Les' Copaque Menerima YouTube Gold Dan Silver Play Button

Assalamualaikum dan hai korang

Siapa yang tak kenal dengan Syarikat Les' Copaque Production yang sinonim dengan siri animasi Upin dan Ipin. Bila sebut Les' Copaque pasti akan ingat Upin dan Ipin begitu juga sebaliknya. Populariti yang dikecapi Les' Copaque menerusi siri animasi Upin dan Ipin amat membanggakan malah membanggakan Malaysia kerana mampu mengeluarkan animasi setanding negara luar. Bukan setakat animasi Upin dan Ipin sahaja tau yang dihasilkan Les' Copaque ada juga animasi lain yang dihasilkan seperti Pada Zaman Dahulu, Puteri dan banyak lagi.

Untuk makluman korang pada 19 Januari 2017, Syarikat Les' Copaque Production telah menerima kejutan dari You Tube iaitu kiriman " Gold Play Button" bagi meraikan kejayaan Channel LEes' Copaque di platform itu yang mencecah 1 juta pengikut. Ini juga menjadikan kejutan berganda kerana pada pagi hari yang sama "Silver Play Button" sebagai penghargaan mencecah 100,000 pengikut baru sahaja tiba. Dan hadiah yang diterima dianggap sebagai satu penanda aras baru bagi Les' Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya.



Dengan 1,000,000 pengikut itu sekaligus menjafikannya "Most Subscribed Youtube Channel" di Malaysia. Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini bertajuk "New Toys" telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul Korea baru baru ini. Video ini telah dimuat naik di saluran YouTube Les' Copaque Production dan mendapat lebih 27 juta tontotan. Penyampaian anugerah tersebut boleh disaksikan dalam video "Top 16: Les' Copaque Highlight Moments of 2016" yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017. (eh eh time nih birthday Mimi lah...hehehe)



Untuk pengetahuan korang, Youtube Channel Les' Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les' Copaque telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo yang hanya ditayangkan di platform YouTube.



Kini, Les' Copaque mensasarkan "Diamond Play Button" yang memerlukan 10 juta pengikut. Dengan kerjasama daripada peminat hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi adalah tidak mustahil sasaran ini akan dapat dikecapi.

Untuk sebarang pertanyaan korang boleh email atau hubungi :

Mohd Zarin Abdul Karim (012-239 9327)
Email : zarin@lescopaque.com

Nurulhuda Sharabuddin (012-388 0571)
Email : nurulhuda@lescopaque.com

1 comments:

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..