Haruan dan Gamat Tidak Digalakkan Makan Oleh Ibu Yang Bersalin Secara Ceasarean

Assalamualaikum...

Memang dah jadi kebiasaan kalau ibu ibu yang bersalin secara ceasarean akan disyorkan makan haruan dan gamat atas alasan untuk sembuhkan luka operation. Hakikatnya haruan dan gamat sebenarnya tidak digalakkan dimakan oleh ibu ibu yang bersalin secara ceasarean nih. Macam Mimi sendiri bersalin ketiga nih secara ceasarean pun tak amalkan makan haruan atau gamat atas nasihat doktor. Adik Mimi yang kedua (JM di HKL) dan doktor HKL (Bos adik yang ketiga) pun pesan jangan makan haruan dan gamat.

Mimi memang takkan tanya kenapa atau mengapa atau mempertikaikan sebab bila mereka pesan mesti ada sebab munasababnya kan.. Betul tak? Cuma Mimi ada lah cari maklumat dan tanya pengalaman kawan kawan yang ceaserean nih kenapa doktor tak galakkan makan haruan dan gamat. Bila dah tahu jawapan tuh rasa seriau pun ada.

Kenapa ibu ibu yang bersalin secara ceasarean tidak digalakkan makan haruan dan gamat? Korang baca cerita dan pengalaman kawan sekolah Mimi nih. Beliau melahirkan ketiga tiga anak anaknya secara ceasarean. Cerita nih adalah cerita benar dan di alami sendiri oleh beliau dan kawan beliau sendiri. Kalau nak lebih jelas korang boleh tengok sendiri dekat fb Mimi. Ada Mimi update status panjang lebar berkaitan kes "pakar kanak kanak tak bertauliah".



Korang baca dan hadam sendiri cerita kawan Mimi nih. Sebelum nih Mimi ada juga baca kes yang sama di fb tapi bila cari semula tak jumpa pula. Kes di mana doktor terpaksa mengambil masa yang lama untuk keluarkan baby sebab usus dia melekat lekat gara gara makan haruan.

Bila dah tahu pasal nih Mimi tanya adik adik Mimi sebab nih ke doktor tak bagi makan haruan dan gamat. Diorang mengiyakan dan menyatakan sebab dah banyak kes yang jadi sebab tuh doktor tak galakkan yang bersalin secara ceasarean makan haruan dan gamat.

Kalau menurut apa yang dikatakan kawan Mimi, doktor kata boleh makan haruan dan digalakkan bagi kes kes lain contohnya operate lutut ke operate jantung ke...Hah yang nih memang digalakkan makan haruan tapi bukan operate sebab melahirkan ya. Ingat tuh...Bagi yang bersalin ceasarean nih sangat digalakkan makan buah oren sunkist untuk sembuhkan luka dalaman. Semua kawan kawan, saudara dan jiran Mimi yang dah ada pengalaman bersalin ceasarean nih memang akan pesan makan buah oren sunkist setiap hari untuk pulihkan luka operation. Itu sebaik baiknya.

So, dah tahu kan kenapa haruan dan gamat tidak digalakkan makan oleh ibu ibu yang bersalin secara ceasarean..Seeloknya kita dengar nasihat doktor atau nurse daripada dengar nasihat orang orang yang tak bertauliah nih. Untuk kesenangan kita juga kan. Mana yang baik kita ikut yang tak baik kita abaikan.

Nota kaki* Mungkin ada juga yang amalkan haruan atau gamat tak mengalami masalah seperti di atas. Pengalaman setiap orang mungkin berbeza. Jadi, tak nak nanti timbul isu lain pula ya. Bukanlah kata nak menidakkan kebaikan dan kelebihan ciptaan Allah tapi kadang kala perlunya kita melihat dari sudut positif sesuatu perkara. Mungkin mendatangkan kemudaratan pada sesuatu perkara tetapi mendatangkan kebaikan pada perkara yang lain.

6 comments:

  1. Isu ni pernah saya kupas kat dua entry saya... Kenapa tak digalakkan... Pengalaman kak ipar pun mcm tu... Jd msa operate ank ketiga dia x amalkan gamat dan haruan...tapi mkn ikan haruan fresh...

    http://www.mariafirdz.com/2016/06/pati-ikan-haruan-tak-digalakkan-ambil.html

    BalasPadam
  2. dulu2 masa pantang akak mkn jgk lah haruan awal2 tu dlm seminggu awal pstu minum gk gel gamat huhuhu mintak2la takde apa...
    tp oren tu mmg tiap hari akak mkn sbb sorang kwn nasihatkan suh mkn selalu...

    BalasPadam
  3. Baru tau.. Huhu.. Nasib baik terjumpa blog sis sebelum bersalin.. Sbb mmg doc jangka bersalin caeseran sbb uri kat bawah.. Allah, tq sis atas perkongsian ilmu..

    BalasPadam
  4. jijah amalkan makan haruan ms bersalin ri tu.. risau pula

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..