Fakta Mengenai Meroyan Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan hi korang

Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang ibu yang telah mengelar bayi perempuannya yang berusia dua bulan. Menurut berita, ibu tersebut mendengar bisikan halus supaya beliau berbuat demikian. Sebagai ibu, hati saya sedih mendengar berita duka ini namun tidak terus menuding jari pada si ibu kerana tidak berada dalam situasi beliau.

Bila jadi perkara sebegini, pastinya akan mengaitkan ibu tersebut dengan meroyan. Kebarangkalian itu ada kerana emosi ibu ibu yang selepas bersalin ini tidak menentu. Jadi, adalah tidak adil kita menyalahkan ibu yang dalam pantang atau selepas pantang membunuh anak dengan menuduh dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas. Kita sepatutnya mengkaji dari sudut yang lain kenapa dan mengapa perkara begitu boleh berlaku.

Tak ramai pasangan di luar sana yang mengambil tahu kesan tekanan emosi yang dialami wanita terutamanya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Jsdi, amat penting kita mengambil inisiatif untuk belajar dan menambah ilmu mengenai meroyan ini.

Ada tiga peringkat penyakit meroyan yang perlu kita tahu iaitu :

1. Baby Blues

Baby Blues ini merupakan level meroyan paling rendah. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya. Tanda tanda si ibu dah kena Baby Blues ialah mood swing, mudah cemas selalu menangis, kurang selera makan dan susah tidur. Biasanya akan berlaku pada ibu yang beranak pertama kali di mana waktu tidur ibu tidak menentu dengan melayan anak yang sedang menangis. Ditambahkan pula suami yang tidak membantu isteri akan menyebabkan isteri stress.

2. Pospartum Dpression

Merupakan level meroyan pertengahan. Seperti Baby Blues juga tetapi simptomnya lebih lama dan lebih teruk. Biasanya berlanjutan sampai 6 buan lepas bersalin. Ibu yang biasanya kena Pospartum Depression ni biasanya tidak mampu menjaga bayi sendiri. Antara tanda tanda dah kena penyakit ini ialah mood swing yang teruk, menangis yang melampau lampau, susah nak bonding dengan bayi (kadang rasa benci dengan bayi sendiri), rasa tiada tenaga dan tidak boleh tidur, rasa nak hempas bayi ataupun cederakan bayi dan rasa diri tidak berguna.

3. Pospartum Psyhosis

Merupakan level meroyan yang paling dashyat. Biasanya yang kena penyakit ini akan berhalusinasi. Jika isteri dalam pantang sudah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan, maka berhati hatilah. Ibu yang kena Pospartum Psychosis tidak boleh menjaga anak sendiri kerana ketika itu fikirannya tidak rasional.

Dan untuk makluman korang ada banyak jenis meroyan ni tau. Adalah penting untuk kita mengambil tahu jenis meroyan yang ada iaitu :

1. Meroyan Api

- ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah sampai ketahap menjerit-jerit dan lupa diri.
- mood swing yang ketara
- perubahan sikap lebih ketara bila dalam keadaan haid

2. Meroyan Ketung

- ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh.
- berlaku kebanyakkannya kepada ibu yang kehilangan anak
- ada kes sehingga membunuh diri

3. Meroyan urat

- ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
- selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika si ibu tersilap makan benda benda yang bersifat sejuk.
- berlaku kepada ibu ibu yang melakukan kerja kerja berta atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin.


4. Meroyan lendir

- ibu sentiasa pucat lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
- keguguran rambut yng extreme
- mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan
- penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.

5. Meroyan tinggal

- ibu tiba tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah.
- ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri
- ada tahap sehingga menjadi ganas

6. Meroyan bulu

- ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin
- jika berlarutan, ibu akan mula menghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi
- ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk sejuk ketika dalam pantang

7. Meroyan kulit

- ibu akan merasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru garu seperti kelakuan kera.
- tandanya darah kotor tak habis keluar jadi kekotoran akan keluar melalui liang roma peluh
- akan berterusan jika darah darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.

Jadi, kepada suami suami di luar sana jangan biarkan isteri korang stress. Biar isteri fokus kepada bayi yang baru lahir. Biaran dia berehat sepuasnya dan menyusukan bayi dengan tenang. Janganlah korang tambah kesakitan jiwa kepada isteri semasa dia dalam tempoh berpantang kerana dia telah mengalami kesakitan fizikal semasa bersalin.

Post a Comment

5 Comments

  1. lepas beranak..memang akan ada rasa mood swing tu..
    tp tulah.. kena beringat. fikir anak.

    ReplyDelete
  2. bagus entry..sangat membantu..terutamanya suami2 di luar sana..ambil tau lah isteri anda selepas merea bersalin

    ReplyDelete
  3. kadang ada org tak amik port psl meroyan nih, lagi2 di zaman serba moden nih...

    akak pnh jgk kene meroyan yg bbyblues tu, sbb lps bersalin tu hari ke 3 rasanya akak menngis2 nk balik umah sbb tak tahan jaga bby sorang2 ngn nurse yg hampeh.. kite lak baru 1st time, susu tak reti sgt nk bg kuar jd kite tensen n apa lg... nsb lh lps tu dpt balik umah nk ok

    ReplyDelete
  4. Akak dulu kan pernah stress masa dalam pantang..tetiba pandangan gelap je..mak akak cakap akak nak meroyan..terus dia tenyeh kunyit kat dahi..pas tu jadi ok..hahaha..x tau la apa relevant kunyit dalam isu meroyan

    ReplyDelete
  5. Wow, ada banyak jugak meroyan ehh~
    Tapi memang betol bahaya lahhh~

    Kena jaga jaga dengan meroyan.......meroyan laki carik binik lain masa pantang pon teramat bahayaa jugak tuu...kahh3~

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com