Pemilihan dan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia

Assalamualaikum dan hai korang

Lama tak ngomel cerita sendiri. Asyik share pasal review apa kata hari ni ubah angin share pengalaman sendiri kan. Kali ni nak share cerita pasal pemilihan dan pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia. Berdasarkan pada pengalaman adik Mimi sendiri. Pergi kerana minat bukan paksaan. Entry kali ni agak panjang sebab cerita secara detail semasa sesi pemiihan berjalan.

Sebelum tu, nak inform kepada yang berminat boleh apply Om Masuk Tentera melalui online di web www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA atau boleh isi borang dan hantar ke alamat yang diberikan pada iklan. So, kena alert lah tentang iklan pengambilan Perajurit Muda ni. Kena rajin cari maklumat di web web berkaitan seperti www.army.mil.my atau beli surat khabar Utusan Malaysia. Ataupun kalau korang terlepas peluang isi permohonan online atau borang, boleh saja korang walk in interview pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Macam adik Mimi sendiri, dia terus walk in interview. Ikutkan dah isi permohonan online tinggal nak download dokumen yang diperlukan tapi tuhlah kecuaian Mimi sendiri tersilap sangka tarikh tutup permohonan. Jadi, incik suami pun dah call ke Sel Pengambilan, boleh datang walk in terus. Sebelum pergi, pastikan dokumen dokumen penting yang diperlukan ada dan lengkap.

Adik Mimi dia guna kelulusan SPM, so dia kena bawa dokumen dokumen seperti kad pengenalan asal dan salinan, slip @ sijil SPM dan salinan, Surat Beranak dan salinan, Surat Berhenti Sekolah dan salinan, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa, Salinan Kad Pengenalan Waris terdekat selain Ibu Bapa (ini untuk kes kematian Ibu Bapa) dan sekeping gambar berukuran passport. Kalau ada diploma atau ijazah bawa lah yang asal dan salinan serta transkrip sekali. Yang penting jangan lupa bawa pen. Time ni adik Mimi pakai kemeja putih lengan oanjang, seluar slack hitam, kasut hitam dan stoking hitam.

Mimi sekeluarga bawa adik, Amin pergi pemilihan Perajurit Muda pada 21 Januari 2017 (Sabtu) di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. Kami sampai seawal pukul 7.30 pagi sebab pemilihan mula pukul 8.00 pagi. Sampai di Kem Wardieburn, sarapan dulu isi perut kosong.

Tepat pukul 8.00 pagi, semua calon diminta beratur di depan dewan. Lelaki dan perempuan asing. Semasa beratur, akan ada beberapa anggota tentera yang bagi taklimat berkaitan syarat kelayakan dan juga proses selanjutnya. Untuk pengetahuan korang syarat utama untuk masuk Perajurit Muda ni keputusan SPM korang mestilah BM (Kepujian), Lulus mata pelajaran Sejarah Lulus salah satu mata pelajaran berikut : Matematik ATAU Bahasa Inggeris ATAU Sains. Tak cukup syarat yang dikehendaki time tu juga angkat kaki balik. Alhamdulillah, untuk tapisan pertama adik lulus.

Kemudian, calon yang lepas syarat pertama masuk ke dewan akan jalani tapisan seterusnya iaitu isi borang makkumat diri dan mengukur berat, tinggi dan bmi calon calon. Alhamdulillah, tapisan kedua adik Mimi lulus. Ramai juga calon yang balik sebab tak cukup tinggi, kurang berat atau terlebih berat dan bmi kurang atau lebih. Bagi calon calon yang lepas diorang akan dipanggil untuk sesi akhir sebelum diserap jadi Perajurit Muda.

Pada, 19 Februari (Sabtu) hanya incik suami saja yang bawa adik pergi sesi pemilihan akhir di Markas 1 Briged di Rasah, Seremban. Mimi malas nak ikut sebab fikir confirm lama habis. Tak kuasa tunggu berjam jam. Sebab lainnya tak ikut sebab dekat saja dengan rumah..hahaha...

Semasa pemilihan akhir ni, Mimi dapat maklumat dari incik suami. Untuk sesi pemilihan akhir ni dokumen dokumen penting juga kena bawa x-ray dan laporan dari doktor (radiologi), surat tawaran, kad pengenalan asal dan salinan, slip @ sijil SPM dan salinan, Surat Beranak dan salinan, Surat Berhenti Sekolah dan salinan, Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa, Salinan Kad Pengenalan Waris terdekat selain Ibu Bapa (ini untuk kes kematian Ibu Bapa) dan sekeping gambar berukuran passport, sampul surat bersaiz kecil (Pos Ekspress) yang harga RM3.20 (termasuk GST). Pen pun jangan lupa bawa. Time ni pakaian yang perlu dipakai t-shirt putih berkolar, seluar track berwarna gelap (hitam/biru gelap), kasut sukan dan stoking.

Pemilihan akhir ada 4 sesi tau iaitu pemeriksaan dokumen. Kalau tak lengkap di anggap GAGAL. Kemudian pemeriksaan kesihatan. Time ni ramai yang calon balik sebab tahap kesihatan atau fizikal yang tidak memuaskan. Contoh rabun jauh, rabun warna, bahu senget sebelah ke tangan patah ke dan sebagainya. Balik tu maknanya dikira GAGAL.

Bila calon lepas pemeriksaan dokumen dan kesihatan, calon akan diuji dari segi IQ dan Psikologi. Calon kena jawab soalan soalan yang diberikan. Selalunya bab ni, ramai je calon yang lepas. Dan akhir sekali calon kena buat ujian fizikal iaitu lari 2.4km, mendagu, melompat dan tekan tubi. ( sebarang perubahan ujian fizikal tertakluk kepada keadaan ketika itu ya).

Alhamdulillah, akhirnya adik Mimi LULUS ke semua ujian. In shaa Allah tiada aral melintang, 01 April 2017 (Sabtu) adik Mimi akan lapor di PUSASDA sebagai Perajurit Muda. Doakan segala urusan adik Mimi dipermudahkan dan berjaya tamat latihan selama 6 bulan.

Nota kaki* Kami yang kakak kakak dan abang abang ipar bergabung sama sponsor keperluan yang adik kena bawa masa lapor di PUSASDA.

1 comments:

  1. waaaaaaaaaa bkn calang2 org blh mohon nih...
    bg yg betul2 minat je rasanya sesuai....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..