Difteria : Keradangan Sekitar Tekak dan Bengkak Leher

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari nih kita dah masuk 18 Ramadhan. Sekejap sungguh masa berlalu kan?

Hari nih Mimi ada terbaca pasal penyakit Difteria yang sibuk diperkatakan ketika ini. Setakat ini sudah melibatkan dua kematian yang berpunca daripada Difteria. Mungkin penyakit merupakan satu perkara baru bagi kita. Mimi sendiri pun 1st time dengar pasal Difteria atau kawan kawan lain dah lama tahu cuma Mimi saja yang ketinggalan 😂😂😂...

Mungkin bagi kita sesetengah penyakit itu biasa tapi implikasi kemudian hari yang diterima nanti kita tak tahu. Mimi sendiri terkejut bila dapat tahu penyakit Difteria yang melanda ketika ini boleh menyebabkan kematian.

Jom baca dan hadam dengan lebih lanjut apa itu Difteria.

APA ITU DIFTERIA?

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.  Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan. Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.

Sumber: Blog Ketua Pengarah Kesihatan

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa memastikan anak anak kecil kita mendapat imunisasi yang lengkap supaya risiko jangkitan penyakit kurang dan mencegah komplikasi yang berlaku sekiranya dijangkiti penyakit. Tapi terpulang pada hak individu sendiri sama ada menerima vaksin atau menolak vaksin. Segala keputusan terletak di tangan masing masing. Bagi Mimi bila sesuatu itu mendatangkan kebaikan dan mengelakkan berlakunya kemudaratan seeloknya kita ambil demi memelihara kesihatan anak anak kita di kemudian hari.

2 comments:

  1. ngeri pulak... walaupun tgk mcm takde apa tp sbb dia blh jangkit dlm darah n ganggu jantung tuh yg bahaya...

    mintak2 kita terhindar dr virus nih,...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..