Doa Untuk Anak | Lembut Hati Dan Pintar

Assalamualaikum...

Sebagai ibu bapa kita mesti nakkan yang terbaik untuk anak anak kan? Pasti kita akan beri dan buat sesuatu yang terbaik untuk anak anak. Selain daripada kita pastikan keperluan anak anak mencukupi, kita juga kena banyak berdoa untuk anak anak.

Jom sama sama amalkan doa untuk anak ini supaya anak lembut hati dan pintar. Lembut hati dengar nasihat dan mendengar kata serta pintar dalam menuntut ilmu dunia akhirat. In shaa Allah..Aamiin..

Haruan dan Gamat Tidak Digalakkan Makan Oleh Ibu Yang Bersalin Secara Ceasarean

Assalamualaikum...

Memang dah jadi kebiasaan kalau ibu ibu yang bersalin secara ceasarean akan disyorkan makan haruan dan gamat atas alasan untuk sembuhkan luka operation. Hakikatnya haruan dan gamat sebenarnya tidak digalakkan dimakan oleh ibu ibu yang bersalin secara ceasarean nih. Macam Mimi sendiri bersalin ketiga nih secara ceasarean pun tak amalkan makan haruan atau gamat atas nasihat doktor. Adik Mimi yang kedua (JM di HKL) dan doktor HKL (Bos adik yang ketiga) pun pesan jangan makan haruan dan gamat.

Mimi memang takkan tanya kenapa atau mengapa atau mempertikaikan sebab bila mereka pesan mesti ada sebab munasababnya kan.. Betul tak? Cuma Mimi ada lah cari maklumat dan tanya pengalaman kawan kawan yang ceaserean nih kenapa doktor tak galakkan makan haruan dan gamat. Bila dah tahu jawapan tuh rasa seriau pun ada.

Kenapa ibu ibu yang bersalin secara ceasarean tidak digalakkan makan haruan dan gamat? Korang baca cerita dan pengalaman kawan sekolah Mimi nih. Beliau melahirkan ketiga tiga anak anaknya secara ceasarean. Cerita nih adalah cerita benar dan di alami sendiri oleh beliau dan kawan beliau sendiri. Kalau nak lebih jelas korang boleh tengok sendiri dekat fb Mimi. Ada Mimi update status panjang lebar berkaitan kes "pakar kanak kanak tak bertauliah".



Korang baca dan hadam sendiri cerita kawan Mimi nih. Sebelum nih Mimi ada juga baca kes yang sama di fb tapi bila cari semula tak jumpa pula. Kes di mana doktor terpaksa mengambil masa yang lama untuk keluarkan baby sebab usus dia melekat lekat gara gara makan haruan.

Bila dah tahu pasal nih Mimi tanya adik adik Mimi sebab nih ke doktor tak bagi makan haruan dan gamat. Diorang mengiyakan dan menyatakan sebab dah banyak kes yang jadi sebab tuh doktor tak galakkan yang bersalin secara ceasarean makan haruan dan gamat.

Kalau menurut apa yang dikatakan kawan Mimi, doktor kata boleh makan haruan dan digalakkan bagi kes kes lain contohnya operate lutut ke operate jantung ke...Hah yang nih memang digalakkan makan haruan tapi bukan operate sebab melahirkan ya. Ingat tuh...Bagi yang bersalin ceasarean nih sangat digalakkan makan buah oren sunkist untuk sembuhkan luka dalaman. Semua kawan kawan, saudara dan jiran Mimi yang dah ada pengalaman bersalin ceasarean nih memang akan pesan makan buah oren sunkist setiap hari untuk pulihkan luka operation. Itu sebaik baiknya.

So, dah tahu kan kenapa haruan dan gamat tidak digalakkan makan oleh ibu ibu yang bersalin secara ceasarean..Seeloknya kita dengar nasihat doktor atau nurse daripada dengar nasihat orang orang yang tak bertauliah nih. Untuk kesenangan kita juga kan. Mana yang baik kita ikut yang tak baik kita abaikan.

Nota kaki* Mungkin ada juga yang amalkan haruan atau gamat tak mengalami masalah seperti di atas. Pengalaman setiap orang mungkin berbeza. Jadi, tak nak nanti timbul isu lain pula ya. Bukanlah kata nak menidakkan kebaikan dan kelebihan ciptaan Allah tapi kadang kala perlunya kita melihat dari sudut positif sesuatu perkara. Mungkin mendatangkan kemudaratan pada sesuatu perkara tetapi mendatangkan kebaikan pada perkara yang lain.

Penukaran ATM/Kad Debit Maybank Secara Online

Assalamualaikum...

Sekarang nih sibuk sana sini penukaran ATM/Debit Card Maybank ke kad yang baru iaitu PayWave.Betulkan Mimi kalau Mimi silap...Disebabkan zaman sekarang zaman teknologi di hujung jari why not gunakan kemudahan yang ada sebaik baiknya kan. Nak beratur panjang dekat bank memang taklah jawabnya kan.

Untuk pengetahuan korang, penukaran kad baru Maybank boleh dibuat secara online dengan syarat korang ada Maybank2u. Okey jom go thru step by step cara nak apply penukaran kad baru Maybank.

Mula mula korang buka web Maybank2u lepas tuh login macam biasa...Lepas tuh sila tengok step by step bergambar yang Mimi tepek nih.

Selepas login akan keluar page home.

1) Korang pilih Card Management dan klik.

2) Selepas klik Card Management akan keluar page kedua yang ada 5 kategori seperti gambar di bawah. Sila klik ATM/Debit Card.



3) Kemudian akan keluar page Replace your Card di mana page nih akan tunjuk jenis kad korang dan 4 digit terakhir nombor kad korang. Kemudian korang boleh klik Replace Card yang tertera.

4) Bila korang klik Replace Card akan keluar page macam bawah nih. Korang diminta untuk isi alamat untuk pengeposan ATM/Debit Card korang nanti. Kalau alamat still sama korang terus klik Continue. Kalau ada perubahan alamat sila isikan pada form yang diberi.

 5) Bila proses isi alamat dah selesai dan korang klik Continue, akan keluar page baru di mana korang di minta check semula sama ada alamat korang betul atau tidak. Kalau betul boleh klik Request for TAC. TAC akan dihantar ke nombor telefon yang korang daftarkan. Bila dah dapat nombor TAC korang masukkan pada kotak kosong bahagian TAC tuh dan klik Continue.

 6) Last sekali akan keluar page seperti di bawah menandakan proses penukaran kad korang telah berjaya. Senang saja kan nak buat tak susah mana pun..Semua dihujung jari saja...Satu perkara lagi sebelum Mimi terlupa silalah klik print receipt untuk simpan resit tersebut untuk rujukan korang nanti. Kot kot ada masalah timbul so resit tuh boleh jadi rujukan korang.


Alhamdulillah Mimi dah settle pun buat penukaran kad. Senang aje apply online sepantas kilat dah settle. Just tunggu dalam tempoh 14 hari bekerja kad akan di pos ke alamat yang diberi. Tak payah buang masa beratur berjam jam semata mata nak tukar kad. Ada internet semua jadi kan.

Korang yang ada akaun Maybank dah tukar belum kad korang? Kalau belum cepat cepat buat tau. Just login Maybank2U saja. Mudah dan Cepat.

Jumpa next entry. Okbai..

Nota kaki* Masa buat permohonan online hanya masukkan alamat terkini seperti yang diminta. Tak perlu masukkan nama korang sebab dalam sistem Maybank2u memang dah sedia ada nama korang ya.

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com



MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? __32__ tahun 
  2. Jantina anda? (Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya seorang peminat dan pengumpul minyak wangi sejak zaman bujang lag. Jadi, secara tidak langsung saya akan memberi komen yang jujur dan luhur tentang kualiti sesuatu minyak wangi itu sama ada baunya memikat hati atau tidak. Selain daripada itu, saya teringin nak cuba minyak wangi Braveheart / Sweetheart kerana mengikut pada testimoni pengguna lain menyatakan minyak wangi ini tahan lama dan aromanya yang wangi dan lembut sekaligus ia meningkat keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai.

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Keperluan Ketika Berpantang Bersalin Secara Ceasarean

Assalamualaikum...

Pengalaman pertama bersalin secara Ceasarean memang banyak perlu dipelajari dan ilmu kena cedok daripada mereka yang berpengalaman. Alhamdulillah, Mimi bernasib baik sebab dikelilingi kawan kawan yang tidak kedekut nak share ilmu berpantang secara ceasarean...Ramai gak kawan Mimi yang ada pengalaman yang sama.. Mak saudara pun ada juga pengalaman. So, tak lah risau sangat kan apa yang perlu buat dan tak perlu buat.

Antara ilmu yang kawan kawan share nak elokkan luka operate kena makan oren sunkist sebab ada kandungan Vitamin C. Ikan haruan dan gamat tak boleh ambil. Yang nih doktor sendiri beritahu jangan ambil. Adik adik Mimi pun pesan.

Selain daripada tuh Mimi standby juga barang keperluan lain seperti pad herba, losyen mustajab, ubat lawas berak dan gel dermatix.

Untuk pad herba Bio Sanitary tuh since pantang anak sulung memang Mimi selesa dan guna jenama nih. Kalau bersalin normal pad herba nih mampu mengeringkan luka jahit dengan cepat dan darah beku pun cepat keluar. Bau pad nih pun sedap tau..Tak ada langsung bau hanyir darah sebab herba yang terkandung dalam pad dah serap bau darah nifas yang kurang menyenangkan lubang hidung korang...Untuk anak ketiga nih walaupun bersalin operate tetap juga guna sebab darah nifas tuh ada.

Losyen mustajab tuh memang elok digunakan time berpantang. Losyen mustajab dengan capsicum(tiub merah) tuh Mimi buat sapu di kaki. Sebelum pakai stoking lumur banyak banyak di kaki. Memang rasa pijau berangin. Best aje. Yang losyen mustajab rose scent tuh pula Mimi buat sapu di bahagian perut (atas dari luka operate) dan sapu bahagian belakang. Guna losyen nih memang best sangat sangat. Setiap kali pantang memang Mimi ada masalah sukar buang air besar. Angin pun tak keluar duk memulas mulas dalam perut. So, bila malam sapu losyen rose scent nih esoknya memang berkoyan koyan angin keluar. Bila angin kerap keluar perut rasa lega sikit.

Mesti ada yang pernah tengok dan tak pernah temgok pil kuning tuh kan?Bagi yang tak pernah tengok pil kuning tuh fungsinya untuk lawas berak. Dari pantang sulung sampai pantang yang ketiga memang Mimi beli ubat tuh sebab akan hadapi masalah sembelit. Tapi alhamdulillah pantangkan Auni takde masalah sembelit pun walaupun standby juga beli ubat kuning tuh. Mimi lupa apa nama ubat nih tapi kalau pergi klinik korang beritahu je nak beli ubat lawas berak warna kuning. Pantang ketiga nih dari start bersalin 23/6 sampailah 29/6 memang langsung tak buang air besar. Dalam hati dapat agak mesti akan sembelit punya sebab dah "keras". So, malam 29/6 tuh makan 2 biji pil kuning tuh esoknya proses pembuangan berjalan dengan lancar. Tak perlu beriya iya teran..Memang keluar sendiri sebab pil tuh bertindak melembutkan najis. Tapi diingatkan ye pil nih guna bila betul betul ada masalah sembelit saja. Takde sembelit jangan gatal gatal nak try.

Untuk luka operate pula Mimi standby beli gel Dermatix. Tapi Mimi tak guna lagi masa awal awal nih. Simpan dulu buat stok. Dermatix boleh digunakan bila luka dah masuk antara hari ke 10 hingga ke 14. Tapi sehingga entry nih ditaip Mimi belum guna lagi Dermatix. Nak tunggu hari ke 30 baru sapu. Dermatix nih berfungsi mengurangkan parut atau kesan luka, jahitan dan sebagainya. Untuk feedback selepas guna Dermatix nanti Mimi update kemudian okey kesannya.

So, nih antara keperluan yang wajib ada bila berpantang secara ceasarean nih. Kalau normal Dermatix tuh tak perlu pun. Tapi bila dah operate kena standby beli kan. Sebelum terlupa, untuk pengetahuan korang, sepanjang berpantang nih Mimi tak amalkan pun makan haruan atau gamat untuk sembuhkan luka operate. Doktor nasihatkan elakkan pengambilan haruan dan gamat. Apa sebabnya??Nanti Mimi update pada next entry ya.




Review : Nurishah Kids Romper Baju Melayu

Assalamualaikum...

Bila nak dekat dekat raya maka kaum ibu sibuk mencari baju raya yang sedondon warna untuk keluarga. Mimi pun tak terlepas juga dari kesibukan mencari baju raya untuk keluarga. Tahun nih beraya secara sederhana kaedahnya tapi masih sibuk juga cari baju raya sedondon sebab kesiankan anak anak yang keep asking bila nak belikan diorang baju raya. So, finally Mimi decide beli juga baju raya tema Royal Blue. Tema tahun nih ditetapkan mengikut warna baju melayu encik suami yang sedia ada dalam almari. Tak nak membazir beli baru katanya.

Bila semuanya di hujung jari elok sangat digunakan sebaik yang mungkin. Untuk Aina dan Auni, Mimi dah belikan diorang baju raya jubah online. Sedondon dengan ummi diorang. Okey settle untuk anak anak perempuan.

Untuk baby pula pening juga nak cari baju raya untuk dia sebab time Mimi decide nak cari baju raya untuk baby, Mimi belum bersalin lagi okey. Baby duduk dalam perut lagi. Jauh di sudut hati memang confident akan dapat baby boy. Tuh yang terkinja kinja nak beli baju baby boy. Masa tuh andai kata dah beli baju untuk baby boy tapi keluar baby girl redha sajalah kan...

Entah macam mana masa sibuk skroll fb terjumpa satu page yang menjual Kids Romper Baju Melayu...Apa lagi memang tak lepas peluang lah belek page tersebut. Skroll punya skroll jumpa juga Romper Kids Baju Melayu warna Royal Blue. Masa tuh hati dah melonjak lonjak happy dah. Cepat cepat pm tanya romper kod sekian warna dan saiz sekian available lagi atau tak. Alhamdulillah rezeki, saiz dan warna yang Mimi nak ada tapi kena tunggu gaji lah nak bayar pun. Time tuh banyak berdoa supaya baju tuh masih ada stok sehingga gaji. Tawakal okey masa decide nak beli baju untuk baby. Beli size xs untuk newborn baby hingga 3 bulan. Lepas dah tanya semua Mimi bagitahu penjual online tuh akan bayar time gaji nanti.

23hb Jun government dah gaji. Petang tuh lebih kurang pukul 4 petang lebih macam tuh terus transfer jumlah harga baju, bagi details dan bukti pembayaran...Urusan nih Mimi buat sebelum sakit nak bersalin okey...hahaha...Nasib baik sempat selesaikan semua urusan..Alhamdulillah 28hb dah dapat Kids Romper Baju Melayu. (Time nih Muhammad Adhwa Faris dah 5 hari) Alahai comel sungguh....Geram tau dibuatnya. Acu kat badan Muhammad Adhwa Faris kira ngam dengan panjang dia. Besar sikit tak apa.

Mimi nak share sikit ciri ciri yang ada pada Kids Romper Baju Melayu yang supercomel nih..Material kain Kids Rompers Baju Melayu adalah 100% cotton tshirt yang berkualiti tinggi dan sejuk. Bila baby pakai kain memang tak panas. To mommies no worries okay.

Kids Romper Baju Melayu ini juga tahan lasak iaitu kain tidak mudah koyak. Design dan warna Kids Romper Baju Melayu sangat unik dan sedap mata memandang. Selain daripada itu, seller juga memberi jaminan kualiti Kids Romper Baju Melayu kepada para pelanggannya. Jika ada "factory defect" seller akan gantikan dengan romper baru okey. Hahh, bagus tak korang servis yang diberikan. Siap ada jaminan kualiti lagi okey.

Kids Romper Baju Melayu ini juga didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik dan cantik. Ada tiga saiz yang boleh didapati iaitu XS : 0 - 3 bulan (7" × 16"), S : 3 - 6 bulan (8" × 17") dan M : 6 - 12 bulan (10" x 19"). Harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi - baloi. Untuk pertanyaan lanjut berkenaan Kids Romper Baju Melayu korang boleh berhubung terus dengan seller seperti di bawah :-

Page FB : NURISHAH KIDS ROMPER BAJU MELAYU

Whatsapp : 017 - 533 2565

Pengalaman Melahirkan Muhammad Adhwa Faris

(ENTRY AGAK PANJANG HARAP MAKLUM😊😊)

Assalamualaikum...

Nak bercerita pasal sakit kontraksi, sebenarnya sakit kontraksi since 33 minggu dah terasa. Kalau tak, takdelah Mimi warded kan sebab diagnosis prem contraction. Masa 22hb Jun hari Rabu memang dah sakit. Time tuh check up di klinik kesihatan. Staf nurse yang check Mimi dah pesan balik dari check up nih kemas barang terus pergi hospital sebab dah kerap kontraksi. Tapi guess what? Tak ku hirau nasihat staf nurse tuh..hahaha...Gila kentang degil punya manusia bernama Mimi nih. Boleh cakap dengan encik suami "Ayang boleh tahan lagi." So, berlalu macam tuh aje lah.

Keesokkannya, macam biasa bangun tidur encik suami kejutkan. Dia tanya okey ke tak sebab tengok Mimi menahan sakit. Mimi still jawab okey. Dia sebenarnya kena kerja dah siap pakai seluar cuma tinggal nak pakai baju saja. Tapi dia still lagi duduk melepak kat rumah. Mimi tegur dia kata nak pergi kerja tapi dia jawab tak jadi minta kawan dia gantikan sebab dia tengok wife dia dah sakit sakit dia naik risau.

Dipendekkan cerita, petang tuh encik suami keluar sekejap jumpa kawan satu kem dengan dia. Mimi dekat rumah masak untuk berbuka. Start masak pukul 5.20 petang tuh sakit makin ketara. Sekejap sekejap kontraksi, memang tak tahan lah. Sakit di bahagian atas ari ari. Sama sakit macam Aina dulu tapi kali nih sakit teraamatttt sangatt... Macam Aina dulu boleh siap rileks makan telur separuh masak dan makan nasi lagi. Tapi sakit kali nih memang tak boleh tahan. Stop masak pukul 6.00 petang. Itu pun terpaksa stop masak sebab gas dah habis...Sempat lah masak sotong masak kicap, telur masin dan kentang goreng. Tak tahan sakit Mimi terus whatsapp encik suami suruh balik kemas apa yang patut. Mimi pula duduk kat meja makan menangis sebab tak tahan sakit. Encik suami suruh buka puasa sebab takut tak ada tenaga nanti. Ikutkan hati memang tak nak buka puasa sebab tinggal sejam lebih saja tapi sebab risaukan diri tak bermaya buka juga puasa tuh pun makan sikit saja sebab tak tahan sakit.

Dah siap semua, terus lah Mimi sekeluarga bertolak balik Telok Kemang, hantar Aina dan Auni duduk rumah nenek sebab memang nak pantang seminggu kat sana untuk berurut. Dah hantar diorang, encik suami ajak mak saudara dan adik sepupu Mimi teman pergi hospital PD. Sampai hospital, terus serah buku pink dan bagitahu details sekian sekian. Salin baju dan kena buang air kecil. Dah sudah tuh, nurse suruh baring dekat katil nak check baby. So, alat CTG dipasang dekat perut. Time tuh, nurse yang bertugas bagitahu Mimi jantung baby laju. Datang seorang doktor perempuan Chinese check. Dia suruh masuk dalam satu bilik untuk check jalan dan nak scan baby. Doktor bagitahu jalan dah buka 2cm. Scan baby semua okey cuma anggaran berat baby 3.7kg. Doktor bagitahu kalau berat baby 3.5kg ke atas diorang akan transfer ke Hospital Tuanku Ja'afar sebab Hospital PD tak ada specialist. Masa tuh, i is redha dah kalau kena transfer HTJ. Tak nak tanggung risiko kalau jadi apa apa dekat baby. Then, alat CTG dipasang semula dekat perut. Jantung baby still laju. Average 160 - 200 heartbeat dia. Doktor siap tanya demam ke tak sebab jantung baby laju. Serius Mimi cakap Mimi tak demam tapi bila diorang check suhu diorang cakap Mimi demam sikit. Hahh...Tang mana demam tuh tak tahulah.. Doktor sibuk time tuh tanya doktor di HTJ pasal kes Mimi ( Mimi rasa lah sebab kejap kejap dia datang snap pic graf heartbeat baby dan sibuk whatsapp ). Last sekali, dia datang bagitahu kena transfer ke HTJ sebab fetal distress.

Merasa lah naik ambulans. Sepanjang 32 tahun hidup first time naik ambulans..hahaha...
Pengalaman tuh penting. Sampai HTJ Mimi terus kena tolak ke labour room. Buat prosedur itu ini doktor check jalan dah buka 3cm terus doktor decide pecahkan air ketuban. Sambil sambil tuh doktor dan nurse pantau heartbeat baby. Doktor perempuan Indian nih lembutnya lahai cakap. Dia cakap anggaran baby 3.5kg macam tuh. Then sempat juga tanya s
"Saya akan kena operate ke doktor?" Doktor tuh jawab tak perlu sebab time tuh heartbeat baby normal dan tengok pada ketinggian Mimi so dia bagitahu boleh bersalin normal. Bila dengar dia cakap macam tuh dah lega dah. Sekali detik cemas berlaku bila heartbeat terus laju dan laju. 160 - 200. Selama 20 minit diorang pantau last last diorang say sorry kena operate Mimi juga sebab risau baby lemas. Masa tuh mampu berhuhuhu ajelah. Datang seorang doktor lelaki Chinese ambil darah dan terangkan prosedur permbedahan. Dia minta Mimi sign tanda setuju buat pembedahan. Dia minta nombor phone encik suami dan panggil masuk laour room. Dia terangkan benda yang sama dekat encik suami tentang prosedur pembedahan. Time tuh memang nampak lah walaupun encik suami berlagak tenang tapi hakikatnya dia nervous.

Beberapa minit lepas tuh, Mimi kena tolak masuk OT. Time tuh badan dah collapse sebab menggigil kesejukan. Bapak kuat aircond diorang pasang. Badan i dh menggigil diorang boleh buat derk jer...Aishhh sabar sajalah. Dalam bilik OT tuh Mimi ditempatkan dekat satu bilik. Datang seorang doktor perempuan India...Doktor pakar bius. Dia terangkan prosedur itu ini kena injection bla bla bla...Time tuh masuk telinga kanan keluar telinga kiri sebab dah mengantuk. Angguk angguk sajalah..hahaha...Janji semua selamat. Dah habis brief semua Mimi pun kena tolak masuk OT. Dalam OT, masing masing sibuk buat preparation. Baik doktor baik nurse. Cepat dan layanan yang bagus. Lepas tuh, nurse suruh duduk dan bagi Mimi bantal. Peluk bantal tuh dalam keadaan rileks. Doktor pakar bius nak inject ubat tahan sakit dan bius. Sebelum inject doktor tuh ada sapu sejenis cecair apa entah. Gila kobis punya sejuk...Tapi nyaman je rasa...hahaha...Lepas tuh dia tekan tekan tulang belakang cari posisi sesuai untuk inject. Masa inject tuh memang terasa sakit time jarum tuh kena cucuk kat tulang belakang tapi kejap jela sebab lepas tuh dah tak rasa apa apa. Diorang suruh cepat cepat baring sebab nak operate cepat. Mimi siap minta izin nurse Mimi nak tidur. Hahaha...buruk nau perangai asyik nak "mentido" saja kerjaan aku..

Tidur tidur ayam jer sebab mata tak lekang tengok jam yang tergantung. Kejap tidur kejap jaga. Terasa juga sentuhan dekat area perut tapi tak sakit pun. Rasa macam jelly digoyang goyangkan pula. Tunggu baby keluar lambat sangat Mimi bantai tidur. Sedar sedar nurse kejut bagitahu puan tahniah baby dah keluar. Time tuh bila dengar suara baby menangis terus air mata mengalir. Sebab rasa bersyukur sangat segalanya berjalan dengan lancar untuk lahirkan anak yang Mimi tunggu selama 5 tahun.

Alhamdulillah tanggal 23 Jun 2016 tepat jam 2316 malam, Muhammad Adhwa Faris dilahirkan dengan berat 3.48kg secara caesarean. Kelahiran yang cukup bermakna cukup istimewa. Momen indah nih memang Mimi akan kenang sampai bila bila. Nak nak impian timang cahaya mata lelaki tercapai setelah pelbagai ujian dan dugaan yang Mimi lalui. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan dan rezeki yang Allah SWT berikan...