Ramuan Kritikal Dalam Produk Surimi

Assalamualaikum...

Korang tahu tak apa itu produk surimi?Kalau tak tahu Mimi nak share berkenaan produk surimi ni. Artikel ni merujuk pada artikel yang dikeluarkan Bahagian Hal Halal JAKIM yang Mimi dapat masa pergi ke Masjid Putra menghadiri program PascaPerkhawinan. Harap entry ni dapat membantu kita sedikit sebanyak berkenan produk surimi.

Apakah itu surimi?

Surimi adalah istilah yang berasal dari Jepun. Surimi ialah pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang mengalami proses pencucian dan pencampuran bahan tambah makanan bagi mengawal kualiti semasa penyimpanan sejukbeku. Surimi digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan pelbagai imitasi/tiruan makanan laut.

Antara produk surimi yang popular di pasaran ialah:

●Bebola Ikan (Fish ball)
●Jejari Ketam (Crab stick)
●Nugget Ikan (Fish nugget)
●Kek Ikan (Fish cake)
●Bebola Sotong

Antara produk yang berasaskan surimi ialah yong tau foo, steam boat dan sushi. Sama ada suka atau tidak, produk berasakan surimi merupakan antara menu yang boleh dipilih.

Tahukah kita bahawa beberapa bahan ramuan yang digunakan produk surimi boleh dipastikan status halalnya? Kita tidak perlu risau sekiranya terdapat logo halal Malaysia beserta nombor rujukan pada label pembungkusan produk surimi.

Produk surimi yang mempunyai pemsijilan halal telah diperiksa secara terperinci dan dipantau oleh pihak JAKIM atau badan badan pensijilan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Mengikut PERATURAN PERATURAN MAKANAN 1985, kandungan isi ikan di dalam bebola ikan dan kek ikan hendaklah tidak kurang daripada 50% daripada jumlah berat. Di sebalik kelazatan produk surimi sebagai pengguna kita perlu tahu apakah bahan kritikal yang terkandung di dalamnya.

Penghasilan produk surimi melibatkan proses yang ringkas namun terdapat bahan ramuan kritikal yang perlu diberi perhatian dari segi kehalalannya.

Bahan ramuan yang digunakan ialah :

○isi ikan
○kanji
○garam
○minyak sayur
○protein soya
○transglutaminase
○protein whey
○bahan perisa makanan spt monosodium glutamate (MSG)

Bahan pemanis seperti sorbitol,sukrosa,glukosa dan polifosfat juga digunakan untuk memberi rasa manis bagi produk surimi.

Kita dah tahu apa itu produk surimi kan. Untuk next entry Mimi akan share mengenai transglutaminase, protein whey dan juga MSG yang digunakan dalam produk surimi. Untuk entry Mimi share apa itu surimi dan ramuan kritikal yang digunakan dalam penghasilan produk surimi.

Sumber : Artikel dari Bahagian Hab Halal JAKIM


2 comments:

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..