Rakaman Program Cinta Ilmu TV Al Hijrah

Assalamualaikum...

16hb bulan lepas pejabat saya ada buat rombongan Cik Kiah ke TV AL Hijrah. Nih merupakan program tahunan anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan..

Kami bertolak ke sana pukul 12.00 tengahari. Perjalanan ke TV Al Hijrah makan masa lebih kurang sejam setengah. Sedang eloklah kami sampai ngam ngam masuk waktu Zohor. Singgah solat kejap dekat masjid. Lepas solat, terus bergerak ke lobi.

Sementara nak tunggu krew Cinta Ilmu sampai kat lobi bagi taklimat haruslah "isi masa lapang" dengan bergambar kenangan. Kalau tak sia sia datang jauh jauh gambar kenangan takde. Cerita pung pang pung pang kat orang kau masuk tv tapi bila nak tunjuk bukti takde...hahaha..Tak ke sia sia namanya tuh kan..

Lebih kurang 10 minit datang salah seorang krew Cinta Ilmu menyambut kehadiran kami dengan senyuman. Kami diberi taklimat ringkas berkenaan program Cinta Ilmu. Apa yang perlu dan tak perlu kami lakukan sepanjang di dalam studio dan sepanjang rakaman di jalankan. Penonton yang boleh muat dalam studio tidak lebih dari 20 orang. Time tuh kami yang datang pun hanya 18 orang sahaja. Rakaman  berjalan selama 45 minit dan  dibuat untuk 3 episod. Bayangkan korangggg satu episod berlangsung selama 45 minit, 3 kali break seminit dua saja..Kalau 3 episod??? Sendiri mahu ingatlah kan..Kematu punggung duduk tau plus sejuk aircond lagi. Tapi bagi saya itu semua tak menghalang niat kami untuk menambah ilmu di dada selain daripada memenuhkan aktiviti tahunan BAKA.

Tazkirah disampaikan oleh pendakwah yang tidah asing lagi iaitu Ustaz Badlishah. Ada 3 tajuk yang dikupaskan oleh Ustaz iaitu Bidadari Syurga, Tiada Bujang di Syurga dan Flora & Fauna Syurga. Syukur banyak sangat ilmu baru yang kami dapat dan pelajari sepanjang program berlangsung. Terima kasih #TVAlHijrah kerana beri kami warga BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA) IPK N.SEMBILAN peluang yang saya rasa tak semua merasa. Syukran..


Alhamdulillah rakaman settle pukul 5.15 petang dan perkara wajib kami akan buat iaitu sesi bergambar kenangan. Lepas tuh kami dijamu minum petang kuey teow goreng plus ayam goreng. Kuey teow sedap kau...Kalah chef antarabangsa masak tau...Menyesal ambil sebungkus aje..Tau ambil 3 bungkus buat tapau..hahaha..Selepas makan kami solat di masjid dan bertolak balik pukul 6.30 petang. Syukur semua yang dirancang berjalan dengan lancar. In shaa Allah jika diizinkan Allah, kami akan anjurkan program yang melibatkan TV Al Hijrah lagi. Doakan apa yang dirancang tercapai. Terima kasih TV Al Hijrah atas kerjasama dan layanan baik yang diberikan.

Nota kaki* Program Cinta Ilmu untuk episod kami akan telah bersiaran pada 28 April, 29 April dan hari nih 05 Mei pukul 6.15 petang. 

Post a Comment

8 Comments

  1. Seronoknyaa dapat dengar kuliah :D

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat pergi dengar ceramah ilmu gini

    ReplyDelete
  3. sekian lama membaca blog sini...baru perasan dari IPK rupanya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... best sangat kalau dapat join majlis2 gini kan kak mimi :)

    ReplyDelete
  5. pagi tadi gamak sue tgk ulangan kot....sebab sue tgk jugak pepagi cinta ilmu kat al hijrah ni....mak suke bukak pepagi...sue pepagi mesti tgk, sambil siapkan anak2...rasanya episod ni la sue tgk, sebab nampak abang2 baju maroon tu..ala kalo tau, dah carik mimi dah

    ReplyDelete
  6. lah naper lambat bgtau, kalu tak blh tgk rancangan tu kt tv alhijrah kot2 ternampak kan muke dia...

    bgs jgk aktiviti yg di anjurkan oleh BAKA ngn tv alhijrah... sambil berjln sambil dpt ilmu

    ReplyDelete
  7. queenpink rajin tonton program cinta ilmu nie :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com