Musuh Ketat Jurugambar di Majlis Kahwin

Assalamualaikum...

Buat bakal raja sehari elok lah korang baca artikel berkenaan musuh ketat jurugambar di majlis perkahwinan. Harap dapat membantu korang supaya mengelakkan dari berlakunya perkara perkara yang tidak diingini. Jangan nanti bila korang dah dapat album gambar perkahwinan korang, korang menangis air mata darah. Jom baca luahan hati seorang jurugambar profesional mengenai musuh utama mereka di majlis perkahwinan.



Buat pengantin lelaki sila jangan pakai spek mata hotam di atas pelamin ya. Tak macho katanya...


Yang mekap muka pengantin lelaki...Please....Tak macho tapi bertambah hancur...

Buat pengantin perempuan upah MUA yang berpengalaman. Kalau muka putih tetiba lepas mekap jadi hitam dah kenapa...Lepas tuh ada yang bagi mak sedara buat eksperimen dekat muka...Kalau cantik takpe dah macam opera cina gamaknya..Ingat majlis kahwin seumur hidup sekali saja...
Lampu di pelamin tolog jangan macam i City. Kesian jurugambar kena setting semula...


Bila pasang pelamin sila pasang di bawah siling putih. Jangan warna coklat. Nanti muka korang jadi warna kayu😁😁

Ni mimpi ngeri...Pastikan letak plastik tembakau barulah flash kena pada pelamin. Iupun kalau nak gambar cantik macam kahwin kat hotel. Kang macam kahwin kat reban ayam marah pula.😆😆

Pastikan kedudukan pelamin strategik. Bayar pelamin mahal mahal tapi tengah tengah ada tiang. Keadaan ini akan menyukarkan jurugambar nak rakam momen momen terbaik korang.

Pastikan cari tempat yang sesuai walaupun ruang kecil tapi memanjang tak apa. Asalkan tiada gangguan.

Ini satu lagi fobiaphotolista,mohon jangan letak di pelamin korang ya. Bayangkan cahaya putih kena pada karpet merah dan kena pada muka korang? Tak guna bayar mekap mahal mahal kalau gambar macam udang kena bakar.

Bila bergaya bebas mesti keluar peace. Pastikan sebelum majlis korang praktis gaya bebas lain contoh seperti gaya qu puteh ke...cakar rimau ke...😄😄

Sumber :
https://www.facebook.com/theredcarpetphotography2u

Post a Comment

2 Comments

  1. hahaha.. macam-macam yer. gaya cermin mata hitam tu memang ramai jer kan

    ReplyDelete
  2. Yup, memang betul..musuh ketat! Gambar nak cantik, kena hindari musuh musuh nih...huhu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com