuknya yang moden dan fesyennya yang up to date. Stroller ni juga boleh adjust dalam keadaan tiga posisi tau yang memberikan keselesaan kepada baby. Brek tayar di hadapan dan belakang juga direka untuk keselamatan baby so, tak perlu risau stroller meluncur laju ke apa. Apa yang best, seat stroller direka untuk memberikan keselesaan kepada baby dan nampak ekslusif sangat tau. Ia juga boleh dibuka untuk dibasuh. Bila baby dalam stroller, tak payah risau baby kena panas ke apa sebab stroller ni mempunyai kanopi 3-tier yang memberi perlindungan yang maksimum dari cahaya matahari. Bila beli stroller, Mimi juga akan pastikan handle stroller boleh adjust supaya senang nak mengadap baby kan. Boleh kawal apa yang baby buat. Semua ciri ciri yang Mimi perlukan ada pada Sokano Crade Stroller. Memang nak sangat stroller baru ni untuk Adhwa sebab dapat mengurangkan sakit pinggang Mimi setiap kali dukung dia. Nampak saja kecil tapi tulang dia padu tau. Incik suami pun mengadu sakit pinggang bila dukung Adhwa.

Korang yang bakal bergelar ibu atau sudah pun jadi ibu, korang amat disyorkan beli stroller Sokano ni [ www.lazada.com.my/sokano-stroller-recommended-by-smarter-mum-red-black-bpa-free-tableware-4562889.html ]


4) (Import) Jargar Automatic Mechanical Movement With Black Leather Strap Gift Box JAG922TG06 (Silver Black)

Harga : RM 116.10



Hadiah istimewa untuk incik suami Mimi. Bukan Mimi saja celebrate birthday bulan Januari tau incik suami pun sama juga. Beza hari saja. Mimi 13hb incik suami pula 22hb. Hah, bila nak pilih barang mana boleh lupakan si dia kan. Kata nak isteri solehah. Selalu nampak incik suami pakai jam jenis sport, kali ni Mimi ubah sikit penampilan dia pakai jam ala ala Maskulin katanya.

Bila incik suami pakai jam ni mesti nampak lagi macho kan. Design jam ni menampakkan lagi sisi mewah si pemakai. Jam Jargar Automatic Mechanical Movement ini boleh didapati di [ www.lazada.com.my/import-jargar-automatic-mechanical-movement-with-black-leatherstrp-gift-box-jag922tg06-silver-black-8424635.html ]

5) Nixon Women's A 5092080 Small Time-Teller Leather Analog Display Quartz Watch

Harga : RM 197.00



Asyik ada koleksi jam tangan warna pink saja kan, sekali sekala tukar warna jam tangan pula. Kali ni Mimi pilih Nixon Women's A 5092080 Small Time-Teller Display Quartz Watch.

Keistimewaan jam tangan Nixon ni ialah selain nampak elegan bila memakainya, ia juga tahan lasak tau. Bukan calang calang jam ni. Jam ni juga kalis air tau dan boleh dibawa masuk dalam air dengan kedalaman 330 kaki. Sangat sesuai dibawa ketika berenang dan snorkeling tapi bila buat aktiviti scuba diving tidak digalakkan memakai jam ni tau..Rosak hakak tak jamin ye..hehehe

Hah, sebab itulah Mimi pilih jam ni sebab sangat sesuai dengan Mimi yang pelupa ni. Bila time nak mandi laut atau kolam selamba badak je berenang langsung tak tanggal jam tangan. Tu yang jam tangan silih berganti sebab rosak masuk air.Jadi, memang sesuai sangatlah jam ni dengan Mimi kan. Jam tangan ni boleh dapat dekat sini [ www.lazada.com.my/nixon-womens-a5092080-small-time-teller-leather-analog-displayquartz-watch-1165183.html ]



Fiiiiuuuu, berpeluh peluh hakak tau pilih 5 barang total semua RM 2,017.00. Cantik tak jumlah RM 2,017.00 5 barang pilihan Mimi dengan tahun 2017. Puji sikitlah hakak Mimi ni pandai...hehehe..






Korang kalau nak shopping barangan lain seperti barangan eletrik, pakaian, mekap dan lain lain lagi korang boleh terjah Lazada Malaysia yang sedang buat promosi sempena Tahun Baru Cina. Boleh klik ini [ http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale ]. Dijamin korang berpuas hati dengan servis Lazada Malaysia yang pantas dan efisien. Gedung membeli belah online yang terbesar di Malaysia yang menjadi pilihan pastinya Lazada Malaysia.

Penawar Resdung Paling Berkesan / Mujarab

Assalamualaikum dan hai korang

Apa itu resdung? Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Resdung merupakan radang pada rongga rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung.

Antara tanda tanda resdung ialah hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi, gatal gatal pada hidung mata dan telinga terutama bila memakan ayam, udang ketam, ikan masin dan sambal belacan, bersin bila terkena habuk, sering mengalami hidung tersumbat, mempunyai lendir dari hidung dan kahak, sakit atau rasa berat muka terutama mata, sakit tekak berpanjangan dan berulang, nafas berbau, jerawat pada muka serta badan, kulit kepala berkelemumur, gugur rambut, sering sakit kepala, migrain, gatal kulit dan keputihan.

Kesan daripada penyakit resdung ini ialah hilang deria bau, pelupa/daya ingatan lemah, lubang hidung bengkak dan tersumbat.

Kalau korang ada salah satu tanda tanda di atas maknanya memang korang sedang menghadapi resdung. Bila ada resdung, pasti mengganggu urusan harian korang kan. Sebelum resdung bertambah teruk apa kata cegah penyakit tu dari terus berlarutan. Mimi nak perkenalkan korang satu produk yang boleh membantu masalah resdung yang dihadapi iaitu Penawar Resdung Paling Berkesan dari Produk Warisan Insan.





Kelebihan apabila mengamalkan penawar resdung paling berkesan ini ialah tidak perlu membuat rawatan resdung sehingga mengeluarkan kos yang tinggi, tidak perlu buang masa memakai/beli banyak produk, tidak perlu buat pembedahan muka atau berbekam mengeuaran darah dari muka, tidak perlu mengeluarkan lendir resdung atau sinus dan tidak perlu guna lintah hidup untuk merawat resdung.

Cara pengambilan penawar resdung paling mujarab ini ialah ambil sebiji pada waktu pagi dan sebiji pada waktu malam sebelum tidur. Jika resdung berkurangan tidak perlu ambil setiap hari, ambil bila perlu sahaja. Dalam seminggu, cukup sekadar dua hingga tiga kali pengambilan.

Untuk kesan yang lebih cepat, buka sarung kapsul dan masukkan serbuk akar kayu di dalam segelas air kosong dan kacau sehingga larut. Sebelum minum baca Bismillah dan selawat.



Banyak testimoni daripada pengguna ubat resdung paling berkesan ini yang berpuas hati dengan keberkesanannya. Korang boleh lihat testimoni testimoni seperti di bawah.











Korang juga boleh baca pengalaman pengguna ini mengenai keberkesanan penawar resdung paling berkesan di SINI.

Ubat resdung paling berkesan ini merupakan ubat resdung akar kayu yang sudah di warisi oleh pengamal perubatan Islam 40 tahun yang lalu dan merupakan ubat warisan turun temurun.

Untuk makluman lebih lanjut dan koranh ingin dapatkan Penawar Resdung Paling Berkesan ini korang boleh hubungi maklumat seperti tertera di bawah :

Puan Aisyah (013 - 987 1616)

Oh ya, sebelum terlupa Mimi nak bagitahu korang, selain daripada mencari penawar resdung paling mujarab, korang yang ingin mendapatkan maklumat dan mencari PENAWAR BUASIR PALING MUJARAB BAGI KAUM LELAKI DAN WANITA boleh klik ini [ http://warisanislamic.blogspot.my/2012/04/majun-buasir-paling-berkesan-di.html ]

Les' Copaque Menerima YouTube Gold Dan Silver Play Button

Assalamualaikum dan hai korang

Siapa yang tak kenal dengan Syarikat Les' Copaque Production yang sinonim dengan siri animasi Upin dan Ipin. Bila sebut Les' Copaque pasti akan ingat Upin dan Ipin begitu juga sebaliknya. Populariti yang dikecapi Les' Copaque menerusi siri animasi Upin dan Ipin amat membanggakan malah membanggakan Malaysia kerana mampu mengeluarkan animasi setanding negara luar. Bukan setakat animasi Upin dan Ipin sahaja tau yang dihasilkan Les' Copaque ada juga animasi lain yang dihasilkan seperti Pada Zaman Dahulu, Puteri dan banyak lagi.

Untuk makluman korang pada 19 Januari 2017, Syarikat Les' Copaque Production telah menerima kejutan dari You Tube iaitu kiriman " Gold Play Button" bagi meraikan kejayaan Channel LEes' Copaque di platform itu yang mencecah 1 juta pengikut. Ini juga menjadikan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100,000 pengikut baru sahaja tiba. Dan hadiah yang diterima dianggap sebagai satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.



Dengan 1,000,000 pengikut itu sekaligus menjafikannya "Most Subscribed Youtube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul Korea baru baru ini. Video ini telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontotan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017. (eh eh time nih birthday Mimi lah...hehehe)



Untuk pengetahuan korang, Youtube Channel Les' Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les' Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform YouTube.



Kini, Les' Copaque mensasarkan "Diamond Play Button" yang memerlukan 10 juta pengikut. Dengan kerjasama daripada peminat hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi adalah tidak mustahil sasaran ini akan dapat dikecapi.

Untuk sebarang pertanyaan korang boleh email atau hubungi :

Mohd Zarin Abdul Karim (012-239 9327)
Email : zarin@lescopaque.com

Nurulhuda Sharabuddin (012-388 0571)
Email : nurulhuda@lescopaque.com

Keropok Lekor Hipster Bentuk Najis Dihidangkan dengan Mangkuk Jamban

Assalamualaikum dan hai korang

Keropok Lekor Hipster Bentuk Najis Dihidangkan dengan Mangkuk Jamban | Tak tahulah nak cakap macam mana lagi bila makanan favourite ramai ini bertukar wajah jadi najis. Bayangkan keropok lekor yang asal diubah jadi serupa najis? Kot ya pun nak hipster sangat janganlah di ubah bentuk asal keropok lekor tu jadi najis atau bahasa kasarnya tahi.



Serius, Mimi sendiri hilang selera nak makan keropok lekor macam tahi ni. Memang terasa makan keropok lekor tapi dah serupa makan najis a.k.a tahi dah. Dah lah bentuk dah buat tekak loya hidang pula dalam mangkuk jamban. Eh dah kenapa pula ni kan? Korang selera ke makan makanan macam ni?

Bagi Mimi sendiri, kalau keropok lekor tu diubah warna asalnya kepada warna warna lain still boleh terima lagi tau tapi kalau ubah keropok lekor serupa najis ni, maaf cakaplah baik jangan berniaga. Serius Mimi tak boleh hadam business makanan macam ni. Apa sebenarnya matlamat peniaga ni? Nak mencipta satu fenomena baru dan gempak? Nak kan publisiti? Of course lah kan...hahaha...Atau nak naikkan sale volume? Lagi lah Yessss kan.,

Tak kisahlah nak hipster ke apa tapi rasa kurang manis dan kurang sopan makanan dibuat seperti najis. Benda yang orang selalu cari, beli dan makan disamakan dengan sesuatu yang kotor dan meloyakan. Tak boleh bayangkan orang yang boleh telan makan keropok lekor hipster ni. Mungkin orang yang boleh telan ni jenis tak kisah dan okey saja dengan makanan hipster walaupun makanan tuh hodoh.

Apa apa pun kembali semula pada fitrah ya. Jangan terlalu nak hipster sangat sampai lupa nawaitu mencari rezeki tu...Jangan terlalu taksub mengejar keuntungan perniagaan tetapi nilai keaslian sesuatu makanan itu diketepikan.

Sumber : dari facebook (Jenuh skroll samai bawah tapi tak jumpa siapa yang share. Akan update kemudian bila dah jumpa share tersebut.)

Lunavie Breast Thermo Pad Membantu Merangsang Aliran Susu Dengan Lancar

Assalamualaikum dan hai korang

Korang especially ibu ibu yang breastfeeding pernah dengar tak pasal Lunavie Breast Thermo Pad? Mimi sendiri pun tak pernah cuba atau terfikir nak beli Breast Thermo Pad ni. Tapi baru baru ni tergerak hati nak cuba Breast Thermo Pad. Bila dah cuba, wah excited sangat tau. Banyak kegunaan Breast Thermo Pad ni. Apa yang best, Breast Thermo Pad ni boleh diguna berkali kali tau. Kira reusable lah. Boleh digunakan tika panas atau sejuk. Ia juga memberikan kelegaan secara semulajadi dan selamat ketika kesakitan. Reka bentuk Breast Thermo Pad ni bulat, lembut dan fleksibel untuk keselesaan yang maksimum. Kandungan gelnya juga non toxic, hypoallergenic dan selamat digunakan.



Selalunya Mimi akan guna Breast Thermo Pad bila nak pam susu waktu pagi sebelum pergi kerja. Sebelum mengepam, Mimi ambil Breast Thermo Pad rendam dalam air panas selama 10 minit. Kemudian, cukup masa Mimi tekap saja dekat breast. Tunggu beberapa minit sampai Thermo Pad suam, baru Mimi mulakan sesi mengepam. So, bila mengepam smooth saja. Kiranya kegunaan pad ni bila dalam keadaan panas ialah untuk merangsang aliran susu menjadi mudah dan lancar sebelum menyusukan baby.



Selain daripada itu, Breast Thermo Pad juga bolehndigunakan dalam keadaan sejuk. Hanya letak dalam fridge atau freezer korang. Ia bertujuan untuk melegakan sakit atau breast yang membengkak. Bila breast bengkak, tekap Thermo Pad yang disejukkan. Kalau petua orang orang dulu, kalau breast bengkak tekap dengan daun sirih atau daun kobis. Sekarang, taknayah susah payah cari dan beli sirih atau kobis, guna saja Breast Thermo Pad ni. Jimat masa dan tenaga. Selepas guna, boleh simpan macam biasa. Lepas tu, boleh digunakan semula.



Breast Thermo Pad ini juga dapat membantu melegakan sakit kepala sementara, mengurangkan demam, sakit gigi, sunburn, luka-luka kecil, rawatan kecantikan, mengurangkan bengkak, dan calar serta melecet. Mimi sendiri pun masa guna Breast Thermo Pad, tak terfikir pun ia banyak kegunaan yang lain. Kebetulan, Adhwa demam. Jadi, Mimi juga gunakan Breast Thermo Pad untuk kurangkan panas badan dan kepala Adhwa. Ternyata, panas badan dan kepala Adhwa berkurangan. Risau juga bila baby demam kan. Mimi rasa setiap rumah kena ada Breast Thermo Pad ni sebab banyak lagi kegunaannya tau.

Untuk makluman lanjut berkenaan Lunavie Breast Thermo Pad ini korang bleh terjah laman web atau facebook Lunavie seperti di bawah :


Lemonade Xpresh Serbuk Lemon dan Vitamin C Untuk Detoks Badan Yang Sangat Sedap

Assalamualaikum dan hai korang

Sekarang ni kalau buka facebook ke instagram ke ramai yang dok pakat share air detoks yang diorang buat. Rasa menjejes jejes air liur tengok. Entah bila nak buat kemain besar pemalas Mimi tau. Nak buat dari hari ke hari tak juga buat...hahaha...Rasa malas tu sebab nak keluar rumah beli bahan untuk detoks tu yang malas.

Semua orang tahu kebaikan dan kelebihan detoks ni. Nak sihat, nak kurus, nak cantik mulakan dengan detoks. Sekarang ni, Mimi dah tak ada alasan lagi malas nak buat air detoks tau korang. Sebab apa Mimi cakap macam tu? Sebab sekarang ni ada serbuk lemon dan vitamin c yang boleh membantu Mimi mencapai misi untuk dapatkan berat badan ideal. Jadi, untuk mencapai misi ini Mimi amalkan minum air bancuhan serbuk lemon dan vitamin c yang sangat sedap tau korang. Serbuk lemon dan vitamin c yang Mimi maksudkan sudah tentulah Lemonade Xpresh.



Untuk pengetahuan korang, kelebihan mengamalkan Lemonade Xpresh ialah membantu sistem penghadaman dan detoksfikasi badan, meningkatkan kandungan vitamin c di dalam tubuh, meremajakan dan menyembuhkan, membantu menyingkirkan lemak badan serta meningkatkan tenaga dan tenaga positif. Hah, suka tak suka? Part membantu menyingkirkan lemak badan tu mesti ramai suka kan kan termasuklah orang yang menaip ni hah.



Selepas consume Lemonade Xpresh selama seminggu, memang Mimi dapat rasa perubahan yang berlaku pada badan. Terutamanya dari segi penghadaman. Mimi amalkan minum setiap hari tau korang. Setiap hari juga lah perut memulas asyik nak membuang. Rasanya jangan cakap. Serius sedap sangattttt....Sampaikan incik suami pun curi curi minum air detoks Mimi. Dia siap puji air ni sedap dengan muka tak bersalah. Esoknya dia asyik buang angin dan semendang nak ke tandas, Mimi mampu gelak saja. Siapa suruh curi curi minum kan. Suami cakap dia minum sebab nak kempiskan perut. Hah, nampak tak kat situ betapa kuat pengaruh air detoks Lemonade Xpresh ni.

Cara nak amalkan Lemonade Xpresh pun tak susah mana pun korang. Bancuhkan 1g serbuk Lemonade Xpresh ke dalam 100ml air. Kacau hingga larut dan boleh minum terus. Bila amalkan minum Lemonade Xpresh ni jangan lupa buat senaman, confirm cepat turunkan berat badan. Alhamdulillah setakat hari ini Mimi amalkan, memang mudah nak buang air besar. Badan pun terasa ringan je tau.



Macam Mimi sendiri memang kuat minum air suam. Jadi, mimi sediakan 2 liter air dan hirisan buah epal hijau. Kemudian, bancuh dengan 20g Lemonade Xpresh. Bila haus, minum terus. Memang sedap dan terbaik dari ladang.



Mesti korang teruja nak dapatkan Lemonade Xpresh ni kat mana dan berapa harganya kan? Meh Mimi nak beritahu dari siapa korang boleh dapatkan Lemonade Xpresh ni.

Lemonade Xpresh (50g)
RM48.00

Baby Love Playpants Diformulasi Dengan Nano Power Plus Memberikan Keselesaan Kepada Bayi

Assalamualaikum dan hai korang

Korang ibu ibu di luar sana pernah tak dengar lampin pakai buang ataupun bahasanya mudahnya pampers jenama Baby Love Playants? Mesti ada yang pernah dengar dan pernah beli. Dan ada juga yang tak familiar dengan jenama Baby Love Playpants nih?Actually, Mimi pernah dengar sebelum nih tau tapi tak pernah beli dan cuba sebab risau tak serasi dengan kulit baby. Bila dah ada si bambam Adhwa, baru Mimi berani mencuba. Sekarang Adhwa dah enam bulan lebih sudah tentu bertambah lasak kan. Jadi, sudah tentu Mimi mencari pampers yang terbaik untuk Adhwa. Bila Mimi mencuba pampers Baby Love Playpants kepada Adhwa, Mimi sangat berpuas hati tau. Untuk pengetahuan korang, Baby Love Playpants ni berbeza dengan pampers jenis tape yang selalu kita guna untuk baby tu tau sebab ia jenis pants. So, sangat membantu dan memudahkan kita sebagai ibu pakaikan baby pampers kerana ia jimatkan masa. Hanya sarung saja pada baby.



Untuk makluman korang Baby Love Playpants kini diformulasikan dengan Nano Power Plus di mana ia mampu menyerap basahan dengan pantas dan pengeringan dengan cepat. So, baby akan kelihatan lebih selesa walaupun ia aktif bergerak sana sini. Baby Love Playpants juga diperbuat daripada Nano Gel Bead dan mempunyai lapisan penyerapan dua lapis di mana ia sentiasa memastikan kulit baby sentiasa kering. Bila kulit baby kering pastinya ia mampu mengelakkan kulit baby daripada melecet dan kemerahan jika terlewat untuk menukarkan pampers baby.



Mimi akan pakaikan Adhwa Baby Love Playpants siang dan malam serta bila time keluar berjalan. Mimi suka tengok Adhwa pakai Baby Love Playpants sebab ia buat Adhwa selesa. Walaupun Adhwa buang air kecil kerap tetap nampak pants kering dan tak penuh tau. Bau yang kurang menyenangkan pun tiada. Sampaikan Mimi susah hati tengok Adhwa aktif langsung tak menangis sebab tak selesa. Yelah, Mimi susah hati sebab Mimi fikir dia tak buang air kecil. Tengok pants dia sentiasa kering dan tak penuh. Bila rasa hujung jari, baru tau yang rupanya anak kita ada membuang. Lega hati. Tapi serius lah, guna pants ni untuk Adhwa memang sangat bagus. Sampaikan suami Mimi sendiri puji betapa bagusnya pants Baby Love ni. Yang buat lagi best, design kartun pada pants comel sangat. Korang tak perlu risau atau keliru mana depan dan belakang pants ni sebab pada pants tu ada siap siap dinyatakan "BACK". So, tahulah itu bahagian belakang.



Selain daripada itu, yang bestnya pants Baby Love ni mempunyai lapik getah yang elastik di bahagian pinggang untuk keselesaan baby. Bila Adhwa pakai, nampak dia selesa dan aktif bergerak sana sini. Yang lagi best, pants ni walaupun Adhwa pakai seharian, ia tetap nampak kering dan langsung tak bocor. Ini kerana pants ini mempunyai aliran udara yang baik dan membolehkan peredaran udara membantu memelihara kulit baby sentiasa kering. No wonder lah, Adhwa aktif sentiasa, bergerak ke sana sini.



Sebelum terlupa, Mimi nak beritahu korang Baby Love Playpants terdapat lima pilihan saiz iaitu dari saiz S sehingga saiz XXL. Jadi, tak perlu risau nak cari saiz yang sesuai untuk baby sebab pada plastik bungkusan ada tertera berat baby yang bersesuaian dengan saiz. Bolehlah korang pilih saiz yang bersesuaian mengikut berat baby korang. Adhwa sendiri guna pants size L. Dia dah tak berapa sesuai pakai saiz M sebab nampak ketat di bahagian peha..huhuhu...

Bila dah ada anak kecil ni, dalam list barangan wajib ada pastilah pampers untuk baby kan...Jadi bila nak shopping barang sendiri atau baby, Mimi suka shopping online daripada keluar pergi mall. Selalunya, Mimi akan shopping di Lazada. So, bila nak beli pampers Adhwa apa lagi ambil phone, buka web Lazada. Pilih dan klik sana sini settle. Bukan susah mana pun kan. Semuanya di hujung jari. Pilih, bayar dan tunggu saja barang sampai depan pintu rumah tak pun pejabat korang. Why not korang beli Baby Love Playpants dan cuba sendiri keistimewaan pants ini. Pasti korang takkan kecewa dan berpuas hati dengan pants Baby Love. Oh ya Baby Love Playpants ini boleh korang beli dengan harga RM25.90 saja tau.

Apa lagi jom dapatkan Baby Love Playpants sekarang di Lazada sekarang kerana Lazada ada promosi istimewa iaitu beli satu percuma satu. Apa tunggu lagi, cepat dapatkan Baby Love Playpants Nano Power Plus di Lazada sekarang.