Wajah Kian Berseri Dan Tampil Berkeyakinan dengan 3D Gold Stemcell Serum Dari My Beauty Herbs

3D Gold Stemcell Serum merupakan produk dari My Beauty Herbs iaitu produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM. 3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit kita terus kekal muda anggun selamanya.



KESAN 3D GOLD STEMCELL SERUM

3D GOLD STEMCELL SERUM juga sangat bagus dan berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah seperti :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Dapat serum terus selfie

3D Gold Stemcell Serum dan Treatment Cream

Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari


Mimi sendiri menggunakan serum sehari dua kali selepas cuci muka pada waktu pagi dan tengahari. Waktu malam pula sebelum tidur Mimi sapukan treatment cream. Mimi juga tak lupa amalkan minum air suam. Sehari 2 hingga 3 liter sehari. Bohonglah kalau Mimi kata muka tak tumbuh jerawat langsung. Bila time period biasalah jerawat akan keluar seketul dua tapi bila sapu 3D Gold Stemcell Serum dan Treatment Cream jerawat akan cepat mengecut tanpa meninggalkan kesan parut hitam.

SEBELUM : 09 OKT 2016

SELEPAS : 31 OKT 2016

*Sila fokus pada masalah utama iaitu parut jerawat dan liang pori terbuka. Kulit wajah sebelum dan selepas berbeza kerana faktor pengcahayaan*

Kalau di lihat gambar selepas liang pori tidak kelihatan dan parut jerawat ada yang hilang dan pudar. Bukan lah kata hilang 100% tetapi masih memberi kesan positif pada kulit wajah Mimi. Bukan setakat pori mengecil dan parut jerawat pudar dan hilang, kulit wajah Mimi juga kurang berminyak dan sentiasa lembap.

Selain daripada itu, dahulu walaupun Mimi mengenakan mekap parut jerawat masih jelas kelihatan. Memang kurang berkeyakinan masa itu sebab parut jerawat jelas walaupun dah tepek bedak patplohpat inci. Tetapi selepas penggunaan serum dan treatment cream secara konsisten, parut jerawat yang lama semakin pudar dan bila mengenakan mekap parut jerawat dah tak nampak. Baru guna tiga minggu hasil yang Mimi dapat dah kebaboom macam ini, kalau konsisten guna sehingga dua tiga bulan mahu merecik flawless seperti Feeya Iskandar.


Alhamdulillah Mimi kini tampil berkeyakinan kerana wajah kian berseri. Hopefully lepas ini serum hebat ini dapat merawat masalah gelap bawah mata Mimi pula. Sejak ada anak kecil mata panda tak dapat dielakkan kerana kerap berjaga malam. Walaubagaimanapun, setelah penggunaan serum ini selama 3 minggu memang memberi kesan yang bagus pada kulit wajah Mimi terutama sekali membantu Mimi mengatasi masalah parut jerawat dan liang pori terbuka selain daripada tona kulit Mimi semakin sekata.

Siapa kata produk Malaysia tidak setanding produk luar negara? 3D Gold Stemcell Serum telah membuktikan bahawa ia mampu bersaing dengan produk luar negara. Buktinya dengan testimoni berjaya daripada pengguna setia. Diharapkan produk 3D Gold Stemcell Serum semakin mendapat tempat di hati pengguna dan menjadi pilihan no.1 di pasaran.😊😊😊





Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


4 comments:

  1. Salam..Singgah dari Giveaway Review yang sama http://www.akifimtiyaz.com/2016/10/kulit-wajah-flawless-hanya-dengan-3d.html

    semoga berjaya..

    BalasPadam
  2. Slm daripada Fiza. Semoga berjaya.. Singgah BW dr segmen yang sama.. http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/wajah-menawan-dengan-3d-gold-stemcell.html

    BalasPadam
  3. Salam. Terima kasih hantar entri review produk Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

    Entri ini telah disenaraikan. Good Luck!

    - Mia Liana -

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..