Resipi : Cornflakes Madu

Assalamualaikum...

Bila mood Ramadhan datang dah sah sah entry blog mesti berkaitan menu iftar, tempat tempat menarik yang menawarkan pakej iftar,resipi - resipi biskut raya dan seangkatan dengannya.

Walaupun dah ramai update resipi biskut raya Mimi pun tak nak ketinggalan update jugak...Kali nih nak update resipi Cornflakes Madu. Bagi yang baru nak belajar buat biskut disyorkan belajar buat Cornflakes Madu sebab memang senang saja..

Resipi Cornflakes Madu

250 gram mentega
60 gram gula perang ( Mimi guna tiga sudu besar)
4 sudu besar madu
400 gram cornflakes
Gula manik warna warni (Hiasan)

Cara cara

Cairkan mentega. Kemudian masukkan gula perang. Kacau sampai sebati untuk elakkan gula berketul ketul. Kemudian masukkan madu. Tahap kemanisan adjust sendiri ya.

Macam resipi yang Mimi share nih dah elok sangat rasanya..Tak terlalu manis..

Bila bahan bahan tadi dah mengelegak sikit boleh angkat dan tuang ke dalam mangkuk berisi cornflakes tadi. Gaul sehingga rata. Masukkan cornflakes dalam papercup dan taburkan hiasan iaitu gula manik warna warni yang kecil kecil tuh.

Bakar pada suhu 110°c selama 8 - 10 minit. Dah siap bolehlah korang makan atau simpan untuk stok raya nanti..😊😊😊

Selamat mencuba korang💜💜💜

4 comments:

  1. Buat biskut ni ok Mimie cepat sikit tak payah nak menguli doh
    Tapi tetap kakak tak terbuat juga haha..

    BalasPadam
  2. ni biskut raya yg tiap thn msti bt kt kmpung.... bahan2 paling simple n mudah nk buat... tp paling mls nk boh cornflakes tu dlm bekas kecik tu hehehe...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..