Maybank Banking Online Kini Berwajah Baru

Maybank Banking Online Kini Berwajah Baru

Maybank Banking Online | Berita baik buat pengguna tegar Maybank Banking Online atau Maybank2U, Maybank Banking Online kini berwajah baru yang lebih mesra pengguna tau. Lebih menarik, jelas dan mudah.

Sebelum ini memang Mimi download aplikasi Maybank2U tapi agak kurang mesra pengguna sebab banyak yang Mimi tak berapa nak faham dan familiar. Tapi dengan Maybank Banking Online berwajah baru ini, mudah sangat nak guna. Nak transfer duit ke akaun pihak ketiga, nak bayar bil semua jadi mudah. 


Page depan Maybank Banking Online. Dalam bulatan tuh akan keluar gambar keselamatan yang korang pilih sebelum ini. Contoh kalau korang pilih gambar kek, akan keluar gambar kek dan bawah "GOOD MORNING" keluar perkataan berdasarkan gambar dalam bulatan tuh. Nak login klik saja login dan korang akan terus dibawa ke page seterusnya. Tak perlu susah payah masuk username korang tuh. Korang cuma perlu masukkan password korang saja kemudian tekan button LOGIN.


Nih bukan baki akaun Mimi okey. Gambar contoh je nih ambil dari aplikasi Play Store. Selepas korang login, akan keluar page yang pertama nih. Segala macam jenis akaun Maybank yang korang ada akan terpapar macam gambar di atas.


Kalau ada kad kredit akan keluar statement berkaitan. Macam Mimi memang takde kad kredit pun.

Nak bayar bil seperti bil air, bil elektrik, PTPTN, bil telefon dan lain lain korang klik PAY yang tertera di bawah page. Nanti akan keluar gambar seperti di bawah.


Nanti korang klik saja kat savings account kemudian akan tertera akaun bil bil yang korang pernah daftar sebelum nih. Rujuk gambar di bawah.


Pilih saja akaun yang korang nak bayar bil tuh kemudian masukkan amount yang hendak di bayar. Akan keluar  page seperti di bawah dan korang ikut saja step seterusnya sehingga selesai. Mudahkan. 



Aplikasi baru ini memang sangat sangat mudah dan cepat tau korang. Mesra pengguna gitu. Korang yang ada Maybank2U boleh download aplikasi Maybank baru di Play Store.

4 comments:

  1. Hmm macam best ni. Salu guna browser je tak pakai apps sebab tak faham camne nak guna hehe

    BalasPadam
  2. Wowww, baru tau yang maybank2u dah berwajah baru 😍 Nak godek-godek jugalah acc maybank2u 😁

    BalasPadam
  3. Saya tak ada akaun maybank so tak taulah pasal oerubahan tu.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..