Kaki Auni luka pula =_='

Malam tadi, lepas kes Aina menangis macam kena histeria tuh, PU lepak lepak tengok TV, incik hubby letak Auni atas badan PU. PU marah jugak lah sebab mengganggu konsentrasi nak tengok tv..hehehehe...

Sekali incik hubby bagitahu kaki Auni kat lutut luka....PU apa lagi membebel bebel lah kat incik hubby. Dia sibuk sangat bawak anak anak main kat luar. Dia leka berborak dengan jiran jiran, sampai kaki anak terluka..

Auni pulak asyik tunjuk kaki dia yang luka tuh...Menunjukkan betapa sakit dan pedihnya kaki dia kan....


Masa nih Auni tengah menetek....Incik hubby bawak Aina keluar pergi kedai beli plaster untuk Auni....Incik hubby tak tahan dengar bebel tuh yang dia cepat cepat pergi beli plaster...Sebelum isteri dia nih bertukar jadi Incredible Hulk baik dia pergi kedai cepatkan...


Masa nih kaki dia dah bertampal plaster..Time nih Auni dah tidur pun....Kesian Auni, dia menahan sakit je...

Nota kaki* Sepanjang PU jaga Auni selama setahun 3 bulan tak pernah pun dia terluka. Jatuh tuh dah banyak kali lah kan....Tapi semalam baru incik hubby jaga, Auni dapat 'hadiah' pertama.....Sabar jelah kan =_=

Malam tadi PU jadi ummi yang kejam!!!

Assalamualaikum...

Hari nih entry PU nak cerita kat korang pasal malam tadi....Malam tadi selepas buka puasa, PU solat dan mengaji. Lepas tuh, masa tengah mengaji tuh incik hubby beritahu dia nak pergi kedai beli pampers Aina dan Auni. Incik hubby pergi kedai naik motor. So, takdelah dia bawa anak anak ikut sekali. Nak dijadikan cerita, lepas incik hubby pergi Aina menangis punyalah kuat....Main teran teran suara lagi. Konon konon nak test market lah suara dia tuh kan...

PU nih mula mula boleh sabar lagi, PU pujuk dia suruh duduk sebelah dengar PU mengaji tapi dia menjerit tak nak. Okeylah kalau dia tak nak takkan nak paksakan..PU terus jelah mengaji. Semakin lama semakin melampau pula Aina menangis sehingga mengganggu konsentrasi PU nak mengaji. PU apa lagi kan...Berhenti mengaji sekejap terus pergi dekat Aina PU kurung dia dalam bilik utama. Lama juga lah PU kurung dia sampai PU habis mengaji.

PU ingatkan kalau kurung dia tuh, dia berhenti menangis sebab dah serik rupa rupanya lagi kuat menangis dan menjerit. Tahap kesabaran PU dah sampai tahap maksimum nih...PU terlalu geram, PU bukak sliding door dan gril pintu, PU suruh Aina duduk luar sampai abi dia balik. Lepas tuh, PU kunci gril pintu dan biarkan sliding door terbuka sikit sebab nak senang nak pantau Aina. Punyalah hilang sabar PU pukul gril pintu tuh dengan hanger baju...

Korang tahu tak, PU perasan lah jiran depan rumah PU macam nak datang tengok apa yang jadi. Agaknya dia fikir PU pukul Aina teruk sangat atau istilah mudahnya dera Aina lah..Yelah korang, kalau korang dengar Aina menangis mesti korang fikir Aina kena dera....PU sendiri dengar dia menangis pun boleh hilang sabar tau...

Bila abi dia balik, abi dia pujuk. Terus Aina diam. Incik hubby biasalah mana pernah nak serius, dia tanya PU pun boleh gelak gelak lagi....Dia tanya kenapa Aina duduk luar, PU jawab PU yang letak Aina dekat luar dia boleh gelak....Ish, sabar jelah..Dah lah geram dengan perangai Aina tak habis lagi, incik hubby boleh ketawa dengar jawapan PU...

Walau marah macam mana pun PU kat Aina, PU pujuk dia juga. Anak kan, ibu mana yang tak sayang. PU marahkan Aina sebab nak dia belajar menghormati orang yang sedang mengaji. Kalau azan berkumandang pun, PU ajar Aina dan Auni supaya senyap. Selalunya bila PU mengaji, Aina memang takkan ganggu tapi semalam gara gara tak dapat ikut abi dia pergi kedai hilang terus rasa hormatnya tuh...

Nota kaki* PU memang garang dengan anak anak. Kadang kadang orang tua PU cakap PU terlalu garang dengan cucu cucu diorang. PU bukan apa, PU tak nak anak anak pijak kepala. Nak mendidik anak anak sekarang sangat mencabar zaman sekarang nih. Asalkan PU tak sampai kategori Ummi yang zalim sebab dera anak anak dah kira ok..Bagi PU balance lah cara PU dan incik hubby didik anak anak sebab PU garang tapi incik hubby tak.

ChipsTella PinkUmmi

Baru baru nih PU buat resipi air..Ala ala macam krusher tapi rasa tak sama lah kan..Resipi pun lain kot..Tapi dah kepala otak nih duk terbayang Krusher Chipsmore KFC tuh, PU apa lagi buat jugak la...Nak kata ice blended boleh nak kata ala ala Krusher KFC pun boleh..hehehe...


Bahan bahan nak buat air nih korang perlu kan serbuk milo, susu pekat, ais ketul, air, biskut chipsmore dan coklat Nutella....Blend kesemua bahan. Dah siap....

Nota kaki* Dua beradik yang habiskan air nih...Pantang nampak makanan or minuman confirm berlari terjah Ummi dia...

Menangis sebab terlalu terperanjat =_='

Assalamualaikum...


Sabtu lepas PU tinggal bertiga dengan anak anak. Macam biasalah incik hubby kojo. Aktiviti PU time time cuti hujung minggu bulan puasa macam biasalah. PU akan masak untuk berbuka puasa dalam pukul 6.00. Lepas tuh, PU sidai baju. Selesai sidai baju, sebelum masuk rumah, PU kunci pintu pagar rumah. 

Selepas berbuka dan solat, PU lepak tengok drama Korea Big kat KBSW Channel 391. Tengah leka tengok drama Korea tuh, tiba tiba kasut Auni jatuh kat sebelah PU. Masa tuh PU landing baik punya kat atas sofa. Pelik jugak macam mana kasut tuh boleh terjatuh kat tepi PU sedangkan kasut tuh PU susun kat atas rak kasut luar rumah. Aina dan Auni nak capai pun memang tak sampai lah. PU ambil kasut tuh terus pandang ke arah sliding door. 

Tengok sliding door terbuka. PU fikir sah Aina yang buka sliding door tuh. PU terus lah pergi ke sliding door nak letak kasut tuh kat atas rak semula. Sekali, mata PU ternampak pagar luar rumah PU terbuka luas. PU dah rasa cuak sebab PU memang yakin 100% lah pagar tuh dah berkunci. Dalam kepala otak nih dah fikir mesti ada orang nak pecah masuk rumah. Area rumah sebelum nih dah banyak kes sama berlaku. Tiba tiba ada satu suara menyergah PU. PU apa lagi menjerit ketakutan sekuat hati lah kan. Auni pun terkejut tengok Ummi dia menjerit terus dia berlari ke arah PU dan peluk.

Sekali, korang tahu PU terdengar suara orang ketawa. Rupa rupanya incik hubby PU. PU dah pegang dada sebab terlalu terkejut sambil tuh mulut tak henti henti sebut Astaghfirullah al Azim.... Badan PU dah menggigil sebab ketakutan, PU terus duduk kat sofa. Lepas tuh apa lagi, PU tekup muka dengan tangan terus menangis teresak esak lah. 

Incik hubby tengok PU menangis terus datang duduk tepi PU. Dia rangkul bahu PU, usap usap dan cakap sudah lah tuh...Lebih kurang 3 minit PU menangis baru PU berhenti. Rasa lega sangat sangat. PU kesat air mata, pastu PU dengar incik hubby ketawakan PU. Jahat tau dia. Lepas tuh dia boleh cakap "Tanjat kita." Kurang asam kan...Dah lah kita tinggal bertiga aje dengan anak anak lepas tuh dia boleh buat lawak hampeh macam tuh..

PU bukan apa tau kawan kawan, PU takut something jadi kat diri dan anak anak. Nak nak incik hubby takde kat rumah. Sekali bila jadi kejadian macam nih, mahu tak terkejut PU dibuatnya. Nak nak incik hubby dah inform yang dia tak balik rumah malam tuh. Memang hati nih geram jer dengan dia tau...Incik hubby PU nih suka buat surprise tapi kali nih surprise dia memang bikin orang sakit jantung boleh mati keras lah...

Nota kaki* Sampai sekarang masih teringat kejadian tuh.....Geram ada, kelakar pun ada...kihkihkih....

Kuih kegemaran PU (^_^)

Disebabkan dalam mood berpuasa, PU nak share dengan kawan kawan kuih kegemaran PU. Bila time puasa memang kuih kuih nih akan PU cari dulu untuk di makan masa berbuka nanti...Tapi kalau bukan bulan puasa pun, hari hari lain pun PU cari kuih nih jugak.....

Memang PU suka, gemar dan minat gila dengan kuih kuih nih.....Tak tahulah kenapa...Kalau tak dapat boleh merajuk patplohpat ari la sebab kuih kuih nih memang mengiurkan..hehehe.....

Kuih kuih yang bertuah menjadi pilihan hati jantung limpa PU tuh ialah................jeng..jeng...jeng...






Cucur Badak


Pulut Serunding

Buah Melaka

*gambar gambar kuih kuih kat atas nih ihsan atok google*

Memang PU fanatik sangat dengan kuih kuih kat atas nih. Alhamdulillah semalam, PU berjaya beli ketiga tiga jenis kuih nih tapi PU dapat rasa pulut serunding jer..Kuih kain tak dan nak makan sebab perut dah nak penuh...Tapi kuih pulut serunding tuh tak kena dengan tekak sebab kuihnya terlalu lembik......Nak habiskan separuh pun tak sanggup tapi nak tak nak kena habiskan semua sebab membazir pulakkan kalau tak habis makan, takkan nak buang pulak kan..Kuih kuih yang lain adik adik PU tolong habiskan hehehe....

So, nih la kuih kegemaran PU....Kalau dihidangkan kuih kuih nih dengan kuih lain dekat depan PU, PU dah tak pandang kuih kuih lain. Confirm mata PU terus fokus dan melekat kat kuih kuih atas nih.....Kawan kawan pun mesti ada kuih favourite jugakkan..Share lah korang suka kuih apa???

Kad Raya istimewa untuk kawan kawan blogger

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari nih genap 7 hari umat Islam berpuasa. Syukur setakat nih puasa PU penuh lagi belum cuti lagi..hehehe....

Sempena bulan puasa yang penuh barakah nih, dengan baik hatinya PU nak bagi kad raya kat kawan kawan blogger kesayangan PU semua nih...Walaupun tak pernah berjumpa tapi PU tahu korang memang da best...

So, sesiapa yang nak kad raya daripada PU sila beri maklumat berikut kat kotak komen entry nih ye...Jangan risau, PU takkan publish details korang..Lepas PU dah amik details tuh semua, PU akan delete...Buat masa sekarang nih PU nak takde sebarang urursan dekat email sebab PU sedang bertungkus lumus membaca email yang banyak sangat....Naik juling mata dibuatnya...

Detail yang PU nak : Nama dan Alamat sahaja.....Tuh saja okeh!!!

My Family, My Love

Assalamualaikum....

PU nak introduce kawan kawan kesayangan PU yang gojes gojes dan hot hot belaka nih dengan family kesayangan PU.....Thanks to mama & ayah....Melahirkan kami tujuh beradik dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran....Semoga ALLAH memelihara mama dan ayah seperti mana mama dan ayah memelihara kami tujuh beradik...Amin...


Agak agak kan PU mewarisi muka mama atau ayah PU...haaaaa...ce teka ce teka.....bersyukur sangat sebab family PU nih Family 1 Malaysia tau..hahaha..Nih statement adik PU ye bukan PU tau...

Makruh post gambar makanan.........................

Nak masak telur dalam kereta ke?

Assalamualaikum....

Entry kali nih nak cerita pasal karenah Auni....Memang betul lah kata orang, anak nombor dua nih memang lain daripada yang lain. Nakal semacam...

Al kisahnya petang semalam lepas ambil Aina dan Auni kat rumah makngah, PU singgah kedai beli telur 5 biji nak masak untuk berbuka nanti. Telur tuh PU letak dekat seat belakang bersebelahan dengan bakul yang berisi botol botol susu, pelas air, air suam, susu dan vitamin si kecik dua orang nih. Kira telur tuh tersorok sikit kira tak lah Aina dan Auni nampak kan....PU rasalah...Tapi rasa PU tuh lah selalu salah...

Dalam perjalanan nak balik tuh, Auni macam biasa lah dalam kereta tak reti duduk diam. Kadang kadang PU nak drive pun payah sebab ada aje kerjanya. Sekejap duduk kat riba PU, kejap duduk kat seat belakang...Nak dijadikan cerita, dari seat depan Auni pindah duduk belakang. Masa tuh PU dah panggil Auni takut dia keluar semua barang dari bakul.

Tapi PU pelik Auni duduk rileks jer kat belakang. Masa tuh, PU nampak tangan dia pegang something. Sekali, PU fokus betul betul apa yang dia pegang. Ingatkan pegang botol vitamin rupanya ya ampunnnnn....Dia pegang telur buat main macam bola. 

PU pun apa lagi, sepantas kilat bagi signal kiri dan berhenti kat tepi jalan. PU cepat cepat ambil telur kat tangan Auni. Ingatkan dapat selamatkan telur rupa rupanya sebiji dah selamat Auni pecahkan....Masa tuh, tinggal kulit aje bersepah sepah kat seat isi dalamnya tak tahu ke mana. PU pun kemas apa yang patut sambil tuh mulut membebel. Aina membebel juga marahkan adik dia yang nakal tuh hehehehe (^_^)

Korang nak tahu kat mana isi telur tuh..Rupa rupanya kat belakang bakul betul betul kat kepala untuk masukkan seat belt tuh....Betul ke apa yang PU cakap nih....Korang tengok jela gambar kat bawah nih nak bagi jelas dan faham sikit kat korang...


Korang nampak kan? Habis basah kusyen seat belakang. PU dah basuh seat tuh dengan air dan lap. Nasib baik dalam kereta ada standby kain lap. Lepas tuh, PU terus mesej incik hubby report kenakalan anak dara dia. Incik hubby memang dah masak sangat dengan perangai anak dara nih. Mula mula incik hubby ingat telur pecah semua, bila PU cakap pecah sebiji dia pun cakap yela....Maknanya dia tak kisah lah kan.....

Nota kaki* Selalunya yang garang dengan anak anak PU lah. Incik hubby sabar layan karenah anak anak dia. Kalau PU dah mula marah marah dan nak pukul anak anak incik hubby bawak anak anak lari masuk bilik sambil duk perli perli PU cakap PU kepala angin..hehehe...

Kesabaran teruji di bulan puasa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah empat hari kita sebagai umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan....Syukur masih diberi peluang untuk melakukan ibadah :)

Kali nih entry PU tak bergambar. Entry kali nih lebih pada luahan hati yang tengah sedih. Dugaan di bulan puasa. Kawan kawan bayangkan lah baru baru nih berlaku satu insiden kat office di mana niat sebenar dan tujuan baik PU dan officemate di salah ertikan. Biarkan PU namakan orang nih si A. Dia menuduh PU dan kawan menganiaya dia dan menjatuhkan kredibiliti dia sebagai pegawai. Astaghfirullah mengucap panjang kitorang bila dia cakap macam tuh. Padahal niat sebenar kami hanya untuk mengesahkan kehadiran dia di satu seminar yang dia kata nak hadir. Kitorang call penganjur seminar nak kan kepastian sebab timbulnya masalah yang berpunca daripada dia sendiri. PU dan officemate sebagai orang kuat admin (pentadbiran)   
rasa apa yang kami buat nih betul dan tak salah sebab kami cuma nakkan kepastian.

So, satu hari (minggu lepas lah) PU dan officemate dah pun berjumpa dengan si A nih dan luahkan segala galanya yang terbuku dan tegur kesalahan yang dia lakukan kat office. Dia pun dah minta maaf dekat PU dan PU pun dah minta maaf dekat dia. Dia siap pesan apa yang berlaku, habis setakat tuh saja tak perlu heboh hebohkan. So, PU pegang kata kata dia tuh.

Sekali korang tahu apa yang jadi? Dia suruh PU dan officemate shut our mouth cerita pasal nih tapi sebaliknya yang berlaku. Dia yang heboh hebohkan cerita nih dekat orang hinggakan cerita nih sampai dekat kawan di bahagian yang sama tapi cawangan daerah. Korang faham tak apa yang PU cuba terangkan nih..hehehe...Kira office PU nih, office induk..So, bawah office induk nih ada lagi anak anak bawah dia...Kira kitorang kat sini panggil cawangan daerah la kan...

Bayangkan lah perasaan PU dan officemate nih bila dengar pasal hal nih...Sedih dan marah bercampur baur...Memang rasa nak menangis pun ada, rasa nak tampar tampar orang tuh pun ada. hari nih, PU dengar ada cerita terbaru pulak yang dia tuh dah buat. Ya ALLAH...bulan puasa kali nih memang berat sungguh dugaan yang PU hadapi. Tapi setiap kali solat, PU tak lupa berdoa agar PU diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan yang mendatang.

Alhamdulillah PU dan officemate serta bebebrapa kawan office yang secara tak langsung terlibat dalam hal nih, tetap sabar dan kuat menghadapi masalah yang timbul nih. Kitorang tak gentar langsung sebab kitorang tak salah dan jauh sekali nak menjatuhkan maruah atau kredibiliti dia. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH..Terpulang lah dekat dia sama ada nak bersangka buruk dekat kitorang atau tidak. 

Kesimpulan yang kitorang kat sini buat, kitorang takkan percaya dengan si A nih lagi dan akan lebih berhati hati pada masa akan datang. Kitorang tak sangka si A nih, depan cakap lain belakang cakap lain. Kalau korang jumpa dia mesti tak percaya dia macam nih. Memang nampak seorang yang sangat baik dan lembut tapi.....

PU harap sangat sangat masalah yang timbul nih cepat cepat selesai. Sakit kepala memikirkan hal nih. PU takut sangat sangat kalau sifat mazmumah bermaharajalela dalam hati....Semoga ALLAH jauhkan sifat mazmumah tuh dari hati PU...

Nota kaki* PU cuba bersikap biasa tak nak fikirkan hal nih tapi tak boleh..Masis sedih dengan apa yang berlaku....

Lawak di pagi Isnin

Assalamualaikum....

Sehari PU berehat seketika dari berblogging.....Hari nih macam biasalah kan Monday Blues....Tapi hari nih dah tak jadi Monday Blues tapi jadi hari lawak...

Macam biasalah kan pagi tadi lepas sahur, PU terus bersiap siap nak pergi kerja. So, macam biasalah kan siap kan barang barang anak anak...

Perjalanan PU dari rumah Bdr Sri Sendayan patah balik ke Telok Kemang hantar anak anak kat rumah makngah..Pastu, PU stop kat Mobile nak isi minyak kereta. Then, teruskan perjalanan ikut highway PD-Seremban nak ke tempat kerja...

Nak dijadikan cerita masa on the way nak ke tempat kerja tuh, PU terperasan sesuatu kat cermin kereta....Something yang bukan mengelikan, menakutkan atau apa-apa...Nak kata malu pun boleh, nak kata lawak pun boleh.

PU pun hairan macam mana PU boleh tak perasan benda nih kat cermin kereta. Korang bayangkanlah sepanjang jalan, berapa banyak kereta, lori dan motosikal bertembung dengan PU. Pastu, masa isi minyak kereta, punyalah banyak kereta queue nak isi minyak, sorang pun tak datang tegur PU...

Alahai malunya PU....Korang nak tahu apa benda yang ada kat cermin kereta PU tuh???Korang tengok kat gambar bawah nih....Jangan gelakkan PU tau...Malu sudah nih...























































































Hanger baju korang.....Malu tau...PU cerita kat kawan, dia bantai gelakkan PU....PU sampai sekarang hairan macam mana boleh tak perasan hanger nih kat kereta. Agaknya warna hanger nih hitam kot tuh yang tak perasan time gelap, bila dah terang benderang baru nampak....

Nota kaki* First time jadi macam nih..Maluuuuuuuuuuuuuuuuu

Salam Ramadhan




Hari ini hari pertama umat Islam akan mula berpuasa.....Suasana berpuasa di hari pertama mesti seronok dan meriah (",)

Sempena bulan Ramadhan bulan yang mulia penuh barakah ini, PU nak ucapkan selamat berpuasa kepada kawan kawan alam maya PU yang best best dan sporting....

Bersama samalah kita mempertingkatkan amal ibadat kita dan mencari keredhaanNya....Semoga segala amal ibadat kita mendapat keberkatan ALLAH S.W.T....Amin..

Teman setia PU (^_^)

Kat entry sebelum nih, PU ada cerita pasal tangan jadi mengelupas lepas kena demam campak keladi tuh kan...Untuk pengetahuan korang, semakin hari semakin teruk tau tangan PU mengelupas..Kadang kadang tuh rasa malu sangat sangat nak berdepan dengan orang luar. Yelah kawan kawan office memang tak kisah dan tahu...

Macam contoh lah kan, bila nak bayar tol, PU akan malu bila nak bagi duit kat jurutol tuh sebab masa diorang amik duit tuh mesti diorang akan tengok tangan kita kan...PU kadang kadang rasa malu teramat sangat. Memang keadaan tangan semakin teruk.

So, sebagai inisiatif untuk selesaikan masalah PU tuh, kawan kawan suggest PU pakai losyen tangan selalu. Sebenarnya kat office PU memang standby losyen kat atas meja. Losyen Garnier memang PU letak khas kat office tapi memandangkan keadaan tangan yang teruk PU tak guna losyen GArnier sebab tak berapa sesuai. Jadi, PU gunakan losyen Johnson & Johnson. Kebetulan, losyen nih memang ada dekat rumah tak pernah guna pun, so PU guna jelah kan...Kira losyen nih la jadi teman setia PU ke mana sahaja PU pergi. 


Nih la teman setia PU...Walaupun fungsi losyen nih digunakan sebelum tidur tapi ada PU kisah???Janji tangan PU sentiasa lembab....Walaupun botol gedabak PU tak malu pun nak bawa ke hulu ke hilir...

Buat masa nih, losyen nih jela yang sesuai dengan keadaan tangan PU sekarang. Losyen lain tak sesuai...

Nota kaki* betis kedua dua kaki PU dah mula kering dan kulit mengelupas juga...huhuhu =_='

Auni si cilik yang berani!!!

Assalamualaikum...

Kelmarin, PU duduk lepak lepak kat luar rumah dengan makcik, pakcik dan adik adik sepupu.Macam biasalah kan kalau dah saudara mara berkumpul, meriah lah kan…Nak jadikan cerita, masa tuh, PU baring kat sofa tiga kat tepi tingkap bilik. Aina baring atas badan PU.
Lepas tuh, Aina panjat sofa yang PU baring tuh. Panjat punya panjat, Auni sampai kat kepala sofa. Pastu, dia duduk duduk lepak kat atas kepala sofa tuh…





Masa nih auni cakap “Gi..gi…gi,” kat pakcik makcik dia….Kitorang memang tergelak masa nih..Kelakar tengok aksi Auni macam nih…
Pastu, dia pun apa lagi mula memanjat tingkap. Masa nih, PU cepat cepat snap pic Auni memanjat. Perangai Auni nih tak ubah macam budak lelaki, lasak bukan main lagi.

Kebetulan masa nih, incik hubby call PU. PU apa lagi mengadu kat incik hubby perangai anak dara dia sorang nih. Incik hubby memang terkejut lah…Bukan kata dia, PU pun terkejut jugak sebab Auni memang berani. Kalau Aina, jangan haraplah dia nak panjat tinggi tinggi macam nih. Memang hati kering lah Auni nih…

Korang tengoklah gambar gambar aksi bernai Auni kat bawah nih…




Posing seksi Auni khas untuk tatapan semua tau..hehehehe




Yiihaaa…gaya spidergirl melekap kat tingkap…hahaha….

Balik nih tak sabar nak tunjuk incik hubby gambar gambar Auni…Biar dia tahu karenah anak  dia sepanjang dia takde kat rumah..Baru dia tahu, macam mana PU penat melayan telatah dan karenah anak anak kesayangan dia..hehe

Wordless Wednesday #10 - Kenangan Manis Kami Berdua


Selepas kami sah jadi suami isteri - 22 Mac 2008
Tema nikah : Silver & Black

Berat dan tinggi Auni yang sebenar ialah......

Sebelum nih PU ada post entry pasal check up Auni setahun 3 bulan dan PU amik pil perancang kan...Pastu PU ada suruh korang main teka teka berat dan tinggi Auni kan......


Berat sebenar Auni ialah 8.2 kg dan tinggi dia 78 cm...Selepas PU tambah tolak bahagi dan tolak...PU pilih seorang pemenang yang jawapannya hampir hampir....Ikutkan semua jawapan yang kawan kawan beri tak tepat tapi PU bagi hadiah pada jawapan yang paling hampir ya....

Dan PEMENANG yang beri jawapan yang hampir ialah ....................................................
































































































































Haaa............Nihlah pemenang bertuah tuh..hehehe.....so, IB tunggu jelah ye hadiah PU tuh..InsyaALLAH by next week PU pos okeh!!!!

Banyaknya ganjaran Puasa Ramadhan

Senjata yang patut PU gunakan untuk gangster yang ganggu PU..hehehe

Inilah senjata yang perlu PU gunakan kalau gangster gangster kat luar sana yang nak ganggu PU...Ada berani??? Tak payah belajar taekwando atau karate bagai..Ada senjata nih pun dah kira cukup lah kan...Confirm diorang kecut punya..




























































































Nota kaki* Takde maknanya gangster gangster tuh takut tengok senjata daku nih....Confirm kena gelak kaw kaw punya...Apa pun tak boleh...

Mana la korang dapat nombor office aku wei!!!

Entry nih nak kata marah pun tak nak kata geram pun tak...Mungkin marah + geram kot tapi tak berapa nak marah...Macam mana tuh marah tapi tak berapa nak marah..hehehe

Macam nih, tengah PU sibuk sibuk BW kat blog blog kawan kawan kesayangan PU dapatlah panggilan daripada one gugurl nih yang suara yang memang lembut. Of course la nak cakap dengan PU kan...Ingat orang nak tuntut hutang ke apa kan...hahaha....Sekali dari Koperasi Biro Angkasa da...Mana dia dapt nombor office PU nih pun tak tahulah....

Siap minta gaji bagai nak buat kira kira....Dia cakap PU layak buat 24k bulan bulan potong 200++...Ala part nih yang PU lemah...PU dah cakap kat dia kalau saya buat loan pun nak buat apa...PU nih malas la nak fikir tambah tambah hutang bagai nih. Baru ummi dua anak nih nak merasa gaji banyak kan...Bila orang paksa paksa suruh buat loan nih, malas betul nak layan.

Minta maaf lah ye, PU memang akan layan korang ye dik non. Tapi kalau korang suruh buat loan, maaflah PU tak dapat nak tolong. Malas nak menambah hutang nih...Please lah korang bagi PU bernafas luar daripada lumpur ye..

Nota Kaki* Kawan kawan tahu tak kat mana erk orang orang koperasi nih dapat nombor handphone atau nombor office kita? Peliklah PU....=_=

Apa yang bakal PU sediakan sempena Aidilfitri nanti? First time nak buat..(^_^)

Assalamualaikum...

Tinggal lebih kurang tiga hari saja lagi kita umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan..InsyaALLAH PU percaya, kawan kawan semua mesti dah banyak buat persiapan untuk menyambut RAmadhan yang penuh barakah nih kan....

Kalau dah nama pun nak sambut puasa memang tak sah kalau tak bercerita pasal persiapan Hari Raya nantikan...Please lah, belum puasa lagi PU dah sibuk bagai nak cerita persiapan Hari Raya..Nonsense betullah..hehehe

Raya tahun nih, berbeza sikit dari raya tahun tahun yang sudah...Sebab apa PU kata lain sikit...Sebab tahun nih untuk pertama kalinya PU akan buat kek sendiri dan buat biskut raya sendiri...Kalau tahun tahun sudah dengan muka yang tak berapa semenggah berebut rebut dengan officemate nak tempah biskut raya orang jual...Langsung tak ketinggalan nak cuba sampel biskut yang disediakan..Habis semua PU nak try ordernya 2,3 jenis aje..citt..Apa pun tak boleh kan....

Untuk tahun nih PU memang kena buat biskut raya sebab adik PU pun takde bajet nak beli biskut raya untuk parent so, disebabkan adik adik tahu kakak sulung dia nih terror bab bab pastry nih (terror la sangat kan), dah dia siap inform awal awal tahun nih kena buat kuih raya...PU okey aje kan....Tapi tak tahu apa yang bakal PU lalui bila nak buat biskut raya nanti sebab ada pengacau antarabangsa double A...Bukan Azwan Ali ya...Double A tuh stand for Aina dan Auni.....My two little girls yang so nakal tau....Dan sangat comel melayan karenah dua beradik nih...

Macam persiapan rumah pula PU masih kekalkan perabot yang lama...Tak payah tukar tukar yang baru..Lagipun raya tahun nih Pu beraya kat Port Dickson jer kan....Baju raya pun PU tak beli lagi tau...Kalau orang lain dah sibuk tempah baju raya ataupun dah beli baju raya empat lima pasang, PU boleh rileks lagi..hehehe...Next week nak anta tempah baju pun boleh sebab pakcik PU yang jahitkan..hehehe

So, pendek kata persiapan Raya yang first time PU nak buat tahun nih ialah buat kek dan biskut...Kek tuh gagah lagi lah kan nak buat tapi biskut tuh tak tahu la apa ghoman eh..hehehe...

Aktiviti dengan anak anak hari Sabtu....

Aktiviti hari Sabtu PU dengan anak anak ialah just duduk lepak lepak kat rumah..Nak keluar berjimba jimba tak boleh sebab kereta incik hubby guna bawa balik kem....

So, satu hari suntuk PU buka VCD Upin dan Ipin dan lagu lagu Inggeris untuk Aina dan Auni...Lepas tuh, layan cerita Kung Fu Panda 2 dan Enchanted pulak.....

Memang sangat bosan okeh!!!!Tak tau nak buat apa dah..Selalunya hari Sabtu memang jarang layan tv sebab cerita ntah apa apa..hehehe...


Huhu...sorry pic agak goyang sikit.....Aina sibuk sebut "Ma...Upin..Upin...". Pagi pagi celik mata dah suruh buka Upin...Apa pun tak boleh..


Siapa tahu lagu apa nih...Auni siap joget tau dengar lagu nih....


PU suka lagu nih....Best ada, kelakar pun ada...Siap joget lagi kalau nyanyi lagu nih untuk Aina dan Auni..hehehe....

So, inilah aktiviti PU tiga beranak di hari Sabtu.....

Nota kaki* Kepala brain dah memikir2 nak cuti cuti Malaysia nih....huhuhu

Lepas kena campak tangan PU jadi macam nih =_='

Assalamualaikum.....

Entry sebelum nih PU ada bagitau korang yang PU kena campak keladi kan.....Alhamdulillah PU dah pulih sepenuhnya dari campak keladi tuh cuma tinggal kesan campak tuh la..Kesan yang tinggal tuh bukan kesan hitam tapi kesan kulit PU jadi kering dan mengelupas....

Dan disebabkan kulit PU mengelupas, PU rasa agak tidak selesa..Kalau mengelupas di bahagian badan, kakai dan tangan masih boleh ditutup kan...Tapi kalau mengelupas tang tanpak tangan dan jari jemari nih memang tak boleh nak buat...


Korang nampak kan jari jemari PU yang kering dan mengelupas..Saat entry PU taip, kulit kulit yang mengelupas tuh dah merebak satu tapak tangan depan dan belakang....

Kadang kadang PU malu nak berdepan dengan orang sebab keadaan tangan PU yang semakin teruk....Sapu losyen pun tak jalan jugak..


Yang nih pulak tangan kanan. Bila kena air je, tangan PU akan mengelebung dan bila kering tuh yang jadi mengelupas....

Ada yang cakap tangan PU mungkin alergik pada sesuatu yang PU sendiri tak sedar....Macam nenek a.k.a mak PU cakap, bila kita dah semakin meningkat umur kadar alergik pada sesuatu memang meningkat tapi berbeza mengikut pada peringkat umur....

Tapi PU cuma dengar aje..Tak tahu betul ataupun tidak tangan PU jadi macam nih sebab alergik...Kawan kawan rasa tangan PU nih alergik atau kesan dari demam campak???

Nota kaki* PU betul betul tak selesa nak pegang sesuatu atau buat kerja...Tangan PU betul betul jadi kasar..Sangat sangat malu tengok keadaan tangan PU nih tau...Orang luar tengok mesti cakap PU ada penyakit kulit ataupun tak menjaga kebersihan....Sedihnya -_-'

Antara tanda-tanda iman semakin lemah

Kisah bayi yang berkata-kata




Bayi yang Berkata-kata :::

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”

Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.

Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya.

Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”

Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”

Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusyukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”

Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Fulan, seorang pengembala. ”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.”

Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.

Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”

Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”

Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.

Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.”

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”

20 Perkara Membawa Ke Syurga

Assalamualaikum....

Perkongsian di petang Jumaat......


Seronok dapat semua nih!!!

Assalamualaikum....

Semalam PU ada bagitau yang PU pergi Seminar Al-Quran kat ILIM, Bangi kan....Hari nih PU nak cerita apa yang PU dapat bila pergi seminar nih.

Masa pendaftaran, setiap peserta diberi goodies bag......Macam macam ada dalam goodies bag tuh. Seronok sangat bila dapat goodies bag dan tengok apa yang PU dapat....


Antara yang PU dapat pen ILIM, buku nota, majalah keluaran ILIM, VCD Kemahiran Keibubapaan dan nota nota berkaitan dengan Al-Quran...Alhamdulillah bertambah ilmu tentang Al-Quran....

Dan yang paling istimewa dan paling seronok PU dapat ialah......................................



















































































































































Tafsir Al-Quran yang setiap peserta dapat. Tafsir Al-Quran nih dalam bahasa Inggeris tau....Ramai juga yang nak tapi dah kehabisan stok. Kira peserta yang datang memang bertuah lah kan...Yang tak dapat hadir melopong jelah tengok apa yang kitorang dapat nih....

Selain tuh, ada juga bun kacang (dalam goodies bag PU takde pun...sob sob sob...takpelah takde rezeki...), ada dua biji gula gula dan air mineral dalam cawan.....

Yang paling seronok PU dapat jumpa ayah Dato' Jalaludin Hassan tau...Walaupun umur dah melepasi separuh abad tapi masih kuat tau....Comel jer orangnya..hehehehe...Tapi PU tak berkesempatan nak bergambar dengan beliau lah sebab ramai sangat peserta...Macam macam bangsa ada tau...Masa perbincangan tentang Al-Quran, ceramah diberi dalam bahasa Melayu dan Arab...

PU memang suka datang ke majlis majlis ilmu macam nih....Pastu share dengan kawan kawan ilmu yang PU dapat....Apa yang PU tahu, ilmu yang kita dapat tapi tak dikongsikan dengan orang lain, kita akan dapat dosa tau...

Nota kaki* Masa taip entry nih mata PU semakin lama semakin kuyu..Tak taulah kenapa mengantuk sangat sangat...

Tak pening ke tukar tukar pil?

Assalamualaikum......

Hari nih PU nak jawab pertanyaan blogger gojes mommy masa blogger nih komen kat entry tentang Auni check up dan ambil perancang Regulon....PU nak jawab pertanyaan kak Izz Iizza nih ha...Dia tanya PU tak pening ke duk tukar tukar pil nih ha...



Firstly, pertanyaan kak Izz Iizza nih macam ada dua persoalan di situ yang PU fahamlah kan...Yang pertama mungkin maksud kak Izz Iizza tuh pening tukar tukar pil sebab tak confuse ke apa kan tukar tukar pil nih dan maksud kedua yang PU faham pening tuh mungkin kesan daripada makan ubat tuh kot. Yelah makan pil tukar tukar kan kot kot datangkan kesan pening kepala kan...So, untuk mengalakkan kekeliruan, PU jawab soalan kak Izz Iizza dengan dua persoalan yang berbeza.


Inilah pil Regulon.....Pil yang ketiga PU ambil...Mula mula dulu Noriday, yang second Regividon dan terkini Regulon.....

Persoalan pertama : pening mungkin dari segi tak confuse ke tukar tukar pil

Actually PU tak "pening" pun tukar tukar pil nih sebab senang aje nak follow rules nak makan pil nih. Macam noriday, kena makan pil hari hari tak boleh miss pun...Pastu, tukar regividon kena makan sampai hari ke 21.Pastu stop 7 hari..So,dalam tempoh 7 hari tuh akan period. Maknanya dalam tempoh hari ke 22 hingga ke 28 memang akan period lah tak kisahlah hari ke 22 ke, ke 24 ke janji dalam tempoh 7 hari nih memamng period akan datang. Macam PU setiap bulan hari ke 25 mesti akan period. Then, hari ke 29 mesti sambung makan pil Regividon yang baru...Begitulah seterusnya....Then, yang terkini PU tukar Regulon pula. Cara nak makan sama macam makan Regividon tak jauh bezanya pun....Yang penting kena alert masa nak makan. Macam PU, PU akan makan pil nih sebelum tidur...

Persoalan kedua : pening sebab kesan makan pil yang bertukar tukar

So far, setakat nih alhamdulillah PU takde pulak rasa pening kepala ke atau apa ke bila bertukar tukar pil perancang nih. Alhamdulillah, setakat nih PU tiada alergik atau dapat kesan sampingan kalau makan ubat ubatan nih..

Kesimpulannya, PU tak pening pun kak Izz Iizza....Alhamdulillah, setakat nih okey lagi (^_^)

Hadiah istimewa daripada blogger kak Fieda

Assalamualaikum....

Hari nih agak lambat PU update entry sebab pagi nih jam 0800 sampai 1300 PU ada Seminar Al-Quran Kali ke-4 kat ILIM, Bangi. Sampai office jam 1400 ( hari nih mood nak guna sistem 24 jam..hehehe)..

Sampai office, kawan PU bagi Kew.8 gaji. Then, PU buka laci kat meja. Sekali tengok ada sampul surat dalam laci. PU tengok tulisan, cantik tapi PU dapat agak siapa yang bagi. Siapa lagi kalau bukan kak Fieda...

PU tahu sebab sebelum nih kak fieda ada msg PU kat fb minta details sebab dia cakap PU menang GA Izan Mama Mia. Mula mula tuh PU terfikir juga bila masa pula PU join GA sebab dah lama PU tak join GA. Mood nak join tuh dah ke lautan atlantik..hehehe...

Pastu beberapa minit kemudian, kak Fieda inform PU dia tersalah info. Rupa rupanya blogger yang menang tuh url blog dia lebih kurang nama PU, Mimi Azirah tapi blogger tuh url dia http://mimihazirah.blogspot.com. Patutlah kak Fieda confuse. PU tak kisahlah kan, bukan salah kak Fieda pun. Nama pun lebih kurang je kan....

Tapi kak Fieda baik hati tau...Walaupun bukan PU yang menang hadiah yang dia sponsor, kak Fieda tetap bagi PU hadiah juga sebagai tanda kenal dengan PU.

PU suka sangat sangat dengan hadiah kak Fieda nih....Terima kasih kak...Sayang kak Fieda ketat ketat >_<


Keychain lip lap lip lap lebiu lagi tau....Suka sangat keychain nih..Terima kasih daun keladi kak Fieda...(^_^)

Ummi tak kisah pun Auni makan sepah sepah (^_^)

Malam tadi PU masak nasi goreng jer.....Kalau incik suami takde kat rumah, memang PU masak simple simple jer...Kalau incik hubby ada baru masak macam macam sebab suami tercinta kuat makan...lalalala....(^_^)

Macam biasalah kalau bab makan nih Aina dan Auni nak makan sendiri. Kalau PU nak suap makan, confirm dua beradik nih palingkan muka. Sentap mak tau anak anak tak nak makan bersuap...=_='

Takpelah kan, anak anak Ummi dah besarkan boleh berdikari....Konon konon mengalah dengan anak anak padahal hati sensitip nih...huhuhu....

Bila dah bagi anak anak makan sendiri tahu ajelah kan keadaan rumah jadi apa kan....Aina makan tak bersepah sangat, bila dah habis makan dia sendiri bawa pinggan ke sinki. Kira nasi yang Aina makan sepah sepah kat lantai boleh kutip lah kan....Sekali bila tengok Auni makan, tuh dia.....Buntang sploh saat jugak la mata PU nih.....


Setiap kali ambik gambar mesti pejam mata..Tak tahan flash kamera....Tengok lah nasi bersepah sepah kat lantai...


Tuh dia gaya mata kuyu.....


Makan dengan penuh kekusyukkan sebab nasi goreng ummi dia sedap....hahaha...masuk troli tolak sendiri.

Setiap kali makan, memang Aina dan Auni nak makan sendiri. Kadang kadang aje nak makan bersuap. Nak nak bila abi diorang ada, lagilah mengada ngada nak bersuap..elehhh....Saja nak bagi ummi dia jealous lah tuh....Walaupun hakikat sebenarnya memang jealous pun =_=

49 days


Ada sesiapa yang minat cerita Korea? Dulu PU, ada juga tengok cerita Korea, Full House dan Autumn In My Heart.

Sekarang PU gila tengok cerita nih pulak 49 Days....Memang best cerita nih.....Nak download cerita nih dari episod 1 tapi takde pulak kat You Tube....

Nak beli VCD cerita nih confirm ratus ratus harga dia..Yelah cerita berepisod kan.....Ada sesiapa tahu tak kat mana nak cari VCD nih????Rasanya nak beli juga lah......

Nota kaki* Tak berkesempatan beli novel SUNAN MUSAFIR.....Tak pernah miss baca cerita Sunan nih dari novel pertama tau.....Nak kena masuk dalam list yang perlu beli nih...hehehe

Filem Allahyarham P.Ramlee yang PU tak suka tengok!!!

Kalau korang nak tahu PU nih memang minat gila dengan filem filem Allahyarham P.Ramlee tau. Tak pernah jemu waluupun tengok banyak kali...Tapi ada satu filem Allahyarham nih yang PU takkan tengok. memang sakit hati tau tengok filem nih.....Mulalah mulut PU pot pet pot pet tengok filem nih.....

Nak tahu filem apa yang PU tak suka tengok tuh???Meh skroll bawah lelaju..................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Serius memang gila punya benci PU dengan mak mertua Kassim Selamat nih....Membara bara tengok perangai orang tua nih.....Lepas tuh watak Dr. Ismadi.....Ishhhh...buat tambah dosa aje PU nih kan....Memang takkan nak tengok filem nih lah....Kesian sangat kat Kassim Selamat.....Tak sangka perangai mak mertua dia macam tuh kan...

Agak agakkan ada lagi ke perangai mak mertua yang zalim macam NYONYA MANSOR nih.....Kalau lah ada lagi manusia spesis nih tak tahulah apa PU nak cakap.....Syukur alhamdulillah PU dapat mak mertua yang baik dan bukan spesis macam Nyonya Mansor nih....(^_^)

Auni check up 1 tahun 3 bulan | Ambil pil perancang Regulon pulak...

Assalamualaikum....

Hari nih PU masuk office lambat sebab nak pergi klinik check up Auni setahun tiga bulan. Sepatutnya PU kena bawa Auni pergi klinik semalam tapi PU terlupa. So, hari nih kena bawalah kan.....PU nih sangat sangat alert bab bab nak bawa anak anak pergi klinik. Tapi semalam boleh terlupa..huhuhu...Sabar ajelah..Padahal siap siap tulis dalam diari.

Alang alang check up Auni, PU ambil sekali pil perancang. Sepatutnya esok kena ambil tapi memandangkan esok ada seminar Al-Quran kat ILIM, PU ambil sekali hari nih...Dah alang alang datang kan.....

Sebelum check up Auni, PU kena ambil pil perancang dulu. Sebelum nih, PU makan noriday..Lepas enam bulan, PU tukar makan regividon pulak. Start esok, PU makan regulon pulak.....PU memang kena ambil pil perancang jugak kalau tak mahu ada sorang dalam perut nih..hehehe....

Lepas, PU dah ambil ubat, misi lain panggil nama Auni pulak. So, terus jelah check up untuk Auni. Ambil berat dan tinggi dia....

Alhamdulillah berat Auni naik walaupun tak banyak...Macam tuh gak dengan tinggi dia...Sebenarnya PU risaukan Auni nih sebab dia makan banyak tapi badan tak tembam pun. Kurus melidi je anak PU sorang nih. Kalau orang tengok, alahai keciknya....Tak makan ke budak nih....Bukan tak makan tau korang, Auni nih jenis yang memang kuat makan. Satu hari dia boleh makan sampai 6-7 kali. Tuh belum campur dengan dia makan kudapan lagi....

PU tanya juga misi kot kot Auni ada masalah ke kan..Pastu misi tanya la Auni nih aktif ke tak...Bila PU cakap aktif terus dia cakap jangan risau sebab bila dia aktif tenaga yang digunakan banyak. Sebab tuh bila makan banyak pun, badan tak naik sebab tak dan nak jadi isi..hehehe...Tapi memang PU akui Auni memang aktif...Malam malam time nak tidur Aina dengan PU dah tidur, Auni boleh lagi main sorang-sorang..Siap menjelajah satu rumah lagi tau....

Nota kaki* Agak agak koranglah kan berapa berat Auni dan tinggi dia? Nak bagi korang hadiah nih tapi sorang jer la ye.

Terlalu sedap hingga mata tak boleh bukak!!!!

Assalamualaikum....

Rindu sangat dekat korang....Rasa macam dah bertahun tahun lamanya meninggalkan blog nih...Walaupun tak sempat nak bersawang, tapi rasanya macam dah bersawang pun blog nih =_=.

Sabtu 2 minggu yang lepas sebelum disahkan menghidap campak keladi, PU hantar adik sepupu pergi Terminal 1. Adik sepupu tuh nak balik Batu Pahat. Dia tumpang tidur sehari kat rumah PU. 

Dah sampai Terminal 1, PU teman dia beli tiket. Lepas dah selesai beli tiket, PU ajak adik sepupu pergi makan isi perut yang dah berkerongcong. So, dari tingkat atas nak turun pergi food court kena ikut eskalator lah kan....Sebelum sampai kat tempat yang nak di tuju, PU singgah sat kat kaunter McD beli aiskrim sebab dah lama tak makan aiskrim. PU beli tiga. Satu untuk PU, satu untuk Aina dan satu untuk sepupu PU. Bila sampai kat kedai makan, hamek ngko!!!Auni dah rampas aiskrim kakak dia. Dah si kakak terjerit jerit..Makanya terpaksalah ummi dia mengorbankan aiskrim kat Aina.....


Tengoklah mata Auni sampai pejam pejam makan aiskrim McD....Langsung tak nak pandang kamera...Puaslah PU panggil suruh pandang langsung dia tak hairan....


Tengoklah betapa nikmatnya dapat makan aiskrim nih...Lansung tak dipedulikan orang kiri kanan tau....Terus terang PU cakap Auni nih kalau dapat makan memang tak ingat dunia. Tak dia peduli kiri kanan...Janji dia dapat makan sorang sorang tanpa sebarang gangguan....

Nota kaki* Otak tepu dan jammed tak tahu nak update pasal apa hari nih...

Campak keladi bukan alergik la!!!!

Assalamualaikum...

Isnin hari tuh officemate bawak PU pergi klinik kesihatan lepas diorang tengok keadaan PU yang timbul merah merah kat tangan dan langsung tak boleh nak pegang barang. Tangan rasa macam kena cucuk dengan jarum. Bisa sangat sangat....

Setelah empat jam duduk melangu buang masa kat klinik, jumpa doktor dan ambil darah bagai. Dapat result, doktor cakap PU alergik. Alergik???Sepanjang 28 tahun nih i hidup kat dunia nih tak pernah alergik dengan apa apa tau kecuali habuk sebab resdung~~lalala, doktor  boleh cakap PU alergik.

Tak puas hati, PU jumpa mak a.k.a nenek PU..Tunjuk masalah yang PU hadapi nih..cewahh..ayat...Sekali nak tahu apo omak den koba an...Den kono campak keladi...Apa pun tak boleh...Dah tua tua baru nak kena campak PU nih kan..hahaha


Keadaan tangan PU gara gara kena garu sebab gatal...Nih gambar masa hari Isnin ye...


Nampak tak ada tompok tompok putih tuh....Yang nih keluar bila PU minum air kelapa yang mak dah tawarkan..Terus keluar tompok tompok putih...PU try picit satu keluar air...Haiyak....

Sekarang nih masih menanggung gatal gatal satu badan......Hari nih PU kerja half day sebab nak pergi klinik. Pastu ada urusan nak buat dengan makcik...

Nota kaki* PU dah terjah beberapa rumah...Isnin nih sambung lagi terjah rumah korang....InsyaALLAH

Perlukah mendiamkan diri bila pasangan CURANG???

Assalamualaikum....

Wah wah wah...Sekian lama berehat daripada blog, terus post entry pasal hot isu....hehehe....Sebenarnya dah lama PU fikirkan pasal nih sama ada nak share dekat blog ataupun tidak....Setelah ditimbang, ditolak, dibahagi dan dilambung lambung, PU share jugak tapi akan ditapislah kan...PU akan cerita direct.

Sejak sejak akhir nih banyak persoalan tentang rumahtangga yang bermain main kat kepala otak PU nih...Pasal orang nih pasal orang tuh.....Dan macam macam lagi lah....Bukan nak menyibuk tepi kain orang tapi bila terlibat secara tak langsung, nak tak nak kena ambil tahu jugaklah kan...

Baru baru nih PU ada tolong kawan kepada kawan untuk beri bukti yang suami dia curang....Tak banyak mana pun PU tolong, tapi mudah mudahan niat ikhlas PU tuh akan bantu dia selesaikan masalah rumahtangga dia secepat mungkin...

Korang bayangkanlah suami dia seorang yang baik, penyayang, tak pernah tinggal solat berubah sekelip mata selepas berkawan dengan seorang perempuan. As a wife, mesti tak percaya suami akan berubah mendadak macam tuh kan. Si isteri nih minta tolong seorang ustaz, apa yang PU tahu ustaz tuh cakap suami dia dah terkena. Nauzubillah...Sampai macam tuh sekali kan cara orang nak porak perandakan rumahtangga kita. Sekarang nih PU tak tahu lah apa yang berlaku seterusnya dengan rumahtangga kawan kepada kawan PU tuh..Tak nak nampak macam busy body pulak kan....

Bagi PU lah kan banyak faktor sebenarnya dalam rumahtangga bila pasangan kita curang...Mungkin sebab sihir, sikap pasangan itu sendiri atau macam macam lagi lah kan....Rasa rasanya kalau suatu hari nanti rumahtangga korang diuji bila pasangan curang, patutkah korang mendiamkan diri tanpa membuat apa apa tindakan atau korang redha saja apa yang terjadi???? 

Kalau disebabkan sihir tuh, kenalah ikhtiar pulihkan kembali pasangan yang dah terkena sihir tuh..Tapi kalau curang sebab pasangan tuh sendiri menggatal memang menjadi kepantangan PU. Kadang kadang PU sendiri tak faham, bila ada pasangan yang dah berkahwin ada keinginan nak berlaku curang. Bila kenal dengan somebody kat tempat lain, mulalah naik minyak. Cakap tak kahwin lagi lah, apalah sedangkan dah berkahwin dan punya anak. Bila kantoi, cakap takde apa apa hubungan pun. Just kawan kawan. Serius, PU tak faham situasi macam nih. Rasanya tak salah nak berkawan dengan sesiapa pun asalkan jujur dan mengaku status diri yang sebenar.

Macam PU sendiri, bila PU kursus atau mengahadiri seminar di luar dari pejabat PU sentiasa ingatkan diri. Niat ke suatu tempat sebab nak cari ilmu, nak cari rezeki dan yang paling penting ingat diri sudah berkahwin dan ada anak anak. Alhamdulillah, sampai sekarang PU terselamat dari sebarang godaan di luar. Yang pentingkan kuatkan iman tuh. Tak perlulah bila kenal orang baru, mulalah jual saham cakap tak kahwin lagi. Bayangkan kalau terkantoi, apa perasaan pasangan ketika tuh? Suka atau sedih? Ketawa atau menangis?

If kita masih ada sayang pada pasangan, usahalah sedaya upaya agar rumahtangga kita dapat diselamatkan. Kalau dah buntu, minta khidmat nasihat kat pejabat agama. Tak semestinya pergi pejabat agama nak berceraikan....Kadang kadang ada pasangan yang nak bercerai, bila dapatkan khidmat kaunseling kat pejabat agama terus tak jadi bercerai. Apa yang penting dapatkan khidmat nasihat dan kaunseling, selepas tuh kalau masih juga nak berpisah terpulang. Tapi kalau boleh usahalah agar rumahtangga tuh kekal hingga ke syurga. Seandainya tak dapat diselamatkan, redha dengan segala yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik  setiap yang berlaku.

Korang pernah dengarkan ALLAH takkan uji hambaNYA lebih dari kemampuan hambaNya itu....Jadi, PU percaya sangat sangat setiap ujian tuh ada hikmahnya. Hari ini pasti kita pasti diuji dan bersedih. Jika kita tabahkan hati, kuatkan semangat dan sabar menghadapi segala galanya, insyaALLAH pasti KEBAHAGIAAN itu kan jadi milik kita jua.

Nota kaki* Kebanyakan penceraian berlaku apabila suami @ isteri @ kedua duanya sekali tidak solat. Ingat ingatlah SOLAT itu tiang agama.