[Resipi] Banana Honey Smoothie

Assalamualaikum....

Request daripada anak anak nak minum jus pisang. Memandangkan bahan bahan semua ada maka jomlah kita mengejuskan diri di dapur. Bila bahan bahan ada semua jadi maka terhasillah Banana Honey Smoothie.

Bahan bahan diperlukan :

3 biji pisang rastali
2 sudu besar susu pekat
1 cawan air
Beberepa ketul ais
1 sudu besar madu

Cara cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga halus. Tuangkan ke dalam gelas hias ikut kreativiti korang. Dah siap. Banana Honey Smoothie bagus untuk sistem penghadaman korang tau. Selain daripada itu, smoothie ini mengenyangkan. Tak percaya cubalah. Sedap memang sedap.

2 comments:

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..