Murtabak Paratha Ayam Cheese


Murtabak Paratha Ayam Cheese | Antara menu favourite Mimi. Senang nak buat dan mengenyangkan. Yang penting sedap. Mimi nak share resipi murtabak versi Mimi ni dengan korang.

Jom tengok apa bahan bahan yang diperlukan untuk buat MURTABAK PARATHA AYAM CHEESE.


Resipi Murtabak Paratha Ayam Cheese

Bahan bahan :

Paratha Jenama Kawan
Isi ayam (bahagian dada - dicincang)
1/2 biji bawang besar merah (dipotong dadu)
1/2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
2 keping cheese slice
Sebiji telur
1 sudu cili boh (yang diblend)
1/2 sudu teh Knorr Pasti Sedap All In One Seasoning
Minyak

Cara cara membuat Murtabak Paratha

1. Panaskan minyak, masukkan cili boh dan bawang besar yang dipotong dadu. Tumis hingga garing.

2.Kemudian masukkan ubi kentang dan isi ayam. Gaul sebati kemudian masukkan Knorr Pasti Sedap All In One Seasoning. Gaul lagi dan biarkan seketika.

3. Setelah masak boleh di angkat dan diletakkan di tepi seketika.

4. Panaskan dua sudu minyak, kemudian letak Paratha ke atas non stick pan. Kemudian, letakkan sekeping cheese.

5. Masukkan sebiji telur ke dalam bahan yang dimasak tadi dan gaul sebati. Curahkan bahan tadi ke atas cheese dan paratha tadi. Kemudian, lipat paratha tadi menjadi bentuk segi empat. Masak sehingga garing kedua dua belah.

6. Murtabak dah masak bolehlah di angkat dan dihidangkan. Minum dengan air jambu batu memang lagi marvellous.



6 comments:

  1. Wahhh menarik. Boleh cuba nanti ni.

    BalasPadam
  2. Pergh.. Boleh meleleh air liur.. Sedap giler tu

    BalasPadam
  3. menarik! nampak sedap... simple je buat dia. tq share resepi.=) blh aina cuba. hehe

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..