Apa itu rengat? Kawan kawan pernah tak kena rengat?

Rengat? Apa itu rengat? Okey, PU cerita pengalaman kena rengat masa pantangkan Auni. PU kena rengat nih setiap kali Auni menyusu badan. Bila dia menyusu tuh, hanya ALLAH saja yang tahu sakitnya macam mana. Dekat bahagian perut atas ari ari tuh sakit yang teramat sangat macam nak beranak. PU sakit lebih kurang tiga hari lah...Bila sakit tuh sampai, kadang kadang tak mampu nak layan Auni..Kesian Auni kan...

Setiap kali Auni menyusu, terasa macam rahim nih kena tarik dan kena cucuk dengan jarum. Bila sakit tuh, PU buat aksi seolah olah menendang angin sebab nak tahan sakit..Kejap duduk kejap baring...Mak a.k.a nenek PU cakap, PU kena rengat. PU blur la apa rengat tuh kan. So, bila dah dapat tahu dari pembacaan barulah PU faham apa itu rengat...

Rengat disebabkan darah yang terkumpul selama sembilan bulan di dalam merian bersama uri yang digelar 'darah bantal'. Kalau tak keluar sama semasa proses kelahiran, darah nih akan bertukar jadi racun dalam rahim. Saiz darah nih pulak berbeza beza dari sebesar penumbuk hingga ke saiz yang lebih besar dan tekstur darah nih lembik.

Sesetengah ibu yang bersalin akan kena rengat selepas bersalin anak pertama dan ada juga anak kedua dan seterusnya....Macam PU kena rengat selepas bersalinkan Auni. Serius sakit rengat macam sakit nak bersalin. Bisanya tak tahulah nak cakap macam mana...

Kawan kawan pernah tak kena rengat? Sharelah dengan PU..Nak tahu jugak cerita kawan kawan....

Nota kaki* Taip entry sambil dengar bajet 2013

Jangan terlalu berharap bila berblog nih dapat duit....

Nak tanya kat kawan kawan la...Apa tujuan kawan kawan berblog? Sekadar suka suka, nak share pengalaman hidup dan bercerita pasal keluarga ataupun sebab nak tambah duit poket? PU akui, dengan berblog nih sedikit sebanyak kita boleh menjana pendapatan atau tambah duit poket kan....Rasanya ramai yang tahu kebanyakkan blogger tambah duit poket melalui Nuffnang.

Tapi apa yang PU nak cakap lah kan, bila berblog nih jangan terlalu mengharap sangat nak tambah duit poket. Nak nak bila sebut pasal BE, ME dan sebagainya. Actually, mula mula dulu PU agak lambat sikit nak faham cara dan konsep BE, ME nih tapi bila ada kawan kawan yang buat entry terangkan apa maksud BE, ME baru PU tahu. Serius, sehingga ke hari ini PU belum berkesempatan dapat walaupun satu BE.

Walaupun dah hantar tiket dekat Nuffnang tanya cara cara nak tambah duit poket dan cara dapat BE, tetapi jika takde rezeki takkan kita nak memberontak, mogok atau boikot Nuffnang pulakkan. Bagi PU, if tak dapat BE sekalipun, sedikit pun tak patahkan semangat PU nak berblog. BAgi PU berblog nih nak share dengan kawan kawan cerita atau coretan hidup PU dan juga info berilmu yang PU tahu. Bagi PU berblog nih untuk bertukar tukar pendapat dan tambah kenalan. Rasanya itu lebih penting.

Rezeki tuh tetap ada di mana mana. If takde rezeki sekarang nih, insyaALLAH suatu hari nanti rezeki itu akan jadi hak kita. Bila kita akan dapat rezeki tuh hanya YA RABB yang tahu. So, jangan terlalu berharap sangat kita akan dapat apa yang kita nak bila berblog nih terutama sekali tambah $$$$. Oleh itu, kita kenalah tingkatkan usaha dan berfikir cara nak nak menarik minat orang lain baca blog kita.

Nota kaki* Sedang berusaha ke arah itu......

Kulit terasa segar jer dengan penyembur nih....

Assalamualaikum...

Sebelum nih, PU memang kaki mekap..Zaman anak dara dolu dolu la.....Time mengandung pun kaki mekap jugak. Sekarang nih mekap jugak tapi tak se'complete' macam dulu lah...

Dulu muka mesti tempek foundation, compact powder, blusher, lipstick, maskara, eye shadow, eye liner...ish macam macam lah nak tempek kat muka kan....Lepas tuh mekap mesti tebal lima inci sebab nak mekap tuh tahan lama kat muka kan.....

Tapi sekarang, PU lebih selesa mekap tipis jer.....Lebih selesa, sapu foundation sikit nak sapu sikit lebih kurang muka dengan loose powder. Pakai lipstick dah siap...Jarang sudah pakai celak ke apa pe...Kadang kadang keluar rumah langsung tak pakai mekap....Ori face gitu....Tak payah risau lah kulit muka tercemar ke apa ke kan....Atau muka nampak pucat atau tak fresh....Sebab ada sesuatu yang menbantu PU untuk nampak segar dan melindungi kulit muka nih daripada segala kekotoran....

Nak tahu something yang banyak membantu PU tuh.....Bukan PU saja yang guna tau....Kawan kawan PU pun ada yang pakai...Bila diorang promote kat PU, PU promote kat kengkawan pulak kan...


Nih la yang PU guna untuk freshkan muka PU yang tak berapa semenggah....Produk Aquara Essence Spray nih merupakan semburan mineral di mana spray nih campuran mineral kompleks + estrak bunga lili....Spray nih bantu kita seimbangkan warna kulit muka. Lepas tuh spray nih nih jugak melindungi kulit muka kita daripada pencemaran sekeliling dan pancaran matahari tau.....Selain itu, spray nih buat muka kita lembut dan bersih dan menambahkan kelembapan supaya muka kita sentiasa fresh + clean....

Selain tuh, kalau ada kawan kawan yang jenis pakai mekap pun boleh pakai spray nih....Sebelum pakai mekap spray dekat muka dulu. Tunggu semburan tuh kering kat muka pastu apply kan foundation...Sikit aje pastu, mekap macam biasa....Dah siap mekap spray lagi kat muka...Serius muka kawan kawan akan fresh....

Yang tak pakai mekap pun boleh guna spray nih...jenis spray kat muka biar sampai kering...Memang akan rasa fresh jer muka...Agak agak kalau macam rasa tak bermaya sembur je....Untuk pengetahuan kawan kawan, spray nih banyak digunakan oleh golongan mak andam...Artis artis popular pun pakai tau.....

Kawan kawan jangan risau, produk nih mendapat pengiktirafan HALAL dan selamat digunakan....Janganlah risau ye...Kalau nak dapatkan produk nih leh contact PU je....Harga insyaALLAH, mampu dimiliki....Isi kandungan 200ml.....

Tak cukup dengan buku, kaki dan tangan pulak jadi mangsa!!!

Assalamualaikum....

Semalam sehari suntuk tak update entry sebab sibuk sikit. Datin jemput datang rumah, dia buat jamuan sikit untuk kitorang.....Nanti PU update cerita semalam ye...Nih PU nak share cerita pasal Auni....

Nih kisah pagi semalam. Macam biasalah PU bangun pagi, terus mandi. Lepas tuh, PU gosok baju nak pakai untuk kerja. Masa tengah gosok baju, Auni dah bangun tidur. Lepas tuh Aina pulak. Bila dua beradik nih dah bangun, PU cepat cepat pakai baju dan basuh botol susu diorang. Terus buat susu. So, diorang minum susu diam diam. PU pulak cepat cepat solat subuh.

Nak dijadikan cerita, lepas dah habis solat PU kemas barang barang yang PU nak bawak balik rumah mak (nak tumpang tidur kat PD rumah mak). Tengah leka mengemas, tetiba aje Auni menangis. PU tengoklah kenapa dia menangis. Rupa rupanya dia menangis nak kan kertas dan pen yang ada kat tangan Aina.

PU pun malas nak dengar budak budak nih buat bising pagi pagi buta, PU cari pen lain dan buku nota kosong terus bagi Auni. Mula mula ok lah dia conteng conteng kat buku. Sepuluh minit tinggalkan diorang buat kerja sendiri, sekali masa nak tukarkan pampers diorang, mengucap panjang PU tengok Auni.....


Tuh dia.....bukan main cantik lagi design kat Auni...Nih baru kaki kanan...Belum tengok kaki kiri dia lagi.....Sabar ajelah....Dah puas dia conteng kat buku, dia conteng kaki pulak....

Yang nih pulak tangan kiri Auni...Sikit punya kreatif Auni nih la...Macam macam design dia buat....Nasib baik Aina conteng kat buku aje...Kalau tak dua dua anak PU nih jadi wall paper bergerak sebab macam macam design ada..hehehe...

Lepas buku, kaki dan tangan pulak jadi mangsa....Dah bagi buku untuk dibuat conteng, nak jugak dia conteng kat kaki dan tangan.

Nota kaki* Sebab tak nak Aina dan Auni tunjuk kekreatifan dekat tangan dan kaki sendiri, PU belikan whiteboard seorang satu untuk buat conteng conteng malam tadi.....Update cerita pasal nih esok jelah, lupa nak snap pic malam tadi.

Aina merajuk lah pulak!!!

Semalam lepas ambik Aina dan Auni, PU bawak diorang pergi family store jap nak beli susu diorang. mula mula tuh Aina dan Auni ok jer kat dalam family store. Lepas dah beli susu tuh, terus balik lah kan. Masa keluar dari family store tuh, Aina boleh buat perangai menangis sampai hentak hentak kaki. Bila PU tanya nak apa dia tak nak jawab. Menangis ajelah kerja dia...

PU apa lagi buat bodoh ajelah kan.....Bila PU panggil dia langsung tak pandang. Langsung tak nak pandang muka ummi dia.


  Tengoklah si Aina nih punya merajuk...PU panggil buat derk aje...Tak tahulah pesal dengan dia....


Lama jugaklah nak pujuk Aina nih. Last last terpaksalah menggunakan Upin dan Ipin untuk pujuk Aina...Aina, Aina macam macam fiil Aina. Pening kepala layan karenah anak anak nih. Makin besar makin tak faham....

Boleh tak orang yang baru keguguran nak amalkan cara mengejutkan rahim.....

Entry nih untuk pertanyaan Jijah pulak...Jijah ada tanya PU, kalau keguguran 6 minggu boleh tak ikut cara yang PU share semalam pasal mengejutkan rahim....

Setahu PU, kalau kita mengalami keguguran sepenuhnya takde satu apa yang tertinggal kat dalam rahim kita tuh, tak perlu untuk bersanggang. Cuma kalau Jijah nak jaga kesihatan betul betul, Jijah just amalkan guna pad herba Bio Sanitary. Pad nih sangat bagus. kalau ada darah sikit sikit yang tertinggal, pad nih mampu "menarik" keluar saki baki darah darah yang tertinggal.

Dan lagi satu, Jijah jangan lasak sangat lepas mengalami keguguran. Pemakanan pun Jijah kena jaga. Kalau keguguran 6 minggu maknanya Jijah gugur ketika kandungan berusia sebulan 2 minggu. So, mengikut pengalaman akak, seeloknya Jijah pergi mengurut dan amalkan makan lobak putih yang disangai atas api kemudian blender. Air jus lobak putih tuh amalkan minum 1 cawan 2 kali sehari ataupun amalkan makan daun kucai. Kalau nak masak sayur ke atau apa apa makanan yang sesuai, bubuh daun kucai dalam masakan tuh. Daun kucai nih bagus untuk mengecutkan rahim. Semua petua nih nih nenek a.k.a mak PU yang bagitahu....

Kat mana nak cari serbuk herba @ rempah mandian Mustika Ratu?

Assalamualaikum...

Semalam PU ada post entry tentang macam mana nak kecutkan rahim selepas bersalinkan. So, pagi tadi, masa check inbox blog nih PU tengok ada dua orang yang menanyakan soalan yang berbeza. So, PU buat entry yang pertama dulu sebagai menjawab pertanyaan Baby Lydia....

Baby Lydia tanya kat mana nak cari produk Mustika Ratu nih. Senang jer dik produk Mustika Ratu nih paling senang nak cari. Produk Mustika Ratu nih jual kat stokis stokis yang menjual produk produk kesihatan & kecantikan. Rasanya kat mana mana shopping complex ada memang ada stokis stokis macam nih....Rupa kedai @ stokis yang jual produk produk kesihatan dan kecantikan nih tak besar mana pun kecik je...

Kat sini PU tempekkan sekali gambar serbuk herba @ rempah mandian Mustika Ratu yang PU gunakan masa dalam pantang. Selalunya rempah nih terdapat dalan satu pakej dalam satu kotak...Kiranya ada sekali dengan barangan lain dalam satu kotak tuh....


Mandi herba nih memang best...Badan rasa segar sangat sangat dan terasa ringan je....If amalkan sepanjang berpantang memang bagus...Produk Mustika Ratu nih memang bagus dan menjadi pilihan kaum kaun ibu sejak dulu lagi.....Setakat nih, lepas guna produk nih memang PU berpuas hati lah dengan hasilnya.

Macam mana nak kecutkan rahim selepas bersalin?

Kali nih PU nak share dengan kawan kawan yang sedang pregnant ataupun yang dalam pantang macam mana nak kecutkan rahim ataupun peranakan selepas bersalin. Rasanya ramai yang dah tahu tapi PU tetap jugak nak share kat sini. Sebagai rujukan untuk adik adik PU yang bakal berkahwin nanti kan.

Selain daripada kaedah mengurut yang orang orang tua panggil sekak tuh, PU ada cara lain nak bagi rahim cepat kejut. Nih nenek a.k.a mak PU yang ajar tau sebab dia kan tukang urut. Tak kiralah urut bisa bisa badan ke, orang bersalin ke....Yang penting petua yang dia bagi tuh. Nak nak masa PU bersalinkan Auni, mak PU lah yang jaga.

So, sepanjang berpantang tuh, sebelum mandi PU akan rendam dengan air panas + air sejuk serbuk herba Mustika Ratu. Pastu mandi dengan air rendaman tuh. Tujuannya untuk memecahkan lemak dan menyegarkan badan. Pastu, mak PU akan rendam serbuk teh dengan air panas. Kemudian, masa wap tengah naik menjulang tuh PU akan duduk mencangkung atau berdiri atas wap tuh...Kira wap tuh akan masuk ke dalam rongga faraj kita. Tak silap mak sebut nih bersanggang.

Dan satu cara lagi, bila selesai bersanggang tuh, PU gunakan pad herba Bio Sanitary. Pad nih selain daripada mengeluarkan darah beku dengan cepat, pad nih juga kecutkan rahim dengan cepat. Alhamdulillah, dari lahirkan Aina sehingga Auni, nih yang PU amalkan. So, far takde apa masalah setakat nih. Yelah nak pakai lama kan....

Nota kaki* Kawan kawan macam mana pulak? Leh share dengan PU....Nak tau jugaklah kan sama ke tak cara nak kecutkan rahim...

Entry khas untuk ibu ibu pregnant : PU tak garu perut kalau gatal sebab takut stretch mark!!!

Walaupun PU tak pregnant, PU nak share jugak cara PU jaga perut time pregnant dulu....Rasanya, ibu ibu mengandung mesti akan rasa gatal gatal kat perut kan...

Macam PU, kalau PU rasa gatal gatal kat perut tuh, PU takkan garu dengan tangan. Kalau PU nak garu jer dengan tangan, incik hubby tepis tangan PU dia yang tolong garukan....So, untuk menghilangkan gatal gatal kat perut, PU cuma gosok gosokkan kain kat tempat yang gatal tuh.

Lepas tuh, bila gatal gatal tuh dah hilang, PU akan sapu losyen. Tak pernah miss tau. Dalam sehari berkali kali PU akan sapu losyen.

Kesannya, perut nampak cantik, licin dan takde strecth mark. Pernah masa PU pregnantkan Auni, masa tuh nak check jantung baby, nurse yang check masa tuh puji perut PU cantik langsung takde stretch mark. Dia siap tanya tak garu perut ke bila gatal gatal. PU jawab PU tak garu tapi gosok gosokkan kain aje kat tempat gatal tuh lepas tuh sapu losyen....

Cara PU maintain kan berat badan

Assalamualaikum.....

Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas takde entry kan.....Hujung hujung minggu ialah hari Pu bermalasan kat rumah. Payah nak online kalau si tangan kecik yang suka mengacau. PU sempat buat personal projek dengan lapp aje. InsyaALLAH jika ada rezeki PU akan war warkan kat kawan kawan apa personal projek PU tuh...

Hari nih PU nak share dengan korang cara PU maintan kan berat badan...Untuk pengetahuan korang, berat badan PU time bujang 50kg...Incik hubby cakap kalau angin tiup confirm melayang layang..So, time bujang berat PU 50kg, dah bertunang 55kg bila dah kahwin terus jadi 60kg....So, sehinggalah sekarang berat badan PU maintain 60 kg. 

Sebelum nih lepas lahirkan Auni berat badan PU turun..Jadi 55kg tapi ramai yang tegur nampak cengkung. So, PU maintainkan semula berat badan ke 60kg. Cara PU maintainkan berat badan senang aje tau....

PU nak share pasal nih sebab kawan kawan PU hairan tengok PU makan banyak tapi badan tak naik pun.....So, cara PU nih senang aje. Waktu sarapan dan makan tengahari, PU makan dengan kuantiti yang banyak. Contohnya kalau makan nasi lauk ada 2 @ 3 jenis saja. Lepas tuh, PU akan makan sekurang kurangya dua kali tambah. Kalau tahap kebulur PU tambah 3 kali. Lepas tuh, waktu malam memang PU tak makan. 

So, nih la cara PU maintainkan berat badan. Tak pernah miss sarapan dan makan tengahari dan tak makan malam. Kalau makan pun bila PU keluar berjimba jimba dengan family tuh pun jarang.....

Kawan kawan pulak macam mana maintainkan berat badan? Sebab PU tengok ada jugak yang kategori mummy tapi badan maintain macam anak dara...

Terlalu pentingkan dunia, akhirat...???

Assalamualaikum....

Satu perkongsian yang ingin PU share dengan kawan kawan. Kisah yang benar benar berlaku...As a human being, memanglah kadang kala kita alpa dengan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Siapa yang tak pernah buat silap kan? Semua orang pernah buat salah tapi bergantung pada diri sendiri untuk berubah ke arah kebaikan. Motivate yourself. It's simple but hard to do it. But if you believe that you can change yourself, insyaALLAH one find day you will. But when and how to change your life it's depends on yourself, right?

Bila orang yang ada hubungan kekeluargaan dengan kita terlalu pentingkan dunia, agak agaknya apa yang korang buat?Diam sahaja dan tengok atau beri nasihat? Mana satu yang kawan kawan akan pilih? Kalau kita hanya berdiam diri dan tengok sahaja mungkin kita dikira bersuhabat dengan dosa yang korang lakukan. Atau korang akan beri nasihat dan mengharapkan diorang berubah.

Tapi kadang kadang bila kita beri nasihat nak ke orang tuh dengar atau saudara kita tuh dengar? Mesti dia akan cakap"Alaa...engkau pun sama jugak. Ada hati nak nasihat aku."

Macam PU lah, yang selalu menimbulkan masalah dan suka fighting fighting nih adik beradik nenek sendiri....Alhamdulillah keluarga PU takde apa apa masalah. Tapi bila adik beradik nenek sendiri buat masalah, sikit sebanyak anak buah dan cucu cucu yang takde kena mengena nih akan terima tempiasnya...Nih semua gara gara tanah punya pasal. Bila tanah pusaka ada banyak nama tuan empunya, masing masing akan mencari lubang ulat ataupun cari pasal dengan keluarga yang lain. Kadang kadang PU tak faham lah dengan perangai sesetengah manusia macam nih.

Kerana tanah, pertalian persaudaraan sanggup diputuskan....Kerana harta dunia, yang akhirat tak dipedulikan....Langsung tak balance. Kadang kadang hilang rasa hormat pada manusia macam nih. Tak kisahlah pangkat atok saudara ke wan saudara ke...Bila sikap tamak menguasai diri inilah jadinya. Bila nasihat tak nak dengar confirm kena fire balik. Bila suruh berubah, bagi alasan yang tak logik langsung.

Langsung ke tak fikir, matinya seseorang itu tak kira muda atau tua, lambat atau cepat....Kita semua tahu kan jodoh dan mati itu di tangan ALLAH. Siapa kita untuk menghalang semua tuh?Jangan kerana terlalu mengejar kekayaan atau harta dunia yang hanya pinjaman nih hubungan kekeluargaan yang suci terputus....Apa yang PU mampu doakan untuk diorang nih, bukakan pintu hati diorang akan bertaubat dan berubah...PU percaya diorang akan berubah walaupun semakin dimamah usia....Bila diorang akan berubah, Wallahualam....

Nota kaki* Apa yang berlaku, adalah dugaan. Apa yang mampu dilakukan, terus sabar dan sabar insyaALLAH ganjaran yang kita bakal terima pasti lebih baik...

Majlis Khatam Al-Quran 2012

Assalamualaikum.....

Firstly, PU nak minta maaf sebab semalam tak dan nak terjah rumah kawan kawan, ada 2 3 rumah je yang PU sempat singgah....Semalam, PU sibuk sebab ada program kat office. Kali nih, office PU menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 2012. Penat memang penat tapi bila program berjalan dengan lancar, rasa penat tuh berbaloi.  

Macam biasalah kan setiap program yang dijalankan mesti ada sesi pendaftaran....PU jaga meja pendaftaran untuk lelaki....


Hahaha....gaya mulut PU dan kawan office sepaten jer....


Majlis dimulakan dengan bacaan Asma Ul Husna. Kemudian ucapan dari pengacara majlis....Lepas tuh, sebelum khatam Al-Quran dimulakan, Ustaz Amirrahman bin Abas, merupakan peserta dan Johan Qari Antarabangsa memperdengarkan bacaan surah Al-Maidah ayat 116 hingga 120. Masa Ustaz Amir mengaji, meremang bulu roma kitorang. Nama pun Johan Qari Antarabangsa kan...So, sememangnya layak Ustaz Amir diberi pengiktirafan macam tuh...Serius, kalau kawan kawan dengar Ustaz nih mengaji, memang tegak bulu roma.


Kemudian, khtam Al-Quran dimulakan dan dipimpin oleh Ustaz Amir....



Selesai khatam Al-Quran, ada persembahan qasidah oleh kumpulan Imtiyaz BAKA pulak....Time nih semua enjoy sebab best sangat sangat...


Tamat persembahan qasidah, sesi membuncitkan perut pulak...Menu petang tuh Bihun Goreng Tomyam, kuih donut dan air kopi o....




Yang penting posing depan kamera walaupun tengah makan...

Habis aje makan, acara wajib bagi kitorang yang giler kamera....Me'mosing'kan diri memasing....





Habis sesi bergambar, kitorang sama sama kemas dewan....Alhamdulillah, program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan mendapat pujian. Hilang semua rasa penat sebab apa yang diusahakan dihargai...


Last but not least, mimik muka yang tak boleh blah sambil gulung karpet...

Nota kaki* Esok ada majlis perpisahan pelajar praktikal dan sambutan hari lahir staf dari bulan Julai - Sept...

1 Malaysia Privilege Card


Sebelum berkursus hari tuh, incik hubby sempat serahkan duit belanja dan 3 keping kad. Kad maybank, kad affin dan 1 Malaysia Privilege Card. Dia sempat pesan kalau nak shopping guna kad tuh. Dapat diskaun....Hehehe...PU dah tersenyum lebar bila dapat kad tuh....Tapi PU nih bukan kaki shopping sangat pun...Kalau nak tengok PU gila shopping kat satu tempat jela...POPULAR....PU memang ulat buku ye....


Nih la privilege card tuh...

Seperti yang diwar warkan sebelum ini, Privilege Card nih merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 atau International blue Ocean Strategy (NBOS 6) yang merupakan usahasama Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. ATM dan PDRM boleh menikmati ganjaran istimewa dimana mereka akan menikmati potongan harga dalam pelbagai perbelanjaan seperti keperluan harian, alat sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan, barangan kesihatan serta beberapa kategori barangan dan syarikat yang terlibat....

Antara syarikat yang terlibat ialah :

                                        











  






Semuanya ada 23 buah syarikat yang terlibat......Yang buat PU suka sangat sangat bila semua tempat yang ada dalam list PU ada kat atas nih....Banyak tempat PU plan nak pergi cuma masa tak mengizinkan. Kalau tak tahun nih, insyaALLAH tahun depan. 

Yang PU tahu kad nih akan diedarkan secara berperingkat...Peringkat pertama ATM dan PDRM. Peringkat kedua pulak pesara pesara dan jururawat. Peringkat terakhir barulah kakitangan awam kerajaan yang lain...InsyaALLAH, siapa siapa yang kerja gov akan dapat cuma tunggu turn jelah....

Nota kaki* PU plan nak pergi Legoland, Lost World of Tambun dan Bukit Gambang.....3 tempat nih memang dalam list tempat yang PU nak pergi dengan family....

Majlis pernikahan Ita (sepupu incik hubby) di Sg Rambai Melaka

Ahad lepas, memang takde apa apa nak buat. So, duduk rumah kemas rumah apa yang patut. Incik hubby pulak diberi pelepasan cuti weekend berkursus, so kerja dia membalas dendam dengan tidur membesarkan badan..lalalala...

Lebih kurang petang dalm pukul 5 lebih, incik hubby bersiap siap nak balik Melaka sebab nak attend pernikahan sepupu dia....Incik hubby banyak kali dah ajak PU nak ikut ke tak tapi hati PU berbelah bagi. al maklum ajelahkan dah hujung hujung bulan nih, tinggal nyawa nyawa ikan dah sebab gaji lambat lagi. So, PU fikir kalau incik hubby balik sorang sorang naik motor save sikit duit kan. Tapi bila difikirkan dari satu sudut yang lain, rasa macam tak patut aje PU biarkan incik hubby balik sorang sorang. Yelah kan, bila dah berkahwin nih family suami family kita juga....Bukannya family i, family i..Family u, family u....No no no...

So, bincang punya bincang, PU decided ikut incik hubby balik juga...Sebab kitorang takut nanti majlis perkahwinan sepupu incik hubby yang akan diadakan bulan November nanti kitorang tak dapat attend. Kitorang sampai lebih kurang pukul 8.30 malam. Sampai je, PU solat kat rumah MIL pastu terus pergi rumah tok mak (nenek incik hubby). Majlis pernikahan diadakan lebih kurang pukul 9 malam....PU pun tak ingat masa yang sebenarnya.....

PU tempek beberapa pic suasana pernikahan malam Ahad tuh. Jemputan pun tak ramai lebih kurang 150 orang tuh pun terdiri daripada family kedua belah pihak...Pernikahan nih diadakan last minit dan tergesa gesa atas sebab kesihatan makcik incik hubby (ibu pengantin perempuan, kitorang panggil mama & suaminya pula kitorang panggil papa) yang tidak mengizinkan selepas pembedahan buang rahim...Maka, pernikahan terpaksa dibuat terlebih dahulu sebab sepupu incik hubby cakap kalau mama dia takde nanti, dia tak nak kahwin.

Actually pengantin perempuan nih sangat sangat rapat dengan mamanya memandangkan dia satu satunya anak mama yang tinggal. Sebenarnya pengantin ada dua orang adik beradik tapi adik lelaki dia dah lama meninggal kerana kemalangan. So, kira sepupu incik hubby nih anak perempuan tunggal. Bila keadaan kesihatan mama tak mengizinkan, maka kata sepakat pun dicapai. majlis pernikahan diadakan terlebih dahulu.

Majlis malam tuh berjalan dengan lancar dan sempurna. serba sederhana. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Ita sah bergelar isteri. Syukur segalanya dipermudahkan.....PU sempat snap beberapa pic sekitar majlis. sorry if gambar tak clear sebab ambik guna hp champ jer...Tab PU buat hal lak malam tuh.....


Pic pelamin...Snap dari tepi jer....Sangat simple dan nice...Ibu pengantin perempuan yang duduk dekat kerusi roda (kat pintu)....


Bapa pengantin yang pakai baju ungu......


Pengantin lelaki debar menanti....


Hilang sudah debaran di hati...Akhirnya sah bergelar suami isteri....


Nih pulak gambar adik adik sepupu incik hubby....Yang tengah tengah cecoet tuh buat gaya satu jari tuh Auni.....Kalau bergambar suka sangat buat gaya dia macam tuh...


Muka diorang lagi...Masa nih puas pujuk Aina bergambar tapi dia tak nak....Angin dia tak berapa baik....


Finally, sekian lama memujuk baru Aina nak bergambar sekali...Tuh pun pic tak standby...


Last but not least, Aina bergambar dengan moksu dia ( adik incik hubby yang bongsu)

Lepas majlis selesai, PU sekeluarga bertolak balik lebih kurang pukul 12.15 malam. Sampai rumah dalam pukul 2 pagi lebih....

Bermula episod duka - PU ditinggalkan incik hubby!!!

Assalamualaikum.....

Semoga kawan kawan yang PU sayangi sihat walafiat hendaknya....Kepada yang bekerja selamat bekerja lah ye (termasuk orang yang menaip entry nih)....No Monday Blues kan??hehehe.....

Sebelum PU update entry pasal cerita semalam, semalam dan semalam punya cerita...Nak share dengan korang pasal tajuk kat atas....Erm......Rasa rasanya kan apa yang terlintas kat kepala korang bila baca tajuk tuh????Hakikatnya memang betul PU ditinggalkan incik hubby.....Sedih sangat sangat.......

Tapi bukan tinggalkan selama lamanya tau tapi tinggalkan sekejap je sebab incik hubby berkursus....Gila apa kan kena tinggal terus boleh maintain update entry bagai.....Sedih memang sedih ditinggalkan incik hubby tapi nak buat macam mana kan, as a wife kenalah faham tugas incik hubby sebagai askar.

Incik hubby attend kursus memandu start 10/09/2012 sampai 24/11/2012......So, apa apa program yang PU plan terpaksa dilakukan tanpa incik hubby. Tapi yang gembiranya, incik hubby cakap kemungkinan weekend diorang boleh balik tapi tak tahu lah kebenarannya setakat mana. Bergantung pada arahan semasa pegawai lah kan....

Nasib baik buah hati pengarang jantung Aina dan Auni ada. So, taklah PU sunyi duduk kat rumah kan...Sekurang kurangnya telatah dua beradik nih boleh kurangkan rasa rindu kat incik hubby.....Lagipun, sebelum berkahwin dengan incik hubby, PU memang tahu risiko dan cabaran berkahwin dengan golongan tentera nih. So, mental dan fizikal kena kuatlah kan. Kalau kena tinggalkan dengan suami tuh tak payah cakaplah, memang dah jadi makanan kepada sesiapa yang bergelar isteri tentera nih.....PU pernah berjauhan dengan incik hubby selama 3 bulan sebab dia kena pergi Pulau Lankayan, Sabah.  Masa tuh, kitorang baru berkahwin dan bayangkan hari raya pertama bergelar isteri orang, PU beraya sorang sorang tanpa incik hubby. Bila ramai tanya, suami mana...PU jawab berjuang demi negara..hehehe....Malas nak jawab lebih lebih...

Nota kaki* Hopefully every weekend incik hubby dan kawan kawan yang lain diberi kelonggaran balik rumah....Sebab weekend nih lah banyak plan nak pergi sana pergi sini kan....

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada PinkUmmi sekeluarga

Assalamualaikum...


Esok, PU dah start cuti.....So, PU pun tak sure bila PU akan online semula.....Di kesempatan ini PU susun sepuluh jari mohon maaf ampun dan maaf kepada kawan kawan blogger yang PU sayangi....

PU sekeluarga doakan perjalanan kawan kawan semua selamat pergi dan balik kampung....Memandu dengan berhati-hati tau....

Kami sekeluarga ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.