Diari Hamil : Check Up 27 Minggu

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan nak update entry hari ni. Nak share cerita pasal check up 27 week Rabu yang lalu.

Macam biasa buat check up di klinik kesihatan. Rutin macam biasa. Datang letak buku pink di bakul yang disediakan khas sementara tunggu giliran di panggil. Bila sampai turn kena timbang berat dan ambil tekanan darah. Kemudian terus pergi makmal untuk urin dan ambil darah. Alhamdulillah pregnancy kali ni urin memang cantik langsung tak ada masalah kencing kotor ke apa. Macam pregnancy sebelum ni dua dua mesti ada problem kencing kotor walaupun bergantang air suam Mimi minum. Hb pula memang cantik. Takde apa apa petua pun nak bagi bacaan hb  cantik. Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang bacaan hb memang okey. Tapiiiii bila masuk usia kandungan 8 bulan hb turun mendadak. Pregnant yang first dan second macam tuhlah. Pelik juga tapi masuk 9 bulan dah okey. Kali ni tak pasti la masuk 8 bulan nanti hb maintain atau turun.

Okey sambung cerita tadi. Lepas dah dapat keputusan urin dan hb, letak buku pink dalam bakul depan pintu bilik rawatan. Lebih kurang tunggu dalam 5 minit nama Mimi dipanggil. Masuk saja bilik rawatan, nurse suruh baring kat atas katil nak ukur perut. Adik Mimi cakap ambil ukuran fundus. Kalau 27 minggu bermakna ukuran fundus mesti sama iaitu 27 cm. Kalau lebih 1 atau 2cm tuh okey lagi. Tapi ukuran fundus Mimi 31cm. 3 kali akak nurse tuh ukur memang bacaan 31cm. Lepas tu, dia minta Mimi pergi bilik dia di sebelah sebab bilik rawatan tu penuh.

Pergi sebelah akak nurse suruh jumpa doktor. Dia cakap takut ukuran dia tak okey tapi bila doktor okey pulak. So, dia suruh rujuk je. If okey tak perlu risau. Dah habis rawatan pergi pulak letak buku pink dalam bakul di bilik rawatan untuk jumpa doktor. Tunggu dalam 10 minit nombor dipanggil.

Doktor suruh baring atas katil dan dia ukur perut. Dia cakap memang lebih ukuran fundus. 3 kali dia buat bacaan ukuran masih sama...31 cm..Lebih dari ukuran sepatutnya. Lepas tu, terus dia buat scan untuk tengok keadaan baby dan rahim. Alhamdulillah ukuran baby sama dengan usia kandungan 27 minggu. Cuma keadaan rahim yang besar. Doktor pun buatkan appointment rujuk O&G di Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada 06 April 2016...

Pregnancy kali ni memang banyak betul masalah dan ujian untuk Mimi. Tapi apa nak dikatakan. Dah ini yang Mimi inginkan setelah 5 tahun menanti. So,bila dah dapat rezeki yang Allah bagi ni kena redha dan kuat hadapi ujian yang diberi. Orang lain tengok Mimi memang aktif cergas jalan pun slumber derk laju. Tu apa yang orang luar nampak tapi empunya diri saja yang tahu sakit yang dia hadapi.

Semoga baby dalam kandungan Mimi sihat dan tak ada apa apa masalah. Itu yang Mimi doakan. Baby pun aktif. Suka bagi kick kat ummi dia kalau dia tersepit..😄😄😄

Nota* Hasil daripada scan doktor tanpa sengaja doktor bagitahu jantina baby....Tapi dirahsiakan dulu sebab Mimi tak yakin. Manalah tau kot kot salah ke kan...Apa apa pun tunggu saja baby lahir nanti.


7 comments:

  1. in sha Allah moga perjalanan kehamilan kali ini biarpun sedikit menguji mimi..siapa tahu pengakhirannya nanti sangat2 dipermudahkan Allah..aminn...aminn...amin...

    BalasPadam
  2. Akhamdulillah, jantina baby dah tahu ye, moga dipermudahkan mimi, berbanyak rehat :)

    BalasPadam
  3. semoga semuanya lancar ye.. tahniah utk kandungan ke tiga. :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah....
    takpe lah anggap lah sebagai ujian yek semua tuh...

    teringat akak masa peknen kan aiyan 8kali msk ward sbb BP tinggi... hrpnya kalu peknen lg biarlah lebih rilex... biarla hilang segala darah tinggi ke kencing manis th huhuhu

    BalasPadam
  5. kalau 31cm tu maknanya dah 31w punya kandungan..hehe moga baik2 yer baby! msti baby boy ni..sebab da nampak :)

    BalasPadam
  6. Tahniah preggy..alaaa lama x jejak kat sini sampai tak tau...bestnya nak dapat baby baru....

    BalasPadam
  7. Wah... Dah 27 minggu... Tak lama sgt dh tu nak jmpa baby..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..