Keropok Lekor Hipster Bentuk Najis Dihidangkan dengan Mangkuk Jamban

Assalamualaikum dan hai korang

Keropok Lekor Hipster Bentuk Najis Dihidangkan dengan Mangkuk Jamban | Tak tahulah nak cakap macam mana lagi bila makanan favourite ramai ini bertukar wajah jadi najis. Bayangkan keropok lekor yang asal diubah jadi serupa najis? Kot ya pun nak hipster sangat janganlah di ubah bentuk asal keropok lekor tu jadi najis atau bahasa kasarnya tahi.



Serius, Mimi sendiri hilang selera nak makan keropok lekor macam tahi ni. Memang terasa makan keropok lekor tapi dah serupa makan najis a.k.a tahi dah. Dah lah bentuk dah buat tekak loya hidang pula dalam mangkuk jamban. Eh dah kenapa pula ni kan? Korang selera ke makan makanan macam ni?

Bagi Mimi sendiri, kalau keropok lekor tu diubah warna asalnya kepada warna warna lain still boleh terima lagi tau tapi kalau ubah keropok lekor serupa najis ni, maaf cakaplah baik jangan berniaga. Serius Mimi tak boleh hadam business makanan macam ni. Apa sebenarnya matlamat peniaga ni? Nak mencipta satu fenomena baru dan gempak? Nak kan publisiti? Of course lah kan...hahaha...Atau nak naikkan sale volume? Lagi lah Yessss kan.,

Tak kisahlah nak hipster ke apa tapi rasa kurang manis dan kurang sopan makanan dibuat seperti najis. Benda yang orang selalu cari, beli dan makan disamakan dengan sesuatu yang kotor dan meloyakan. Tak boleh bayangkan orang yang boleh telan makan keropok lekor hipster ni. Mungkin orang yang boleh telan ni jenis tak kisah dan okey saja dengan makanan hipster walaupun makanan tuh hodoh.

Apa apa pun kembali semula pada fitrah ya. Jangan terlalu nak hipster sangat sampai lupa nawaitu mencari rezeki tu...Jangan terlalu taksub mengejar keuntungan perniagaan tetapi nilai keaslian sesuatu makanan itu diketepikan.

Sumber : dari facebook (Jenuh skroll samai bawah tapi tak jumpa siapa yang share. Akan update kemudian bila dah jumpa share tersebut.)

Post a Comment

8 Comments

  1. mmm. tak lalu lah nk telan tgk mcm tu geli pon ada

    ReplyDelete
  2. pelik2 bdk2 jaman hipster nih,
    ngubah benda jd jijik gini sapa lah yg nk mkn....

    mmg tak lalu lah nengok

    ReplyDelete
  3. hish...apa2 jugalah..selera ke makan gitu? pelik la orang sekarang ni

    ReplyDelete
  4. euwwwww...kembang plak tekak akak Mimi....apa la diorang ni..mencemarkan makanan je...

    ReplyDelete
  5. Sebagai anak peniaga kopok lekor, saya sangat tidak suka benda macam nih!
    Ingat laku hipster canggini?? Tak hagak-hagakkkk der !

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com