Vote Printcious.com Dapat Redeem Free Voucher RM50

Assalamualaikum...

Lama betul tak update entry. Minggu ni Mimi busy dengan kursus. Tuh agak sibuk sikit. Alhamdulillah hari ni ada masa nak update blog.

Al kisah semalam duk belek belek gmail. Saja tengok email lama lama...Yang mana tak perlu memang delete. Sekali Mimi terperasan satu email dari Printcious.com...Email tuh dihantar 28 March tapi Mimi baca semalam...hahaha..Nasib baik sempat.

Printcious.com inform yang mereka join Top E-Commerce Merchant Award. So, mereka minta tolong vote mereka ikut kategori yang diberi. So, Mimi tolong vote jela. Ala setakat vote apa la sangat tak luak kan. Baca balik semula email mereka rupa rupanya kalau kita vote mereka, kita boleh redeem free voucher RM50 yang mereka bagi dengan syarat ikut saja apa mereka suruh. Lepas vote Mimi print screen bukti yang mereka nak. Dah hantar bukti tuh duk diam diam tunggu mereka reply.

Alhamdulillah pagi ni Mimi terima email Printcious.com beserta kod voucher RM50. Apa lagi, cepat cepat sign up dan redeem voucher. Pilih punya pilih dapat lah Mimi barang yang Mimi nak...Pilih item masukkan kod voucher. Settle...Kos penghantaran pun zero sebab include sekali dalam voucher. Total barang Mimi pilih RM30 lepas tu kos penghantaran RM20 untuk West Malaysia (1-2 bekerja)

Rezeki baby...Walaupun rezeki datang dalam pelbagai bentuk kena bersyukur selalu kan...Tak sabar nak tunggu barang yang Mimi pilih tuh sampai.

Nanti Mimi update next entry pulak ye...

Nota* Tengah tunggu turn ambil darah kali ke 2 lepas minum air gula tadi.


Post a Comment

4 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com