Throwback : Pertandingan Mewarna Tadika Anakku Khalifah

Assalamualaikum...

Again!! Entry throwback lagi...Suka sangat peram cerita tau..Apa boleh buat kan..Sibuk mengalahkan menteri aje...Maafkanlah saya kawan kawan blogger sekalian. Memang tahun nih tahun busy buat saya. Saya cuba juga curi curi masa update entry dan balas kunjungan kawan kawan...Harap faham tahap ke'busy'an saya nih.

11 April lepas iaitu hari Sabtu diadakan Pertandingan Mewarna di tadika tempat Aina dan Auni menuntut ilmu. Program start pukul 8 pagi. Seramai 20 orang murid terlibat dalam pertandingan mewarna dari umur 4 tahun hingga 6 tahun. Sebelum pertandingan mewarna ada sesi taklimat dan perkenalan dari wakil pelajar sekolah vokasional PD yang bekerjasama dengan Tadika Anakku Khalifah untuk program nih. Kemudian ada senaman ringan sikit untuk murid murid.

Pertandingan bermula lebih kurang pukul 8.30 macam tuh. Macam biasalah kan sebagai Ummi pada dua orang puteri saya tak nak miss hadir program tadika anak anak saya. Saya nak bagi mereka semangat dan tak nak timbul rasa tidak dipedulikan. Incik hubby takde sebab bertugas. Macam biasa saya lah IBU saya lah BAPA anak anak.

Okey berbalik pada pertandingan mewarna tuh, Alhamdulillah Aina dan Auni sangat bersemangat nak berwarna. Aina paling semangat. Auni pula mula mula aje dia semangat tapi lama lama dia mudah bosan sebab budak budak dalam lingkungan umur Auni mestilah lebih pada nak explore kan. Suka main main. So, saya tak kisah sangatlah kan..Takdelah nak push Auni kena serius dan buat betu betul. Just nak dedahkan dia suasana macam tuh nak bagi dia happy dan belajar sesuatu yang baru kan. Korang tahu tak walaupun Aina bersemangat masuk pertandingan mewarna tuh tapi Aina juga murid terakhir yang selesai mewarna. Walaupun dia yang terakhir saya tetap bagi dia kata kata semangat "KAKAK BOLEH". Aian mengeluh juga jari jemari dia sakit dan lenguh tapi dia teruskan juga mewarna..FINALLY.....Aina did it!!


Serius aje muka Auni mewarna...hehehe...Fokus fokus..


Warna rambut dulu...Fokus sama macam adik Auni..

Masa pengumuman pemenang pertandingan mewarna saya tak menaruh harapan yang tinggi pun anak anak saya menang sebab saingan memang sengit. Kalau menang syukur alhamdulillah, kalau kalah pun tak kisah. Lagipun semua yang masuk pertandingan tetap bawak hadiah saghati.

Masa pengumuman pemenang, Auni dapat saguhati kategori 4 tahun..Alhamdulillah, dapat jugalah hadiahkan..Teruja betul Auni dapat hadiah..hehehe..Lepas tuh pengumuman pemenang bagi kategori 5 tahun pula..Masa nih serius berdebar debar sebab macam saya cakaplah saingan sengit. Masa pengumuman pemenang tempat ke 2 saya macam blur sekejap..Aina pun sama bila nama dipanggil. Sampai cikgu cakap, "Aina mana Aina". Baru saya "sedar" dan suruh Aina pergi ambil hadiah. Alhamdulillah, tak sangka saya Aina menang tempat ke 2. Rezeki Aina. Nampak dia seronok dapat hadiah. 



Aina dengan hadiah kemenangannya.

Alhamdulillah rezeki anak anak. Objektif utama saya menggalakkan anak anak join pertandingan mewarna sebab nak mereka belajar sesuatu yang baru, have fun with their friends dan meningkatkan tahap keyakinan diri mereka. Menang atau kalah belakang kirakan. Apa apa pun I'M SOOOOO PROUD BOTH OF YOU MY DOUBLE A (AINA & AUNI)

Whatsapp berwajah baru??

Assalamualaikum..

Korang, siapa guna whatsapp??Angkat tangan..Nak tanya memang whatsapp dah berwajah baru ke??Baru tukar ke atau dah lama tukar??Mana tau kot kot saya ketinggalan keretapi..Yelah petang tadi saya guna whatsapp still old face kan..Baru kejap tadi layan whatsapp sekali tengok dah new look dah..Teruja sungguh lah kan..


See...New look kan..Tak explore lagi apa yang berubah..Satgi nak godek godek..Sekarang nak lipat baju dulu..hehehe..Ok la see next entry..Okbai..

Nota kaki*Nanti saya balas komen kawan kawan ya.

Adakah Kita Dibenarkan Menyambut Hari Ibu dan Bapa

Assalamualaikum..

Seperti semua sedia maklum, hari nih merupakan sambutan Hari Ibu. Kalau tengok dekat timeline FB penuh dengan ucapan untuk para ibu. Tapi sebagai umat Islam adakah kita dibenarkan menyambut Hari Ibu dan Bapa? Jom sama sama baca info yang saya dapat dari web Mufti Wilayah Persekutuan.

Soalan 11: Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?

Jawapan:
Firman Allah SWT: 
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَ‌ٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّ‌ٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaub
(Surah al-Isra’: 23-25) 
Ayat di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas pengorbanan mereka yang tidak ternilai.
Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:
·     Saya melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
·      Berkenaan dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat. 
Saya tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat:
·      Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
·    Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.
Akhukum Fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Kesimpulannya, pada pendapat saya tidak salah sambut Hari Ibu dan Bapa tetapi biarlah berpada pada dan beringat.

Komen di Blog Tak Published?

Assalamualaikum..

Saya nak tanya masalah yang saya hadapi berkaitan dengan blog. Kot kot kawan kawan tahu kenapa kan..Macam nih..Saya dah mula tinggalkan komen di blog kawan kawan yang drop komen di entry entry saya.

Masalah yang saya hadapi sekarang nih bila saya drop komen pada entry kawan kawan. Kalau kotak komen kawan kawan jenis Pop Up Window komen saya akan appeared di kotak komen. Kalau tunggu approval admin pun bila saya check entry yang sama komen saya memang dah published.

Yang menjadi masalahnya bila blog kawan kawan yang gunakan kotak komen jenis Full Page tuh, Dah banyak kali saya drop komen kat blog kawan kawan tapi bila saya check semula komen komen yang saya drop takde. Bila komen selalunya akan keluar pemberitahuan maklumkan komen kita akan di publish selepas admin blog approve kan??Hah kes saya nih bila saya drop komen pemberitahuan tuh pun takde. Sepatutnya bila saya komen dan tekan publish akan berlaku dua kemungkinan iaitu 1) Komen akan di publish terus 2) Your Comment Will Be Visible After Approval
Bila saya dah drop komen dan tekan kotak publish satu patah perkataan pemberitahuan langsung nih takde. Yalah, bila kita drop komen akan ada pemberitahuan kan tapi kes saya nih langsung takde. Bila saya tekan publish blog kawan kawan akan reloading semula dan keluar page yang sama..

Banyak kali saya perasan tapi saya ignore aje sebab assume kawan kawan belum publish komen komen saya tuh. Tapi bila komen yang tak perlu approval untuk publish tuh pun takde saya rasa musykil jugak sama ada kawan kawan dapat ke tak dapat komen saya tuh...

So saya nak mintak tolong kawan kawan kot kot tahu penyelesaian masalah yang saya hadapi nih..Nih antara entry yang saya dah baca tapi saya tak pasti admin blog ada terima atau tak komen saya tuh. So, saya nak mintak tolong blogger nih maklumkan kat saya ada ke tak komen saya kat entry dia.

- Blogger Maria : Bahaya Cuti Lama!!! (Akak dah 3 kali drop komen kat entry nih, mohon check ya Maria ada tak komen akak tuh)

Kalau kawan kawan ada penyelesaian masalah saya nih share lah ye dengan saya..Buntu dah tak tahu nak cakap macam mana...

Nota kaki* Betul betul merangkak semula belajar ilmu blog..

Rakaman Program Cinta Ilmu TV Al Hijrah

Assalamualaikum...

16hb bulan lepas pejabat saya ada buat rombongan Cik Kiah ke TV AL Hijrah. Nih merupakan program tahunan anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan..

Kami bertolak ke sana pukul 12.00 tengahari. Perjalanan ke TV Al Hijrah makan masa lebih kurang sejam setengah. Sedang eloklah kami sampai ngam ngam masuk waktu Zohor. Singgah solat kejap dekat masjid. Lepas solat, terus bergerak ke lobi.

Sementara nak tunggu krew Cinta Ilmu sampai kat lobi bagi taklimat haruslah "isi masa lapang" dengan bergambar kenangan. Kalau tak sia sia datang jauh jauh gambar kenangan takde. Cerita pung pang pung pang kat orang kau masuk tv tapi bila nak tunjuk bukti takde...hahaha..Tak ke sia sia namanya tuh kan..

Lebih kurang 10 minit datang salah seorang krew Cinta Ilmu menyambut kehadiran kami dengan senyuman. Kami diberi taklimat ringkas berkenaan program Cinta Ilmu. Apa yang perlu dan tak perlu kami lakukan sepanjang di dalam studio dan sepanjang rakaman di jalankan. Penonton yang boleh muat dalam studio tidak lebih dari 20 orang. Time tuh kami yang datang pun hanya 18 orang sahaja. Rakaman  berjalan selama 45 minit dan  dibuat untuk 3 episod. Bayangkan korangggg satu episod berlangsung selama 45 minit, 3 kali break seminit dua saja..Kalau 3 episod??? Sendiri mahu ingatlah kan..Kematu punggung duduk tau plus sejuk aircond lagi. Tapi bagi saya itu semua tak menghalang niat kami untuk menambah ilmu di dada selain daripada memenuhkan aktiviti tahunan BAKA.

Tazkirah disampaikan oleh pendakwah yang tidah asing lagi iaitu Ustaz Badlishah. Ada 3 tajuk yang dikupaskan oleh Ustaz iaitu Bidadari Syurga, Tiada Bujang di Syurga dan Flora & Fauna Syurga. Syukur banyak sangat ilmu baru yang kami dapat dan pelajari sepanjang program berlangsung. Terima kasih #TVAlHijrah kerana beri kami warga BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA) IPK N.SEMBILAN peluang yang saya rasa tak semua merasa. Syukran..


Alhamdulillah rakaman settle pukul 5.15 petang dan perkara wajib kami akan buat iaitu sesi bergambar kenangan. Lepas tuh kami dijamu minum petang kuey teow goreng plus ayam goreng. Kuey teow sedap kau...Kalah chef antarabangsa masak tau...Menyesal ambil sebungkus aje..Tau ambil 3 bungkus buat tapau..hahaha..Selepas makan kami solat di masjid dan bertolak balik pukul 6.30 petang. Syukur semua yang dirancang berjalan dengan lancar. In shaa Allah jika diizinkan Allah, kami akan anjurkan program yang melibatkan TV Al Hijrah lagi. Doakan apa yang dirancang tercapai. Terima kasih TV Al Hijrah atas kerjasama dan layanan baik yang diberikan.

Nota kaki* Program Cinta Ilmu untuk episod kami akan telah bersiaran pada 28 April, 29 April dan hari nih 05 Mei pukul 6.15 petang. 

Berniaga Biarlah Ikhlas

Assalamualaikum...

Sikap sesetengah peniaga makanan sekarang nih bila berniaga sangatlah tidak ikhlas...Saya cakap BUKAN semua tapi sesetengah saja. (Sila baca 1000x bagi faham supaya tak timbul salah faham)

Berniaga makanan tuh biarlah ikhlas dan ada niat bersedekah..In shaa Allah rezeki yang Allah berikan berlipat lipat kali ganda...Kau berniaga sambil niat bersedekah, rezeki kau takkan putus putus...

Bila tengok gambar Sandwich Telur nih agak agak apa korang rasa???Nasib baik bukan saya yang beli, kalau saya tak tahulah apa jadi...

Saya juga peniaga makanan iaitu kek...Contoh kalau saya jual cheese cake leleh saya akan pastikan cream cheese dan cheese parut banyak...Sebab nak berniaga sambil niat bersedekah..Kalau kau kedekut dengan bahan bahan yang kau letak besar "tahi hidung" agak agak berbakul bakul tak korang kena sumpah seranah??Fikir fikirkan..


Resipi : Nasi Ayam Karamel

Assalamualaikum...

Jumaat baru baru nih saya masak Nasi Ayam Karamel. Dari sehari ke sehari nak buat tapi asyik duk tangguh. Kepala otak jenuh fikir tak manis ke tak manis ke..Maklumlah iolz tak suka sangat manis manis nih. Untuk puaskan hati, Jumaat hari tuh terus buat. Tak payah banyak bunyi kan..Dah cuba baru tahu. Macam biasa bahan bahan apa yang ada itu yang saya guna. Lagipun cuma tinggal tiga beranak aje kat rumah. Masak pun bajet bajet untuk 3 orang makan ( 1 dewasa 2 kanak kanak).



Tengok gambar pun tahu simple aje kan saya masak..Apa yang ada itu yang saya guna untuk memasak. Tak kisahlah hiasan ke laut ke apa janji rasanya marvellous..Korang yang belum buat lagi Nasi Ayam Karamel nih eloklah buat cepat cepat. Rugi bebenor kalau tak cuba. Sekali makan mesti nak lagi. Okey jom tengok resipi nak buat Nasi Ayam Karamel nih ye. Sebelum tuh saya nak bagitahu korang resipi yang saya bagi nih ialah resipi asal untuk seekor ayam. Sukatan bahan yang saya guna seperti yang tertera dalam kurungan tuh ye. Kalau takde kurungan tuh maknanya saya ikut sukatan asal. Nanti korang pandai pandai lah bajet sukatan bahan bahan yang korang nak guna. Dan DIINGATKAN SEKALI LAGI sukatan yang saya guna ialah untuk 6 ketul ayam ye untuk 3 orang makan...

Bahan bahan untuk Ayam Karamel

1 ekor ayam (saya guna 6 ketul ayam yang telah dipotong) - telah direbus (air rebusan ayam jangan buang)
2 senduk gula (saya guna 5sdb gula)
Sedikit garam
3 ulas bawang putih - dihiris (saya guna 2 ulas bawang putih)
2 inci halia - dihiris (saya guna 1 inci halia)
Daun pandan (saya tak guna sebab takde)
Air

Mula mula korang karamelkan gula (gula hangus). Kemudian masukkan air+ayam+garam+bawang putih+halia dan daun pandan(jika ada). Pastikan ayam separuh tenggelam dalam air ye. Rebus sampai kuah likat menyaluti ayam dan angkat.Goreng ayam dan potong ikut suka.

Bahan bahan untuk Nasi

3 cawan beras (saya guna 2 cawan beras)
4 cawan air rebusan ayam (saya guna 3 cawan air rebusan)
2sdb butter (saya guna 1sdb butter)
1 cm halia - ditumbuk
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga* (saya guna 3 buah pelaga)
1 kulit kayu manis*
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan (saya tak guna sebab takde) - untuk mewangikan nasi
Sedikit serbuk kunyit

Basuh beras dan toskan. Panaaskan butter dan tumis rempah penumis (*)+daun pandan(jika ada)+serai+halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sampai naik bau wangi. Lepas tuh, korang masukkan bahan bahan yang dimasak tadi dalam periuk nasi. Masukkan air rebusan ayam+garam dan serbuk kunyit. Kalau sukatan air rebusan kurang dari sukatan beras boleh tambah air. **Kalau sukatan air rebusan cukup tak payahlah tambah air lagi kang lembik nasi korang saya juga yang dipersalahkan. Padahal sendiri derhaka tak nak dengar arahan kan...Siapa buat tak jadi nak salahkan saya memang kena tembak dengan pistol air asam jawa..Kejam tak?? So, sila baca arahan dengan betul.

Bahan untuk Kuah Lada/Sos

5 biji lada merah (saya guna 2 biji lada merah)
3 ulas bawang putih (saya guna 2 ulas bawang putih)
2 cm halia (saya guna 1 cm halia)
1 sdb cuka - optional (saya tak guna cuka sebab alahan)
1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Kisarkan semua bahan hingga lumat. Kemudian masak sebentar.

Bahan bahan untuk Kicap

Kicap manis (saya guna kicap lemak manis Jalen)
Sedikit garam
Air rebusan ayam

Campur semua bahan dan masak sebentar.

Bahan bahan untuk Sup

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar - dikisar (saya guna 1/2 biji bawang besar dan ditumbuk)
Rempah sup bunjut (saya gantikan dengan serbuk ketumbar sebab takde stok)
Garam
Daun sup dan daun bawang - dihiris (saya tak guna sebab takde)
Bawang goreng (saya tak guna sebab takde - nak buat sendiri malasssss)

Rebus air rebusan ayam+ sup bunjut+bawang besar dan garam. Taburkan bawang goreng+daun sup+daun bawang. Masak sehingga mendidih.

Masak sup versi saya 

Tumiskan bawang besar sampai naik bau. Kemudian masukkan serbuk ketumbar. Biar sekejap baru masukkan air rebusan ayam. Last sekali masukkan garam. Masak sampai mendidih.

Nota kaki * Nasi Ayam KAramel memang sedapppppp...Tak percaya try lah buat ye..Confirm tk menyesal...Yang dah buat mesti setuju dengan statement saya kan...Tak setuju diam diam sudah..hehehe

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

Assalamualaikum..

klik banner untuk join

Follow blog - Done (Mimi Azirah)
Follow FB page - Done (Mimi Kamaruzzaman)
Follow Instagram - Done (mimi_kamaruzzaman)

Tarikh Tamat : 16 May 2015

Throwback Engagement Day : Cuya dan Zul

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tanggal 21 Februari lepas adik saya nombor 3 selamat bergelar tunangan orang. In shaa Allah 26 September 2015 majlis dia pulak. Majlis pertunangan adik saya tuh buat dekat rumah nenek dan majlis pun ringkas ringkas jer...

 
Kami 3 beradik yang berlainan muka tapi tang mata tak boleh disangkalkan..Adik nombor 2 saya nampak berisi sebab tengah pregnant ank yang kedua. Alhamdulillah rezeki. Bertambah lagi cucu mama dan ayah saya.


Officially bergelar tunangan orang sudah adik saya nih. Doakan yang terbaik untuk mereka..Semoga kuat dan tabah mengharungi ujian sepanjang bergelar tunangan orang.

Throwback : Sambutan Hari Lahir Aina

Assalamualaikum...

Start from today, memang korang baca cerita throwback saya jelah..Siapa suruh diam seribu bahasa kan..Sekarang rasalah kejenuhan jari jemari menaip...Mungkin ada yang ingat dan ada yang lupa..Mungkin ada yang perasan bila saya update kat FB.

Bulan Januari lepas iaitu 4 bulan lepas birthday anak dara sulung saya kakak Aina....Tak sambut gah sangat pun..Cukuplah sambut dengan keluarga kecil kami kan. Incik hubby bagi duit suruh belikan kek tapi sayang 1000 kali sayang dia takde sama..It's okay lah..Kerjakan..Kenalah faham..


So celebrate lah kami 3 beranak...Beli kek kat Kedai Kek King's aje..Tuh ajelah kedai yang dekat dengan pejabat. Tuh pun berjam jam duduk termenung depan kek kek yang ada..Rambang mata oiii tak tahu nak choose yang mana. Beli kek bukan ikut tekak sendiri tapi ikut pada tekak anak anak dan pandangan mata dia kan...Budak budak biasalah lebih tertarik pada sesuatu yang colourful kan...So finally nih rupa kek yang saya belikan untuk Aina walaupun pada mata sendiri tak berapa berkenan..hahaha...

Tuh sambutan kecil kecilan kat rumah aje. Kat tadika diorang pun ada sambutan hari lahir jugak. 1 April lepas tadika diorang buat sambutan hari lahir untuk pelajar pelajar yang lahir dari bulan Januari hingga Mac. Kali nih kek untuk Aina bukan beli tau tapi homemade cake. Beberapa minggu sebelum sambutan hari lahir tuh jenuhlah tengok youtube nak cari idea buat kek apa...Finally saya decide buat Pinata Cake untuk Aina.


Wajah wajah polos yang happy sambut hari lahir masing masing. Tadika ada buat jemputan untuk ibu bapa sekali kalau nak join. Saya decide untuk sama sama share happiness with my daughter. Isi borang pergerakan dan mohon pelepasan daripada bos. Bila melibatkan aktiviti anak anak saya di tadika saya akan usaha "free" kan masa untuk spend time dengan diorang.

Yelah sebagai Ummi saya tak nak anak anak rasa kekurangan atau feel like their parent tak pedulikan diorang langsung. Budak budak kan apa diorang tahu istilah kita sibuk atau susah yang diorang tahu kita sentiasa ada di sisi diorang masa senang, gembira, susah atau sedih kan...Okay stop...Merapu dah..


Nihlah rupa Pinata Cake yang saya buatkan untuk Aina. Actually Pinata Cake nih saya ubah sikit. Cara buat sama aje cuma decoration aje saya ubah..Saya deco kek tuh follow decoration gravity cake..yelah buat kek nih kena kreatif sikit ye tak?

Sambutan hari lahir kat tadika start pukul 10 pagi dan selesai 11 pagi. Masa datang tadika, dari awal Auni memang berkepit dengan saya ajelah. Sampai kepala brain jenuh fikir cara nak lepaskan diri balik pejabat..Takut dia menangis nak ikut. Alhamdulillah apa yang saya fikirkan tuh tak jadi pun sebab bila Auni nampak muka teacher Lin terus saya pun dia tak heran...Bertuah sungguhlah anak. Rupa rupanya Auni manja dengan techer Lin dia tuh...Fuh, lega hati Ummi nak..Lebih kurang pukul 11.20 macam tuh saya minta diri balik pejabat. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun agak susah nak handle budak budak yang tengah membesar.

Okey stop dulu. Next entry will coming soon..Bye..


Kembali Aktif

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur masih diberi peluang untuk kembali aktif dalam blogging. Banyak cerita suka dan duka saya lalui sepanjang saya "berdiam" diri dari dunia blogging. Sebenarnya agak susah nak buat keputusan terus retired dalam blogging nih tapi saya gagahkan diri juga untuk aktif. Cemburu tau tengok kawan kawan lain update entry baru.

Akhirnya setelah pertimbangan dibuat saya buat keputusan kembali aktif dengan blogging. Banyak cerita nak share dengan kawan kawan tapi tunggu dulu lah ye..Bagi saya sedikit masa untuk cari rentak saya yang dah lama hilang.

In shaa Allah saya akan cuba update entry sedaya upaya sekurang kurangnya satu entry sehari. Sibuk macam mana pun saya akan luangkan masa untuk kawan kawan.

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

Assalamualaikum...

Dengan lafaz Bismillah saya join Giveaway yang Kak Ina anjurkan. Menang atau kalah belakang kira janji saya support Kak Ina....

klik banner untuk join

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015


KEISTIMEWAAN CMD - 1001 KHASIAT

Assalamualaikum...

Hari nih saya nak cot cet tentang satu produk yang menjadi sebutan dan pilihan ramai iaitu CMD. Korang pernah dengar tak pasal CMD nih?? Kepada yang tak pernah dengar tuh,saya nak share dengan korang kebaikan dan khasiat CMD nih.



Untuk pengetahuan korang,CMD bukan calang-calang produk dan bukan macam produk yang berlambak di pasaran. CMD ialah air kedua terbaik selepas air zam zam. Air zam zam mengandungi 99 mineral dan CMD mengandungi 72 mineral. Dua dua merupakan air beralkali. InsyaAllah semua penyakit dari baby sampai lah ke orang tua dengan izin Allah, boleh kita ubati dan cegah. Apa pon mencegah lagi baik dari mengubati kan? Antara khasiatnya ialah untuk:

• Kencing Manis
• Resdung
• Darah Tinggi
• Asma
• Gout
• Buasir
• Barah Payudara & Usus
• Begok
• Meningitis & Thalasemia
• Ceasarean
• Jantung & Barah Jantung
• Barah Otak
• Darah Rendah
• Strok
• Angin Ahmar
• Buah Pinggang
• Migrain
• Gastrik
• Paru Berair
• Kulit Kering
• Berat Badan
• Sakit Anggota Badan
• Badan Letih
• Kuat Merokok
• Sakit Sendi
• Kurang Selera Makan
• Kecederaan & Patah Tulang
• Ketagihan alcohol/ dadah

MACAMMANA PROSES CMD DI KATAKAN BERKESAN?

Concentrate Mineral Drops – Titisan air dari Mata Air Great Salk Lake. Tasik ni berada 1000KM jauh dari bandar.. Tiada pencemaran, di kelilingi gunung. Air hanya masuk tapi tak mengalir keluar. Begitu hebat ciptaan Allah. Air dari tasik ini lah yang berkhasiat untuk kita gunakan dan amalkan dalam kehidupan seharian kerana ianya kaya dengan mineral makro dan mikro yang pekat. Air tasik ini diekstrak dan disejat secara solar dan ditapis dan di pasteur secara semulajadi.

CARA PENGGUNAAN CMD - LUARAN & DALAMAN

DALAMAN:
Kanak-kanak @ Remaja - 1 titis bagi setiap 2 kg berat badan.

Dewasa - Berat badan bahagi dua. Contoh 80KG/2 so 40 titis secara konsisten setiap hari (10 titis pagi, 10 titis tengahari, 10 titis petang dan 10 titis malam)

Sebaiknya diambil selepas makan. Boleh campurkan ke dalam segala jenis minuman.Boleh ditambahkan ke dalam masakan.

Titis dalam air kosong, air manis, supplement dan makanan. Kalau titis dalam makanan, makanan akan lebih lambat basi.

Kesan pengambilan: Badan akan lebih sihat, segar, cergas dan bagus untuk yang mempunyai masalah kesihatan yang lain.

P/s: Cadangkan penggunaan dos kecik dulu 1-2 titik supaya boleh accept dr segi rasa dan kesan. Naikkan dos sedikit demi sedikit. Lain org lain kesannya. Tapi tidak membahayakan. Terutama pesakit buah pinggang. Mulakan dgn dos kecik dahulu seminggu pertama. Sebab pesakit buah pinggang x boleh lebih mineral dalam badan.

LUARAN:
Untuk masalah rabun: Titis kat mata atau campurkan dlm ubat mata atau dgn air

Untuk kecantikan kulit: Sapu atau semburkan air campuran CMD kat muka

Untuk masalah pendengaran: Titis kat lubang telinga atau campur dgn ubat telinga

Untuk memutihkan dan kesihatan gigi: Campurkan CMD dengan ubat gigi.

Untuk masalah rambut: Campurkan CMD dengan syampoo atau minyak rambut.

Untuk masalah resdung: Titis CMD kat lubang hidung.

Pelbagai kegunaan CMD. Terdapat 1001 khasiat. Boleh guna untuk luaran & juga dalaman. Antara lain kegunaan, boleh di gunakan sebagai minyak urut. Air bercampur CMD, boleh juga di gunakan untuk rendaman kaki.

Nak tahu lebih lanjut mengenai CMD atau nak dapatkan CMD korang boleh pm di FB atau whatsapp sendiri dengan Siti Nordiana.

No.h/p : 0193769190

Maafkan saya

Assalamualaikum...

Allah....Berat sungguh hati saya nak tinggalkan blog..Sungguh berat sangat hati..Tapi apakan daya saya..Kekangan masa yang tak mengizinkan..Terlalu sibuk dengan kerja plus keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..

Rindu betul saya dengan kawan kawan semua..Sungguhhhh sangattt rindu...Cuba juga nak curi masa update blog tapi apakan daya..Saya hanya merancang Allah jua yang tentukan...

Nih saya curi masa update blog sebab tengah duduk santai sambil tunggu turn nak jumpa doktor..Ikutkan banyak beribu ribu lemon tree nak cerita dengan korang tau...Buat masa nih memang saya slow sikit berblog..In shaa Allah jika diizinkan Allah mungkin pertengahan bulan March saya kembali aktif...Doakan saya ye...

Rindu sangat nak singgah dan bom entry kawan kawan...

King Sany Burger

Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
King Sany Burger telah beroperasi di ipoh sejak dari tahun 2006. Sejak dari itu ianya terus berkembang maju dengan penambahan menu bagi memantapkan lagi perniagaan beliau. Di antara menu yang top adalah burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Lokasi
Lokasi utama perniagaan adalah di Jalan besar Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak ( Berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Pegoh)

Koordinat : 4.532233, 101.069841
Link Google Map
( rujuk peta )

Beliau turut menyediakan servis delivery ke rumah sekitar pengkalan pegoh, ipoh  kepada pelanggan nya. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan burger, bolehlah hubungi beliau seperti tertera di bawah ini.
Call/Whatsapp : Sany 019 544 1909

Sehubungan dengan itu, dengan usahasama dengan blog MyCherita. Pihak beliau telah sudi menawarkan hadiah sempena pelancaran Menu Baru Produk keluaran King Sany Burger Burger Super King untuk tahun 2015 bagi segmen giveaway MyCherita


Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.


Segmen Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh Segmen:
15 Jan 2015  hingga 27 Jan 2015 [23:59PM]

Hadiah:

T Shirt Exklusif dari King Sany Burger x 5
MUG Exklusif King Sany Burger x10
 PEN  Exklusif King Sany Burger x10
Voucher Burger dari King Sany Burger x10
Topup RM10 x 3

Jom Join Segmen GA ini..Klik Banner atau link dibawah ini Untuk Join

Pelajar Takkan Ponteng Sekolah Jika


Hahaha... Kemain cikgu cikgu sampai ketua pengawas semua retis hensem dan cantik2..Pelawak pun tersenarai..

Rezeki menang Giveaway Ephyra Skin Bar

Alhamdulillah rezeki menang giveaway yang dianjurkan oleh blogger kak Mialiana.Tahniah juga buat kawan kawan blogger lain..Saya tak sangka pun menang. Dah lah hantar entry review last minute..Dah lah last minute macam macam pulak jadi. Lappy tak boleh on la..Line internet macam siput..Menguji tahap kesabaran betul..Tapi syukur alhamdulillah, saya diuji masa nak submit entry review dan syukur saya terpilih sebagai salah seorang pemenang...



Tak sangka terpilih sebab bila baca entry tuh rasa macam ayat tak sepenuh jiwa aje..hahaha...Duit tuh hasil menang giveaway nih boleh simpan..

Terima kasih sekali lagi kepada penganjur giveaway...

Resipi Biskut Tiramisu Kastard

Assalamualaikum...

Kali nih nak share dengan korang resepi yang sedap dan mudah nak disediakan. Sekali buat mesti nak buat lagi....Saya dah tiga kali buat. Memang sedap..Anak anak sampai makan berkali kali lah...


Terliur tak?terliur tak??Memang sedaplah korang..Serius tak tipu.Makan time sejuk perghhh lagi sedap...

Cara nak buat senang je korang..Masak 1 tin susu cair+1 tin air+6sdb tepung kastard+3/4sdb gula+1sdt esen vanilla.Masak dengan api yang perlahan dan kena selalu kacau sampai pekat..Tutup api.Ketepikan..Susun biskut cracker dalam loyang atau bekas.Kemudian tuang adunan kastard tadi sampai penuh tutup biskut.Lepas tuh korang tabur serbuk milo.Kemudian ulang step sehingga habis.Dah siap boleh simpan dalam fridge dan sejukkan...

Bila dah sejuk dan potong potong petak petak memang sedap..Nikmat tau korang..Selamat mencuba!!

Belanja gambar dulu boleh??

Masuk hari nih dah hari kelima anak anak saya sekolah di Tadika Anakku Khalifah..Dari sehari ke sehari nak update entry pasal persekolahan diorang oada hari pertama...Tak jugak berupdate..Beli jadual berubah dan tambah dengan kesibukan tugas memang banyak entry cap peram lah jawabnya..

Saya belanja kawan kawan gambar Aina dan Auni hari pertama ke sekolah dulu boleh??Nanti saya update cerita hari pertama sekolah Aina dan Auni.



Hari pertama di sekolah...Macam macam ragam anak anak saya tengok...Kesian ada nak ketawa pun ada...Apa apa pun nanti saya story kat entry lain ya..

(Video) Aina belajar susun haiwan

Sebelum nih saya share dengan korang pasal whiteboard and blackboard yang saya belikan untuk puteri puteri solehah saya kan...  Alhamdulillah
Aina dan Auni seronok bila dapat hadiah. Yang paling seronok si kakak Aina. Auni pulak sekejap aje dia seronok lepas tuh lain jadinya.. hehehe.. Lain anak lain sikap dan cara mereka belajarkan.  Saya dah faham sangat Auni nih.. Saya takkan paksa dia belajar biar dia sendiri nak belajar.  Bila dia bosan dia akan buat sesuatu untuk meluahkan kekreatifan dia tuh.  Beza pula dengan kakaknya Aina. Memang suka buku dan suka belajar.  Belajar lama pun tak kisah.  Jadi bila dapat permainan education macam nih dia yang paling eksited dan suka.

Saya nak share dengan korang video Aina belajar buat harimau.  Masa nih Auni dah sampai "Itali" selepas penat belajar menyusun objek kat whiteboard..Inilah sebagai salah satu cara saya mengajar anak anak supaya jadi lebih kreatif dan belajar mengenal haiwan dan tumbuh tumbuhan.


video

Apa yang saya perasan tentang Aina nih dia cepat belajar dan tangkap sesuatu yang kita ajar.  Sekali saja ajar dia dah tau apa yang saya ajarkan. Cuma ada certain part yang dia confuse sikit.  Contoh singa dan harimau.. Dia memang confuse walaupun kedua dua haiwan nih ada perbezaan. Bagi saya bila anak anak belajar biar dia "buat" salah dulu. Sebagai parent kita bertanggungjawab perbetulkan kesalahan dia. Sekurang kurangnya dia belajar dari kesalahan dia tuh.  Betulkan??

Nota kaki* Masih cari masa yang sesuai nak bawa anak anak pergi zoo belajar kenal haiwan. Abi busy dan kena tengok jadual tugas dia.. Ummi anytime aje.. 


Whiteboard dan blackboard untuk Aina dan Auni

Assalamualaikum...

Saya ada belikan untuk puteri puteri saya satu permainan education iaitu whiteboard and blackboard. Saya beli dengan blogger pinkymomma.com atau kak Diya...Dia memang jual barang permainan bayi sampai lah kanak kanak...Harga yang ditawarkan pun murah jika dibandingkan dengan harga pasaran..Tak percaya korang boleh usha blog atau fb dia...

 
Permainan nih 3 in 1 tau...Sebab apa saya cakap 3 in 1..Jom usha review pasal permainan nih dan permainan nih amat sesuai untuk kanak kanak berusia 3 tahun ke atas...Untuk harga permainan nih ialah RM39.00 satu set.


Ada kapur,pemadam dan marker pen...


Nihlah rupa whiteboard dan blackboard Aina dan Auni...Untuk pengetahuan korang board nih bukan asing asing tau..Gambar nih saya nak tunjuk yang bahagian sebelah blackboard bahagian sebelah lagi whiteboard..Kira ada dua board dalam satu permainan..Dah jemu tulis tulis kat blackboard guna whiteboard plak..

Selain daripada tuh kan korang permainan pendidikan nih ada magnetic yang pelbagai rupa bentuk dan corak..Magnetic tuh korang boleh bentukkan jadi pokok,haiwan dan tumbuhan...

Alhamdulillah Aina dan Auni suka...Yang paling suka dah tentulah Aina sebab dia punya eksited tuh lain macam..hahaha..Nanti saya share dengan korang video Aina belajar susun magnetic nih...Ralit dia main tau...

Kalau korang berminat nak beli korang boleh terjah fb kak Diya Nadia a.k.a blogger pinkymomma..Servis memang tip top..Hari ini order esok dah sampai...Tak percaya??Korang try berurusan dengan kak Diya in shaa Allah puas hati.




Tentera di hina dan di fitnah


Astaghfirullah al azim... Mengucap panjang saya bila baca komen nih tau korang.. Sedihnya hanya Allah yang tahu.. Sampai macam nih sekali si anon menghina dan memfitnah pegawai dan anggota tentera. Ya saya akui, ada sesetengah tentera yang kurang elok sikapnya tapi tak semua macam tuh...Yang tidak elok sikap mereka kenapa perlu dikaitkan dengan kerjaya mereka sebagai anggota tentera???

Si anon nih pandai berkata kata dan meluahkan segalanya hanya menggunakan hujung jarinya..Kot ye pun benci tentera tak perlu nak war warkan pada orang. Cukup kamu simpan dalam hati.

Saya beranggapan sisi anon nih meroyan sebab mungkin cinta dia pernah di tolak oleh tentera kot.. Tuh yang dia bengang sangatkan. Saya doakan agar si anon nih diberi hidayah oleh Allah dan insaf di atas keterlanjuran beliau... Dia tak sedar kot sebesar kuman kita mengguriskan hati dan perasaan orang lain, kita dah menanggung dosa.  Jenuhlah si anon nih nak minta maaf... Semoga kamu sedar ya wahai si anon..

Kulit cantik, bersih dan sihat dengan EPHYRA SKIN BAR

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari nih genap sebulan saya menggunakan Ephyra Skin Bar. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk mencuba satu lagi produk keluaran Ephyra iaitu Ephyra Skin Bar hadiah yang saya dapat sebagai salah seorang pemenang giveaway Epbyra Skin Bar yang dianjurkan oleh blogger Kak Mia.

Tak mahu bebel panjang panjang panjang saya nak cerita dengan korang testimoni yang saya dapat selepas penggunaan Ephyra Skin Bar.



Jerawat mengecut

Bab yang nih memang tak dapat disangkal.  Ephyra Skin Bar hadir saat pencuci muka yang saya guna dah habis. Kebetulan jerawat bermaharajalela di pipi dan dagu sebelah kanan kehadiran Ephyra Skin Bar memang tepat pada masanya tau.  Alhamdulillah jerawat semakin mengecut dan bekas jerawat semakin hilang walaupun tak 100%. Kulit jenis degil takkan lah sekejap sangat hilangkan.


Sebelum menggunakan Ephyra Skin Bar. Nampak tak jerawat bermaharajalela kat pipi kanan saya. Kecil besar kecil besar aje saya tengok.


Selepas menggunakan Ephyra Skin Bar..Jerawat yang tumbuh mengecut dan ada yang hilang. Cuma tinggal bekas aje. Tuh pun makin pudar. Kalau korang perasan kulit muka saya pun pori mengecil dan lubang yang semakin mengecil.

Dua dua gambar di atas no edit edit ye. Saya hanya gunakan kamera depan Note 2 saya...So, nih memang kualiti asal dari kamera Note 2 saya.

Kulit muka lembab

Yang nih saya tak tipu tau. Sehari tiga kali saya akan cuci muka. Waktu pagi, tengahari dan malam. Bila tidur malam selepas cuci muka saya memang tak apply apa apa kat muka.  Esok paginya bila bangun pagi rasa kulit muka moist moist gitu. Licin aje..


Kulit muka saya dah tak kusam dan makin cerah..Saya gunakan kamera depan Note 2 sahaja ya..Takde edit edit..Alhamdulillah eyebag yang teruk juga semakin berkurangan.Syukur..Masa nih muka fresh dari toilet gitu sebab baru lepas cuci dengan Ephyra Skin Bar.

Kulit muka cerah dan tidak kusam

Bila guna Ephyra Skin Bar nih saya perasan kulit muka saya makin cerah dan tak kusam. Sekarang pergi mana mana memang saya pakai celak dan lip balm saja. Alhamdulillah saya bertambah yakin nak berdepan dengan orang ramai.

Ternyata testimini testimoni yang diberikan oleh saya dan juga pengguna pengguna lain bukan palsu atau bak cakap orang "cakap gebang aje lebih". Bukan nak bodek Pn Amiza pengasas Ephyra ataupun menipu. Banyak testimoni yang berkesan diberikan oleh pengguna pengguna produk Ephyra di luar sana...TAK PERCAYA? KORANG GUNA KORANG RASA!!!Ephyra Skin Bar satu untuk semua, semua untuk satu.

Nak cuba supplemen Ephyra dan Ephyra Skin Bar? Jangan segan silu terjah dan hibungi web dan nombor telefon yang tertera...In shaa Allah korang takkan menyesal dengan EPHYRA.....




Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

Nurraysa Beauty Collagen Whitening dan Anti Aging Series

STICKY POST 24 JAM
SILA SKROLL BAWAH UNTUK ENTRY BARU

Assalamualaikum...

Nak share dengan kawan kawan semua tentang produk yang menjadi sebutan kini iaitu produk Nurraysa buatan muslimah sendiri...Alhamdulillah berpeluang sekali lagi review salah satu produk Nurraysa. Beli umur dah cecah 3 series perkara pertama yang saya risau ialah kedutan pada wajah..Dan produk Nurraysa Beauty Collagen ada penyelesaiannya...



Sebelum tuh jom baca kandungan bahan dan cara penggunaan Nurraysa Beauty Collagen nih...

Kandungan bahan :

Collagen
Vitamin C
Kurma
Pamogranate
Snow Lotus

Cara penggunaannya pula semudah ABC tau..Just koyak dan kemam di bawah lidah sahaja. Kemudian dengan segelas air suam...Rasa collagen nih sedap tau korang...Tak tergambar dengan kata kata. Untuk kesan yang maksimum kena minum 3 liter air kosong sehari dan elakkan kafein.

Kelebihan Nurraysa Beauty Collagen nih ialah :

Mencerahkan kulit wajah dan badan
Anti penuaan dan mengurangkan kedutan
Merawat jerawat, jeragat dan parut
Bertindak sebagai "milk booster"
Melancarkan perjalanan darah
Membuang toksin di dalam badan
Mencuci dan membersihkan usus
Selamat digunakan oleh ibu mengandung 6 bulan ke atas



Nih kulit muka saya selepas seminggu menggunakan Nurraysa Beauty Collagen. Sebelum mencuba collagen nih kulit muka saya agak teruk dan tumbuh jerawat merah di sebelah kanan..Korang boleh tengok gambar saya kat atas nih..Alhamdulillah selepas seminggu jerawat jerawat merah berkurangan. Cuma tinggal bekas ajelah..Sehingga sekarang parut hitam tuh semakin hilang...Muka saya nih tanpa secalit bedak tau..Saya just guna celak dan lip gloss...Lebih selesa berwajah natural...

Dan apa yang bestnya mengenai produk nih saya amalkan waktu pagi sebelum sarapan..Selalunya saya amalkan dalam pukul 6.50 ke atas sebelum pergi kerja. Bila sampai di pejabat, dua jam kemudian perut sakit tanda nak membuang. Memang betul betul beri kesan yang bagus..Selain dari tuh, kulit muka pun lembab aje..

Untuk pengetahuan korang produk nih diproses di kilang bertaraf GMP dan semestinya halal..Produk muslimah dan buatan Malaysia. Sekotak Beauty Collagen nih mengandungi 20 sachet dan berharga RM150.00. Apa yang best sebagai harga pengenalan produk Beauty Collage nih dijual RM75 sekotak.

Berminat nak cuba?Korang boleh terjah fb dan blog untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk nih.


Demam "novel" menyerang semula

Assalamualaikum...

Kalau ada sesiapa yang perasan dengan entry entry saya yang lepas lepas mesti tahu saya nih memang ulat buku..Tak kisah lah apa jenis bentuk ilmiah pun..Sejak dari kecil dulu memang saya suka dengan buku. Alhamdulillah sampai sekarang masih suka buku..Tuh sebab digelar ulat buku oleh family...Banyak banyak buku mestilah saya suka baca novel...

Nak dijadikan cerita bulan lepas saya dok skroll web Karya Seni nak tengok novel novel keluaran baru. Sekali ternampak pulak Kraya Seni sedang offer combo Nov dan combo Dis..Nih tak boleh jadi nih..Recce punya recce saya decide beli seto combo Dis..Harag asal RM120.00 tapi after diskaun RM90.00 sahaja. Dapat 4 buah novel percuma novel Kampung Girl + kalendar 2015 dan buku nota...


Kira jimat berbaloi baloi kan...Bayar RM90.00 dapat extra novel, buku nota dan kalendar lagi...Ermmm..novel BUKAN DUA TAPI TIGA? tuh saya dah khatam walaupun tak serancak macam dulu..Dulu sehari boleh habis..Sekarang berhari hari baru khatam...Yelah takkan nak ngadap novel 24 jam kan..Time study dulu bolehlah..Nanti saya review pasal novel tuh eh..Memang best ceritanya. Ada baki lagi 4 novel yang saya belum baca lagi..Bila nak baca tuh tak tahulah..

Nih pun ada dua lagi novel yang saya masih belum baca lagi..Duduk terperap dekat rak almari. Satu novel Adam dan Hawa 2 dan satu lagi novel yang saya menang join GA yang dianjurkan blogger mamaniza...Bayangkan saya nak kena habiskan 6 novel...Berdarah mata dibuatnya...kekangan masa membataskan saya untuk mengadap novel novel tuh 24 jam...

Nota kaki*Siapa kaki novel macam saya??Angkat tangan!!!

Resepi Puding Roti yang mudah dan sedap

Nak share dengan kawan kawan resipi puding roti yang sedap mabeles les..Lama tak on blog sekali dah on berlambak lambak entry nak publishnya hoi...Tapi kena juga publish ikut turn...Rindu sangat dekat blog...Bila bercuti lama nih balas dendam nak update semua cerita...Banyak tau nak share dengan korang..Tahun baru semangat pun baru..

Okey okey straight to the point lah..Saya nak share dengan korang resepi puding yang sedap dan mudah disediakan..


Nihlah rupa puding roti sebelum disejukkan..Saya buat tiga warna...Pink, Ungu dan Coklat...


Puding roti yang siap dipotong...Nampak cantiknya aje marble tuh..Mula mula saya ingat tak jadi sebab takut warna bercampur aduk...Alhamdulillah tak sangka mnejadi pulak...

Cara nak buat puding roti senang aje korang....10gm agar agar tali+3 cwn air..Masak sehingga agar agar tali larut dalam air..Sementara tunggu agar agar tali larut, blend 5 keping roti+1/2 tin susu cair+1/2cwn gula+2 biji telur+3sdb susu pekat+1/2cwn air...Bila semua dah sebati selepas blend, ketepikan..Kacau adunan agar agar tadi..Bila dah mengelegak masukkan bahan yang diblend tadi..Kacau sebati...Lepas tuh, korang biarkan menggelegak dan tekstur puding tuh nanti akan nampak macam berketul ketul kecil...Kacau lagi dan tutup api..Bahagikan aduna  pada 3 bahagian.Masukkan pewarna yang korang suka..Macam saya letak berwarna pink, ungu dan serbuk milo..Lepas tuh, boleh curah dalam loyang berselang seli macam saya buat tuh..dah habis semua dunan biarkan sejuk seketika..Dah agak sejuk baru masukkan dalam peti sejuk ye...Memang sedap makan time time puding roti nih sejuk...

Saya nih bukanlah peminat puding yang menggunakan agar agar tau..Tapi puding roti nih memang masuk dalam tekak saya sebab rasanya yang sedap...

Nota kaki* Resepi nih korang boleh ubah ikut citarasa masing masing...Saya ada juga buat puding roti kali kedua untuk di bawa ke pejabat...Bahan bahan yang sama cuma saya tambah Nestum dalam bahan untuk diblend..Memang sedap...Rasa macam biskut pun ada..Tak kisahlah rasa apakan asalkan kita kreatif.