Friso Gold : Membekalkan Nutrisi Yang Menguatkan Anak Anak Dari Dalam

Seminggu bercuti, duduk terperap dalam rumah memang sangat bosan tau korang. Tepu otak Mimi dibuatnya duduk dalam rumah. Jammed terus otak tak boleh berfikir. Bila semua kerja rumah dah siap buat apalagi nak buat selain daripada tidur kan? Jadi, daripada duduk terperap dalam rumah, lebih baik bawa anak anak berjalan makan angin menikmati keindahan alam semesta. Betul tak? Anak anak pun dapat buat aktiviti kegemaran mereka.







Memang anak anak seronok sangat bila dapat makan angin sebab mereka boleh belajar sesuatu benda yang baru di samping meneroka alam di sekeliling mereka. Bila mendedahkan mereka dengan keadaan sekeliling pasti akan mengundang bahaya kepada mereka antaranya terdedah dengan cuaca yang tidak menentu, persekitaran yang tidak sihat dan sebagainya. Sebagai ummi kepada dua orang puteri yang sedang membesar pasti Mimi amat menitikberatkan kesihatan mereka bila melakukan aktiviti di luar rumah. Namun, Mimi tidak perlu risau semua itu kerana Mimi dah pun mencari dan memberikan mereka susu Friso Gold. (Banyak betul jenama susu formula di pasaran, baca panduan susu anak yang lengkap di blog ibusyurga.) Sejak consume Friso Gold anak anak Mimi semakin cergas, cerdas serta kekuatan dalaman mereka yang sangat memberangsangkan. Malahan, sistem penghadaman mereka juga semakin baik. Tidak ada lagi masalah sembelit atau diarrhea.



Susu Friso Gold dihasilkan dari susu lembu yang berkualiti tinggi. Kenapa dengan yakinnya Mimi kata susu Friso Gold berkualiti tinggi? Hah, korang baca serba sedikit maklumat penting berkaitan susu Friso Gold. Susu berkualiti tinggi adalah titik permulaan bagi menghasilkan susu tepung yang berkualiti. Jadi Friso Gold bermula dengan sumbernya di negara Belanda. Susu Friso Gold datangnya dari ladang-ladang milik mereka sendiri.

Lembu-lembu di ladang diberi makanan berkualiti. Lembu yang sihat menghasilkan susu yang berkualiti. Peladang-peladang memberikan jagaan terbaik terhadap lembu-lembu mereka. Setiap lembu diberi nama yang tersendiri dan dijaga seperti keluarga. Kolar elektronik dan tag unik digunakan untuk memantau status kesihatan setiap lembu.

Susu adalah produk semula jadi dan alam semula jadi tidak boleh digesa. Penghasilan susu yang berkualiti memerlukan penjagaan serta dedikasi yang tinggi. Peladang ini menggabungkan kepakaran dengan sistem penyusuan dan pemantauan berteknologi tinggi bagi memastikan lembu mereka kekal sihat, dan menjamin susu berkualiti tinggi. Bagi mereka, perladangan adalah sebahagian daripada alam semula jadi.

Nampak tak? Susu Friso Gold terhasil daripada susu lembu yang dijaga rapi oleh peladang dari ladang mereka sendiri dan diberikan makanan yang berkualiti tau. Semakin sihat seekor lembu itu semakin berkualiti susu yang dihasilkan. Korang boleh nampak bagaimana mereka menjaga rapi lembu di ladang untuk memastikan lembu sentiasa kekal sihat.



Susu Friso Gold yang terbaru ini juga dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri di mana membantu mengekalkan nutrien dalam keadaan asal semasa proses pengeluaran supaya ia mudah diserap dalam tubuh dan sistem penghadaman. Ini kerana susu Friso Gold terhasil dari kekreatifan para saintis yang mencipta proses khas yang memelihara susu pada setiap langkah proses agar kebaikan dikekalkan dalam formula susu mereka. Setiap proses adalah di bawah kawalan mereka bermula dari ladang sehinggalah ke kilang. Susu yang berkualiti tinggi ini yang dibawa dari ladang sehingga ke kilang sentiasa dipantau agar kebaikan susu dikekalkan agar dapat membekalkan nutrisi kepada si manja agar kuat dari dalam.

Korang percaya tak susu yang mengandungi nutrien yang kekal terpelihara akan memberikan sistem penghadaman yang baik kepada anak anak. Jika sistem penghadaman baik maka daya ketahanan tubuh mereka juga bertambah baik. Kenapa Mimi cakap begitu? Sebagai contoh, sebelum ini anak anak Mimi mudah kena sembelit. Dari situ Mimi tahu sistem penghadaman mereka tidak sihat. Setiap kali nak membuang, memang mereka menangis meraung kesakitan. Sedih tau tengok mereka menangis. Sejak kejadian itu, Mimi agak cerewet apabila memberikan mereka makanan. Tidak boleh bagi mereka makan sebarangan dan sedaya upaya usaha berikan mereka makanan yang di masak sendiri oleh Mimi. Nak bermain di luar jauh sekali sebab bila dah main tuh faham faham sajalah kan. Mesti kotor sana sini kuku hitam bagai.

Tapi sejak mereka consume Friso Gold, Mimi tak lagi jadi seorang ummi yang over-protected, tidak lagi cerewet malahan memberi anak anak kebebasan bermain supaya mereka dapat meneroka alam sekitar agar mereka menjadi lebih bijak dan kreatif. Mereka tiada lagi masalah sembelit malah perkembangan tumbesaran mereka juga bertambah baik tau. Yang paling ketara, Mimi nampak anak anak jarang demam. Dalam setahun sekali dua saja mereka demam. Kalau tidak,sebelum ini tak terkira dek jari kekerapan mereka demam tau. Sampai cuti tahun tinggal sedikit gara gara mereka kerap demam. Sekarang ini, tak perlu risau dah cuti tahun habis sebab mereka jarang demam. Kalau demam pun, mereka kekal aktif tau. Ada saja yang mereka buat tak tahu duduk diam. Menguji kesabaran sungguh. Demam tapi aktif..hahahaha...



Aktiviti luar rumah yang Mimi dan suami rancangkan untuk anak anak. Bawa mereka dan adik bongsu Mimi mandi laut. Walaupun air laut keruh sedikit langsung tidak merunsingkan Mimi ataupun suami sebab yakin anak anak kami kuat dari dalam dalam. Mereka nak main pasir pun tak kisah dah. Kalau tak mulut kami bising macam murai marahkan mereka main pasir 😄😄😄



Bila anak anak sihat dan kuat dari dalam sudah tentu Mimi dan suami bertambah gembira untuk melakukan aktiviti di luar rumah bersama anak anak. Mimi dan suami yakin dengan aktiviti sihat di luar rumah ini lah yang banyak membantu perkembangan otak yang sihat dan cerdas anak anak sehingga mereka juga cemerlang di dalam akademik.



Post a Comment

3 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com