Kemalangan di KM 17.7 Jalan Pantai Port Dickson

Assalamualaikum....

Hari nih puan blog cuti lagi..Tak sihat..Tapi taklah sampai tak boleh bangun cuma keadaan tak mengizinkan nak kerja..Dah pejabat sejuk beraircond...huhuhu...

Korang entry saya kali nih saya nak luahkan ketidakpuashatian pasal berita dalam Harian Metro hari nih pasal kemalangan yang melibatkan kereta MyVi dan motorsikal yang menyebabkan penunggang dan pembonceng motorsikal maut.

Sebab apa saya nak luahkan ketidakpuashatian??Sebab laporan yang wartawan bagi tuh tak sama dan jauh menyimpang daripada cerita sebenar. Dan pemandu kereya MyVi tuh sendiri ialah adik sepupu saya. Dalam laporan berita nih wartawan maklum yang kereta adik sepupu saya hilang kawalan dan masuk laluan motorsikal tuh. Lepas tuh dia cakap adik sepupu saya cedera ringan...Fuhhh bila baca berita nih saya dan incik hubby hanya senyum sambil menggelengkan kepala...

Cerita sebenarnya macam nih, motorsikal yang ditunggangi dua arwah tuh potong sebuah kereta dan terus masuk laluan kereta adik sepupu saya. Saksi kejadian ialah pemandu kereta yang dipotong motorsikal tuh. Saksi tuh cakap memang lepas motorsikal tuh potong kereta dia,motorsikal terus aje masuk laluan bertentangan dan kebetulan adik sepupu saya lalu,so diorang bertembung. Kereta adik sepupu saya terbalik 3 kali ye..Saya ulang lagi sekali 3 kali terbalik dan keadaan kereta memang teruk...



Dalam kesakitan, adik sepupu saya terpaksa pecahkan cermin depan kereta untuk keluar dari kereta dia...Korang bayangkan keadaan dia time tuh...Mujurlah latihan yang dia belajar masa menjalani latihan bomba dan penyelamat dia praktikkan..

Saya bukanlah nak membela adik sepupu saya ke apa.. Takkkk..Saya cuma nak perbetulkan yang mana tidak benar...Ya mungkin nih dah ditakdirkan Allah dan arwah penunggang dan kawan baiknya itu meninggal dunia cara begini pun telah Allah tentukan..Memang semua ini takdir takde siapa yang boleh menidakkannya. Tapi yang buat saya terkilan laporan berita yang disampaikan. Apa perasaan maklang dan paklang saya bila baca berita nih? Dahlah anak sulung perempuan baru pulak bertugas sebagai bomba dan penyelamat.Malam kejadian adik sepupu saya tuh balik dari rumah ibu ayah dia kat Batu Pahat dan nak balik rumah nenek saya kat Telok Kemang...

Laporan polis pun saya ada simpan sebagai bukti yang adik sepupu saya tak bersalah...Ahli keluarga saya yang lain semua terkejut bila baca berita nih tau...Terkilan dengan sikap wartawan yang melaporkan berita semberono...Fakta yang tidak benar. Kenapa tak siasat betul betul kejadian sebenar sebelum tulis??Bila berita yang disiarkan tak benar takde ke rasa bersalah??

Sebab tuhlah saya tak suka sangat baca surat khabar sebab apa yang disampaikan bukannya fakta tapi auta..Banyak yang tak benar dari benarnya...



Laporan berita yang disiarkan hari nih...Jauh menyimpang dari fakta sebenar...Hari nih saya sekeluarga nak lawat adik sepupu saya.

29 comments:

  1. tu kadang geram bila org suke putar belit citer kan..moga adik sepupu mimi tak da pape kan

    BalasPadam
  2. fobia dgn moto ni bila memandu kan. sy pun da lama x baca paper. malas nk bc benda2 mengarut

    BalasPadam
  3. To be honest mimi, kite xpenah percaya ape yg tulis or keluar kat newspaper or berita..maklumat sgt xbetul..kadang dieorg suke2 exaggerate cite..kite dh start xpercaya media nie time arwah kawan baik kite accident tahun 04..mmg xbetul maklumat yg dieorg tulis..

    Syukur alhamdulillah adik sepupu mimi terselamat..

    BalasPadam
  4. Kes berita tak betul dah selalu benar terjadi di negara kita Mimi. Kakak percaya apa yg Mimi katakan. Moga adik sepupu Mimi segera sembuh..

    Yg dah pergi kita doakan moga rohnya tenang di sana dan dijadikan iktibar kepada penunggang motor yg lain..

    BalasPadam
  5. hish mmg teruk perangai wartawan ni mmg nak kena saman..semoga adik sepupu kak sihat

    BalasPadam
  6. Ya Allah kesiannya.. Wartawan sekarang even bukan semua kdg2 suka tulis melulu tanpa usul periksa dan segelintir suka tokok tambah cerita untuk sedapkan lagi artikel yg mereka tulis tanpa sedar isi yg disampaikan boleh menimbulkan fitnah. Na'uzubillah. Harap akak sekeluarga tabah dan sabar :)

    BalasPadam
  7. xboleh percaya 100%..

    takziah & al-Fatihah buat kedua2 arwah.

    BalasPadam
  8. tetiba meremang bulu roma baca.. kdg2 kalau baca surat kabar sekarang ni ada je yg xbetul..belum lagi ditokok tambah..xpaham betul..nasib baik xde yg teruk jadi kat sepupu akak..

    BalasPadam
  9. lupa nk ckp semoga cepat sembuh kak..hehe

    BalasPadam
  10. bkn paper ni je. Hampir kesemua newspaper mcm ni. Dh bnyk berita yg dkeluarkn x tepat.

    BalasPadam
  11. bkn paper ni je. Kebanyakkan newspaper mcm nilah menyirakn berita x tepat.

    BalasPadam
  12. Takziah pada keluarga arwah tu..
    Wartawan ni tulah.. tak siasat dulu dah buat berita cam tu.. jaga lah perasaaan orang lain sama kan..
    Semoga adik sepupu tu cepat sembuh..

    BalasPadam
  13. salam takziah buat adik sepupu..
    biasalh, x diakui berita skarang bkn blh pkai sgt..lya pon ada pgalaman mcm ni.. cuma kt y tahu hal sbnar jd marah la kan...

    al-fatiha buat mngsa y meninggal

    BalasPadam
  14. alfatihah buat arwah yang meninggal.. tak patut la dorg buat cerita kan. tula dunia akhir zaman.. berita disampaikan byk yg auta je...

    BalasPadam
  15. Wartawan mmg camtu la k.mimi. Konon2 nak bagi citer panas dia tokok tambah je. Dalam suratkhabra banyak pembohongan dari kebenaran. Sabarlah eh. Semoga sepupu k.mimi tu, segera sembuh. Amin.. :)

    BalasPadam
  16. Ada terbaca tadi... adik sepupu Mimi pemandu Myvi tu... Semoga adik sepupu Mimi cepat sembuh ye... dan Mimi juga... :)

    BalasPadam
  17. wartawan main serkap jarang..kesilapan mereka menyampaikan berita menyebabkan kita y tak tau cerita menuding jari kpd org y tidak sepatutnye..
    takziah kepada keluarga mangsa..

    BalasPadam
  18. takziah kak.
    berita sekrang ni dah banyak tokok tambah tuk sedapkan cerita. :(

    BalasPadam
  19. ya allah.. tak rasa berdosa ke buat berita tak betul.. sebenarnya bukan perkara baru pasal berita tak sama dengan kejadian sebenar ni..

    semoga roh kedua arwah di tempatkan dikalangan orang beriman.. dan semoga sepupu mimi tu segera sembuh.. dan kebenaran akan terbukti..

    BalasPadam
  20. pengalaman diinterview wartawan bertanyakan hal komuter satu masa dulu..
    rasa2 jawab sepatah tapi yang keluar berjela-jela sampai fikir balik, ehh..ada ke aku cakap macamni? hihi

    BalasPadam
  21. semoga sepupu mimi cepat2 sembuh..macam tulah dunia yang semakin maju katanya semakin hilang kewarasan dalam menyampaikan apa2 maklumat...

    BalasPadam
  22. SA piun malas nak percaya apa yang suratkhabar tulis...x baca pun x per..sebab tu SA ni banyak tertinggal bab berita terkini

    BalasPadam
  23. baca entry ni pon dh seriau ..
    xdpt bygkan 3 x terbalik tu..

    paper skrg entah pa pe

    BalasPadam
  24. pasal kemalangan pun nak diputarbelitkan..patutlah artis marah dengan sesetengah wartawan ni...sebab lebih sudu dari kuahnya... apapun semoag adik sepupu PM cepat sembuh.

    BalasPadam
  25. Kak.. Bab berita ni mmng memeningkn.. Kdng paper lain, tv lain, berita sebenar lain..

    BalasPadam
  26. Alahai... Jauh benor reka.ceritanye.. Sbb tu akhbar ni boleh baca je, pcya jgn...

    BalasPadam
  27. bace blh percaya jgn..cara nak.melakukan... bginila..hee

    BalasPadam
  28. puas lah wartawan2 ni nak menjawab kat akhirat sana..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..