Baby Love Playpants Diformulasi Dengan Nano Power Plus Memberikan Keselesaan Kepada Bayi

Assalamualaikum dan hai korang

Korang ibu ibu di luar sana pernah tak dengar lampin pakai buang ataupun bahasanya mudahnya pampers jenama Baby Love Playants? Mesti ada yang pernah dengar dan pernah beli. Dan ada juga yang tak familiar dengan jenama Baby Love Playpants nih?Actually, Mimi pernah dengar sebelum nih tau tapi tak pernah beli dan cuba sebab risau tak serasi dengan kulit baby. Bila dah ada si bambam Adhwa, baru Mimi berani mencuba. Sekarang Adhwa dah enam bulan lebih sudah tentu bertambah lasak kan. Jadi, sudah tentu Mimi mencari pampers yang terbaik untuk Adhwa. Bila Mimi mencuba pampers Baby Love Playpants kepada Adhwa, Mimi sangat berpuas hati tau. Untuk pengetahuan korang, Baby Love Playpants ni berbeza dengan pampers jenis tape yang selalu kita guna untuk baby tu tau sebab ia jenis pants. So, sangat membantu dan memudahkan kita sebagai ibu pakaikan baby pampers kerana ia jimatkan masa. Hanya sarung saja pada baby.



Untuk makluman korang Baby Love Playpants kini diformulasikan dengan Nano Power Plus di mana ia mampu menyerap basahan dengan pantas dan pengeringan dengan cepat. So, baby akan kelihatan lebih selesa walaupun ia aktif bergerak sana sini. Baby Love Playpants juga diperbuat daripada Nano Gel Bead dan mempunyai lapisan penyerapan dua lapis di mana ia sentiasa memastikan kulit baby sentiasa kering. Bila kulit baby kering pastinya ia mampu mengelakkan kulit baby daripada melecet dan kemerahan jika terlewat untuk menukarkan pampers baby.



Mimi akan pakaikan Adhwa Baby Love Playpants siang dan malam serta bila time keluar berjalan. Mimi suka tengok Adhwa pakai Baby Love Playpants sebab ia buat Adhwa selesa. Walaupun Adhwa buang air kecil kerap tetap nampak pants kering dan tak penuh tau. Bau yang kurang menyenangkan pun tiada. Sampaikan Mimi susah hati tengok Adhwa aktif langsung tak menangis sebab tak selesa. Yelah, Mimi susah hati sebab Mimi fikir dia tak buang air kecil. Tengok pants dia sentiasa kering dan tak penuh. Bila rasa hujung jari, baru tau yang rupanya anak kita ada membuang. Lega hati. Tapi serius lah, guna pants ni untuk Adhwa memang sangat bagus. Sampaikan suami Mimi sendiri puji betapa bagusnya pants Baby Love ni. Yang buat lagi best, design kartun pada pants comel sangat. Korang tak perlu risau atau keliru mana depan dan belakang pants ni sebab pada pants tu ada siap siap dinyatakan "BACK". So, tahulah itu bahagian belakang.



Selain daripada itu, yang bestnya pants Baby Love ni mempunyai lapik getah yang elastik di bahagian pinggang untuk keselesaan baby. Bila Adhwa pakai, nampak dia selesa dan aktif bergerak sana sini. Yang lagi best, pants ni walaupun Adhwa pakai seharian, ia tetap nampak kering dan langsung tak bocor. Ini kerana pants ini mempunyai aliran udara yang baik dan membolehkan peredaran udara membantu memelihara kulit baby sentiasa kering. No wonder lah, Adhwa aktif sentiasa, bergerak ke sana sini.



Sebelum terlupa, Mimi nak beritahu korang Baby Love Playpants terdapat lima pilihan saiz iaitu dari saiz S sehingga saiz XXL. Jadi, tak perlu risau nak cari saiz yang sesuai untuk baby sebab pada plastik bungkusan ada tertera berat baby yang bersesuaian dengan saiz. Bolehlah korang pilih saiz yang bersesuaian mengikut berat baby korang. Adhwa sendiri guna pants size L. Dia dah tak berapa sesuai pakai saiz M sebab nampak ketat di bahagian peha..huhuhu...

Bila dah ada anak kecil ni, dalam list barangan wajib ada pastilah pampers untuk baby kan...Jadi bila nak shopping barang sendiri atau baby, Mimi suka shopping online daripada keluar pergi mall. Selalunya, Mimi akan shopping di Lazada. So, bila nak beli pampers Adhwa apa lagi ambil phone, buka web Lazada. Pilih dan klik sana sini settle. Bukan susah mana pun kan. Semuanya di hujung jari. Pilih, bayar dan tunggu saja barang sampai depan pintu rumah tak pun pejabat korang. Why not korang beli Baby Love Playpants dan cuba sendiri keistimewaan pants ini. Pasti korang takkan kecewa dan berpuas hati dengan pants Baby Love. Oh ya Baby Love Playpants ini boleh korang beli dengan harga RM25.90 saja tau.

Apa lagi jom dapatkan Baby Love Playpants sekarang di Lazada sekarang kerana Lazada ada promosi istimewa iaitu beli satu percuma satu. Apa tunggu lagi, cepat dapatkan Baby Love Playpants Nano Power Plus di Lazada sekarang.

3 comments:

  1. murah juga tapi xreti pakai pants.. zahwa poopoo kdg2 cair

    BalasPadam
  2. Comeinya Adhwa... pants kalau jalan2 senang... sarung je... 😄

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..