Insang Pari



Nampak tak jahitan insang pari tuh? Siapa nampak angkat mouse...hehehehe

Tunetalk simkad dalam tangan

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya terima courier...Saya pelik jugaklah kan courier apa ye....Bila tengok daripada TuneTalk baru saya tahu simkad yang saya apply dah dapat..



Sorrylah gambar gelap lah...Snap guna handphone Champ jer pun....Lepas dah simkad nih, saya kena simpan kad nih elok elok sebab kat belakang kat nih ada nombor polisi insurans 100k untuk pengguna TuneTalk..Percuma aje tapi ada syaratnya. Kena makesure nombor nih sentiasa aktif dan minimum kena topup RM 30.00...Lepas tuh kena masukkan nombor i/c kat website TuneTalk...Saya masih lagi nak godek godek web TuneTalk nih..Nak kena explore betul betul...

Super ring memang super lah!!!


Salah kereta.....

Time rehat tadi saya singgah rumah officemate lama dekat Taman Bandar Senawang dengan akak officemate nih yang saya panggil Kak Fiza. Masa on the way balik tuh, saya singgah pergi kedai runcit nak beli air mineral dan 100 plus yang officemate saya kirim.

Keluar kereta, masuk kedai, terus capai air mineral dan air tin 100 plus. Pergi kaunter, keluar duit dari purse dan bayar. Nak kejar masa punya pasal, masa keluar kedai tuh saya langsung tak pandang betul betul kereta Kak Fiza dia park dekat mana. Yang saya tahu kereta dia kaler putih je. So, dengan muke tak tahu malu saya terus tuju kat kereta putih dan nak bukak pintu kereta.

Sekali saya terperasan kereta putih yang saya nak masuk  lebar dan besar serta takde pemandu. Rupa rupanya kereta Kak Fiza kat sebelah...Officemate saya tuh dah bantai gelakkan saya sebab salah bukak pintu kereta. Kereta kak fiza tuh kaler putih jugak tapi Viva. Kereta putih yang saya nak bukak pintu kereta wira.

Kebetulan pemandu kereta Wira tuh dah keluar kereta dia terperasan kot saya nak bukak kereta dia. Risaulah kan...Manalah tau kot kot saya nak pecah kereta dia ke kan....Tapi bila owner kereta Wira tuh nampak saya dah gelak gelak dan terus masuk kereta Kak Fiza takdelah dia risau. Mungkin dia pun tahu kot saya salah kereta.

Kak Fiza gelakkan saya sampai cakap sah saya mengigau di petang hari....Berangan lebih...Nih lah padahnya kalau nak cepat langsung tak berhati hati.....

Perancang Tahunan 2013




Buku lagi.....

Tadi saya sempat singgah terminal 1 teman pakcik,makcik dan adik adik sepupu. Diorang nak beli laptop. So, saya nih tukang tunjuk jalan dan kedai jual laptop yang harga yang berpatutan. bila dah settle sesi membeli laptop, saya mintak izin singgah pergi Popular. Apa lagi kan kalau bukan nak beli buku....So, dalam masa 5 minit saya sempat grab dua buah buku....


Buku yang sebelah kiri tuh tajuk aje bahasa Inggeris tapi isi dalam bahasa Malaysia okey....Yang novel tuh pulak ada sebab saya beli....hehehe....Nanti dah habis baca saya share ye....

Nota kaki* Buku yang saya beli lepas pun tak habis lagi...

Siapa Zuhairah Mustafa Al-Husin?


Agak agak lah kan kawan kawan kenal tak siapa dia nih?

Alhamdulillah rezeki (^_^)

Sekian lama tak menceburkan diri dalam CGL nih, tetiba aje tangan nih menggatal nak join GA yang Anje a.k.a Mummy Balqis anjurkan...Tuh pun join kategori senang aje pun...Punya pemalas kan...hahahaha...Tapi saya tak mengharapkan pun menang apa apa...Just nak suka suka aje...Sekali tadi pergi blog Anje a.k.a Mummy Balqis saja nak tengok entry nama pemenang GA tuh..Tup tup tup saya tengok nama saya ada terselit sebagai salah seorang pemenang saguhati. Alhamdulillah, ada jugak kan....Rasa nak ulang aje zaman kegemilangan saya dulu...hahahaha...


Walaupun baucer RM5 tuh dah sangat berharga bagi saya tau. Beli buku dapat diskaun RM5....kan kan kan...

Nota kaki* Tak ingat lah nih kemenangan ke berapa....Nampak sangat dah lama tak join
CGL..huhuhu

Petua untuk isteri sentiasa cantik!!!

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.

Macam mana dengan appointment semalam?

Assalamualaikum....

Terima kasih kepada kawan kawan yang bertanya tentang appointment saya semalam....Dan ada jugak yang berteka teki sama ada saya "berisi" atau tidak...hehehe...Macam macam spekulasi yang timbul...

Sebenarnya, semalam saya pergi appointment kat klinik untuk ambil pil perancang keluarga...Bukan appointment sebab saya "berisi" ye...Belum rezeki saya lagi. Lagipun saya dah target tahun 2014 nanti baru saya nak pregnant.

Dan hasil appointment semalam, amat amat memeranjatkan saya. Rasa tension sangat sangat. Alhamdulillah tekanan darah saya stabil. Cuma saya terperanjat sebab berat saya dah naik. Naik sekilo wei...Dulu maintain aje 60kg...Sekarang berat saya dah 65.9kg...Hadoii...terus jadi tension saya. Tujuan asal nak ambil pil perancang aje sekali bila timbul berat badan nih saya jadi tak tentu arah....Sekarang nih nak cari solutions nak turunkan berat badan nih lah...

Nota kaki* Takkan sebab makan pil perancang nih berat badan saya naik kot...huwaaa....

Speechless T_T

Semalam BW kejap...So jumpa entry yang buat saya speechless T_T...............Nak tahu apa benda?Skrol bawah laju laju.................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Entry ringkas!!!

Petang nih jam 1530 saya akan balik...Dah pun mintak izin bos mohon pergerakan...Saya nak pergi klinik..Ada appointment hari nih....Kawan kawan yang baru tinggalkan jejak, esok ajelah saya BW kat rumah korang ye...

B.O.S.A.N

Kelmarin ku lihat kau berenang gaya kuak dada
Kau berjalan megah sungguh sasa
Perasaan kau superman

Semalam ku dengar kau bercakap kosong tak
Berakhir
Kau memaki hamun orang lain
Perasaan kau superstar

Tak sangka hanya sekelip mata ku jadi begini
Aku..

Bo bo bo bo bosan
Aku Bosan
Dengan bla bla bla
Mulut mu
Cukup malas aku
Dengar alasan mu
Kerna aku terlampau
Bo bo bo bo bosan

Mengapa agaknya ku menganggap
Kau berlagak kaya
Pakaian tak pernah bergaya
Namun ku tak percaya

Ataupun aku yang selalu suka
Bertukar angin
Bersifat tak pernah puas hati
Tak mungkin dan tak mungkin

Aku bosan
Dengan wa wa wa wa wa
Mengada
Aku tak peduli
Biar kau dibuli
Kerna aku tak tahan
Bo bo bo bo bosan

Bosan dengan perwatakan mu ini
Bukan dengan fizikaliti
Kau ingat aku salah
Tapi aku….
Selalu mengalah
Dengan kamu…

Paling aku benci
Bila tawar hati
Jangan buat aku bo bo bo bosan

100 sudah!!!

Huhuhu...Diam tak diam saya update entry dalam blog, akhirnya dah cecah 100 entry pun...Sebelum nih memang tak sampai 100 pun dalam sebulan....Macam mimpi aje....Apa apa pun bersyukur lah kan...


Nota kaki* Macam macam saya tengah fikir pasal blog nih.....

Permission Denied


Asal nak blogwalking (BW) aje mesti ado lak ai masalah timbul...Apo pun tak boleh...Kepada blogger rawkkstylo.blogspot.com maaf akak tak dapat nak balas jejak kaki awak sebab permission denied...Kesian akak dik...maybe ada sebab akak tak boleh nak go thru blog awak tuh....Apa apa pun akak tetap singgah blog awak bila blog awak dah ok ye adik Nurul Atiqah...

Happy Anniversary for Corat Coret PinkUmmi

Hahaha...Entry yang dah basi 4 hari....Walaupun dah belated saya tetap nak wish happy anniversary untuk blog picisan saya nih. sepatutnya celebrate anniversary Sabtu lepas tapi makcik dah tua boleh lupa pulak..hahaha...Diam tak diam dah dua tahun saya terlibat dengan dunia blogging nih...Untuk tahun pertama saya tak aktif mana pun....Tahun nih baru saya mula nak mengaktifkan diri dalam dunia blogging..Kawan kawan pun ramai yang peramah dan best best....Tak sia sia kan berblogging...Dapat kawan kawan baru di samping dapat tambah duit poket...




Rupa blog saya yang ke berapa ntah...Lepas nih mana tahu tahun baru wajah baru pulak..Tengok lah dulu kan....

Happy anniversary Blog Corat Coret PinkUmmi. Semoga terus sukses dalam dunia blogging....Yiihaaa!!!!

Adik nak kahwin saya yang busy bee!!!!

Huhuhu.....Sebelum nih jadi pengantin tidak busy mana pun nak uruskan majlis sendiri kan...Semuanya serah kat orang tua. uruskan sikit sikit aje...Bila adik dah nak kahwin amek ko...Busy bukan main lagi...Yelah kan, dah nama pun kakak sulung memang wajib lah saya kena membusykan diri kan...

Apa apa urusan pun adik saya mesti mintak tolong saya. So far, setakat nih semua berjalan dengan lancar. Baju pengantin dan hantaran pun dah siap booking. Kameraman pun dah booking...(officemate sayalah orangnya...huhuhu)..Lepas nih, saya kena usha tempat nka buat kad kahwin pulak. Design kad kahwin dah ada dekat saya. Nak buat ala ala sijil gitu kad kahwin adik saya nih. Taste bukan main lagi ko ye...hahaha...

Lepas tuh, nak kena contact somebody yang dikategorikan sebagai saudara jugak untuk urusan pelamin si bakal pengantin...Nak kaler ungu (ala ala pembalut cokolat cadbury) + soft pink...Mengada ngada betul ko nih lah kan...Ambik kaler feveret aku plak..hahaha..Ada kedengkian di situ....Banyak betul urusan saya nih ha...Lepas nih tak tahu apa pulak tugas saya....Walaupun majlis bulan 3 tapi sekejap aje kan...


Sangat jeles ok tengok baju pengantin yang dia pilih....Tema dia kaler biru turqoise....So, bila dah nampak baju nih apa lagi dia rembat lah kan....Nak nak baju nih masih fresh dan terhangat lagi. Kira dia orang pertama yang akan rasmi baju nih tau...Nyampes aku..hahaha...Saya dengki lahi!!!

Dah dia nak melaram sakan, saya pun nak jugak ok..Dah jumpa pun design yang berkenan di hati lepas tengok Heliza Helmi pakai baju tuh..Tinggal nak cari kain kaler biru turqoise dan kaler pink....Ingat pengantin aje ke nak vogue? Akak pengantin pun  nak jugak tau!!!

Nota kaki* Confirm lepas nih entry saya banyak pasal persiapan kahwin...Macam saya pulak nak kahwin...Erk...boleh ke saya nak kahwin lagi?hahahaha....Gilos apo ko nih mimie?

BE Digi Best Prepaid dah metered!!!

Assalamualaikum...

Hari nih pagi pagi bila bukak blog mesti bukak Nuffnang jugak....Nak tengok UV dan sebagainya lah kan...Update apa yang patut....

BE Digi Best Prepaid yang saya dapat sebelum nih dah pun metered. Alhamdulillah income meningkat daripada BE sebelum. Syukur rezeki saya untuk hari nih. InsyaALLAH, mudah mudahan Nuffnang yang baik hati dan advertisers yang super awesome sudi bagi BE baru pada saya. Nak kumpul duit banyak banyak untuk Aina dan Auni...huhuhu


Tawaran super hebakkk : Semudah ABC....Saya sudah..Anda bila lagi? (^_^)

STICKY POST 

Assalamualaikum….

Saya sangat sangat teruja nak cerita kat kawan kawan hari nih tentang suatu berita yang hebakkk lagi menakjubkan…..Confirm ada antara kawan kawan yang berminat dengan berita yang bakal saya sampaikan nih…..

Kawan kawan teringin tak nak ada domain sendiri? Yelah selama nih kan kita bergantung blogspot [dot com].Ada jugak kawan kawan yang ada domain sendiri iaitu [dot com]..Jadi, apa yang saya nak war warkan pada kawan kawan semua nih mengenai suatu tawaran hebakkkkk yang memang menakjubkan lah….Semudah ABC dan FREE untuk setahun….Macam mana? Okey, saya kan terangkan supaya kawan kawan faham….

Dah tentu kawan kawan nak domain sendiri untuk blog kesayangan kan? So, apa kata join saya daftar untuk dapatkan domain sendiri…Tapi bukan [dot com] ye tetapi [dot my]…..

Kenapa [dot my] bukan [dot com]?

Macam yang saya beritahu tadi, untuk pendaftaran nih semudah ABC dan FREE….Kalau [dot com] saya sendiri tak pasti berapa bayaran yang dikenakan tetapi [dot my] nih FREE untuk setahun yang berjumlah RM200.00 dan tahun berikutnya kawan kawan perlu bayar RM20.00 sahaja…..Tak percaya? Kawan kawan boleh tengok tawaran tuh kat SINI 

Yang paling best, kawan kawan boleh tukar url blog kepada yang baru tetapi tidak memberi kesan kepada followers dan stats blog….Macam saya sendiri, saya dah tukar url blog dari coratcoretpinkummi.blogspot.com ke mimiepinkummi.my. Tapi mungkin kawan kawan akan tengok url blog saya masih yang sama kan? Sebenarnya proses pertukaran domain nih berlaku dalam tempoh 24-48jam waktu bekerja dimana kita akan menerima beberapa email sebelum mengaktifkan url yang baru…So, kena tunggulah kan. Saya baru mendaftar semalam….hehehe…

Bila followers kawan kawan klik url blog yang baru terus akan ke blog tanpa sebarang masalah. Contohnya macam nih…dulu saya tukar url blog yang lama ke url blog yang baru tetapi mendatangkan kesan yang negatif di mana followers saya tak dapat masuk blog saya sebab sudah tukar ke url blog yang baru….Tetapi kalau kawan kawan tukar url blog ke [dot my] masalah yang tadi tak berlaku….Kalau kawan kawan klik url blog baru saya  mimiepinkummi.my , kawan kawan boleh masuk blog saya terus tanpa sebarang masalah….Nampak tak perbezaan tuh?

Mungkin ada yang tertanya kenapa belakang url blog kita tuh [dot my] kan? Nak tahu lebih lanjut, kawan kawan boleh terjah blog http://coklateyes.com  atau klik link nih à http://www.coklateyes.com/2012/12/soalan-hantu-cara-dapatkan-hadiah-hebat.html       
                        
Kawan kawan akan dibawa terus ke entry yang penuh dengan kejutan dari blogger coklateyes. Kat blog coklateyes nih semuanya ada diterangkan satu persatu tawaran yang super hebakkk dan murah nih….Apa itu domain,hosting etc, apa kelebihan bertukar ke [dot my], kenapa kita perlu bertukar ke [dot my] dan pelbagai persoalan semuanya terjawab di blog coklateyes.

Cara nak mendaftar pun ada diterangkan langkah satu persatu di blog coklateyes….Yang penting kawan kawan kena ikut langkah demi langkah yang diterangkan, insyaALLAH senang aje nak ikut arahan yang diberikan. Sebelum tuh kawan kawan kenalah follow blog dan like fanpage blog coklateyes dan Temin.fm seperti yang diminta oleh IA ye..Sebab tuh saya cakap semudah ABC…Senang jer nak daftar dan kawan kawan tak perlu bayar apa apa yuran ke cukai ke dan sewaktunya dengannya selama setahun…Dan hanya perlu bayar RM 20.00 untuk tahun tahun yang berikutnya…See, murahkan….

Ops!!! Sebelum terlupa pendaftaran nih terhad untuk 1500 orang SAHAJA dan tawaran hebakkkk nih akan berlangsung sehingga 25 Disember 2012….   Kalau lambat, sorry to say ye.....Tempat terhad sangat sangat ye sayang sayangku sekalian....

Jangan tunggu lama lama tau! Peluang hebakkk nih jangan dilepaskan…Saya sendiri pun boleh terjebak dengan tawaran nih apatah lagi kawan kawan kesayangan saya nih kan….  So apa tunggu lagi? Mari serbu ramai ramai blog coklateyes….

Cheezy 7 pops Chicken Chop


Tengahari tadi saya, officemate dan kawan dia keluar makan tengahari kat Senawang. Officemate saya belanja makan pizza….
Disebabkan dia suruh saya order, so order jelah apa yang saya belum try. Tapi saya mintak pendapat kawan officemate saya juga. Ekin namanya. Lepas tanya ekin, saya decided pilih Cheezy 7 Pops chicken Chop yang set untuk 4 orang makan.
TYak moh cakap banyak kawan kawan tengok ajelah gambar gambar kat bawah nih ye….

Air Mountain Dew....


Sup cendawan


Nih saya dah lupa apa nama benda lah nih...Isi dalam ayam dan cendawan cicah dengan mayonis...



Cheezy 7 Pops Chicken Chop..Nyum nyum...

:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::


1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.



Nak try simkad free Tune Talk pulak

Hehehe...Tadi saya BW kat blog Emma Abduh...Ada pasal entry beliau tentang simkad Tune Talk free...So, saya pun gatal tangan daftar jugak...Macam best jer kan...So, pendaftaran untuk free simkad nih senang aje...Sekejap aje dah berjaya...Takde masalah pun....


Bukti saya dah daftar untuk dapatkan simkad free nih....Ada beberapa details saya padamkan....Rahsia walaupun bukan rahsia lagi...hahahaha....

Bawah nih pulak bukti email yang saya dapat....

Tengok tuh...Pihak Tune Talk maklumkan tempoh penghantaran ialah 7 hari bekerja...Hehehe...Tak sabar!Tak sabar!Tak sabar!

Nota kaki* Simkad nih untuk tab saya....

Berus gigi baru Aina dan Auni

Semalam saya,incik hubby, anak anak, adik no.2 (Dian) dan tunag dia jalan jalan kat Senawang nak cari butik pengantin....(Nanti saya update entry lain pasal nih)

Lepas pergi butik, kitorang pergi Giant Senawang shopping barang. Memang nak beli berus gigi baru Aina dan Auni sebab berus gigi sebelum nih masih elok dah hilang. Hilang kat lubang tandas bilik mandi. Si kakak dan adik pergi bagi lubang tandas tuh makan berus gigi diorang...


Kaler pink Aina punya kaler biru Auni punya..Nih kalau hilang lagi tak tahulah nak cakap apa....Duit habis beli berus budak budak nih jelah...T_T

Lawak cikgu dan murid

"Cikgu : Cikgu nak tanya ibu2 kamu kerja apa...
Apa kerja ibu kamu Amin?

Amin : Keje Lawyer

Cikgu : Wah bagus ye, kamu pulak Hassan?

Hassan : Tak bekerja, surirumah je

Cikgu : Bagus jugak tu, rajin ibu kamu. .kamu pulak Abu?

Abu : Ibu saye kat hospital (Menangis Teresak-esak)

Cikgu : Oh maafkan cikgu, cikgu x sengaja..ibu kamu sakit apa ya?

Abu : Ibu saya keje Nurse la wakakaka cikgu kne game ..... *1 kelas ketawa*

Cikgu : Makan tapak kasut jugak kang Abu ni"

Mata saya ketumbit?

Saya mintak maaf sebab agak lambat terjah dan balas jejak kawan kawan. Banyak benda saya kena buat....ditambah lagi dengan mata yang kena ketumbit nih memang menyemakkan mata saya nih...Hari nih kerja saya mendownload lagu ajelah....


Mata saya kena ketumbit tuh sebelah kanan bahagian bawah....Bila kawan kawan cakap saya mengendap orang ke? Saya jawab "A'ah...Nak menghendap laki tak dapat, saya menghendap orang" hahaha...Kurang ajar jawapan saya nih...

Nota kaki* Hari nih kerja mendownload lagu ajelah....Minggu depan nak sambung download lagu lagu Datuk Siti...

Amalan memudahkan hamil menurut Islam

Ikhtiar dan usaha yang berterusan adalah perlu dan elakkan rasa tertekan. Dekatkanlah diri dengan Allah SWT menerusi amalan amalan sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketakwaan padaNya. Perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat. Terdapat amalan amalan yang berlandaskan Islam yang boleh diamalkan sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil. Lakukan rutin yang dinyatakan di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakbulkan Allah SWT dan dikurniakan zurait yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya.

Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,

1. Baca Bismillah
2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali
3. Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
4. Dalam sujud tersebut mohon kepada Allah SWT akan apa dihajati.
5. Selepas lafaz doa, tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
6. Selain itu amalkan membaca "Ya Mutakabbir" sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin.
7. Manakala isteri amalkan membaca "Ya Awwal" sebanyak 333 kali setiap hari.
8. Isteri juga hendaklah membaca setiap hari " Ya Zaljalaali Wal Ikram" sebanyak 11 kali dan tiup dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.

Amalan ini perlulah dilakukan berterusan selagi usaha belum menunjukkan hasil.

Selamat Hari lahir Wanie

Saya dapat tahu birthfay Wanie pun bila terjah beberapa blog yang wish happy birthday, so saya dengan rasa rendah dirinya nak wish birthday untuk adik saya nih...


Semoga Wanie diberkati ALLAH S.W.T dan dimurahkan selalu...Diharapkan Wanie sentiasa gembira dan bahagia di samping suami dan anak yang disayangi. Semoga hubungan yang terjalin kekal hingga ke syurga...

So, kawan kawan jom terjah blog Wanie wish birthday kat dia....

Mini library impian

Assalamualaikum....

Sebelum nih saya janji nak update entry pasal mini libaray impian saya kan...Saya puas jugak google mini library yang saya nak tapi tak jumpa. Sekali ternampak dua gambar mini library nih, okeylah...Cuma saya nak adjust sikit sikit aje nanti...Boleh?


Hohoho....Yang nih paling i loikeeeeeeeeeeeee....Kombinasi yang sangat cantik kan kan..Tapi nak ke laki daku tuh sofa kaler pink...huhuhu....


Haa....Yang nih simple aje kan....Kalau tak dapat buat macam yang 1st tuh saya pilih yang nih la tapi saya ada ubah sikit sikit kot....Tapi kalau boleh nak jugak mini library macam gambar no 1 tuh....

Otromen bertukar!!!!

Nih bukan kisah otromen betul betul atau segala adik beradik sepupu sepapat otromen ye...Maksud saya bertukar tuh ialah :


TADAAAA!!!!


Nampak tak kat atas sebelah kiri yang saya dah highlight dengan kotak pink tuh...hehehe...Domain saya yang dulu http://coratcoretpinkummi.blogspot.com dah bertukar ke http://www.mimiepinkummi.my.

Mula mula pening sikit nak tukar domain nih sebab saya tengah busy so, otak tak boleh nak fikir dengan waras. Bila saya tarik nafas perlahan lahan dan cuba rileks dan belajar betul betul baru saya faham...Dan...Yeayyyy!!!! Domain saya dah bertukar ke dot my.

Alhamdullillah segalanya dipermudahkan..yang penting blog saya dah secured tau..Kawan kawan jangan risau blog saya masih boleh diterjah macam biasa. Followers tak hilang tau. Iklan nuffnang pun steady jer kan...

Apa apa pun TERIMA KASIH kepada blogger COKLATEYES.MY

Nota kaki* Mood Happy

Hehehe

Mesti ada yang pelikkan kenapa saya upload video lagu Salam Semua dan Separuh Aku tuh?hehehe

Salam semua tuh saya tuju khas untuk kawan kawan yang saya sayang sangat2....Lagu tuh best kan...Penuh mendalam lirik lagu tuh...

Lagu Separuh Aku tuh sebab saya sekarang di landa kerinduan kat incik hubby yang sekarang nih kat Baling, Kedah...Semalam dia balik kejap je hantar duit dan ambik pakaian...Saya tak dapat nak layan incik hubby sebab badan tak berapa sedap + mata mengantuk sangat sangat. Saya nak bukak mata pun payah...Incik hubby cium pipi dua kali kejutkan saya tidur pun saya tak larat bangun. Hanya mampu bukak masa setengah inci aje...Sorry sangat ye bang, ayang tak layan masa abang balik...

Haaa, tuh sebab saya upload Separuh Aku tuh kat blog saya nih....Saya suka part yang nih....Memang kena lah dengan saya & incik hubby..hahaha

Ku ada di sini 
Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu
Didekatmu saat engkau terjatuh

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu

Bajet lah konon laki kau nih baca blog picisan kau nih kan....hahaha...pstttt sebenarnya memang dia baca pun...Sebab dia pernah komen kat entry saya...hahaha....

Nota kaki* Saya rindu kat dia...

Separuh Aku






Dan terjadi lagi
kisah lama yang terulang kembali
kau terluka lagi
Dari cinta rumit yang kau jalani

Aku ingin kau merasa
kamu mengerti aku mengerti kamu
aku ingin kau sadari
Cintamu bukanlah dia

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu

Ku ada di sini
Pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu
Didekatmu saat engkau terjatuh

Dengar laraku
Suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku
menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
karena separuh aku dirimu

Salam Semua


Hancur luluh hati saya

Ada sesiapa yang baca berita pagi nih...Saya beli Metro pagi tadi...Hancur luluh saya baca berita sedih nih...Diseret 10km oleh kenderaan berat...Ya ALLAH..Saya tak dapat bayangkan macam mana.....T_T


Sarapan 20.12.2012


Nasi lemak sambal sotong + telur

Cacing cacing merah

Tengoklah kerja anak dara saya si Auni....Dia menconteng lagi...Kali nih dia conteng dinding sebelah dengan sudut belajar...guna krayon merah lagi tau....Apa pun tak boleh....


Nampak tak "cacing cacing merah" kat dinding saya nih...huwaaaa.....memang kena beli cat kalis conteng conteng jugak....


Terima kasih sebab glamour kan saya...(^_____^)

Hahaha...Saya punya gigih balas jejak kawan kawan nih hah sebab masa begitu jealous dengan saya...Masa tengah balas jejak kawan kawan saya ada baca entry pasal blog picisan saya nih di review oleh Kak Intan Berlian...Bukan kak ina IntanBerlian tau...Nama glamour diorang dalam arena blog nih sama tapi tak serupa tau....Terima kasih kak sebab sudi review blog saya....


Kawan kawan yang belum kenal kak Intan Berlian nih boleh terjah blog dia ye...Yang dah kenal jangan lupa singgah...



Sudut belajar anak anak saya (^_^)


Walaupun anak anak masih kecil kita kena terapkan ilmu yang berguna kepada anak anak. Tak kisahlah diorang tahu ataupun tidak kalau kita latih diorang awal awal insyaALLAH lama lama diorang tahu jugakkan…

Sebagai inisiatif nak mengajar anak anak saya khas satu tempat di ruang tamu sudut belajar Aina dan Auni. Kadang kadang Aina jadi cikgu kadang kadang Auni pulak…Entah apa yang diorang sebut saya tak tahulah…Tapi ada jugak bunyi E,B,A tuh diorang sebut kan…



Sudut nih jugak tempat Aina dan Auni lepak lepak menyusu sambil tengok Upin dan Ipin…Setakat nih, nih aje termampu saya sediakan untuk anak anak. Sekarang saya sedang gigih kumpul duit (Nuffnang) nak wujudkan mini library untuk diorang dan jugak saya. Nasib baik lah saya nih ulat buku. Saya dah berangan nih bilik no 3 kat rumah tuh nak buat mini library. Hope impian saya tuh tercapai…


Meja ku semak....


Assalamualaikum…

Sorry agak lambat update entry hari nih sebab saya busy..hehehe….Nak nak di tambah dengan line internet yang problem kejap okey kejap tak okey bikin spoil mood saya jak…hehehe…..

Entry nih pun saya taip siap siap kat word lepas tuh kopi pasta aje kat blogger. Habis cerita…..Senang kerja saya kan…



Bukti menunjukkan kesibukan saya hari nih..Nak settlekan claim penceramah…Serabut kepala otak saya nih tengok meja macam nih. Nasib baik saya okey jak tak stress pun…hehehe….

Nota kaki* maaf tak dapat nak lawat rumah kawan kawan. Nanti line okey saya terjah okey..

Shopping buku pulak!!!

Tadi sempat saya keluar kejap dengan officemate nak ambik ic baru. dah settle urusan tuh, saya pergi Giant sekejap singgah MPH....Nak beli buku lah apalagi...Nih buku yang sempat saya grab...


Hajat hati nak beli novel tapi bila nampak buku buku terus tak jadi beli novel.....Nanti dak khatam saya share dengan kawan kawan ye...

Lelong!Lelong!

Siapa nak koko krunch free? Lelong! Lelong! hahahaha....


Posing maut Auni...Senget badan dan cucuk pipi...


Lelong!Lelong!Lelong! Koko krunch free

Lama dan baru


Hahaha...Saya nak gelak guling guling tengok gambar saya kat ic baru tuh....Jauh beza dengan gambar yang lama....Padahal dua dua gambar tuh saya tak mekap langsung....Kerana flash kamera kah???

Nota kaki*Officemate saya cakap muka saya kat ic baru tuh macam Indian...

Sila tiru macam saya (^_^)


Walaupun tali pinggang keledar nih tak besar saya tetap nak pakai jugak untuk keselamatan saya. Sila tiru macam saya ye uncle uncle dan auntie auntie semua (^_^)

Azam saya yang pertama untuk tahun 2013

Hehehe...Tinggal beberapa hari lagi nak masuk tahun 2013 kan....Tajuk entry saya tak menahan kan...Siap buat entry untuk azam tahun depan lagi...huhuhu....

Sebelum nih saya ada bagitahu saya nak mengandung hujung tahun 2014 kan? So, saya berazam untuk baby yang akan datang nih saya nak gunakan sepenuhnya Cloth Diapers (CD) untuk dia. Sebelum nih saya nak beli untuk Auni tapi tak kesampaian. So, untuk baby yang seterusnya saya tekadkan azam saya untuk beli CD jugak...



Salah satu faktor saya nak sangat sangat beli CD nih of course boleh jimat dari segi perbelanjaan....Saya dah siap buat kira kira memang berbaloi kalau beli CD nih....

Saya bagi contoh pengiraan pampers untuk Aina dan Auni setahun

1 pack (Drypers - untuk 2 orang) = RM 34.99
Sebulan 4 packs = RM 34.99 x 4 = RM 139.96
Setahun = RM 139.96 x 12 = RM 1,679.52

Kalau 2 tahun, 3 tahun????kira sendiri hehehe

Pengiraan Cloth Diapers untuk seorang ( anggaran 10-20 keping CD)

1 helai CD = RM 48.00 
20 helai CD = RM 48.00 x 20 = RM 960.00

CD nih boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. So, dekat situ dah banyak saya boleh jimat kan? So, saya nekad nak standby CD awal awal senang sikit...

Antara kebaikan CD :

1. Kain lampin mesra alam
2. Bayi akan cepat tahu beza basah dan kering
3. Selesa dan fungsi sama dengan lampin pakai buang
4. Kurangnya masalah ruam
5. Tiada bau
6. Mudah untuk dibasuh
7. Boleh digunakan dalan jamngka masa yang panjang
8. Boleh diubahsuai ikut saiz bayi 

Jadi, saya memang nekad nak beli CD untuk bakal anak saya nanti. Azam saya ialah setiap bulan saya akan beli satu CD sehingga hujung tahun 2014. Maknanya, saya dah berjaya beli 24 CD...insyaALLAH ada rezeki lebih, saya beli lebih...hehehe...So, start bulan depan saya akan beli CD...

Nota kaki* Mudah mudahan azam saya nih akan tercapai.

Jawapan teka teki 2

Jawapan kepada teka teki saya pagi tadi....Sebelum tuh saya tempek lagi semula teka teki yang saya bagi...

Teka teki 1

Dalam kapal terbang ada seorang hamba Allah nih cabut tandas duduk dan campak tandas duduk tuh kat tingkap kapal terbang...Kenapa dia buat macam tuh?

Teka teki 2

Ada seekor lembu diikat dengan tali dekat sebatang pokok di tengah tengah padang. Tiba tiba lembu tuh mati. Macam mana lembu tuh boleh mati?

Jawapannya ialah :

Teka teki 1

Sebab hamba ALLAH tuh ORANG GILA....hahaha (nih jawapan officemate saya bagi...Dia cakap mana ada orang normal nak buat kerja cabut toilet)

Teka teki 2

Lembu tuh mati sebab kepala dia kena tandas duduk yang orang gila tuh campak...(sakit jiwa saya bila dengar jawapan officemate saya...)

Haaaa...agak agakkan siapa yang jawab betul? Sila angkat mouse...hehehe





Vanilla Choc Ice Cream


Asikrim nih officemate saya belanja semalam....Sedap sedap sedap......

DIAM!!!!

Nih cerita malam Ahad dan Isnin lepas nih. Situasi berlaku dalam bilik tidur utama...

Situasi 1 (malam Ahad)

Saya tengah tengok TV sambil tuh jadi tarzan panggil Aina dan Auni yang suka bikin onar dalam kat ruang tamu.....

Saya : Ainaaaa......Adik.....
Aina : Pe?
Saya : Buat apa? Mengemboh ye....
Auni : (Sambil jari telunjuk letak kat mulut) Shhhhh....Diam...
Saya : %^&$##@&^* (Bengang dan terkedu)

Situasi 2 (malam Isnin)

Saya tengah main game plants vs zombies. Masa nih incik hubby dah tidur.

Saya : Aina, adik tidurlah dah malam. Asyik main aje. Tak penat ke? Esok nak ikut ummi bangun pagi pagi.
Auni : Ma....Bi...(sambil tunjuk incik hubby yang dah terbongkang kat katil)
Saya : Ye, abi tidur. Nape?
Auni : (Sambil jari telunjuk letak kat mulut) Shhhh.... Diam...
Saya : (Gelaklah apa lagi kan.....)

Mesti Auni penat tadah telinga dengar saya membebel sebab tuh dia suruh saya diam..haha..Anak anak...Aina pun tak berani buat macam tuh kat saya tau...Nih anak memang banyak tuah tau. Baik Aina atau Auni sama aje..Ada aje telatah diorang buat saya dan incik hubby ketawa...


Nota kaki* Sila abaikan keadaan baju dan shawl kat penyangkut baju tuh.....Macam macam ada...hahaha


Teka teki 2

Assalamualaikum....

Nak uji minda kawan kawan pagi Selasa nih dengan teka teki. Saya dapat teka teki nih sebab kawan saya bagi semalam...memang jawapn teka teki dia bagi nih bikin hot saja...hahaha

Teka teki 1

Dalam kapal terbang ada seorang hamba Allah nih cabut tandas duduk dan campak tandas duduk tuh kat tingkap kapal terbang...Kenapa dia buat macam tuh?

Teka teki 2

Ada seekor lembu diikat dengan tali dekat sebatang pokok di tengah tengah padang. Tiba tiba lembu tuh mati. Macam mana lembu tuh boleh mati?

Amacam? Boleh jawab tak? Jawapan nati saya bagi pukul 1.00 petang nanti. Saja nak tau nak bagi kawan kawan uji minda. Teka teki 1 tuh saya dapat jawab tapi teka teki 2 tuh saya tak dapat jawab. Tapi bila kawan bagi jawapan teka teki tuh memang saya tak terfikir langsung.


Alhamdulillah selesai sudah (^_^)

Tadi saya ada up entry tentang blogger INTAN AKMA yang saya tak boleh terjah blog dia sebab takde url....Alhamdulillah, masalah tuh dah selesai. Ada beberapa kawan yang sudi bantu saya...Dan terima kasih kepada tuan punya badan sebab serah diri jugak bagi url untuk saya terjah ye....

Saya dah dapat pun url libk blog INTAN AKMA....Kepada kawan kawan yang nak terjah blog INTAN AKMA boleh lah klik kat SINI...

Jom terjah blog dia. Jangan lupa baca entry dan komen sampai lebam...heheheh....

Nak mintak tolong lagi boleh?hehehe

Nak tanya kawan kawan yang kot kot kenal blogger bernama INTAN AKMA.....Dia tak buat salah apa apa pun cuma saya nak tahu url blog beliau nih hah...

Payah benar nak jejak rumah dia sebab takde url blog disediakan...

Sodih lak ai den nih hah, kawan kawan duk terjah rumah den tinggalkan komen tapi den tak dapek buek macam tuhla....

Mintak tolong sangat sangat ye....

Lepas nih saya nak buat segmen la.....Segmen bloglist utk blog saya nih hah...Senang sikit.....Jap2 saya buat ye....Kena fikir syarat2 dulu...hahaha.....

Nota kaki* Kot kot la INTAN AKMA ada baca entry saya nih tinggalkan url blog ye..Saya nak datang rumah nak ketuk pintu nih sambil bagi salam....

Auni busuk!!!

Nih cerita anak dara saya yang no. 2 tuh si Auni. Sabtu baru baru nih, macam biasalah kan. Saya memasak kat dapur. Aina dan Auni duduk kat ruang tamu tengok Upin dan Ipin yang ada kat laptop saya. Dah jadi kebiasaan bila saya kat dapur, sekejap sekejap saya akan jenguk Aina dan Auni.

Nak dijadikan cerita, sementara tunggu lauk masak kat dapur, saya jenguk Aina dan Auni kat ruang tamu. Sekali saya tengok Auni dah telanjang......Dia dah buka pampers....KAt rumah memang Aina dan Auni selsa pakai pampers aje.

Lepas tuh saya pergi dekat Auni sambil tanya dia kenapa bukak pampers..Sekali tuh, saya tengok badan dia penuh dengan "sesuatu" berkaler coklat. Ya Allah!!! Auni main calit calit "sesuatu" tuh kat badan,muka dan kaki dia....Adoiii pening lah kepala saya...Saya cepat cepat bungkus pampers yang ada "sesuatu" tuh dan buang. Auni pulak saya arahkan masuk toilet.

Selalunya kalau dia membuang, dia datang kat saya sambil bagitau "Ma...yakkk". Tapi kali nih, dia boleh bukak pampers dan main palit palit pulak. Alahai anak anak.....

Terus saya bukak air, cebok dia lepas tuh pancut kat badan,kaki dan muka dia air sambil sental. Lepas tuh, saya ambik sabun saya sental kuat kuat sambil cium badan dia ada bau ke tak. Nasib baik erk erk dia tuh bau tak kuat mana....

Sabar ajelah saya dengan Auni nih. Ada aje benda baru dia buatlah. Pening kepala ummi ko nak oi...

Nota kaki * Tak sanggup nak snap gambar Auni dalam keadaan "sesuatu" yang penuh kat badan,muka dan kaki dia...


Drama TV3 malam tadi - Perempuan Itu Ibuku

Malam tadi siapa tengok drama TV 3....Yang menampilkan lakonan Sherlie Merlis, Izreen Azminda, Zamarul Hisham dan Shukri Yahaya.

Saya cari kat google nak tempek gambar drama tuh kat enrty nih tapi takde pulak.....Cerita nih boleh tahan jugak sedih lahkan...

Drama itu mengisahkan tentang seorang anak, Azri yang mencari ibunya yang lama terpisah lakonan Sherlie Merlis. Sherlie Merlis memegang watak sebagai ibu ayam di mana sebelum nih dia dipaksa menjadi pelacur oleh Johan (Zamarul Hisham) untuk membayar hutang suaminya.

Dengan hasil duit pendapatan tuh, dia dapat menampung perbelanjaan anaknya sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di mesir dan bergelar ustaz...

Cerita nih memang best. Pencarian aAzri memang berbaloi sebab dia dapat jumpa mak dia tapi pengakhiran cerita nih memang sedih sebab mak dia meninggal kat pangkuannya.


Sharnaaz bergaduh dengan Shila Amzah di Twitter

Saya pun tak pasti kebenaran nih. Saya baca berita nih pun kat satu blog nih...Saya ada tempek berita hangat nih....Blog nih pun dapat sumber dari Rotikaya.com..

Kami tidak pasti berapa ramai antara anda perasan, namun Shila Amzah ada katakan sesuatu pada minit ke 145 Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung hujung minggu lalu.

“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya — saya tak tahu mana dia pergi,” ujar Shila Amzah.

Kenyataan itu di’buat sebelum beliau menyampaikan anugerah Lagu Terbaik & kami ingatkan Shila Amzah sekadar bergurau sehinggalah terbaca respons Sharnaaz Ahmad di Twitter.

Seorang peminat di forum Cari melampirkan screenshot tulisan Sharnaaz Ahmad yang tidak berpuashati dengan Taufik Batisah dan kemungkinan juga terhadap Shila Amzah.



Ada dua kemungkinan dalam kes lepas geram Sharnaaz Ahmad kali ini —  sama ada beliau memang cemburu dengan Taufik Batisah atau kurang senang dengan gurauan Shila Amzah.

Namun, Sharnaaz Ahmad telah pun memadam tulisan tersebut dan mendakwa seseorang telah menceroboh akaun Twitter beliau pada pagi semalam — sekitar 6.30 pagi. Hmm.

Sumber: Rotikaya.com

Apa apa ajelah kan...Adat orang bercinta macam tuhlah...Mesti ada cemburu tapi jangan terlalu sangat sudahlah...Takut binasa nanti..Walau apa pun saya tetap minat dua diua nih...Pelakon dan penyanyi yang ada bakat besar...


Email baru

Saya cuma nak maklumkan kat kawan kawan tentang email baru yang saya bukak sejak dua minggu lepas. Antara sebab saya buka akaun email baru ialah :

a) email saya zahirah.zahrin@gmail.com penuh dengan komen kawan kawan kat blog..Lepas tuh plus pulak dengan email daripada Nuffnang, Says.com...tuh yang bikin kepala serabut sebab setiap hari beratus2 email saya dapat...Pening sudah bah kepala saya nih...Bikin pusing saja...

b) Lepas tuh, spam email pun berderet deret dalam email saya nihlah....

c) Kepala saya memang betul betul dah serabut bila dapat email bercampuraduk...Ada email pertanyaan, email pasal kerja, email pasal blog...Macam macam lagilah....

So, saya buat keputusan bukak email baru untuk memudahkan saya menguruskan segala urusan pertanyaan atau peribadi. Selain itu, saya boleh check detail kawan kawan atas tujuan contest atau GA yang saya anjurkan. So, takdelah saya serabut sangat nak cari details kawan kawan sampaikan diameter mata terpaksa dibesarkan disebabkan menerima email yang beratus ratus...

 Lepas nih apa apa urusan kawan kawan tak payah hantar email kat email lama saya macam kat atas tuh. Email baru saya still lagi gmail. Tetap setia dengan gmail...huhuhu...Email baru saya ialah mimiazirah84@gmail.com.

Nanti senanglah kan urusan saya takde pening pening lagi..hehehe

8 tips atasi masalah kawalan kencing

Gejala lemah kawlaan pundi kencing berlaku disebabkan oleh masalah otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Hal ini terjadi kerana otot lantai pelvis menjadi lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing daripada terkeluar.

Tip atasi masalah tersebut :

1 Kekalkan berat badan yangs esuai bagi mengurangkan bebanan pada otot lantai pelvis.

2 Amalkan senagaman khas seperti senaman lantai pelvis dan senaman kagel.

3 Kurangkan pengambilan minuman atau bahan yang mengandungi kafein yang tinggi.

4 Hindari daripada minum minuman sejuk atau air batu yang mudah menyebabkan batuk.

5 Elakkan minuman berkarbonat yang menyebabkan radang atau rengsa pada pundi kencing

6 Guanakn pelapik seluar yang direka khas untuk masalah kawalan kencing

7 Buat diari pundi kencing kerana ia dapat membantu berwaspada.

8 Latihan pundi kencing sangat berkesan dalam mengurangkan kekerapan individu untuk ke tandas. Jika doktoe mencadangkan latihan ini, perlu dimulakan dengan mengisi diari pundi kencing terlebih dahulu.

Sumber : Pa & Ma

Punca ketidaksuburan


Tahukah kawan kawan lebih kurang 1/3 masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita. 1/3 lagi berpunca daripada lelaki manakal selebihnya adalah gabungan faktot factor yang tidak dapat dikenal pasti.

WANITA

1 Gangguan telur
Hormon yang tidak seimbang gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang Keseimbangan hormon boleh terganggu apabila berat badan terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.

2 Saluran fallopio tersumbat
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yang munkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endomosis. Ujian HSG @ Laparoshopi dapat mengenal pasti punca masalah ini.

3 Endometriosis
Berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitan haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoskopi akan membantu punca dikenal pasti.
4 Antibodi menyerang
Dalam kes yang jarang berlaku, tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan menbentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet (telur dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku.

5 Masalah rahim
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yangs sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim (tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca masalah.

LELAKI

1 Sperma tidak matang
Berlaku apabila lelaki tidak menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan genetik.

2 Gangguan pengangkutan sperma
Dalam 4% daripada kes kes ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang megangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah salut tiub fallopio yang tersumbat.

Sumber : Pa & Ma