Sotong Sumbat Pedas Masam Manis

Selalunya kalau masak sotong mesti sotong masak kicap, sambal sotong, tom yam, masak lemak cili padi..

Semalam ubah selera pula..Buat sotong sumbat...Memang mabeles les les lah rasanya...


Tengok gambar macam telur rebus masak sambal pun ada...Hakikatnya sotong sumbat yang bila dimasak nampak bulat dan domok gitu..hehehe....

Cara buat inti : 5 ekor udang+kobis bunga+lobak+tomato+lada masak..Kesemua bahan dipotong dadu..Masak kesemua bahan di atas api yang perlahan..Kemudian masukkan 2 biji telur. JANGAN kocak telur tuh tau. Bila korang masukkan telur biarkan telur tuh masak dan bila dah masak dan mengeras baru hancur hancurkan. Masukkan garam untuk bagi rasa. Dah siap ketepikan.

Cara buat sotong sumbat : Bersihkan sotong buangkan kulit gelap tuh..(Kulit ke erk yang tuh saya tak tahu apa nama benda alah tuh..Tapi korang faham kan maksud saya??)Dah bersihkan sotong masukkan inti ke dalam sotong bagi padat. Kemudian tutup bukaan sotong dengan lidi kecil. Macam saya tak tutup pun. Alhamdulillah inti tak terkeluar.

Cara buat kuah : 1 labu bawang besar+2 ulas bawang putih+cili kering. Blend dan tumiskan. Kemudian masukkan sos tomato+gula. Biarkan masak seketika..Kemudian last sekali masukkan sotong sumbat tadi+garam. Biar sekejap dah masak boleh dihidang.

Memang sedap tau korang. Kira hidangan nih complete lah..Ada udang,sotong,sayur sayuran dan telur...Yang bab sayur tuh kan korang boleh pelbagai dengan sayur lain. Boleh letak daun bawang, daun sup, brokoli dan lain lain. Ikut kreativiti korang. Saya guna bahan apa yang ada dalam peti ais saja. Korang cuba lah memang sedap.

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Saya sendiri yang akan gunakan Ephyra Skin Bar

Umur pengguna? 30 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki / Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya menghadapi masalah kulit di mana mempunyai lubang jerawat di pipi dan tepi hidung, warna kulit yang tidak sekata, garis halus pada wajah, resdung dan kesan parut yang sukar untuk hilang. Saya ingin dan perlu Ephyra Skin Bar untuk mengatasi masalah-masalah yang saya hadapi ini agar saya tampil berkeyakinan di khalayak ramai amnya dan tampil berseri di depan suami khususnya. Kerjaya saya yang memerlukan berkomunikasi dengan orang awam membuatkan saya tidak yakin dengan penampilan kerana masalah masalah yang saya hadapi. Saya tidak mengharapkan kulit wajah dan badan yang cerah tapi lebih mengharapkan kulit wajah dan badan bebas dari sebarang cela, bersih dan cantik. Sekiranya kulit wajah dan badan menjadi cerah itu ialah satu bonus untuk saya.

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak)


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Handsock Pretty Zahra yang selesa

Assalamualaikum...

Rindu betul dengan blog pink saya nih...Dah dua hari dibiar bersawang..huhuhu...Nampak sangat busy..hehehe...

Okeylah tak mahu cot cet cot cet panjang sangat...Kali nih saya nak review handsock yang selesa dan tidak ikut bentuk lengan...

Macam saya memang pakai handsock dan macam macam jenis dan design saya pakai...Ada sesetengah handsock buat saya tak selesa sebab terlalu ketat di bahagian atas lengan dan menyebabkan rasa tak selesa dan sakit...Adakalanya saya akan tergaru garu sebab gatal..Mungkin jenis kain yang digunakan buat handsock tuh tak serasi dengan saya...

Jadi, bila rasa tak selesa tuh mesti akan timbul keinginan nak cari handsock yang selesa dan tidak ikut bentuk lengan kan??Alhamdulillah akhirnya saya jumpa juga handsock yang selesa dan tidak ikut bentuk lengan....



Handsock Pretty Zahra nih direka oleh wife officemate saya. Apa yang best tentang handsock nih ialah material kain yang digunakan ialah lycra. Tidak melekap, sejuk, besar,selesa sangat sangat dan yang paling penting handsock nih panjang sampai ke lengan tangan atas.

Untuk sepasang handsock nih harganya RM18.00 sahaja...Ada pelbagai warna yng cantik cantik tau.

Untuk update terkini korang boleh cari fb : Handsock Besar Malaysia (HBM)


Tiada lagi entry Nuffnang

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk update blog....Ermm memang betul betul busy....Buat kerja hakiki + tanggung kerja lain memang betul betul mencabar...Masa dengan blog tersayang agak terhad..Di oejabat dah sibuk dengan kerja dan tugas..Balik rumah sibuk dengan kerja kerja yang tak akan pernah habis...Bila penat jawapannya tidurlah kan apa lagi..Bila masa nak mengadap blog kan.Sebenarnya banyak story dan share dengan korang tapi kalau dah jenis suka perap entry memang entah bila nak update kan....

Okey dah merepek pulak...Sebenanrnya nak cerita pasal Nuffnang...Bukan kes merajuk ke apa tau..Alhamdulillah Nuffnang masih sudi beri CPUV untuk blog picisan saya walaupun saya dah jarang update entry..

Sebenarnya dah lama saya fikirkan hal nih..Akhirnya satu keputusan dah dibua dan in shaa Allah akan berterusan sampai bila bila..Sebelum sebelum nih rajin update entry pasal dapat CPUV baru...Tapi mulai hari nih saya takkan update apa apa lagi entry berkaitan dengna CPUV yang saya dapat...Cukup sekadar saya saja yang tahu..Yelah tak semua orang suka kan apa yang kita dapat..Mungkin ada yang terima dengan positif dan jadikan sebagai satu semangat dan belajar cara nak daoatkan CPUV..Tak mustahil ada juga yang negatif dan macam menyampah aje baca entry pasal CPUV kan...Rasa macam mentang mentanglah kau dapat CPUV aku tak dapat berlagak kan!!So,untuk mengelak berlakunya sesuatu yang tidak disenangi orang ada baiknya saya mantapkan entry dengan sesuatu yang orang akan kenang,ingat dan jadi panduan bersama supaya boleh dipraktikkan bersama...

SORRY Nuffnang bukan saya tak support you..Saya tetap support tau cuma saya tak update entry pasal CPUV lagi..Itu saja..Keywords Nuffnanig still lagi update...hehehe....Tajuk saja bikin gempaq...

Orang Yang Suka Jaga Tepi Kain Orang di Panggil Apa


Keywords nih memang buat hempedu saya geli...Adoiiii...Apakah maknanya semua ini???

Testimoni Nurraysa Beauty Skincare

STICKY POST 24 HOURS

SPONSORED POST

Assalamualaikum...

Sebelum nih saya dah pernah share dengan korang serba sedikit pasal produk Nurraysa Beauty Skincare yang 100% bahan semulajadi dan ada kelulusan KKM...Alhamdulillah saya terpilih untuk mencuba keberkesanan produk Nurraysa. TERIMA KASIH diucapkan kepada pengasas Nurraysa, Pn Nur Aini Zolkepeli kerana beri saya peluang mencuba skincare beliau..

Sebelum nih saya share apa yang best mengenai Nurraysa Beauty Skincare dan kelebihan setiap satu set 4 in 1....Kali nih saya nak share testimoni Nurraysa Beauty Skincare yang saya dah gunakan selama seminggu...

Sebelum nih saya bagitahu korang yang saya just gunakan sabun muka saja untuk jaga kulit muka saya..Memang takde krim siang krim malam bagai...Tak mustahil lah jerawat tetap jugak tumbuh bermaharajalela dekat muka saya...Bila dah berjerawat of course lah tinggalkan kesan hitam kan...

Saya juga mempunyai kulit muka jenis kombinasi..Ada masa berminyak ada kering...Bila ada masalah nih mestilah nak cari skincare yang sesuai dengan kulit muka kan...Saya juga ada masalah kulit muka kusam dan eye bag yang agak teruk...Kalau korang masih ingat saya pernah share dengan korang testimoni produk yang saya guna. Memang produk tersebut berkesan tetapi bila masuk bulan kedua muka saya jadi merah dan pedih bila gunakan salah satu produk skincare tersebut...Akhirnya, saya buat keputusan berhenti guna skincare tersebut...Baru masalah muka saya okey tau..Kalau tak memang jadi macam udang kena bakar...Alhamdulillah sekarang dah jumpa produk yang sesuai dengan kulit muka saya...Yang penting 100% semulajadi, tiada bahan kimia, dibuat di kilang bertaraf GMP dan ada kelulusan KKM..

Tengok pada gambar atas nih...Sebelah kiri muka saya sehari sebelum guna produk Nurraysa..Jerawat sana sini + eye bag...Sebelah kanan pulak muka saya seminggu (7 hari) lepas guna produk Nurraysa...Masa nih saya hanya menggunakan UV Krim + Celak +Lip Gloss sahaja...Walaupun tak 100% tapi hasil yang saya dapat memang sangat puas hati...Jerawat cepat mengecut dan kesan hitam jerawat semakin pudar...Eye bag pun semakin kurang...In shaa Allah akan pakai secara berterusan untuk dapatkan hasil yang memuaskan...

Bukan saja masalah jerawat dan kesan jerawat dapat di atasi, masalah kulit kusam dan kulit kombinasi juga dapat diselesaikan..Waktu malam sebelum tidur saya akan cuci muka dengan Collagen Soap..Lepas tuh guna Treatment Serum+Miracle Whitening Spray..Esok pagi pagi bangun tidur muka rasa fresh dan moist aje...Waktu siang pula saya guna Collagen Soap+Treatment Serum+UV Krim...

Saya bagitahu korang lagi sekali apa yang ada dalam Set 4 in 1 Nurraysa Beauty Skincare..Set 4 in 1 mempunyai Collagen Soap+Treatment Serum+Miracle Whitening Spray+UV Krim..

So,inilah testimoni saya sendiri selama seminggu gunakan Nurraysa...In shaa Allah akan share dengan korang testimoni selepas sebulan penggunaan Nurraysa...

Berminat nak cuba produk buatan Muslimah dan terbukti berkesan dan selamat ini??Korang bileh terjah fb dan juga website seperti bawah :-



Kenapa Cicak Jahat Labah Labah Baik

  
Keywords untuk minggu lepas..Banyak keywords resipi..Tapi ada jugak keywords yang pelik masuk kat blog saya nih...

Gelak guling guling tengok keywords second last dan last tuh...Ada yang tak tahu ke rupa sembelit tuh macam mana??Adoiii..Sembelit tuh tak boleh dibayangkan rupanya macam mana..hahaha...

Keywords kenapa cicak jahat labah labah baik tuh lagi tak menahan...Saya agak keywords nih budak budak sekolah cari nih...Sebab apa saya cakap budak sekolah??Yelah saya agak keywords nih ada kaitan dengan sejarah Islam..Korang mesti ingatkan kisah Rasulullah yang bersembunyi di gua dan sarang labah labah menutupi pintu masuk gua tersebut bantu Rasulullah...Lepas tuh cicak berbunyi seolah olah beritahu yang Rasulullah bersembunyi dalam gua tersebut... (Betulkan saya kalau saya SALAH)...Tapi tak silap saya masa sekolah memang saya ada belajar tapi ingat ingat lupa...

Tapi memang saya rasa keywords nih ada kaitan dengan sejarah tuh..Mungkin orang yang cari keywords nih nak tahu lebih mendalam kenapa cicak jahat kan...Macam macam lah keywords yang ada..Geram ada, marah ada, ketawa pun ada..  

Apa pulak keywords yang masuk dalam blog korang??Mesti ada yang lawak kan...Cuba share...

Suamiku Encik Sotong

Assalamualaikum....

Sekarang nih banyak betul drama adaptasi novelkan..Sampai tak terkejar dibuatnya..Buat masa nih dua drama adaptasi novel yang saya sempat layan iaitu Suamiku Encik Sotong dan Setitis Kasih Darmia..Tuh pun ada yang termiss jugak...huhuhu..Bila dah busy kat tempat kerja lepas tuh sambung pulak tugas as a wife dekat rumah memang penyakit lupa tuh akan ada...Sebab tuh banyak miss episod sebab lupa waktu siaran...

Inisiatifnya saya pergi cari novel..Boleh tahu awal ending drama macam mana..Walau tak 100% tapi boleh agakkan....Novel Suamiku Encik Sotong dah ada dalam genggaman...Nanti kena sambung misi mencari novel Setitis Kasih Darmia....


Gagah mencari novel nih tau..Dua minggu cari out of stock..Bila dah ada grab cepat..Drama TV3 pun adaptasi novel kan???Saya ingat ingat lupalah sebab sejak drama TV3 tuh start tak pernah tengok pun sebab tak kenal heroin dan hero sangat..Hahaha..Kenal yang seorang hero tuh aje...Yang lain tak kenal tak layan...hahaha..Kejam ai....

Prudential BSN Takaful


Untuk anak anak...Buat masa ini yang termampu..In shaa Allah ada rezeki akan tambah lagi...Salah satu cara untuk simpanan anak anak pada masa akan datang...

Nurraysa Beauty Skincare Rahsia Kulit Wajah Cantik Sihat Berseri

STICKY POST 24 HOURS

SPONSORED POST

Assalamualaikum...

Hari nih saya nak review produk yang semakin menjadi sebutan dan rebutan ramai..Pasti korang nak tahu produk tuh kan?Pernah dengar Nurraysa Beauty Skincare tak??Tak pernah??Okeylah saya akan cerita secara details satu persatu berkenaan produk nih..Bagi kawan kawan yang friend dengan saya di fb mesti tahu serba sedikit kan sebab wall saya penuh pasal produk nih...


Untuk pengetahuan korang, Nurraysa Beauty Skincare merupakan produk buatan muslimah yang diedarkan oleh sebuah syarikat berdaftar dibawah Syarikat Nur Aini Beauty Collagen Sdn Bhd. Produk ini 100% menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia...Kandungan Nurraysa Beauty Skincare terdiri daripada 3 bahan utama iaitu Collagen + Apple Stem Cell + Aloe Vera...Yang paling penting produk ini dibuat di kilang yang bertaraf GMP dan mendapat kelulusan KKM...


Pengasas dan model bagi produk Nurraysa Beauty ...


Nih belakang kotak produk Nurraysa..Dekat belakang kotak korang boleh rujuk nombor NOT di web KKM untuk kepastian korang...Selain daripada itu ada juga tercatat kandungan, tahun luput, harga dan edaran syarikat..

Kelebihan produk Nurraysa Beauty Skincare :


  • hilangkan jerawat/parut/pigmentasi/stretchmarks dan cela
  • kurangkan kedut serta menegangkan kulit
  • bersih,mencerahkan kulit yang gelap/kusam
  • menyamaratakan tona kulit
  • hilangkan hitam di bahagian ketiak dan peha
  • hilangkan minyak berlebihan
  • boleh digunakan untuk badan,ekzema,panau,kurap dan gatal gatal
  • kulit lebih licin
  • memudarkan jeragat
  • hilangkan blackhead/whitehead


Untuk pengetahuan korang Nurraysa Beauty Skincare terdiri daripada 4 produk utama iaitu :

NURRAYSA COLLAGEN SOAP

Fungsi : membersihkan & mencerahkan kulit wajah, menganjalkan kulit muka,kurangkan jerawat & parut,tona muka sekata,lembabkan kulit wajah,bersihkan pori-pori & mekap

Kandungan : Glycerin, Pure Marine Collagen, Minyak Zaitun Extra Virgin, Susu Kambing dan Herba

MIRACLE WHITENING SPRAY

Fungsi : memutih,mencerah, menegang, menutup liang liang roma, mengurangkan garis garis halus dan kedutan di wajah.

Kandungan : Distilled Water,Bifidobacterium Bifidum, Methylisothia Zolinone Phenoxyethanol, Mentha Piperita, Butylene Glycol, Fragrance, Sacharide Isomerate, Hyaluronic Acid, Malus Domestica

TREATMENT SERUM

Fungsi : anti septik dan anti antibiotik untuk melindungi kulit daru jerawat dan jadikan kulit berseri dan mulus.

Kandungan : RO Water, Phenoxyethanol,Butylene Glycol, Epilobium Augustifolium Flower, Matricaria Chamomilla Hamamelis, Allantoin, Methylisothiazolione Carbopor.

UV KRIM

Fungsi : melindungi kulit dari sinaran matahari dan jadikan kulit cerah berseri.

Kandungan : SF 1632, SF 1642, Silsoft 034, TI O2-as-6ld, Yellow rs 112d, Red afs 112d, Mica,  Td 50ab, Ss 4267,Sf 1202,Transparmer.


Bila diberikan kepercayaan untuk review sesuatu produk yang diberikan WAJIB lah kena cuba produk tersebut dan beri pendapat mengenai produk tersebut..Sebelum saya share dengan korang apa yang best tentang Nurraysa Beauty Skincare saya nak beritahu korang yang saya dah stop pakai sebarang skincare. Tak pakai dah krim siang,krim malam,serum dan segala adik beradik keturunan skincare kecuali pencuci muka saja saya guna..Yang tuh saya kena pakailah sebab takkan nak biar kulit muka saya "tak makan". Bila pakai sabun muka saja faham faham ajelah keadaan kulit muka saya kan...Tak sihat 100%...Kesannya muka senang tumbuh jerawat dan meninggalkan bekas jerawat. Bila berpeluang untuk mencuba produk Nurraysa Beauty Skincare haruslah kena beri feedback selepas penggunaan kan...

Apa yang best tentang Nurraysa Beauty Skincare nih ialah baunya wangi. Baik sabun, UV krim, miracle whitening spray dan serum...Setiap satu mempunyai bau wangi yang tersendiri...Tekstur serum pula ringan dan tak berminyak...UV krim pula teksturnya tidak berminyak,lembut dan ringan. Maksud saya ringan tuh bila apply dekat muka memang tak rasa pun macam kita pakai krim..Serius,saya tak tipu..Tak payah sapu tebal tebal dekat muka just sapu nipis saja dah cukup untuk lindung muka korang daripada sinar uv. Sabun pula wangi dan mempunyai buih yang halus. Sabun nih korang boleh kerat jadi kecil. Lagi satu kan korang sabun nih tak midah cair walaupun terkena air. Boleh jimat sebulan tau manakala spray pula berwarna hijau tau..Bila sembur kat muka terasa segar dan sejuk tau korang..Bau spray macam ala ala herba yang berangin...Bila hidu tuh memang bestlah baunya.

Hari nih merupakan hari pertama saya guna produk nih..Nantikan review saya pada hari ke 8 iaitu saya akan beritahu korang kesan selepas 7 hari penggunaan Nurraysa Beauty Skincare dan testimoni pengguna produk Nurraysa Beauty Skincare.

Kalau korang berminat nak cuba Nurraysa Beauty Skincare korang boleh terjah fb dan website seperti tertera kat bawah :








Resipi Telur Dadar Udang

Assalamualaikum....

Lama tak share resipi kat blog...Semendang sibuk kan...Blog pun bersawang...Saja nak ternak sawang kat blog hahaha..

Okeylah tak nak bebel panjang panjang kang merapu meraban...Semalam punya cerita masak untuk makan malam..Simple aje..Sambal sardin, tekur dadar dan sayur kacang buncis..Tapi nak share dengan korang resipi telur dadar yang senang dibuat dan sedap..Dah banyak kali saya buat memang tak jemu makan...


Nihlah rupa telur dadar udang yang saya buat semalam..Bahan bahan mudah nak dapat dan senang nak buat...

Caranya udang dibuang kulit dan dipotong kecil+tomato dibuang biji dan isi dalam,potong dadu+lobak parut.. Kemudian masukkan telur+garam dalam bahan tadi.Gaul semua bahan sebati.Panaskan sedikit saja minyak.Masukkan bahan telur tadi..Dah masak boleh dihidang..

Senangkan nak buat...Memang sedaplah korang..Saya sekali dah buat asyik nak buat lagi..Tapi kalau korang nak meriah lagi bubuh lah sayur lain kan...Yang sesuai..Jangan pulak bantai letak kangkung sawi bagai kang orang tengok macam pelik aje...hehehe..

SELAMAT MENVUBA KORANG!!!

Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum...

Nak belanja korang jauh....So belanja tengok gambar ajelah...




Macam manalah nak turunkan berat badan kalau tak boleh kawal nafsu makan..huhuhu

Siapa yang harus dipersalahkan??

Assalamualaikum....

Baca soalan dan baca jawapan yang diberi...Siaoa yang harus dipersalahkan??Jawapan anak anak sekarang mengundang kontroversi sungguh..hahahhaa...Memang lawak tau...Ketawa sampai keluar sesungut dibuatnya...Apa pun tak boleh..hahaha...


Kalaulah saya yang jadi cikgu  marking paper pelajar nih mahu patplohpat malam ketaea tak henti henti..Budak nih memang fikir di luar kotak sungguh...

Tak Boleh Nak Komen

Tadi singgah blog Yana Yani baca entry pasal kek Tok Gajah yang dia update..Baca punya baca opkos lah nak komen..Tapi bila tekan Post a Comment banyak kali tak keluar pun kotak komen tuh..Statik aje macam tuh....

So, penyudahnya klik x dan tangguhkan dulu nak komen tuh..Tunggu blogger lain komen dulu baru saya boleh tinggalkan komen..Tak tahulah kenapa...Yana Yana tahu tak kenapa??Ke ada blogger lain tahu kenapa jadi macam tuh...


Sorry Yana saya screenshot blog kamu...Banyak kali klik Post a Comment tuh still macam tuh aje..Tak kuar kotak komen pun.....Ada tak sesiapa pernah jadi macam nih..Kalau BW guna lappy takde masalah kot..Nih BW guna semakpong aje...

Tahniah!Che Ta Selamat Bersalin | Anak Che Ta yang Comel

Assalamualaikum....

Salam hujung minggu buat korang...Ermm sepatutnya semalam update pasal nih tapi sibuk baca novel terbaru Ramlee Awang Murshid tak jadi nak publish semalam....Semalam semua orang heboh pasal Che Ta yang selamat bersalin dan jugak perlawanan akhir bola sepak antara Abg Lang dan Abg Jah...Pasal bola tolak ketepi malas nak cerita..Nak cerita pasal Che Ta dengan baby dia..Boleh??

Tahniah buat Che Ta dan Zain Saidin atas kehadiran orang baru dalam keluarga mereka..Walau dalam kepenatan dan beruniformkan baju hospital Che Ta maintain cantik..Subhanallah..Allah kurniakan kecantikan asli..Ermmmm......Baby Che Ta pun comel sangat sangat...Subhanallah....Anak kacukan kan..Bertambahlah comel..Hakikatnya semua baby comel..Nih yang tak sabar nak timang baby sendiri..(*_^)


Tengoklah tuh kecomelan muka baby diorang nih...Ya Allah geram sungguh tau..Rasa nak aje cubit pipi anak diorang nih laju laju...Aishhhhhhh...Geram pulak hati hamba nih...

Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan buat pasangan retis nih...Siapa kata orang berusia tidak boleh mengandung??Asalkan pandai jaga body,amalkan petua orang orang dulu dan rajin makan herba herba tradisional in shaa Allah takde masalah nak mengandung ketika usia menginjak 40-an...

Nota kaki* Teringat tentang berita di Metro kisah seorang wanita berusia 40-an melahirkan anak yang ke 12...Rahsianya amalan makan 100 jenis herba..

Hadiah top commenter daripada kak Suria Amanda

Assalamualaikum....

Sahabat blogger semua baik..Dunia blogger itu indah..Ceh ayat tak menahan..Serius tak rugi saya berblog..Dari blog saya boleh jana pendapatan..Kenal ramai kawan kawan yang baik hati dan ramah belaka...Dan dari blog jugak saya dapat banyak pemberian ikhlas daripada kawan kawan....Alhamdulillah...

Kali nih saya nak share dengan korang hadiah yang saya terima daripada kak Suria Amanda..Terpilih terima hadiah istimewa sebab jadi top commenter yang ke 5..Tak sangka tersenarai...Kalau dah rezeki kan...Terima kak SA for the gift..Sorry lambat up entry pasal hadiah akak nih...Kebusyan melampau...


Keychain selipar pink Thailand hadiah daripada kak SA...Suka sangat dapat hadiah nih nak nak kaler pink bertambah tambah ai like...

Kawan kawan yang still belum kenal kak SA meh terjah blog dia...Kak SA nih peramah tau...

http://suriaamanda.blogspot.com

Pinky's Top Commenters Oktober 2014

Dah jadi kebiasaan buat blogger untuk update top commenters di blog masing masing..Saya pun tak terkecuali okey....Buat entry khas untuk mereka yang rajin singgah blog pink saya dan tinggalkan jejak..


Terima kasih buat korang yang sudi singgah dan meninggalkan jejak...Terharu dengan sokongan korang..Ermmm nampaknya ada top commenter yang baru dan ada lagi commenters tang masih mengekalkan kedudukan..Korang memang terbaik....

Nota kaki* Mulai JANUARI 2015, no 1 hingga no 3 top commenters akan terima hadiah daripada saya sepanjang 2015...

Selamat Datang NOVEMBER!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah masuk bulan November...Sekejap aje masa berlalukan..Cuaca bulan November pun sejuk nyaman aje..Mendung katakan....November menjengah pada hari Sabtu..Hari cuti...Apa lagi kan nak buat kalau time cuti nih....Jadi surirumah sepenuh masa lah kan. Akan bergelumang dengan kerja kerja rumah yang perlu diselesaikan...

Ermmmm...banyak benda nak buat hari nih....Nak masak apa..Nak lipat baju...Nak buang apa yang tak diperlukan...

Hopefully November kali nih banyak beri kenangan manis dan kebahagiaan kepada saya dan keluarga kecil kami...Segala masalah segala dugaan yang lepas tak perlu dikenang jadikan pedoman jadikan iktibar...