Penukaran ATM/Kad Debit Maybank Secara Online

Assalamualaikum...

Sekarang nih sibuk sana sini penukaran ATM/Debit Card Maybank ke kad yang baru iaitu PayWave.Betulkan Mimi kalau Mimi silap...Disebabkan zaman sekarang zaman teknologi di hujung jari why not gunakan kemudahan yang ada sebaik baiknya kan. Nak beratur panjang dekat bank memang taklah jawabnya kan.

Untuk pengetahuan korang, penukaran kad baru Maybank boleh dibuat secara online dengan syarat korang ada Maybank2u. Okey jom go thru step by step cara nak apply penukaran kad baru Maybank.

Mula mula korang buka web Maybank2u lepas tuh login macam biasa...Lepas tuh sila tengok step by step bergambar yang Mimi tepek nih.

Selepas login akan keluar page home.

1) Korang pilih Card Management dan klik.

2) Selepas klik Card Management akan keluar page kedua yang ada 5 kategori seperti gambar di bawah. Sila klik ATM/Debit Card.



3) Kemudian akan keluar page Replace your Card di mana page nih akan tunjuk jenis kad korang dan 4 digit terakhir nombor kad korang. Kemudian korang boleh klik Replace Card yang tertera.

4) Bila korang klik Replace Card akan keluar page macam bawah nih. Korang diminta untuk isi alamat untuk pengeposan ATM/Debit Card korang nanti. Kalau alamat still sama korang terus klik Continue. Kalau ada perubahan alamat sila isikan pada form yang diberi.

 5) Bila proses isi alamat dah selesai dan korang klik Continue, akan keluar page baru di mana korang di minta check semula sama ada alamat korang betul atau tidak. Kalau betul boleh klik Request for TAC. TAC akan dihantar ke nombor telefon yang korang daftarkan. Bila dah dapat nombor TAC korang masukkan pada kotak kosong bahagian TAC tuh dan klik Continue.

 6) Last sekali akan keluar page seperti di bawah menandakan proses penukaran kad korang telah berjaya. Senang saja kan nak buat tak susah mana pun..Semua dihujung jari saja...Satu perkara lagi sebelum Mimi terlupa silalah klik print receipt untuk simpan resit tersebut untuk rujukan korang nanti. Kot kot ada masalah timbul so resit tuh boleh jadi rujukan korang.


Alhamdulillah Mimi dah settle pun buat penukaran kad. Senang aje apply online sepantas kilat dah settle. Just tunggu dalam tempoh 14 hari bekerja kad akan di pos ke alamat yang diberi. Tak payah buang masa beratur berjam jam semata mata nak tukar kad. Ada internet semua jadi kan.

Korang yang ada akaun Maybank dah tukar belum kad korang? Kalau belum cepat cepat buat tau. Just login Maybank2U saja. Mudah dan Cepat.

Jumpa next entry. Okbai..

Nota kaki* Masa buat permohonan online hanya masukkan alamat terkini seperti yang diminta. Tak perlu masukkan nama korang sebab dalam sistem Maybank2u memang dah sedia ada nama korang ya.

16 comments:

  1. nak tanya dia pos pakai pos biasa atau berdaftar?

    BalasPadam
  2. anum dha cuba buat tapi x berjaya
    x pasti kenapa

    BalasPadam
  3. waaaaa perkongsian yg sgt bagus nih...
    mmg mls akak nk pg bank bt... tq banyak2 ye mimi

    BalasPadam
  4. kalau dah buat kad lama masih boleh pakai tak kak?

    BalasPadam
  5. MIMI.. nanti kena buat maybank2u baru ker camner..

    BalasPadam
  6. Bagus juga kalau boleh buat online... senang sikit keje...

    BalasPadam
  7. Ada bayaran charge apa2 ke ? Then, dah dapt kad baru tu, no pin tu still sama mcm no pin lama ke? Tq

    BalasPadam
  8. Ada bayaran charge apa2 ke ? Then, dah dapt kad baru tu, no pin tu still sama mcm no pin lama ke? Tq

    BalasPadam
  9. aduhhh tak tukar tukar lagi sbb malas nk beratur panjang dekat bank.. boleh online eh? isnin ida buat!!! hihihihi

    BalasPadam
  10. Hai.nak tnya kat alamat cuma letak alamat kn?x perlu letak nama kita ke? Thanks

    BalasPadam
  11. Nk tanya yg tukar atm cara online ni kena atau yang sudah ada m2u je ke ye. Sy xda m2u lagi so memang xde la jumpa page2 berkenaan sbb mana boleh nak login

    BalasPadam
  12. Mudah kan? Kan bgs kalau bnk lain pun bt mcm ng jgk.

    BalasPadam
  13. Kenapa saya dah buat semua tapi kad belum sampai kt rumah lagi

    BalasPadam
  14. Kenapa saya dah buat semua tapi kad x sampai rumah lg pn

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..