Sebab 5 Barangan Dari Lazada Harus Dimiliki

Assalamualaikum dan hai korang...

Sebelum bebel bebel panjang panjang Mimi nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua yang menyambut perayaan ini. Gong Xi Fa Cai ♡♡♡



Okeylah korang, jom layan bebelan Mimi yang agak panjang ni. Actually kan korang, hari hari Mimi usha Lazada since awal Januari tau. Kononnya nak cari hadiah birthday untuk diri sendiri. Al maklum sajalah January Women katakan. Bila hari hari usha Lazada mahu tak meroyan dibuatnya. Mandi tak basah tidur tak lena makan saja yang berselera..hahaha...Bukan setakat pilih hadiah untuk birthday woman saja tau, hadiah untuk suami dan anak pun ada. Hah isteri dan ummi solehah gitcheuww...

Usha punya usha recce punya recce akhirnya berjaya juga Mimi pilih 5 barangan yang Mimi berkenan sangat sangat. Siap siap add to cart gittchueww...Total ngam RM 2,017.00 tau. Naik juling mata hakak pilih 5 barangan bagi genap RM 2,017.00. Kesannya hari ni pergi office kepala sakit...hahaha...Gigih tau.

Mesti korang tertanya tanya apakah 5 barangan yang Mimi pilih dan nak sangat memiliki barangan tersebut? Hah jom jom baca Mimi share dengan korang sebab Mimi nak sangat 5 barangan dari Lazada ni.

1) Samsung Galaxy J7 Prime (2016) 3GB+32GB (Pink Gold)

Harga : RM 1,199.00



Actually, dah lama Mimi usha Samsung Galaxy J7 Prime ni sejak hujung tahun lepas lagi. Tapi time tu, hati tak tergerak pun nak beli sebab dengan keyakinan yang membara katanya, Mimi dapat rasakan mesti akan keluar warna pink. Sekali betul tekaan hakak tau. Lompat bintang 50 kali tengok iklan Samsung Galaxy J7 Prime Pink Gold menari nari di kaca televisyen. Datanglah 1000 jenis jenama handphone yang lain tak ku hirau tak ku endah sebab Samsung Galaxy J7 Prime terpahat di hati. Reka bentuknya yang elegan, sofistikated, nipis dan ringan membuatkan si pemilik J7 Prime tampak lebih bergaya dan mewah. Korang tengoklah sendiri gambar Samsung Galaxy J7 Prime ni mana Mimi tak meroyan? Kenapalah J7 Prime ni mencarik carik halus hati tisu Mimi ni.

Didatangkan dengan 5.5 inci skrin (IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors) dan Octa-core 1.6 GHz Cortex-A53. Dan apa yang buat Mimi nak sangat J7 Prime ni sebab ia mempunyai 32GB internal storage dan 3GB Ram. Orang yang gila bergambar macam Mimi ni memang sesuaiiii sangat ada handphone yang mempunyai internal storage besar macam ni dan hasil kamera yang cantik. Gila gambar tak cantik kalau dah kamera depan 8MP dan kamera belakang 13MP. Confirm lah gambar cantik nau nau kan. Hah muka kau yang kurang cun terus jadi cun macam Che Ta sebab effect kamera yang awesome. Tak payah nak edit sangat guna aplikasi camera 360 tuh hah. Plastik sangat okey! Dan lagi dan lagi yang paling best, J7 Prime mempunyai non-removable Li-Ion 3300 mAh battery. Ketahanan bateri J7 Prime ni juga menjadi pilihan utama Mimi sebab boleh dikatakan part time job Mimi 100% hadap handphone. Online businesswomen katakan...

Yang nak beli Samsung Galaxy J7 Prime warna Pink Gold yang super awesome ini boleh klik link ni terus [ www.lazada.com.my/samsung-galaxy-j7-prime2016-3gb32gb-dual-sim-lte-pinkgold-samsung-malaysia-warranty-free-gift-worth-200-18461206.html ]

2) Buffalo HDD MiniStation 1TB External Portable Hard Drive Hard Disk HD-PNFU3 (Pink)

Harga : RM 268.00



Kenapa Mimi nak sangat Hard Disk? Hah nak tau sebab apa? Sebab tugasan harian Mimi di pejabat memang hari hari mengadap dokumen surat menyurat tau. Banyak softcopy yang Mimi save di pendrive. Untuk backup kan. Buatnya pc rosak menangis sambil nyanyi lagu ikan kaloi la jawabnya. Ada beratus wei dokumen dalam PC Mimi nih hah. Kadang kadang bila ada tugasan penting nak buat dengan segera, time tu jugalah pendrive kau yang kecil cecoet tu hilang. Arghhhh stress hakak tau tak? Hah bila dah ada hard disk yang besar gabak ni memang mudah sangat sangat kerja kan. Peratusan nak hilang tu agak mustahil kecuali kena kidnap dengan orang tak bertanggungjawab. Kot besar macam ni tak nampak juga depan mata tak tahu nak cakap.

Buffalo Hard Disk ini sangat memudahkan bila digunakan dan USB 3.0 boleh dihubungkan terus di PC dan komuter jenis Mac. Selain daripada itu, PC juga akan di backup secara automatik berjadual dengan Buffalo Backup Utility. Tak perlu risau lah dokumen korang corrupt ke apa kan. Reka bentuknya yang kompak memudahkan kita untuk ambil fail yang diperlukan di mana mana PC tau. Senang cerita senang nak bawa ke mana mana lah.

Kalau korang nak dapatkan juga Buffalo Hard Disk ni korang boleh klik link ni terus [ www.lazada.com.my/buffalo-hdd-ministation-1tb-external-portable-hard-drive-hard-diskhd-pnfu3-pink-18140884.html ]

3) Sokano Cradle Stroller Recommended by Smarter Mum - Red + Black

Harga : RM 236.90



Bila ada baby, ini merupakan salah satu benda wajib kena ada. Actually, stroller baby yang lama dah ada. Tapi memandangkan sekian 5 tahun tak beranak kecil, tup tup ada rezeki dapat baby, makanya stroller lama tuh faham faham sajalah rupanya. Dah kepam semacam dah tengok. Masih boleh guna lagi tapi bila Mimi ada satu sikap yang agak cerewet, maka stroller tu jadi hiasan saja dalam stor. Sebab kain stroller tu dah bercapuk capuk bintik bintik hitam dan warna agak lusuh. Apa ingat penampilan laki bini saja kena jaga? Anak pun kena jaga dan utamakan ye tak? Kena fikir keselesaan baby juga.

So, Mimi decide pilih Sokano Cradle Stroller ni sebab reka bentuknya yang moden dan fesyennya yang up to date. Stroller ni juga boleh adjust dalam keadaan tiga posisi tau yang memberikan keselesaan kepada baby. Brek tayar di hadapan dan belakang juga direka untuk keselamatan baby so, tak perlu risau stroller meluncur laju ke apa. Apa yang best, seat stroller direka untuk memberikan keselesaan kepada baby dan nampak ekslusif sangat tau. Ia juga boleh dibuka untuk dibasuh. Bila baby dalam stroller, tak payah risau baby kena panas ke apa sebab stroller ni mempunyai kanopi 3-tier yang memberi perlindungan yang maksimum dari cahaya matahari. Bila beli stroller, Mimi juga akan pastikan handle stroller boleh adjust supaya senang nak mengadap baby kan. Boleh kawal apa yang baby buat. Semua ciri ciri yang Mimi perlukan ada pada Sokano Crade Stroller. Memang nak sangat stroller baru ni untuk Adhwa sebab dapat mengurangkan sakit pinggang Mimi setiap kali dukung dia. Nampak saja kecil tapi tulang dia padu tau. Incik suami pun mengadu sakit pinggang bila dukung Adhwa.

Korang yang bakal bergelar ibu atau sudah pun jadi ibu, korang amat disyorkan beli stroller Sokano ni [ www.lazada.com.my/sokano-stroller-recommended-by-smarter-mum-red-black-bpa-free-tableware-4562889.html ]


4) (Import) Jargar Automatic Mechanical Movement With Black Leather Strap Gift Box JAG922TG06 (Silver Black)

Harga : RM 116.10



Hadiah istimewa untuk incik suami Mimi. Bukan Mimi saja celebrate birthday bulan Januari tau incik suami pun sama juga. Beza hari saja. Mimi 13hb incik suami pula 22hb. Hah, bila nak pilih barang mana boleh lupakan si dia kan. Kata nak isteri solehah. Selalu nampak incik suami pakai jam jenis sport, kali ni Mimi ubah sikit penampilan dia pakai jam ala ala Maskulin katanya.

Bila incik suami pakai jam ni mesti nampak lagi macho kan. Design jam ni menampakkan lagi sisi mewah si pemakai. Jam Jargar Automatic Mechanical Movement ini boleh didapati di [ www.lazada.com.my/import-jargar-automatic-mechanical-movement-with-black-leatherstrp-gift-box-jag922tg06-silver-black-8424635.html ]

5) Nixon Women's A 5092080 Small Time-Teller Leather Analog Display Quartz Watch

Harga : RM 197.00



Asyik ada koleksi jam tangan warna pink saja kan, sekali sekala tukar warna jam tangan pula. Kali ni Mimi pilih Nixon Women's A 5092080 Small Time-Teller Display Quartz Watch.

Keistimewaan jam tangan Nixon ni ialah selain nampak elegan bila memakainya, ia juga tahan lasak tau. Bukan calang calang jam ni. Jam ni juga kalis air tau dan boleh dibawa masuk dalam air dengan kedalaman 330 kaki. Sangat sesuai dibawa ketika berenang dan snorkeling tapi bila buat aktiviti scuba diving tidak digalakkan memakai jam ni tau..Rosak hakak tak jamin ye..hehehe

Hah, sebab itulah Mimi pilih jam ni sebab sangat sesuai dengan Mimi yang pelupa ni. Bila time nak mandi laut atau kolam selamba badak je berenang langsung tak tanggal jam tangan. Tu yang jam tangan silih berganti sebab rosak masuk air.Jadi, memang sesuai sangatlah jam ni dengan Mimi kan. Jam tangan ni boleh dapat dekat sini [ www.lazada.com.my/nixon-womens-a5092080-small-time-teller-leather-analog-displayquartz-watch-1165183.html ]



Fiiiiuuuu, berpeluh peluh hakak tau pilih 5 barang total semua RM 2,017.00. Cantik tak jumlah RM 2,017.00 5 barang pilihan Mimi dengan tahun 2017. Puji sikitlah hakak Mimi ni pandai...hehehe..






Korang kalau nak shopping barangan lain seperti barangan eletrik, pakaian, mekap dan lain lain lagi korang boleh terjah Lazada Malaysia yang sedang buat promosi sempena Tahun Baru Cina. Boleh klik ini [ http://www.lazada.com.my/cny-red-hot-sale ]. Dijamin korang berpuas hati dengan servis Lazada Malaysia yang pantas dan efisien. Gedung membeli belah online yang terbesar di Malaysia yang menjadi pilihan pastinya Lazada Malaysia.

2 comments:

  1. Just received a check for $500.

    Sometimes people don't believe me when I tell them about how much money you can get taking paid surveys online...

    So I took a video of myself actually getting paid over $500 for paid surveys.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..