Vitagen : Minuman Susu Berkultur

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat juga update entry hari ni. Semalam busy sikit balik rumah dah letih nak update entry malas.

Kat sini siapa minum vitagen. Mimi sekeluarga memang suka vitagen terutama anak anak. Kalau beli satu pack tu ada 5 botol, sehari saja dah habis. Ummi bebel bebel marah sebab memang had kan sebotol sehari saja tapi anak anak buat tak tahu. Geram tau tengok budak budak ni bila kita bebel diorang siap tarbiyah lagi..Budak budak sekarang nih punya fiil.

Vitagen ni Mimi beli daripada jiran office sebelah. Dia dealer Vitagen. Ada perisa original, hijau epal dan anggur. Oren takde. Beli 3 pack percuma mangkuk sebiji. Bertambah mangkuk kat rumah.. Sebelum beli kena tanya encik suami dulu, dia dah bagi green light baru beli..Tapi dalam hati dapat agak memang dia akan suruh beli sebab dia pun hantu Vitagen..😄😄😄

Dari dulu lagi memang suka minum Vitagen ni sebab bagus untuk kesihatan dalaman terutama sekali perut kita. Bagus untuk sistem penghadaman kita.Kalau anak anak Mimi ada masalah sembelit memang Mimi bagi minum Vitagen. Lepas minum tunggu sekejap saja mula lah budak budak ni nak membuang. So, sampai sekarang memang ajar diorang minum. Alhamdulillah, sistem penghadaman diorang bertambah baik.

Walaupun minum minuman susu berkultur ni bagus untuk penghadaman, air suam jangan dilupakan. Air yang paling terbaik di dunia 😊😊😊

Kawan kawan ada tak yang minum Vitagen? Ke ada yang amalkan minuman lain??


8 comments:

  1. kdg2 je minum..kalo dpt beli borong best jugak tu..huhu

    BalasPadam
  2. kdg2 je minum..kalo dpt beli borong best jugak tu..huhu

    BalasPadam
  3. yui plak amalkan teh hijau. takpun lemon suam.. heee..

    BalasPadam
  4. Minum nutrgen ikut doter ja, kalau dipegang itu, ada la kat umah, cuma risau son tak minum ni, tiada pembersih usus untuknya, tapi dia makan pisang kena ingat hari ni nak beli :)

    BalasPadam
  5. Kakak pun sama Mimi walau dah tua tapi kakak kalau shopping tak tinggal membeli. Boleh katakan dlm fridge kakak sentiasa ada..

    BalasPadam
  6. Dah lama tak beli... Dulu selalu juga belikan ana-anak... Kami suka yakult..

    BalasPadam
  7. MV tak berapa suka..tapi anak2 suka..wah bestnya dpt free mangkuk....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..