Redeem Gift Printcious.com Dah Sampai

Assalamualaikum...

Sebelum ni Mimi share terima free voucher RM50 daripada Printcious.com kerana vote mereka dalam satu award.

Alhamdulillah barang yang dipesan dah sampai pun. Mimi pilih dua Mini Tees satu warna hijau satu warna pink. Warna hijau Arrow Daddy warna pink Arrow Mommy.



Harga Mini Tees ni RM15.00 satu. Pilih dua jadi RM30.00..Balance RM20.00 bayar kos pengeposan. Lagipun tengok Mini Tees ni macam comel pulak. Balik rumah tadi terus lekat pada cermin besar kat ruang tamu. Kualiti Mini Tees ni pun bagus tau. Kualiti yang bagus... Rasa teruja dan tak sabar pulak nak timang baby bila tengok Mini Tees nih tergantung comel pada cermin di ruang tamu. Takpe takpe 2 bulan je lagi baby nak keluar..hehehehe...

Actually nak lekat kat kereta, encik suami kurang suka menyerabutkan kereta dia...Jadi, marilah menyerabutkan cermin dalam rumah. Menggeleng dia tengok karenah isteri yang kadang kala macam keanak-anakan...

Terima kasih Printcious.com sudi beri gifts yang istimewa ni. Rasa teruja dan seronok sangat. Apa yang bagusnya Printcious.com ni memberikan servis dan perkhidmatan yang pantas dan layanan serta komitmen yang diberikan kepada pelanggan sangat bagus..Memang 5/5 la saya bagi...Thanks a lot Printcious.com.

Post a Comment

4 Comments

  1. salam, lamanya tak singgah sini.. tengah preggy kan..Tahniah.

    ReplyDelete
  2. comelnya kak,, sy pun dah order brg dr printcious .. mulanya nak order tees nie juga.. tp adik sy umur 4 tahun dah,, so tahut tak muat haha

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com