Fesyen Muslimah El Zahraa

Pernah ada satu ketika di mana industri fesyen tempatan kita mengalami ‘zaman kegelapan’ di mana ianya tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan pasaran luar negara malah negara-negara jiran sekalipun. Pada waktu itu juga ramai penggiat fesyen Malaysia sudah hampir berputus asa kerana kekeringan idea untuk meneruskan karier mereka. Namun kemudiannya keadaan mula berubah. Landskap dunia fesyen Malaysia semakin meriah diserikan dengan kehadiran ramai pereka fesyen muda yang begitu berbakat. Mereka hadir dengan pelbagai koleksi pakaian yang cukup kreatif dan halus hasilnya.

Sehingga kini kita boleh lihat industri fesyen di Malaysia sudah semakin berkembang maju dan mampu bergerak seiring dengan trend fesyen terkini yang popular. Apa yang paling penting ialah cabang fesyen di Malaysia telah merentasi bermacam jenis kategori dan yang terbaru ialah fesyen Muslimah.
Trend fesyen Muslimah terkini mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan para peminat fesyen di Malaysia malah sudah mendapat perhatian di peringkat global. Atas hasil usaha mereka yang terlibat juga, fesyen Muslimah kita telah mampu menghiasi pentas-pentas fesyen antarabangsa. Ini adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan apatah lagi ianya ternyata memberikan lebih banyak pilihan buat para wanita di luar sana yang sukakan fesyen Muslimah.


Jenama El Zahraa adalah antara yang mula meniti di bibir para pencinta fesyen Muslimah di Malaysia. Ianya amat sinonim dengan wanita yang berhijab kerana menawarkan bermacam jenis produk untuk golongan sebegitu. El Zahraa semakin dikenali kerana membariskan bermacam koleksi pakaian Muslimah untuk wanita moden yang mementingkan penampilan Muslimah yang bukan sahaja menutup aurat malah dalam masa yang sama boleh kekal bergaya dan anggun ketika memakai baju Muslimah mereka.



Misalnya, baju kurung moden yang ditawarkan oleh El Zahraa adalah amat sesuai sekali dengan cita rasa wanita moden masa kini. Ianya bukan sahaja cantik malah amat praktikal untuk dipakai setiap hari walau ke mana jua anda pergi. Jika anda adalah seseorang yang mementingkan gaya yang menawan dan sopan, koleksi baju kurung El Zahraa pastinya menepati kemahuan anda.



Kini anda boleh mendapatkan koleksi terkini baju Muslimah daripada El Zahraa di website online shopping Malaysia yang terkemuka iaitu ZALORA. ZALORA Malaysia menawarkan koleksi baju Muslimah dan pakaian tradisional wanita moden yang cukup meluas daripada jenama ini. Jom dapatkan El Zahraa hari ini juga dan rebut diskaun hebat sekarang juga di ZALORA!

15 comments:

  1. kak mimi slalu sopping kat zalora eh? hoho..

    BalasPadam
  2. Macam-macam product Zalora sekarang ni kan Mimi. Memang cantik dan menarik. Kakak suka tengok baju dia yg selesa tu pakai dgn seluar pun boleh..

    BalasPadam
  3. zalora dah tak "kecik hati" dgn mimi... hihi

    BalasPadam
  4. cantik2 bajunya

    tifaanvar

    BalasPadam
  5. zalora mmg terkenal di kalangan blogger.. baju cantik2

    BalasPadam
  6. yang penting menutup aurat. saya pernah buka website Zalora, tapi xde lak yang berkenan di hati lagi wat masa ni

    BalasPadam
  7. zalora semuanya ada... sy rajin beli kasut je.. huhu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..