Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Sementara tunggu waktu balik saya nak join pencarian bloglist blog Mamaniza.com....Terisi sikit blog den nih hah....


Jom ramai ramai join dan meriahkan bloglist Mamaniza.com....Tarikh Tutup 31 Januari 2014 ye...

Tiga faktor kenapa ibu bapa gagal mengawal anak

Saya baca info yang sangat sangat berguna untuk kita sebagai ibu bapa....Saya baca blog Dr Shukri Abdullah. Info yang sangat berguna dan bagus...Sekurang kurangnya beri peringatan kepada kita kenapa dan mengapa kita gagal kawal anak anak masa kini.

Saya tepek kat sini sebahagian dari entry yang Dr Shukri Abdullah up kan hari nih...

Antara faktor ibu bapa gagal mengawal anak ialah :

Pertama: TAKUTKAN ANAK !
Ramai juga ibubapa takut untuk mengambil tindakan tegas ke atas anak-anak mereka sebab sekian lama sebelum ini mereka memenuhi semua permintaan anak. Ia ibarat adegan dalam filem “Anakku Sazali” yang mana bapanya si Sazali bagi, bagi, bagi bermacam permintaan si anak. Maka akibatknya anak itu rosak … spoilt kid !. Si bapa takut kalau mereka tidak memberi apa-apa yang diminta, nanti anak akan memberontak, si anak tak mahu balik rumah, si anak akan ke rumah kawan, si anak akan ponteng sekolah dan pelbagai kemungkinan lagi. Ketakutan serupa inilah yang membuat si anak “naik kepala” dan mengambil pelbagai kesempatan. Inilah masalah sebelum ini semua permintaan ditunai belaka kerana “sayang”. Hari ini anak mudah kelentong mak ayah kecuali mak ayah yang prihatin.
Seorang pujangga pernah berkata kalau ibubapa langsung tidak pernah bertindak melakukan sesuatu yang membuat anak marah kepada mereka, berbuat sesuatu yang menyebabkan anak benci kepada mereka, maka rumusannya ibubapa itu tidak pernah menjadi ibubapa yang berkesan.

Kedua: IBUBAPA MALAS
Mereka pun nak berfacebook. Mereka pun nak layan drama kat TV. Sekarang ini ada pula siri “Kilauan Emas” a.k.a. “Bintang Tua” iaitu membariskan lelaki perempuan berumur 50an dan ke atas dalam pertadingan nyanyian ! Mereka pun nak sibuk bergossip dengan jiran. Mereka pun nak sibuk main game di facebook. Mereka juga nak berlepak di kedai kopi kampong. Mereka berhujjah kalau anak boleh ke sekolah sendiri buat apa nak hantar lagi kerana masa yang digunakan itu boleh buat kerja-kerja lain. Memang ada yang ikhlas dan serius nak buat kerja lain dan nak cari makan tetapi hujjah tadi lebih banyak digunakan oleh mereka sebagai alasan bukan sebagai sebab !
Rumusannya ramai ibubapa kurang bertanggungjawab. Mereka nak senang.
Sebab tu ramai cenderung beli pil kembang otak; pil cerdik minda;  tonik kuat memori dan sebagainya tetapi mereka lupa mengajak anak mereka berusaha. Selalu saya nyatakan, “makanlah buah kismis secupak sehari pun, kalau tak belajar, kalau malas memang tidak ada apa-apa kesan”. Samalah juga ibubapa yang hanya berminat solat hajat tetapi tak pernah ajak anak berusaha ! Kan dalam Surah Al-Insyirah Allah dah ingatkan kita dua kali “nak senang, susah dahulu”. Solat Hajat amat bagus dan tindakan mulia jika disusuli dengan usaha berterusan. Ada yang bergantung ke natas tuisyen. Pergilah tuisyen tiap-tiap hari pun, kalau di sekolah banyak bermain, kalau balik rumah asyik menghadap komputer dan TV, maka tusiyen itu pasti tidak berkesan kerana ke tuisyen bukan untuk belajar, tetapi untuk tujuan lain termasuklah mendapat lessen keluar rumah selepas balik sekolah.
Ibubapa malas dan melahirkan anak yang malas.

Ketiga: TAK AMBIL PEDULI LANGSUNG
Ramai juga ibubapa dalam kategori ini, iaitu “pandai buat anak tetapi tak pandai membesarkan anak”. Pada mereka asal anak ke sekolah maka tanggungjawab mereka selesai. Kalau anak mundur dalam pelajaran hujjah mereka mudah sahaja “kami dulu … pun bodoh macam tu juga. Apa boleh buat” ! Ada pula yang menyalahkan guru, menyalahkan Guru Besar atau Pengetua dan sebagainya. Langsung mereka tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Mereka kurang prihatin dengan kemajuan anak. Mereka tidak ambil kisah prestasi pelajaran anak.
Itulah pada saya antara tiga faktor yang menyumbang ke arah kemunduran pelajar dan remaja Melayu di negara ini. Sila bagi pandangan balas untuk kita sama-sama bicarakan. Tidak kisah sama ada pandangan anda bersetuju atau tidak dengan pandangan di sini. Yang penting kita berhujah secara ikhlas dan tertib.
Saya hanya buat kupasan kenapa timbulkannya masalah. Cara menangani masalah ini tidak saya sentuh dalam tulisan ini. Itu catatan di masa yang lain.

Untuk entri penuh baca sini (sumber) DR SHUKRI ABDULLAH

Pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina empat tahun yang lepas (Part 1)

ENTRY REPUBLISH>>>THROWBACK


Kalau nak ingatkan semula pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina dulu, sungguh saya memang tak sanggup nak cerita penderitaan dan kesakitan yang saya tanggung masa tuh.

Saya disahkan mengandung selepas setahun saya dan incik hubby melangsungkan perkahwinan. Masa belum mengandung tuh macam macam pertanyaan yang mengguris hati dan kata kata yang menyakitkan hati kitorang terima. Tapi kitorang sabar aje sebab semua tuh kan kerja Tuhan. Hanya Dia Maha Mengetahui segala galanya kan?

Dalam bulan April, selepas balik dari rombongan Langkawi, beberapa hari lepas tuh saya dah lewat datang period. Saya tak fikir pun saya pregnant sebab sebelum tuh saya pernah lewat period selama 13 hari. Siap pergi klinik check kenapa period tak datang datang. Nurse kat klinik cakap mungkin saya pregnant. Namun hampa, sebab keesokkannya saya period. Sebab tuh bila bulan April, period saya lewat dua minggu saya buat derk aje. Malas nak fikir takut kecewa lagi. Tapi incik hubby pulak, senyap senyap belikan saya sekotak pregnancy test kat farmasi. Dia suruh check manalah tahu ada rezeki. Tapi saya simpan aje. Malas nak check…

Nak dijadikan cerita, keesokkan paginya saya bangun pagi pagi nak buang air kecil. Sekali saya tergerak hati nak buat UPT. Nak tahu sebab apa saya tergerak hati nak buat UPT. Sebabnya masa tidur, saya mimpi saya buat UPT dan keputusannya positif. Sebab tuh, masa nak buang air kecil tuh saya over eksited nak buat UPT sekali. Bajet kalau buat tuh akan positif lah macam mimpi saya kan. Sekali, bila buat….Hamek ko Jah!!! Terus muncul dua line….Saya tergamam sekejap. Macam tak percaya sebab sebelum nih kawan pernah bagitahu saya kalau buat UPT kena tunggu dua tiga minit baru nampak line tuh clear. Tapi macam kes saya nih bukan dua tiga minit dah tapi dua,tiga saat aje terus timbul dua line…

Bila dah buat UPT, terus cuci apa yang patut saya terus duduk sebelah incik hubby dan pandang muka dia yang tengah nyenyak membongkang. Mungkin dia dapat rasa saya tengah tenung dia, dia terjaga dari tidur tanya kenapa? Saya bagitahu saya dah buat UPT dan timbul dua line…Dia tanya apa maksudnya?Saya tunjuk kotak UPT tuh apa maksud dua line. Bila dia baca, dia angguk dan terus tidur!Cis! Sangat tak romantik dan takde perasaan langsung!Huh!!

Tapi…tapi pagi tuh dalam pukul 8 lebih, saya bangun nak terkucil lagi dan sekali lagi saya buat UPT sebab tak puas hati. Takkan lah kejap aje dah timbul dua line. Disebabkan UPT ada lagi satu, saya guna lagi untuk buat ujian tuh lagi. Sah! It’s positive….I am pregnant…Syukur Alhamdulillah. Akhirnya doa saya dan incik hubby termakbul juga. Korang tahu tak apa yang incik hubby buat bila dia bangun pagi tuh? Terus capai handphone, die kol ayah mentua dan ayah saya bagitahu diorang akan jadi datuk tak lama lagi. Aishhh, ingatkan takde perasaan rupa rupanya dia pulak terlebih over okeh!!!

Nota kaki* Next entry coming soon…Ok bai!

Sakit kepala, batuk dan loya

Assalamualaikum...

Saya nak bagitahu korang hari nih mungkin saya tak berkesempatan nak BW ke blog blog korang...Saya tak berapa sihat...Sakit kepala, batuk2 dan loya...Tapi korang jangan cakap saya pregnant tau...No no no...Sebab adalah mustahil saya pregnant. Baru aje lepas period kan...

Kawan kawan saya cakap mungkin faktor cuaca. Lagipun ada jugak officemates yang tak sihat...In shaa Allah kalau saya dah okey saya terjah rumah korang ye...Semalam banyak jugak komen yang saya dapat sampai tak terterjah saya...Kalau korang nampak entry baru tuh maknanya auto published lah ye..Semalam saya tidur kat office time rehat sampai terlajak pukul 2.30 petang tau sebab kepala sakit sangat sangat.

Selamat Hari Lahir buat puteri sulung saya Nur Aina Zahirah

Maaf entry khas buat anak sulung saya agak lewat saya up...Bukan lupa bukan tak ingat...Saya ingat cuma...cuma..cuma...Terlewat sikit nak buat entry khas untuk dia...

Alhamdulillah hari nih genaplah puteri sulung saya Nur Aina Zahirah binti Mohd Fadeli berusia 4 tahun. Sekejap aje anak dara saya nih membesar..In Shaa Allah esok saya akan up entry pengalaman mengandungkan dan melahirkan Aina..Ada yang saya dah up entry tapi saya akan repost semula dan up entry baru jugak..

Ucapan buat Aina(walaupun dia tak baca sekarang masa masa akan datang dia mesti baca punya..hehehe)

Selamat Hari Lahir buat Aina!!! Semoga Aina menjadi anak yang solehah dan bertaqwa serta berguna kepada ummi dan abi, keluarga, bangsa dan agama. Tuntutlah ilmu tanpa jemu sayang. Peliharalah maruahmu..Jadilah anak yang bijak,cerdik, pandai dan beanggungjawab..Jadilah kakak yang melindungi adik adik dari fitnah dunia dan didik mereka sebaiknya. Ummi dan abi bangga dan bertuah punya anak yang sempurna seperti Aina..Ummi akan didik Aina ilmu dunia dan akhirat secukupnya agar bekalan tuh boleh bimbing Aina menjadi muslimah sejati andai Ummi dan abi tiada nanti...Amin..




Aktiviti di hari Ahad

Semalammmmmm saya keluar rumah bawak Auni...Aina tidur so dia tinggal dengan abi dia kat rumah...Saya nak bank in duit pelikat pants yang orang order...

Lepas tuh pergi Centrepoint Seremban sebab nak jumpa customer order bedak sejuk....Sementara nak tunggu tuh Auni dah merengek rengek ajak masuk Centrepoint...Bawak jelah kan...Hajat hati nak pergi Parkson belikan baju Aina dan Auni tapi tak jadi sebab Auni asyik menangis...Nak tahu sebab apa menangis??Sebelum masuk Parkson ada kat side tepi tuh ada tempat khas untuk kanak kanak main....Auni kalau dah nampak semua tuh memang meroyan weii...Sabar ajelah kan...


Auni main car yang guna remote control...So, ummi dia jadi mangsa kena gerakkan kereta tuh ke kiri kanan gostan go head...hahaha....






Lepas tuh dapat wassup customer cakap jumpa dekat Giant Senawang pulak...So, saya rushing lah pergi Giant Senawang....Sementara tunggu dia sampai saya singgah MPH...So sempat la grab buku warna dan pensil warna untuk Aina dan Auni...Untuk ummi pun ada jugak...Saya beli novel lah apa lagi.....



The Wedding Breaker a.k.a Ariana Rose yang tengah meletup boom boom bang sekarang nih...Jenis tak menyabar tunggu next episode saya beli jugak...Sekarang baca part persiapan pertunangan Tengku Adam dan Ariana Rose..In Shaa Allah hari nih boleh habis kotttt.....Kot la kan....

Terisi jugak hari Ahad saya kan..Kalau tak memang duduk kat rumah terperap ajelah Kak Jemah nih...hehehe..

Bercanda di pantai Telok Kemang

Hooohoiiiii....Kemain bercanda di pantai konon....Puiiiii.....Bercandalah sangattttt kan...Actually Sabtu lepas saya dan incik hubby bawak anak amndi laut sebab dah berminggu Auni duk sebut..."Ummi besarnya lautttt....Nak andi lautttt"

So minggu lepas ummi dan abi dia tunaikan lah kehendak anak dara tuh kan..Saya siap belikan diorang pelampung tau..Sorang satu..Ala yang jenis bot tapi ada lubang boleh masuk kaki tuh...Lupa pulak nak snap pic pelampung tuh kan...

Korang tahu tak terjadinya adegan jerit menjerit dan menangis kat dalam laut sebab Auni dan Aina tak nak guna pelampung tuh...Adoiii anak anak....Membazir ummi beli tau...Last last pelampung tuh buat hiasan kat pasir aje...T_T

Diorang lebih sibuk nak main pasir dari mandi laut ye...Kemain diorang mengorek ngorek pasir sodok bagai...Macam jakun dah anak anak saya nih tau..hahaha...Ummi pun tumpang sekaki jugak...Walaupun rumah mama ayah saya dekat sangatttttt dengan laut tapi jangan fikir kitorang hari hari mandi laut ye..No no no...Takde makna...Rasanya last saya mandi laut Aina kecik lagi tau...Lebih kurang tiga tahun lebih tak mandi laut....So apa jadi kat pantai Telok Kemang i donno la...So bila sampai memang agak tanjat berukkk kooo....Banyak khemah kat tepi tepi pantai..Agak serabut di situ...Apa pun tetap enjoy sebab dapat tunaikan permintaan si kecik Auni yang nak sangatttt mandi laut tuh kan....Lepas nih plan nak bawak gi Aquaria tapi tak tahulah bila...


Masa nih Aina cepat cepat jalan ke arah saya sebab takut kena paksa pakai pelampung....Hahhh tuh lah pelampung Aina dan Auni..Kaler pink dan hijau tuh...Yg pegang pelampung merah tuh adik sepupu saya...Darjah dua tapi rendah aje orangnya macam budak 4, 5 tahun...


Tengoklah kemain seronok diorang main cedok cedok pasir...Bab nih memang diorang suka...Nak tahu kenapa Aina pakai baju tak sama? Sebab Auni dah mandi sebelum pergi pantai...Aina belum mandi lagi...hahaha....



Resipi Kek Pesona

Assalamualaikum...

Huhhh pagi pagi dah share resipi kek kat korang...Hari tuh saya post teaser aje...Disebabkan ramai request resipi so update lah resipi untuk korang ye..

Bahan bahan A

800gm Cream Cheese
30ml Susu Segar (Fresh Milk)
1/2 cawan gula kastor
Serbuk Milo

Bahan bahan B

Biskut Marie
200ml Susu Segar

Cara cara nak buat (versi saya tau) : Masukkan semua bahan bahan A...Adun dengan mixer sampai kembang..Ketepikan..Lapiskan loyang kek dengan kertas baking tuh...Lepas tuh, celup biskut marie dalam susu segar..Susun dalam loyang...Lepas tuh, tuangkan adunan cream cheese kat atas biskut...Kemudian taburkan serbuk milo atas cream cheese tadi....Ulang step susun biskut sampaiiiilah tabur Milo tuh sehingga habis....(Korang boleh rujuk gambar step by step cara nak buat kat SINI). Lepas tuh simpan dalam fridge untuk keraskan kek tuh..Dah siapppp...



Nota kaki * Kalau korang tak nak guna serbuk Milo boleh jer gantikan dengan jem strawberi ke blueberry ke coklat ke...Ikut taste korang...

Ramalan Bomoh Siam

Sengallll

Hahahahaha....Sengal bomoh siam nih...


Posted via Blogaway

Teaser : Kek Pesona


Giveaway Birthday Azhafizah

Hari nih nak join Giveaway yang dianjurkan oleh Azhafizah...Senang dan simple aje syarat syarat join...


klik banner untuk join


1. Buat entry tajuk " Giveaway Birthday Azhafizah"
2. Letak banner dan backlink
3. Follow blog
4. Like fanpage
5. Follow instagram
6. Publish entry

Semua saya dah follow dan like..

Tarikh tutup : 7 Februari 2013 

Rezeki menang GA

Assalamaualaikum...

Sorry hari nih lambat bersiaran sebab mood M dah mari...Adoiii...Tapi ku gagahi jari jemari menaip netry nih...

Hari nih saya dah start kerja tapi nasib baik hari nih tak banyak kerja kan...So ngadap ler blog pinky minky nih hah...Alhamdulillah datang kerja hari nih saya terima dua hadiah hasl menag GA yang blogger Innanie Ariffin dan Abg Eqbal Zack anjurkan...


Sebotol Apple Stem Cell Total Image yang saya dapat...Tak tahu lah apa rasa dia kan...Apa apa pun terima kasih Innanie a.k.a blogger Coklateyes...


Dapat fridge magnet Korea hasil menang GA yang abg Eqbal Zack anjurkan...Alhamdulillah ada rezeki menang walaupun lama tak aktif dalam GA...Sekarang baru nak berjinak jinak..huhuhu....Terima kasih abg EQ for the fridge magnet...

Testimoni Ephyra - Ephyra beri tenaga pada tubuh badan

Muka yang penuh bertenaga..hahahahaha

Kali nih saya nak bagi testimoni Ephyra berkaitan dengan tenaga pulak...

Sebagai wanita yang berkerjaya masa memang tak cukup nak uruskan kerja, anak anak dan suami. Terkejar sana terkejar sini kan..Kat pejabat kena siapkan kerja kerja yang hari hari kita kena hadap. Buat program itu ini..Memang memenatkan...Balik rumah takkan duduk goyang kaki aje kan..Mestilah nak kena masak, kemas rumah apa yang patut dan layan anak anak...

Uiittt memang penat sangat sangat kan..Tuh yang badan kita flat bila dah terlalu penat dan letih. Siapkan bantal letak kepala terbongkang tak sedar diri..hahaha..Bayangkan lah kehidupan seorang isteri, ummi berkerjaya macam saya nih hah..Kawan kawan yang surirumah sepenuh masa pun mesti penatkan...Uruskan rumahtangga dari pagi sampai malam...

So dengan adanya Ephyra badan takkan letih punya..Percayalah cakap Kak Ton!!! Bila minum Ehyra nih saya memang perasan sangat sangat perubahan ketara yang berlaku tau. Dulu bila penat mesti saya akan curi masa tidur sejam dua nak lepaskan penat lelah..Tapi sejak consume Ephyra nih saya perasan saya bangun awal pagi tidur mesti lewat malam.Ada aje kerja saya nak buat tau langsung tak rasa penat ke letih ke..Esoknya bangun awal pagi takde pun rasa macam malas nak bangun ke letih ke..See??? Penangan Ephyra..Memberi tenaga yang sangatttt luarrrr biasaaa tau...

Korang yang nak dapatkan Ephyra dengan harga kasih sayang busuk masam boleh contact dengan kak Ina a.k.a IntaNBerliaN. In Shaa Allah servis terbaik punya kak Ina bagi. 

 Testimoni 1 
 Testimoni 2 


Posted via Blogaway

Wordless Wednesday #1/14 - Ephyra

Drink before breakfast





Posted via Blogaway

Servis Klinik Kesihatan PD dan Klinik Kesihatan Seremban 2

Macam yang saya janji sebelum nih saya nak bagitahu korang servis yang saya terima antara dua klinik kesihatan.Sorry kalau korang baca entry nih panjang giler...

Servis di bahagian kaunter saya sangat puas hati sebab kakitangan dua dua klinik peramah dan bagi servis yang pantas..

Apa yang saya nak bandingkan ialah servis yang diberikan oleh doktor sendiri. Rasanya di mana mana klinik ada disediakan nombor giliran dan bilik rawatan kan...

First saya nak cakap pasal KK PD..Bilik rawatan hanya ada 5 sahaja di mana bagi saya tak cukup untuk berikan servis yang pantas. Korang bayangkan nak tunggu nombor giliran korang dipanggil ambil masa sampai sejam. Incik hubby saya sampai cakap lambat betul. Pesakit lain ada yang saya tengok dua tiga kali bangun dan pergi bilik doktor tanya bila nombor mereka nak dipanggil sebab ada yang lagi lama tunggu tau.

Lepas tuh kebanyakan doktor kat KK PD ialah doktor yang muda.  Bukanlah nak menidakkan kepakaran mereka dalam perubatan tapi cara mereka berikan rawatan sangat saya tidak puas hati. Contoh macam saya doktor yang check saya ialah non muslim young lady doctor. Dia cakap soft saja tapi penerangan yang dia berikan memang saya tak puas hati. Macam feel eh takkan sebab tuh aje kaki aku teruk macam nih kan..Lepas tuh siap pesan balik rumah rehat jangan buat kerja, tekap kaki dengan ais untuk kurangkan bengkak..Ok fine saya terima her suggestion tuh..Korang bayangkan Isnin tuh dah lah saya kerja tapi saya terus pergi klinik untuk buat rawatan.Dari pagi sampai tengahari saya kat klinik. Saya mintak mc dia tak bagi dia cuma bagi time slip..Dia buat saya terima rawatan dari pukul 8 pagi sampai 2 petang.. Cuba korang fikir kalau dah bagi time slip dah sah sah saya kena masuk kerja kan..ada tiga jam saja lagi masa bekerja..Tolak masa nak ke ofis berapa minit, so berapa jam saja saya kena kerja. Lepas tuh doktor tadi suruh saya rehat kat rumah tapi dia tak bagi mc..Dia bagi ubat tahan sakit dan dia cakap kalau kena lagi baru rujuk pakar..Acaner tuh? Kaki kita dah lah sakit dia fikir main main agaknya...Siap bagi ubat tahan sakit...ubat tuh makan pun tak jalan tau..Nih sebab saya tak puas hati...



Semalam saya buat rawatan di Klinik Kesihatan Seremban 2 pulak. Servis memang pantas dan pesakit tak payah tunggu lama sebab bilik rawatan yang banyak. Doktor pun beri rawatan yang bagus. Penerangan yang sangat jelas dan saya faham. Kaki saya bukan sebab tiada pelincir tetapi ligamen pada lutut saya dah cedera dan tak boleh nak support pergerakan tulang pada lutut. Sebab tuh saya mudah terkena. Doc terus nak rujuk saya pada pakar sebab saya kena since umur 17 tahun. Dia bagi saya mc dan suruh banyakkan rehat. Maintainkan berat badan dan tidak boleh buat kerja berat berat. Berdiri lama pun tak boleh..Doktor jugak bagitahu saya dia akan call secepat mungkin untuk ambik surat yang dia buat untuk rujuk pakar. See bezakan servis doktor KK PD dan KK Seremban 2 bagi??


Selamat Hari Lahir Incik Hubby

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari nih hari lahir incik hubby yang ke 28...Bertambah setahun lagi umur incik hubby saya.

Untuk incik hubby saya Encik Fadeli...Nih ucapan utk abg...

Semoga Allah memberkati umur abang, murahkan rezeki abang dan kurniakan kesihatan yang baik baik untuk abang. Ayang doakan semoga hubungan kita akan kekal sehingga Jannah dan tenang menghadapi ujian dalam rumahtangga yang penuh dengan dugaan. Ayang berharap kita akan kekal bahagia di samping anak anak tanda kasih sayang kita. Semoga abang berjaya dalam kerjaya dan hidup abang.

Ayang dan anak anak anak anak anak sayanggggg abang dan abi sangat sangat...

Rawatan susulan di Klinik Kesihatan Seremban 2

No giliran saya sekarang nih..

Assalamualaikum...

Hari nih saya sambung rawatan susulan kat Klinik Kesihatan Seremban 2 pulak...Apa jadi dengan rawatan semalam? Saya akan cerita nanti.

Rasa marah dan sakit hati membukit bukit dalam hati tau. Ingat kita sakit main main agaknya...Lutut gua nak pakai lama lagi kott...

Sekarang nih tunggu turn dipanggil. Macam biasa kalau klinik kerajaan memang ramai orang...Nanti saya akan cerita servis KK Port Dikcson dan KK Seremban 2...Dua dua under gov dan dua dua bawah kementerian yang sama. But servisssss sangat jauh beza...


Posted via Blogaway

Rawatan di Klinik Kesihatan Port Dickson

Assalamualaikum...

Sekarang saya ada di klinik kesihatan Port Dickson. Nak buat rawatan lutut saya yang problem...Dulu langsung saya tak endah..Bila kena saya pergi urut aje..Sekarang bila umur makin meningkat saya kena ambik kisah semua tuh...

Nak guna lama kan...Kawan kawan tunggu ajelah update terkini pasal kaki saya ye...


Posted via Blogaway

Perlu atau tidak kajian semula gaji pekerja sektor awam dan swasta?

Sekarang nih semua orang tahu mengenai kenaikan harga barang yang semakin menjadi jadi. Bila petrol naik maka satu persatu perkhidmatan dan barangan lain naik harga. Entry nih bukan nak menyuarakan ketidakpuashatian atas kenaikan harga perkhidmatan atau barangan tetapi lebih kepada luahan seorang rakyat Malaysia.

Kenapa saya cakap gaji pekerja sektor awam dan sektor swasta perlu dikaji semula?Sebab kenaikan harga perkhidmatan dan barangan yang semakin menjadi jadi. Korang jangan cakap lah ala dah tahu barang naik belajarlah berjimat cermat...Takpun cari inisiatif lain untuk tambah duit poket..Semua tuh saya tahu..Saya sendiri buat side income untuk tampung perbelanjaan yang semakin meningkat naik. Korang rasa cukup ke nak cover semua? Cuba korang kira yuran taska untuk dua orang anak anak saya dulu RM460 sekarang RM600..Separuh dari gaji bersih saya. Tuh belum tolak lagi nak bayar duit motorsikal,ptptn,bil bil,susu anak,minyak kereta untuk sebulan...Rasa rasanya cukup ke tak? Tuh baru saya yang tinggal area Seremban..Yang tinggal kat Putrajaya? KL? JB?

Kalau perkhidmatan dan barangan naik harga sekalipun tetapi gaji masih ditakuk lama mampu ke nak tanggung semua perbelanjaan?? Rasanya kalau digabungkan gaji suami isteri pun masih tak cukup. Saya sendiri pun dah berbincang dengan incik hubby lepas nih kena jimatkan penggunaan eletrik, cut channel astro yang dirasakan tak perlu...

Cuba fikirkan apa yang akan bakal berlaku pada masa akan datang?Pasti jenayah semakin berleluasa. Pecah rumah,ragut, mencuri atau lebih advance lagi merompak. Semakin hari semakin bertambah penjenayah baru. Sebab apa? Sebab kos sara hidup yang terlalu tinggi..Sebagai contoh penjenayah yang mencuri susu tepung bayi yang berlaku baru baru nih. Nak salahkan siapa?Opkos salah si penjenayah..Dah kenapa engkau mencuri kan..Otak ada tak nak guna. Tapi tapi tapi....Pernah ke kita terfikir kenapa penjenayah tuh buat macam tuh?Mungkin dia ada masalah yang kita sendiri tak tahu. Bukanlah saya sokong penjenayah tuh..takkk...Marah jugak sebab dia mencuri tapi cuba faham situasi yang dia alami. Percayalah kadang kadang kata hati tak benarkan kita buat sesuatu yang salah tapi kata akal? Allah nak uji dia..Mana tahu satu hari nanti Allah uji kita kan?

So berbalik pada main topik saya tadi...Korang sokong tak kerajaan perlu buat kajian semula gaji pekerja di sektor awam dan swasta untuk mengatasi masalah ketidakmampuan menanggung kos hidup yang tinggi. Kalau setakat harga kangkung yang turun baik tak payah...

Sekiann....

Resipi Ayam Masak Serai

Assalamualaikum...

Nak show dengan korang resipi Ayam Masak Serai yang saya buat semalam. Resipi nih saya cilok dari blog kak Ina..Thanks kak Ina sebab share resipi dengan kitorang nih especially saya yang selalu ketandusan idea nak masak apa. Sesekali masak simple pun ok jugak kan...

Oklah sebenarnya senang aje nak masak Ayam Masak Serai nih...Cuma saya ada ubah siiiikiiittt je resipi asal kak ina sebab takde bahan tuh dalam rumah. So, saya gantikan dengan bahan lain.

Bahan bahan A

Ayam
Serbuk kunyit
Garam

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng dan ketepikan.

Bahan bahan B

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
Cili Kering

Bahan bahan C

4 batang serai (diketuk)
Air asam jawa
Garam
Sedikit serbuk perasa
Gula

Blend bahan bahan B. Kemudian tumiskan bahan yang diblend tadi..Dah garing masukkan 4 batang serai dan ayam. Gaul rata. Masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula..Dah siap...

Hahhhh senang aje kan....Masa saya try masak tak sampai setengah jam pun nak masak...Lebih kurang 10 minit. Masa masak memang rasa kejap aje..Betul kata kak Ina sedap makan dengan nasi panas...Perghhhh....

Marathon drama di Astro

Malam tadi marathon tengok drama kat Astro..Tak boleh tidur gara gara bersin selsema dan badan panas. Dah mula nak rasa demam..

So malam tadi tengok Projek Memikat Suami lepas tuh tengok Beranak Dalam Kubur. Before this tak pernah tengok sebab dalam kepala otak dah set drama nih dari mula hantu dah keluar. Tapi semalam tengok tak jugak keluar hantu kan. Dengan riak saya decide ala tajuk drama bikin gempak aje nak menakutkan daku yang memang sedia penakut nih...Sekali hamek ngko..Dah kenapa ngko mekap si Kila Fairy macam tuh. Memang tanjat tengok muka dia yang dah jadi hantu...Mata daku nih pulak gatal miang miang duk jeling jeling lagi nak tengok muka hantu tuh...Adoi gila babeng hantu dia. Menakutkan betul..Wei macam manalah pelakon lain tuh leh ngadap muka hantu pelesu. Kalau saya kompom patplohnam jam pengsan...

Sampai tak tahan nak terkucil dibuatnya. Terus masuk toilet buang hajat..Cuci muka semua pakai krim malam. Keluar bilik drama hantu dah habis..Hahaha...Lega aku nok...Dah lah laki dan anak anak dah berdengkur..Tinggallah sorang sorang bijik mata terkebil kebil tak boleh tidur..Nak buang rasa takut terus tukar channel lain. Tengok the day after tomorrow...Tenang sikit kepala otak nih...Hilang dah rasa takut. Acaner nak buat dah memang manusia bernama Mimi nih penakut orangnya. Tapi ada masa kena berani jugak kan...Kalau takut sangat "benda" tuh lagi suka lah kan....

Hadiah Hari Lahir buat saya

Assalamualaikum...
Nih lah hadiah yang saya terima daripada adik saya..Buku Yakjuj dan Makjuj dan Al Quran dan Tafsir saiz poket...Boleh dibawa ke mana mana...Boleh saya simpan dalam handbag kan..
Alhamdulillah seronok sangat dapat hadiah hadiah nih. Saya suka sangattt...Adik saya memang memahami saya tau. Dia tahu kakak dia memang ulat buku..Huku Yakjuj dan Makjuj tuh dah lama saya teringin nak beli tapi tak terbeli beli. Sekali daoat hadiah nih hahhh kemain suka lagi mak nak...

Hadiah Hari Lahir

Assalamualaikum..

Semalam saya jemput adik no 3 dari KTM Seremban. Balik bercuti sampai Selasa depan...

Sampai rumah mama adik saya bagi hadiah hari lahir..Dapat dua hadiah. Satu besar satu kecik. Syukur sebab dapat adik yang memahami saya tau. Cuba korang teka apa yang adik saya bagi..

Celik mata aje nak tengok Hi 5

Anak anak dara saya bangun pagi paksa bukak tv nak tengok Hi 5...Bila dah bukak kemain mengadap tengok tv depan depan. Banyak.kali tegur jangan tengok tv depan depan tak dipedulikan.

Actually bagus jugak saya dedahkan diorang dengan rancangan macam nih..Sambil menyanyi Aina dan Auni belajar sebut beberapa perkataan bahasa Inggeris..Contoh macam down, love dan banyak lagi lah...Aina dan Auni suka ikut menari. Saya ada rakam video diorang menari tuh tapi tak berkesempatan nak upload kat youtube dan masuk dalam blog. Nanti ada masa saya buatlah...

Nota kaki*Kalau korang perasan dah 2,3 entry saya guna SAYA dah tak guna AI lagi. Saja nak buat perubahan tapi tak bolehlah..Nak juga guna SAYA...Lg best kot...

Belajar basuh botol sendiri

Hari nih saya ajar Aina basuh botol susu sendiri tapi saya pantau la...Takut tak bersih pulak...Alhamdulillah bila check botol memang bersih mengikut piawaian yang ditetapkan...

Pre Order Batch 3 Pelikat pants/Seluar Johan Super Spontan/Seluar Gobos dibuka sekarang!!

Pre order Batch 3 dibuka sehingga Jumaat (17 Januari 2013) jam 2359...

Sila take note kepada customers yang dikasihi sekalian...Saya tak nak bila pre order dah tutup korang tanya lagi...Dah terang terang saya bagitahu pre order dibuka sehingga bila. So please take note...

Harga : RM70.00 sem / RM75.00 Sabah Sarawak (Free postage) Size : Free size...Customer hanya perlu bagi size pinggang sahaja.
Material : Kain pelikat

Setiap satu warna kain pelikat hanya untuk sehelai pelikat pants sahaja..Sekiranya kain pelikat yang korang nak tuh dah sold out korang boleh request warna yang sama sahaja tapi corak pada kain tak sama...

Sekiranya berminat boleh wassup/wechat/sms shj di talian 0136739484.

Peringatan : Saya tak nak customers call saya time saya bekerja dan call waktu malam. Saya tak nak majikan saya tegur sebab buat kerja lain waktu bekerja..Dan waktu malam ialah waktu saya berehat dengan family so saya tak nak customers call malam malam. Saya penat bekerja lepas tuh nak layan karenah anak anak lagi...Suami lagi...Saya mintak korang paham. Kalau korang wassup/wechat/sms in shaa Allah saya akan jawab secepat mungkin. Nak tanya soalan banyak banyak pun saya tak kisah dan saya sedia menjawab sehingga korang faham. Asalkan korang faham situasi saya.

Korang boleh tengok jenis kain yang korang berkenan dan cepat cepat wassup/wechat/sms sy tanya pasal pelikat pants okey..Diingatkan sekali lagi pre order nih dibuka sehingga Jumaat nih. Kemudian kami akan proceed kepada tailor untuk siapkan semua order.

Doakan saya

Assalamualaikum...

Semalam sehari suntuk saya tak update blog al maklum lah kan cuti.

Semalam jugak berlaku sesuatu yang tak diingini tanpa sengaja. Korang ingat tak tahun lepas saya pernah update entry pasal lutut saya yang beralih ketepi tuh. Semalam jadi lagi tau. Semalam anak saya Auni main gurau gurau dengan mak sedara dia a.k.a adik sepupu saya. Saya pulak tengah duk berborak. Masa Auni duk ralit bergurau dia duduk kat lutut saya. Kebetulan masa tuh saya duduk kat sofa dan melunjur kaki. Apa lagi beralih lah lutut saya. Menjerit saya time tuh. Kebetulan pakcik saya duduk sebelah dia pun terkejut tanya kenapa. Dia yang tolong urut kan kaki saya. Mak a.k.a nenek tukang urut profesional lak takde...

Balik rumah suruh incik hubby urut lagi. Serius dia urut memang saya menangis sebab lagi sakit kot dari pakcik saya urut. Dia tengok saya menangis pastu bantai ketawa. Geram tauuu....

So hari nih saya paksa diri berjalan jugak walaupun sakit. Takkan asyik nak baring aje...Rumah siapa nak kemaskan...Hari nih macam kat pic bawah nih lah keadaan kaki saya..Korang doakan saya cepat sembuh tau.

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi Allah

Assalamualaikum...

Syukur Ya Allah...Alhamdulillah...Masih diberi peluang bernafas di bumi Mu yang penuh barakah nih..Lillahi sepanjang hidup ai banyak benda yang ai belajar dan pelajari. Mana yang kurang ai tokok tokok supaya menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari..Setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan dan kekhilafan. Begitu jugakkk ai yang serba hina dina nih..Tapi tak selamanya nak berada di takuk lama kan...Mesti nak berubah menjadi yang lebih baik...

Syukur Ya Allah kerana Engkau kurniakan hambaMu ini keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Suami yang penyayang, kelakar...Anak anak yang petah, bijak dan comel...Keluarga sendiri dan keluarga mentua yang baik hati dan penyayang..Kau kelilingi hambaMu ini dengan kawan kawan yang membimbing ke arah kebaikan...Syukur syukur syukur...Ini yang ku harapkan Ya Allah...HambaMu ini inginkan hari ini lebih baik dari semalam. Dan hari esok lebih baik dari hari ini.

Kalau ditanya apa yang ai nak dalam hidup. Opkos ai nakkan kemajuan dalam kerjaya,kebahagiaan dalam rumahtangga, jadi ummi yang mithali, isteri yang solehah, anak yang bertanggungjawab, kakak yang menjadi contoh untuk adik adik, kawan yang ada dikala susah senang...Selain tuh tentu ai nakkan kestabilan hidup dalam keluarga dan kerjaya. Ai nak belajar, belajar dan belajar ilmu perniagaan dan ai berharap suatu hari nanti ai akan jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. In shaa Allah..Ai nak sentiasa maju ke hadapan. Yang khilaf diperbetulkan dan dijadikan panduan untuk berjaya. Dan sudah tentu ai impikan menjadi seorang blogger yang low profile, down to earth dan dikenali suatu hari nanti..Hahhh verangan ko Senahhhh...Verangan lah sangat...Eh mana tau tercapai one find day kannn..

So, hari nih 13 Januari lahirlah seorang puteri pada hari Jumaat jam 0101 pagi yang diberi nama Mimi Azirah binti Kamaruzzaman. Anak pakcik Kamaruzzaman dan makcik Norrisan. Terima kasih mama ayah kerana melahirkan dan menjaga anak mu ini bagai menatang minyak yang penuh. In shaa Allah kakmie sentiasa akan berusaha untuk bahagiakan mama dan ayah. Terima kasih tak terhingga kerana mendidik kakmie sehingga berjaya ke tahap nih.

Alhamdulillah hari nih umur ai meningkat lagi setahun dan finallyyyyyy ai dah masuk 3 series...yihaaaaa....Macam tak percaya aje sebab selalu rasa diri muda belia...hahaha...Okey larikkkk.....

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MIMI AZIRAH..SEMOGA SEGALA IMPIAN YANG DIINGINI TERCAPAI TAHUN 2014 NIH....AMINNN...

Review produk : Azza's Cold Powder by Azza Elite

Kali nih ai nak review produk keluaran Azza Elite iaitu Azza's Cold Powder. So entry nih agak panjang ye...Kalau rasa malas nak baca ai is redha..tskkkk T_T

Untuk pengetahuan korang, Azza's Cold Powder merupakan produk keluaran kak Azza Elite sendiri. Kandungan bedak sejuk nih ialah Calc, Sulph Q, Cal Floorica 6X, Air Tanpa Klorin, Model 02. Jangan korang tanya apa maksud bahan bahan nih sebab bab bab kimia ai memang failed...(Tapi masa SPM dulu ai tak failed kimia tau...ai lulus okeh)..

Actually ai mula kenal produk nih since after ai kena chicken pox..Around bulan September...Masih ingat lagi time tuh ai tengah duk cari produk yang boleh bantu mengatasi masalah ai time tuh iaitu nak nyahhhhkannnn bekas parut chicken pox, resdung, bersin, selsema, jerawat dan gatal gatal di muka. Disebabkan ai rajin online instagram, so dari situ ai kenal bedak sejuk a.k.a Azza's Cold Powder nih.

Ai terus buat keputusan nak jadi agen dan sekaligus try Azza's Cold Powder. Masuk bulan nih lebih kurang 3 bulan setengah la ai consume produk nih..Antara kebaikan dan fungsi produk nih ialah :

- mengurangkan minyak di muka
- melembutkan dan melembabkan muka
- menghilangkan/mengecutkan jerawat
- menghilangkan jeragat
- merawat resdung/bersin
- menghilangkan ruam2 dan gatal2
- merawat kesan luka dan parut
- merawat kesan lecur
- menghilangkan daki dan kekotoran di muka dan badan
- boleh dijadikan skrub

Sesuai digunakan semuaaaa kategori umur ya dari baby hingga warga emas...Lelaki dan perempuan..Ibu pregnant dan dalam pantang pun boleh guna tau...Boleh digunakan tak kira masa pagi petang siang malam..Mana mana saja..Time korang nak tidur..Nak masak...Tengok tv atau tengah lepaking...Tak kisah lah asalkan ikut keselesaan kita..

Sepanjang ai guna produk nih memang ai sangattttt lah puas hati sebab bekas chicken pox ai banyak yang dah semakin pudar kesan pemakaian bedak sejuk Azza nih..Yang penting kena pakai secara konsisten..Korang jangan cakap bekas chicken pox ai makin kurang sebab ai consume produk kesihatan yang tengah hot meletup sekarang nih pulak ye...No no no...Sebab ai consume produk kesihatan tuh pertengahan bulan 12 tahun lepas pastu stop 6 hari baru sambung kotak baru. So agak mustahil lah ai baruuu consume produk tuh dah kurang bekas chicken pox ai..Nampak nau bongak..So ai berani jamin bekas parut chicken pox ai makin kurang hasil penggunaan berterusan bedak sejuk before ai consume produk kesihatan tuh ye..

Dan part paling best kalau ai bersin mesti ai selsema punya..Pastu mula tak leh bernafas sebab hidung tersumbat. Sangat stress time tuh tapi dengan adanya Azza's Cold Powder nih ai terus tepek kat batang hidung terus hengusss tuh tak stuck kat lubang hedonggg ai...Dapat rasa lah hengusss tuh bawak diri dari tempat bersemayam beliau..Terus boleh bernafas semula...Pastu gatal gatal muka semakinnnn kurang lah...Jerawat yang baru nak tumbuh terus segan silu malu meow meow nak kelaur tunjuk diri tau...

Azza's Cold Powder nih didatangkan dalam dua jenis iaitu botol kaler putih yang berisikan bedak kaler hijau dan botol transparent berisikan bedak kaler pink. Fungsinya tetap sama ye sayang ku semua hanya packaging saja yang beza. Harga sebotol Azza's Cold Powder ialah RM20.00 bagi Semenanjung dan Rm25.00 bagi Sabah Sarawak..

Kalau korang berminat nak cuba produk nih jangan segan silu wassup/sms saya seperti yang tertera di side bar sebelah kanan ye..Nak tanya banyak banyak soalan pun ai tak kisah...Sedia membantu dan menjawab pertanyaan korang.

*** Testimoni produk ai akan update kat entry lain ye..Kang semua nak tepek dalam entry nih muntah pink pulak korang nak baca...

Testimoni Ephyra - Kotak Premium Pertama Hari ke 9

Hohoho...Hari nih nak bagi testimoni Ephyra lagi..Harap korang tak bosanlah kan..Kalau bosan paham paham aje la..Sebelym korang muntah pink baik korang jangan baca entry ai nih..Ai tak bertanggungjawab.

Sebelum nih ai ada bagi testimoni kan pasal kulit muka yang moist, rambut kurang gugur dan pembuangan air besar lawas..Tuh hasil 8 hari ai consume Ephyra trial box ye...Pastu stop beberapa hari baru dapat beli Ephyra Premium pulak. Kira nih testimoni ai bagi kali kedua la selepas consume Ephyra Premium Box selama 9 hari.

Okey meh ramai ramai baca testimoni ai selama 9 hari consume Ephyra Premium nih...

a) Opkos pembuangan semakin lawas....i like...Nih yang ai suka and fall in love..

b) Muka lagi bertambah moist moist baby gitu...hahaha..i like lagi..

c) Rambut kurang gugur jugak...Kalau boleh tak nak ada gugur langsung.

d) Pori semakin mengecil..Hah nih yg ai sukaaaaa sangatttt...Cuba korang tengok pic pic kat bawah yang ai attach nih...Pic sebelum dan selepas...Korang jangan fokus pada kecerahan kulit tuh sebab terang terang cahaya tak sama. Ai nak korang fokus pada pori pori ai tuh..Pic sebelum pori memang terbuka..Selepas pori dah tertutup sikit...Bila belek belek kat cermin memang nampak perubahan tuh lah. Walaupun tak mengecil sepenuhnya ai tetap puas hati okey. Tuh baru 9 hari kalau sebulan?? Fikir sendiri lah kan..

Korang perasan kan ada pic yang ai bulatkan tuh...Hah tuh jeragat ai..Sebelum nih besar dan gelap. Sekarang cerah sikit dan makin mengecil. Hopefully after this hilang terus lah kan..

Hah teruja tak teruja tak? Korang mesti teruja kan kan...Ai apa entah lagi. Gila teruja kuasa dua..Lepas nih ai update selepas sebulan consume Ephyra okey..Tunggguuuuuu..

Okbai..

Sup Ayam Pedas

Tengahari tadi ai masak sup ayam pedas untuk ai dan anak anak. Pedas tuh sesedap rasa dan masih boleh di makan anak anak..So ai nak share resipi yang ringkas dan mudah. Resipi ai nih untuk 3 orang makan tau...

Bahan bahan
6 ketul ayam
2 ulas bawang kecik
6 biji cili padi
2 inci halia (hiris nipis)
Sedikit minyak
3 cawan air
1/2 biji lobak merah (potong dadu)

Cara masak : Tumbuk bawang merah sampai lumat. Pastu masukkan cili padi dalam bawang tadi. Tumbuk ala kadar aje..Tumis minyak hingga panas. Masukkan halia yang dihiris tadi. Agak agak naik bau halia tumiskan bawang dan cili padi yang ditumbuk tadi. Dah garing masukkan lobak merah..Masukkan ayam..Gaul sebati masukkan air..Masak sehingga ayam betul betul empuk. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.

Dah siap boleh dimakan time panas panas. Memang sedap tau.

Biasakan diri ucap terima kasih kepada anak anak

Kali nih ai nak share tips dengan korang. Ai bukan nak tunjuk pandai ke apa ke tak ye. Mana yang ai rasa bagus dikongsikan ai kongsi lah. Walaupun ai tahu mesti korang dah praktikkan dekat anak anak. Tapi ai tetap nak share dengan korang jugak...

Rasanya korang semua tahu kan betapa besar maknanya ucapan terima kasih tuh kan. Macam ai, ai selalu ucap terima kasih kat anak anak kalau ai nak mintak tolong diorang ambikkan sesuatu. Bila selalu ucapkan terima kasih diorang mesti akan ikut apa yang selalu kita buat dan sebutkan. Betul tak?

Contohnya tengahari tadi ai tukar siaran kat tv. Lepas tuh channel 615 ada kartun Mr Bean..Ai cepat cepat tukar channel. Sekali Auni mintak tukar channel 615 sebab nak tengok kartun Mr Bean. Bila ai tukar terus dia cakap "Time acih ummi..". Hohoho so sweet..Ai pun jawablah sama sama kan...

So kat sini ai nak highlightkan kat korang biasakan diri ucap terima kasih kat anak anak korang. In shaa Allah benda baik anak anak korang pasti akan cepat ikutkan...Dan kita doa agar amalan yang baik nih akan menjadi kebiasaan diorang bila dah besar nanti. Kalau orang puji anak anak korang bagus mestilah korang jugak yang bangga kan.

CPUV - Taylor's Phase 2

Beberapa hari nih ai ceraikan Nuffnang tau...Takde masa nak check akaun Nuffnang bagai. Malam nuh baru berkesempatan nak check..Nak check UV blog kan..Pastu check eranings kan...Sekali tengok eh eh ada seketul CPUV la..Anak sulung untuk blog baru tahun 2014 nih..Taylor's Phase 2...Ai tak berapa nampak iklan nih kat blog...Sebab bajet busy sampai takde masa nak jenguk blog..Bukak pun kat henpon je tuh pun kejap kejap...

Terima kasih Nuffnang sebab bagi CPUV sulung untuk blog pink army den nih hah...Terharu touching plus plus u know.Kawan kawan yang nampak iklan tuh kat blog ai jangan segan silu malu malu meow meow nak klik dan terjah isipadu iklan Taylor's tuh ye...


CPUV #1 Taylor's Phase 2

Auni dah free diapers

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 07.01.2014 ari tuh Auni free diapers sepenuhnya..Masa nih Auni berusia 2 tahun 9 bulan 2 hari..Sebelum nih ada jugak tak bagi dia pakai diapers kan..Lagipun dah besar kan elok sangat ajar dia tak pakai diapers lagi...Hari nih masuk tiga hari Auni free diapers.

Peringkat permulaan memang dia ada terkucil kat seluar kecik dia tapi sikit jela...Mungkin tak tahan..Bila nampak dia pegang pegang dia punya tuh cepat cepat bawak dia pergi toilet. Takpun ai akan kerap tanya dan ingatkan Auni untuk shi shi...Nampaknya Auni tak pakai diapers awal dari kakak dia Aina. Aina dulu genap 3 tahun terus tak pakai diapers. Ai pun target Auni umur 3 tahun dah tak pakai diapers tapi Alhamdulillah Auni cepat sikit...Eksited tau bila anak dah tak pakai diapers lagi...

Hari semalam penuh sejarah

Semalam kan ai langsung tak berkesempatan nak jengah blog korang sebab macam macam berlaku semalam tau..Nih nak share dengan korang suka duka ai terima semalam.

Pagi pagi semalam masa tengah bersiap nak pergi kerja ai dapat call daripada ayah bagitahu adik ai dah pun selamat melahirkan anak sulung lelaki yang diberi nama Muhammad Izz'addin. Berat 3.13kg dilahirkan pada 08 Januari 2014 jam 0245..

Lepas tuh sampai ofis ai dah mula kelam kabut sebab ada claim budak praktikal yang problem disebabkan dokumen yang diperlukan takde.Dah lah semalam tarikh tutup akaun pembayaran kan..Lepas tuh macam macam lah budak nih bagi alasan berkaitan dokumen tuh. Ai cakap kalau nak duit kena usahakan jugak dapatkan dokumen tuh before jam 0930. Alhamdulillah settle jugak...Amin..

Pastu ai nak masuk meeting. Masa nak amsuk tuh dapat pulak panggilan telefon. Kena jawab kan kalau telefon ofis berbunyi takkan nak biarkan. Sekali ai jawab panggilan staff yang "ada kes mental". Macam macam ai disoal dan ditanya. Layan jela kan..uuu aaaa uuuu aaaa jela ai.. Nail panas telinga melayan dia..Punyalah lama dia bagi ceramah doa..Nasib baiklah daku penyabar..Hahaha..

Pastu pukul 11 lebih ai dapat mesej daripada adik sepupu ai yang trauma nak pergi kerja sebab kena gangguan seksual. Ai suruh dia datang pejabat ai amik kaunseling dengan pegawai kaunselor. Pastu ai bergerak lak pergi IPD S2 jumpa pegawai yang berkaitan. Lepas tuh pergi pulak Balai Bomba tempat adik sepupu bertugas nak maklumkan OC dia pasal hal nih. ADOII macam macam tau yang berlaku. Adil sepupu ai diberi rehat 5 hari oleh OC dia untuk rehatkan diri sementara kes dia dalam siasatan.

Settle masalah adik sepupu ai pergi pejabat pos nak pos barang customer order. Dahlah sistem down pastu sampul prabayar poslaju saiz S habis. Ambik jela borang poslaju je..Masa dalam pejabat pos ai perasan Note 2 ai rakde dalam handbag tau. So ai quess mesti Note 2 jatuh dalam kereta. Lepas dapat borang poslaju ai terus keluar. Sekali ai tengok Ya Allah!! Note 2 ai ada kat atas jalan tar okey bersebelahan dengan pintu kereta driver..Dahlah kereta keluar masuk orang lalu lalang..Nasib baik tau. Note 2 masih rezeki ai. Kalau tak menangis tak berlagu la ai..

Lepas habis kerja terus ambik anak anak terus pergi Hospital Port Dickson nak melawat adik dan anak buah ai...Adoiii geram pulak tengok anak buah ai comel dan kecik tuh. Rasa nak picit picit aje..hehehe..

Lepas melawat terus pergi rumah mak a.k.a nenek ada hal nak jumpa pakcik. Lepak rumah mak sampai jam 2200 tau..Pastu terus balik rumah..Huhhh...Macam macam yang berlaku semalam. Apa pun ai anggap tuh semua penyeri dalam hidup.

Memperkenalkan Muhammad Izz'addin

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada kawan kawan yang ucapkan tahniah di atas kehadiran baru dalam famili ai semalam. Sejujur ai happy giler sebab merasa jugak dapat baby boy. Syukur sangat..

Tapi kawan kawan jangan salah faham ye. Baby tuh bukan anak ai tau tapi anak buah sulung ai..Anak adik ai yang kahwin bulan Mac tahun lepas...Sepatutnya due adik ai 31.12.2013 tapi anak dia  baru nak tengok dunia semalam.

Ai belum ada rezeki nak pregnant. Kalau ada laju laju dah share dengan korang..hehehe..Entry semalam saja bikin kawan kawan tertanya tanya anak siapa lah nih kan...hehehe...Sorry bikin korang tertanya tanya aje..Dengan hati yang gumbiranya ai memperkenalkan Muhammad Izz'addin bin Izwan. Doakan Baby Izz'addin discharge hari nih ye. Semalam tak boleh discharge sebab ada kuning kat bahagian muka...Korang doakan kesihatan baby Izz ye

My new baby

Alhamdulillah lahirnya putera yang dinanti nanti...Syukur Ya Allah. Walaupun lewat seminggu tapi syukur semuanya berjalan dengan sempurna...Rupa dia sebijik macam kakak dia Auni masa baby tapi beza dia Auni cerah lah..

Berlantaikan Upin dan Ipin

Korang tengoklah kerja anak anak saya..Habis dilekatnya sticker Upin dan Ipin kat lantai..Suruh lekat kat buku tak mau lantai jugak jadi mangsa..Sabar ajelah dengan perangai anak anak..Buatlah suka hati anak oi...Ummi redha...

Eh eh bertukar lagi lah (^_^)

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan nak bukak blog...huhuhu...Bila bukak blog tengok tengok eh eh header dengan footer dah bertukar baru lah...Cantik..Thanks Fiza...

Hasil shopping guna baucer RM100 Zalora Malaysia

Hasil shopping guna baucer RM100 Zalora Malaysia. Agak lamabt terima baucer tuh sebab ada masalah teknikal yang berlaku. Alhamdulillah minggu lepas dah settle.

Nih lah hasil shopping kat Zalora Malaysia..Bagpack kaler merah hitam tuh incik hubby punya. Dia pilih sendiri beg tuh..Pada mulanya ai nak belikan dia sandal tapi ada aje yang tak berkenan kat bijik mata dia..Last last suruh dia pilih apa dia nak..Senang cerita...

Ai pulak beli handbag dan flat shoe. Lama jugak nak memilih...Buntu jugak nak pilih apa. Last last ai pilih beg dan kasut..Senang cerita kan..Servis Zalora Malaysia memang terbaik dan cepat..Suka suka suka...