Tefal Manual Chopper | Memudahkan Tugas Di Dapur

Assalamualaikum dan hai korang

Sebagai seorang isteri dan Ummi kepada 3 orang anak, wajib tahu masak dan suka masak. Sebab apa Mimi cakap macam tuh? Dulu masa zaman anak dara a.k.a zaman belajar dulu Mimi tak suka masak tau. Kalau bab masak nih rasa lemah sendi sendi semua. Mimi tak suka masak sebab bagi Mimi leceh nak belajar nama bahan bahan masakan tuh hah..Kalau setakat minyak masak garam gula tahu lah kan. Tapi kesedaran tuh timbul bila umur semakin meningkat dan akan bergelar jadi isteri orang. Sekarang nih, jangan tak percaya Mimi sangat suka memasak dan suka cuba resepi baru. So, bila dah suka memasak tentulah kita nak peralatan memasak di dapur lengkap dan membantu kita memudahkan kerja kerja memasak. Betul tak?

Hah, kalau sebelum nih bila memasak Mimi kena chop bawang lobak guna pisau. Sekarang nih, tak payah susah susah chop guna pisau sebab Mimi dah ada Tefal Chopper. Kerja memasak memang menjadi sangat mudah dan senang. Suka suka suka.



Nak gunakan Tefal Manual Chopper nih pun tersangattt lah mudah. Tak perlu guna elektrik pun cuma guna tenaga tangan saja. Itupun tak banyak mana pun tenaga diperlukan untuk cincang bawang ke lobak ke dan sewaktu dengannya. Anak anak korang boleh bantu korang tapi pastikan dengan pengawasan korang tau.



Cara nak guna senang saja. Macam Mimi nak chop bawang besar. So, Mimi just potong 4 saja terus masuk dalam Tefal Manual Chopper. Kemudian tarik pemegang seperti gambar di atas. Kalau korang nak bawang besar di cincang kasar tarik pemegang tuh 3 4 kali dah cukup. Kalau nak sederhana kejadian tarik lagi 2 3 kali. Kalau nak lagi halus korang tarik saja pemegang tuh ikut suka korang berapa kali sampailah bawang besar tuh halus.



Hah, ini kejadian bawang besar yang Mimi chop halus. Sangat berpuas hati guna Tefal Manual Chopper nih tau. Memang memudahkan kerja Mimi sungguh.



Nak ingatkan korang, hati hati bila gunakan Tefal Manual Chopper nih ya. Pisaunya tersangatlah tajam. Nampak saja kecil macam tuh hah. Tersilap langkah tanggung sakit sendiri. Setakat nih, Mimi tak terkena lagi pisaunya tuh. Time guna dan nak basuh memang hati hati.

Korang nak Tefal Manual Chopper juga ke? Hah kalau nak korang boleh terjah sini http://www.lazada.com.my/online-revolution/. Sekarang nih Online Revolution masih on di LAZADA MALAYSIA tau. Apa tunggu lagi cepat cepat terjah tau.

3 comments:

  1. jealousnya... hehe.. neeza nak sangat chopper ni tapi tak ada rezeki nak dapat :( jemput singgah dan komen www.neezalife.com

    BalasPadam
  2. Best nya dah ada tefal chopper ni. Boleh bawak g travel. Senang nak masak kat mane2 bila travel :)

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..