Contest Candid Time

klik banner untuk join

Nih pic candid yang PU pertaruhkan


PU tag :


Tarikh Tutup : 13 Disember 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY

klik banner untuk join

Untuk pertama kali PU join GA yang dianjurkan oleh MAK DARA
Rasa berdebar debar pulak join GA yang dianjurkan oleh MAK DARA nih cuz kalau sape sape yang tak kenal lagi MAK DARA nih seorang penulis skrip....

Senang jer nak join GA nih just berikan tajuk filem...

Tajuk Filem " Cinta Tiga Suku'

Tarikh Tutup : 7 Disember 2011

Menang GA 1 Cute Mum

Alhamdullillah, sekian lama tak menang GA hari nih ada juga rezeki menang. PU vote Dania guna fb PU sendiri, incik hubby dan adik PU. Tak sangka lak nama adik PU tersangkut....


Kemenangan di bulan November : 5

Kecewa teramat sangat dengan sikap BOS!!!

PU ada cerita kat entry sebelum nih pasal PU terlibat dengan nasyid PERKEP. Actually, sepanjang berlangsungnya pertandingan nasyid tuh ada kejadian yang tak diingini berlaku.

Terus terang PU katakan, PU dan kawan kawan yang lain teramat terasa hati dan kecewa dengan sikap bos kami. Sikap dia yang "lepas tangan" dan kerana marahkan seseorang, dia melepaskan geram dan amarahnya kat kami yang tak tahu apa - apa. Terasa kami betul betul tak dihargai. Kami memang betul betul down!!!

PU tak tahu nak luahkan macam mana rasa kecewa nih kat sini. Rasa sebak jer.....

Lupakan la bab bos yang tak tahu menghargai staf bawahan dia. Korang enjoy tengok pic pic yang kitorang snap lepas persembahan group kitorang.














Pemenang buku resipi & GA PinkUmmi

Entry pendek!!!

Hadiah korang dah ada cuma PU belum sempat nak balut dan pos hadiah hadiah korang tuh because PU tersangat la busy sekarang nih.

PU harap korang sabar menanti kedatangan hadiah korang tuh yer. Maaf sesangat cuz terpaksa pos hadiah hadiah korang lambat, PU bukan sengaja. Maaf sesangat ye korang korang yang menang tuh.

InTrend Disember 2011 | Maya Karin & Fasha Sandha

Korang dah dapatkan InTrend Disember 2011? PU dah dapatkan semalam. Nampak jer InTrend terus PU sambar. First thing PU beli InTrend cuz nak join contest la kan apa lagi.

Kali nih hadiah hadiah yang ditawarkan InTrend memang best best la. Memang kena join punya. PU belum berkesempatan nak belek page to page InTrend nih. Just tengok sekali imbas jer. Malam nih mungkin berpeluang kot nak baca majalah kesayangan ramai nih.

Apa yang penting InTrend kali nih sangat istimewa buat PU. Nak tahu sebab apa? Ce teka ce teka.
Published with Blogger-droid v1.7.4

LC Special Edition untuk incik hubby

Dah dua hari rasanya PU tak update blog. Semua sedia maklum kan PU terlibat dengan pertandingan nasyid. So, hari nih baru berkesempatan nak update blog.

Okeh, straight to the point la kan. Korang nampak tak kat atas entry nih, pic motor LC Special Edition kaler biru? Nih pic motor baru incik hubby. PU hadiahkan untuk incik hubby. PU bukan nak menunjuk nunjuk pasal motor nih tapi entry nih sekadar nak berkongsi dan sebagai tanda kenangan. PU kesian dekat incik hubby, motor Honda Wave dia dah rosak tak boleh nak start enjin langsung. PU belikan motor baru nih senang dia ulang alik dari Kem Sg Besi ke rumah. Mula mula ayah PU suruh tolak motor lama buat deposit motor baru tapi PU rasa sayang pulak cuz motor Honda Wave tuh incik hubby dah habis bayar. So, incik hubby cakap tunggu duit ada baru repair motor Honda Wave. Motor tuh wat ronda ronda kat area rumah jer.

Motor LC SE yang PU amik nih jenis klac, PU memang tak pandai bawak motor jenis nih. Kalau motor biasa tuh terror la PU nak tunggang. Masa datang nak amik motor nih pun, PU mintak tolong adik lelaki PU bawak sampai ke rumah. PU lak bawak motor dia..Incik hubby ada gak ajar cara nak tunggang motor jenis klac nih, adik PU pun sama gak tapi memang PU tak reti gak. Motor biasa jela PU pandai pun.

Motor nih incik hubby yang pilih. Dia ada gak mintak pendapat PU nak amik motor apa tapi PU suruh dia pilih ikut taste sendiri. Tanya PU nak amik motor apa, senang je PU pilih amik aje scooter. Nak ke dia bawak motor scooter pergi kerja. Tak maknanya pun. Hehehehe..

Hopefully motor tak meragam macam Honda Wave. Honda Wave tunggu ye aku lenjan ko bile ko dah sihat nanti.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Pertandingan Nasyid PERKEP 2011



Sebelum nih PU ada post entry pasal PU kena gantikan tempat somebody dalam nasyid kan. So,today PU nak story mory sikit pasal pertandingan nasyid nih serba sedikit.

Kalau refer pada schedule pertandingan, sepatutnga semalam all contestants kena ada kat Maktab Cheras for sound checking & raptai. PU tak berkesempatan pergi maktab semalam cuz diberi pelepasan datang masa hari pertandingan sahaja. No need stay there 3d 2n. Datin beri pelepasan kat PU cuz ada anak kecil yang still breastfeed lagi. Yang lain semuanya anak dah besar besar & bujang. PU sorang jer yang beranak kecil. So, faham faham ajelah bila ada.baby nih kan. It's so hard for me to leave both of them. Datin memahami & dia tinggalkan pesan hafal lirik lagu. Walaupun PU join last minit atas arahan somebody, komitmen yang diberi kena tinggi. So, dalam masa tak sampai sehari PU dah boleh hafal lirik 2 buah lagu yang dipertandingkan.

PU sampai kat maktab around 9.30am. Sampai sampai je PU pergi jumpa kawan kawan nasyid yang lain sekejap. Then, PU ajak kawan kawan yang conduct group nasyid gi sarap. Actually dorang nih ustaz kat tempat kerja PU.

Lepas sarap,kitorang berlatih menyanyi sampai lebam..hehehe..kitorang stop berlatih tepat jam 1.00pm. So, masing masing sibuk menyiapkan diri,yang mana boleh solat, solat dulu.

Tepat jam 2.10, kitorang sampai ke dewan tempat pertandingan diadakan. Seriau tengok orang ramai walaupun majoriti penonton terdiri daripada wanita wanita jer. Bab bab debaran tuh still ada. Risau gak kalau darah gemuruh datang abis hilang semua lirik yang dihafal. Tapi alhamdullillah nyanyian kitorang berjaya di abiskan dengan jayanya. Sebenarnya, group PU turn yang ke 5. Semuanya ada 20 group yang masuk pertandingan. Actually, sampai malam pertandingan diteruskan but sayang la sangat sangat cuz PU dah balik awal. Jam 4.45pm, lepas group PU buat persembahan, PU balik dengan kawan kawan ustaz tadi.

So,far pertandingan nasyid yang diadakan memang sengit. Baju baju contestants yang lain glamour giler korang, rasa kerdilnya kitorang cuz pakaian kitorang tak la glamour tapi meletup you!!hahaha

But, PU really enjoy join nasyid nih. Dapat 2 helai jubah sponsor dan 2 tudung jenama Nur Kasih lagi. So, takde ruginya join nasyid kast minit kan,kan,kan..

Nak tahu pasal perkembangan terkini keputusan nasyid nih kena tunggu annoucement dulu. Next entry PU nak cerita pasal 2 jubah dan 2 tudung yang di sponsor dan lagu ciptaan diorang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wifi kat tempat kerja buat hal | update blog guna fon jela

Kalau korang tengok entry entry PU sebelum nih, korang akan perasan PU post entry guna fon. Actually PU lebih suka update blog guna lappy compare dgn fon. X puas la.

Tak tahu la bila wifi nak ok. Banyak benda PU nak share. Nak update nuff & churp churp pun payah. Nak join cgl jauh sekali. Tengok jela, geram geram geram.

Tak lama lagi nak masuk bulan Disember. So far, tak banyak cgl yang PU join. Tapi kan insyaALLAH masuk je tahun baru PU berazam akan join semua cgl yang bersesuaian. Ada rezeki ada la kan.

Jeles tengok kawan kawan menang cgl..Mana tahu lepas nih berpeluang menang hadiah hadiah yang besar dan mahal pulak..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sekian lama tak menyumbangkan suara dalam nasyid

Hari nih PU agak busy berlatih nasyid untuk PERKEP. Korang jangan salah faham pulak ye. PU bukan ahli PERKEP tapi PU dipilih untuk gantikan tempat orang yang tarik diri last minit. Tapi PU hadir masa hari pertandingan aje, ikutkan PU kena stay tidur kat kl 3 ari 2 malam tapi disebabkan si kecik Auni still breastfeed so, PU diberi kelepasan datang pada ari pertandingan aje.

Saat entry nih ditaip, PU tengah tengok akak akak yang lain berlatih nyanyi cuz dorang tak dapat lagi tempo lagu nasyid. PU & the gang yang muda belia boleh la catch up lagu rancak. Yang kategori veteran nih memang makan masa sikit nak ajar nyanyi.

Tak tahu la apa jadi dengan lagu nasyid nih kalau PU ada.hahaha.. Dah berkurun lama tak menyumbangkan suara dalam lagu. Last terlibat dengan nasyid masa PU tingkatan 4 & 5. Sekarang nih agak agak la kan. Umur pun dah 27 tahun anak dah dua,wayar pun banyak putus, suara pun dah lari dari garisan. Jangan hujan turun masa pertandingan tuh udah ler. Kompom suara PU la punca hujan turun, ahakss ( ",) PU suka, PU suka.

Hopefully segalanya berjalan dengan lancar. Dah lama tak berdiri
kat atas pentas,kompom darah gemuruh datang menyerang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Perjalanan ke Sunway Pyramid (Part 2)

.......sambungan part 1

Sampai jer kat parking, kitorang bergegas ke lif dan pergi ke tingkat LG...Bila dah sampai tuh, kitorang berpusing pusing cari tempat yang dimaksudkan. PU tanya la ada sorang kakak nih tapi dia tak tahu. PU tanya ada seorang amoi tuh, dia cakap Blue Atrium kat depan lagi. Ha, puas gak la cari, berpusing pusing. Kaki naik lenguh dah. Tambah pulak tangan pun lenguh gara gara dukung Aina. Aina tak nak jalan kaki. So, PU bergilir gilir dengan Farah dukung Aina. Lastly, dapat gak kitorang jumpa tempat yang dicari cari sebab dari jauh dengar lagu InnerShine berkumandang....

Sampai sampai jer PU tanya sorang amoi nih nak winner's contest nak jumpa siapa..Then, dia suruh jer PU enter kat perkarangan pentas tuh. Masa tengah cari penganjur PU terjumpa Nisa Azman, blogger Greennn Inspiration. PU tegur Nisa dulu, dia memang tak perasan PU. PU borak borak kejap dengan dia. then, dia suruh PU jumpa penganjur redeem hadiah.

PU sempat snap pic pic Maya Karin. Seriously, she's beautiful and friendly women. PU suka sangat sangat....Maya Karin sempat gak cium pipi Aina. Huh..untungnya jadi budak kecik....PU pun nak gak kiss Maya Karin tuh...hahaha


Slim kan Maya Karin...Sungguh jeles tengok body dia...huhu~



Aina potong stim la...pose dah ok dia sibuk tengok hadiah yang Ummi dia dapat...

Hadiah hadiah menang join contest InnerShine

Nih la hadiah hadiah yang PU dapat daripada InnerShine Club. Excited sangat bila dapat hadiah hadiah nih.

Lebih lebih lagi dapat sekotak InnerShine pati prun tuh. PU dah minum sebotol. Masam giler pati prun nih tapi sedap. Before this memang beli tapi kat luar mahal sangat. Tapi rasanya kalau untuk kesihatan dan kecantikan harganya tak la mahal mana kan.

Bila menang contest kat fb nih kali ke 2, rasa semangat nak join contest berkobar kobar. Lepas nih, nak join contest yang hadiah hadiahnya besar dan mahal pulak. Mana tahu kan rezeki anak anak kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

I'm big now Ummi!

Sebelum nih PU update blog pasal gi Sunway Pyramid. Then,PU ada gitau pasal tangan jd lenguh gara gara dukung Aina kat Sunway. Serius wei,tangan nih lenguh sampai sekarang. PU siap doa balik nanti jangan la Aina mintsk dukung lagi. Mau patah tangan, nampak je Aina nih kurus dan kecik tapi tulang berat nauzubillah.

Lepas sesi melantak abis,kitorang pun balik. Masa balik buksn main lg Aina tak nak berdukung atau pegang tangan. Konon kononnya dah big enough la kan?

Tengok ajela pic pic Aina kat atas nih, bukan main bergaya lagi jalan jalan tengok sekeliling. Tapi dapat upload 2 pic aje cuz pic yg lain belum di rotate lagi.

Kan bagus anak Ummi nih dari tadi nak berjalan sendiri. Kalau tak, idok ler tangan PU dgn mak long Farah lenguh dukung kamu!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Perjalanan ke Sunway Pyramid (Part 1)

Seperti yang PU bagitau kat entry sebelum nih, PU menang contest InnerShine. Dengan rasa keterujaan nak jumpa Maya Karin punya pasal PU beranikan diri drive pergi Sunway Pyramid. Terus terang PU belum pernah drive sampai ke sana tau.

Macam biasa pagi Sabtu tuh PU bangun pagi buat sarapan untuk adik adik PU. Ari Jumaat lagi PU dah balik Sendayan, so, bila dengar balik Sendayan adik adik PU nak ikut....Excited nak duk umah kakak dia..hahaha...Lepas tuh, bila dah siap semua PU mandikan anak anak. Auni PU tak bawak, PU tinggalkan kat makngah....Nak jalan jalan pergi Sunway Pyramid bawak Auni?? Giler ngko!!! Kompom satu Sunway Mall tuh dengar suara Auni..Perangai dia agak lain sikit...So, PU buat keputusan bawak Aina, adik PU Arif dan adik adik sepupu Farah dan Alif....

PU bertolak dari rumah jam 11.30 pagi. Singgah PD hantar Auni dan jemput Farah. Then, bermula la perjalanan kitorang ke Sunway Pyramid. Yang kelakarnya, malam sebelum pergi tuh incik hubby dah bagitau ikut Highway Kesas. Yang PU pulak salah paham msg incik hubby, PU pikir incik hubby suh ikut Lekas tapi dia tersalah taip Kesas. Dah tak pasal pasal kena patah balik pergi bandar Seremban ikut Highway Plus.

Perjalanan PU berjalan dengan lancar sampai la Highway Kesas. Incik hubby pesan lepas tol yang ke 2 atau ke 3 ikut signboard Sunway dia sendiri tak sure. PU pun ikut jela arahan dia tuh. Sebelum sampai tol ke 3 PU ada terperasan signboard Sunway Lagoon Resort tapi PUdah terlajak. PU pikir takpela sebab belum sampai tol yang ketiga. Dah sampai tol ketiga bawak keta macam biasa la kan.. Bawak punya bawak PU tengok langsung takde signboard Sunway. PU dah mula cuak dan nak marah sebab jam dah pukul 2.54 petang. PU suruh Farah kol incik hubby tanya dia balik. Sekali nak tahu apa PU dapat tahu?? Incik hubby bagitau kitorang dah terlajak jauh..Apa lagi, PU buat u turn terus pecut laju. PU tengok signboard Bandar Sunway PU ikut jer....Akhirnya sampai la kitorang ke destinasi yang dituju walaupun kitorang sampai jam 3.30 petang.

Dah sampai Sunway nak tahu apa jadi kat kitorang semua???Tunggu entry lepas nih pulak......

Panggilan dari InnerShine Club | Menang Contest "Shout Out! Mengapa Anda Sayangkan Innershine"

Jumaat lepas PU ada baca status Cute Mum kat FB....Dia dapat panggilan daripada InnerShine cuz menang contest "Shout Out! Mengapa Anda Sayangkan InnerShine". PU seronok baca jer status Cute Mum  cuz menang contest tuh. Sekali lebih kurang jam 3 petang lebih, PU dapat panggilan daripada InnerShine yang PU one of da winners contest tuh...Eee...Bestnya....Terus PU cakap confirm hadir cuz excited sesangat. Tak sangka lak PU menang.

Alhamdullillah ada rezaki PU menang contest FB..Sebelum nih PU menang GA FB Teh Tarik ..Sekarang InnerShine pulak.


Kemenangan di November 2011 : 4

Jumpa Maya Karin @Sunway Pyramid


Berkesempatan jumpa dengan Maya Karin @ Sunway Pyramid. Alhamdullillah berkat menang contest "Shout Out! Saya sayangkan InnerShine" kat FB.

Nanti PU update entry pasal kemenangan dan perjalanan PU ke Sunway Pyramid. Kena cerita part by part. Panjang giler cerita yang PU nak sharekan,kelakar pun ada. HAHAHA nak jumpa Maya Karin punya pasal.

See korang next entry yer ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Menag GA InDiana Boutique | Join last minit

Entah macam mana PU boleh tergerak hati nak BW blog InDiana Boutique.....PU BW sebab nak check pemenang GA yang dianjurkan...Sebelum nih PU ada check tapi result tak keluar lagi.....

Sekali bila check result dah keluar lama da...10 Nov 2011...Tapi masa nih PU cuti...So, memang PU tak online...Alhamdullillah belum terlambat lagi kot rasanya PU bagi details....Hopefully Yanna dah terima details yang PU sent tadi....

Alhamdullillah PU dapat tempat ketiga......


Kemenangan di bulan November 2011 : 4

Kerana vacuum Aina menyorok

Korang nampak tak kepala seorang baby besar kat sebalik sofa tuh? Nak tahu kenapa Aina menyorok kat belakang kusyen sofa tuh? Meh sini rapat rapat PU nak cerita sket.

Ceritanya macam nih. Pagi sebelum PU balik PD, PU kemas rumah. Kemas dapur, kemas ruang tamu dan bilik. Disebabkan banyak habuk dan sampah sampah kecik, PU guna vacuum @ PU panggil doraemon. Bila Aina nampak jer PU pegang vacuum cepat cepat dia berlari naik atas sofa.

PU memang dah tahu Aina mesti akan lari bila nampak PU guna vacuum. Sambil mengvacuumkan habuk habuk kat bawah sofa PU tergelak gelak sebab kelakar tengok gelagat Aina yang duk tinjau tinjau dari belakang kusyen.

Lepas tuh PU acah acah dia dengan vacuum tuh kat arah dia, menangis terjerit jerit si Aina. PU apa lagi tergelak gelak la. Menggeleng geleng kepala PU tengok keletah Aina. Ntah sampai bila Aina akan berani berdepan dengan vacuum nih. Si adik lagi berani daripada si kakak. Aina oh Aina!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Surprise on December

Hai peeps!!!PU baru balik dari Dengkil, riki riki jalan nak ke tempat kursus anjuran tempat kerja PU....Hari penutup nanti PU diamanhkan datang bawak goodies bag dan hamper buah untuk Dato' Dato'....So far, jalan nak ke sana senang jer..Dengar cakap orang lain macam jauh tapi sebenarnya idak la jauh mana....

Okey, forget pasal nih....Actually PU nak cerita yang PU dapat kejutan dari satu msg yang PU terima dari FB...Bukan menang join contest ke hape tapi something yang PU tak duga....Ermmm...apa erk surprise tuh???PU tak nak cerita skang...PU nak tunggu bulan Disember nih...betul betul confirm baru boleh buat entry pasal tuh. Kang buatnya takde buat malu muka mak jer...Masa tuh mula la nak menyorok kat rumah patplohpat hari patplohpat malam sebab benda yang dihebah hebahkan tuh takde...

Petang nih macam biasa la kan kena buat kerja yang perlu di settlekan.....Kena buat surat, surat dan surat...Ai...bila nak abis mengadap buat surat kan....Walaupun segalanya di hujung jari tapi surat tuh tetap akan "hidup" sampai bila-bila.....

Bila dah settle semua kerja kena lari jap pergi bank nak bank in duit kat incik hubby...Biasa la kan, kerja tentera nih bila ada latihan ke kursus ke memang guna duit....Disebabkan bulan nih terasa macam hari gaji tuh macam jauh lagi terpaksa la incik buat loan kat PU...hahaha...Dah nama pun loan kan so, kena la bayar balik ye dak....

Okeh la...PU ada something important kena buat sekarang. Entry pasal anak anak tak juga berupdate...Hape nak jadi la PU nih kan...Asyik memerap entry jer...Betul betul takde masa la sekarang nih....Tengok CGL kat blog nih berlambak lambak dah tapi terpaksa pandang macam tuh jer. Hati melonjak lonjak nak join CGL tapi apa kan daya...Esok busy gak...Jumaat pun busy gak...InsyaAllah petang Jumaat tak busy boleh la join 2,3 CGL....Agak jealous bila tengok berduyun duyun orang join CGL....

Taip taip entry meraban sebelum balik kerja

Fuh!!!! Leganya rasa hari nih...Kerja kerja untuk hari nih dah settle....Alhamdullillah, ALLAH permudahkan segala urusan PU. Esok PU da kerja lain pulak kena buat. 

Kerja untuk esok PU kena buat survey dan call pihak pihak tertentu untuk program bulan Disember nih. Disebabkan PU memangku tugas EO,so, terpaksalah buat kerja kerja yang sewaktu dengannya. PU kena buat satu projek yang agak besar gak....Bagi PU la sebab nih first time handle program macam nih...Agak mencabar kredibiliti PU gak la....

Takut gak apa yang dirancangkan tidak berjalan dengan lancar. Memang takut sangat sangat. PU tak takut gagal tapi PU takut kena marah dengan bos....hahaha....statement memang tak boleh blah....Maap maap maap...InsyaALLAH segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan kawan kawan kat ofis. Kitorang dah macam adik beradik.....

Lagi sepuluh minit nak pukul 5.00 petang. Kat luar hujan lebat...Nih yang malas nak drive time time ujan sebab tak boleh bawak lelaju...hahaha....Actually tak sabar nak jumpa Aina & Auni..Rindu sesangat dengan keletah dan karenah dua beradik nih yang pelbagai ragam....Aina, very very notti & manja gugurl...Auni pun sama gak tapi dia agak lasak kalau dibandingkan dengan Aina. Makan pun kuat....Kadang kadang takut tengok Auni makan tak berhenti henti. Macam nak melet0p perut dia bila Ummi dia nih tengok...Baru tujuh bulan dah kuat makan..Tak tahu lagi bulan bulan yang seterusnya....

lepas nih banyak entry pasal Aina dan Auni tapi tak tahu bila nak publish sebab memang banyak entry perap pasal dua beradik nih...dah memang daku begitu kan??

Double Zinger Burger

Mesti ada antara korang korang yang dah makan Double Zinger Burger. Iklan pasal burger nih mungkin dah lama keluar televisyen cuma PU agak tak perasan atau bahasa kasarnya ketinggalan zaman...muahaha...


PU nih memang addicted dengan Zinger Burger. Kalau pergi kepci memang PU akan order burger punyela....First first tengok burger nih memang jatuh chenta la...Ada slice nenas, tomato, salad, keju and mayonis...Tapi bila dah beli salad dan tomato takde...So, agak kuciwa kat situ. But still makan burger tuh lagi okeh!!! Takkan tak complete nak buang dalam tong sampah pulak kan....

PU syorkan orang try Double Zinger Burger nih....Memang berbaloi baloi la....Tapi bagi korang korang yang mementingkan imej ataupun penampilan diri, PU syorkan makan burger nih kat rumah. Giler ngko nak makan burger nih kat restoran kepci. Mulut kena bukak luasa luas tau...Tebal giler isi ayamnya...Gabak (rabak) jugak la mulut PU nak makan burger nih. Lenguh semua sendi sendi mult PU nih gara gara nganga luas luas punya pasal. Tapi serius puas hati la walaupun makan tak habis sebab mual.....


Korang tengok gambar burger kat atas nih....Besar kan??Memang akan gabak mulut punya la....Harga burger nih berbaloi la....Kira puas hati walupun hati tak puas sebab takde salad dan tomato...huhuhu


Menang Promo COSMO / Nivea

Khamis dan Jumaat lepas PU cuti......So, before cuti tuh PU berhempas pulas memulas settle kan semua kerja. PU tak nak cuti PU terganggu dengan kerja kerja yang belum settle....Kerana terlalu busy, PU memang takde masa nak check handphone. Berapa banyak miskol atau msg masuk memang PU tak tahu. Masa dah siap siap nak kemas tuh baru la PU check handphone...

Sekali PU dapat msg daripada nombor 63365....PU dimaklumkan menang COSMO / Nivea promotion. Alhamdullillah rezeki PU menang dalam contest majalah. Sebelum nih ada gak join tapi belum ada rezeki lagi. So, Jumaat lepas PU ajak incik pergi Uptown 1, Damansara Utama redeem hadiah tuh kat level 7....Thanks to Cute Mum cuz tolong PU bagitau pasal direction nak pergi Uptown 1.

Mula mula memang sesat gak la sebab nak paham betul betul direction yang Cute Mum bagitau tuh.....Alhamdullillah, Tuhan permudahkan segala urusan kitorang. Akhirnya, kitorang jumpa gak Uptown 1. Incik hubby dan Aina tinggal dalam kereta....PU bawak Auni jer....


Nih hadiah yang PU dapat. Mula mula tuh PU ingat menang promo bulan September. Rupa rupanya bulan Oktober punya....Kemenangan pertama PU dalam majalah...

Kemenangan bulan November 2011 : 3

Review hadiah menang GA

Sekali lagi PU nak bagitau korang korang entry nih entry yang telah diperap lama....hahaha...memang PU suka bab perap perap nih....

Kali nih PU nak review hadiah yang PU dah dapat sebelum nih.....


PU dah tak ingat nih join GA yang mana satu...Tapi tak silap PU seramai 44 orang pemenang terima hadiah dari penganjur GA nih...


Botol susu Wee Go dan Note bentuk orange nih PU dapat sebab join GA dan beri pendapat tentang blog BabyIbu.

Botol susu Wee Go tuh PU simpan lagi. Belum guna lagi pun.....Tak tahu nak guna bila botol susu Wee Go nih....

Kembali | Menang FM bergambar

Salam peeps!!!

ALhamdullillah PU kembali semula....Yelah 4 hari bercuti, so, PU pun bercuti dari berblogging....actually banyak benda PU nak share but PU try post one by one. As usual ada entry basi gak...hahaha...

Memang daku suka memerap entry lama lama...Bukan apa kan....PU cuma agak bz sikit dengan kerja kat ofis nih. Biasa la kan dah awal awal bulan memang PU akan bz.

Alhamdullillah, bukak jer blog pagi pagi nih, Jaa ada inform kemenangan PU join GA FM bergambar. Thanks to IntaNBerliaN gak yang inform PU kat FB....Boleh tambah koleksi FM kat fridge....hehehe...Yang istimewanya FM nih ada gambar kita...Erm...PU tengah congak congak nak buh gambar PU ataupun anak anak...Rasanya letak gambar Aina dan Auni kot....

Sekian lama tak menang GA, alhamdullillah masih ada rezeki untuk PU...PU menang tempat kedua....

Untuk keputusan penuh klik SINI

Kemenangan di bulan Nov 2011 : 2
Jumalah kemenangan 2011 : ????? (Tak kira lagi)

Gambar Seksi Zarina Ann Julie yang menyeksakan!!!!

Ada sesiapa yang belum kenal lagi dengan Zarina Ann Julie??Alahai...pelakon yang popular dengan drama Anak Pontianak tuh??Popular ker???

Sebelum nih kecoh dengan kontroversi yang dicetuskan Zarina Ann Julie....baru baru nih Zarina Ann Julie muncul pulak dalam FHM Indonesia. Agaknya dia mengembangkan bakat lakonannya kat sana pulak kot...Tapi kot yer pun nak cari rezeki kat tempat orang, jaga la sikit adab tuh....Cuba korang tengok dan fikir tentang gambar gambar Zarina Ann Julie kat bawah nih!!!





Kot yer pun nak popular cepat tak payah la nak dedahkan body yang tak berapa cantik tuh. Serius memang daku tak berkenan cara dia nih???Memalukan orang Malaysia aje...

Sumber klik SINI

Wordless Wednesday #5 - Cerita Sex Isteri Curang dengan Mat Saleh

Golden Delicious Giveaway

ShoppingLifestyle.com Magazine Readers' Contest: DKNY Golden Delicious Give-aways
klik banner untuk join

PU tag : 

IntaNBerliaN
Fieda
Tiefazatie
Golden Rose
Alvas
Cik Misi

Tarikh Tutup : 31 Jan 2012

Resipi : Ikan Goreng Berlada


Korang nampakkan gambar masakan kat atas nih. Nih la dia hasil tangan PU (menuntut dari buku 1 Hari 1 Resipi)..PU dah khatam review buku resipi tuh. So, tak la susah mana pun nak masak nih. Apa yang penting masak kena IKHLAS….Betul tak??
Okeh kali nih PU nak share resipi Ikan Goreng Berlada….Senang jer cara nak masaknya pun….Jom kita tengok bahan bahn yang diperlukan.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar
1 labu bawang besar (dihiris)
5 biji limau kasturi  ( ambik jusnya sahaja)
Garam
Serbuk kunyit
Minyak (untuk menggoreng dan menumis)
Bahan untuk dikisar dan tumis :
6 biji lada masak
5 biji cili api
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Cara-cara membuatnya:
1.      Seperti biasa la kan, kena siang ikan dan bersihkan. Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dengan garam. Kemudian goreng ikan yang dah disiang tadi yer.
2.        Bila ikan dah masak angkat dan ketepikan. Kemudian tumiskan bahan bahan yang telah dikisar tadi. Agak agak dah garing, masukkan bawang besar, garam (serbuk perasa) dan jus limau kasturi. Kacau bahan bahan tadi sehingga sebati. Bila rasa dah okeh korang boleh angkat kuah berlada tadi dan curahkan atas ikan yang telah di goreng tadi. Siap. Senangkan….(Hasil mungkin berlainan daripada PU)
Selamat mencuba yer kawan kawan. Alhamdullillah incik hubby puji masakan PU nih. Dia kata sedap.. (Kembang semangkuk punggung PU sebab kena puji..hahaha)

Rezeki pagi Jumaat | Menang 3rd GA RossRazif

Sekali lagi PU post entry yang diperap selama 3 hari. Gemar sangat daku nih memerap entry. …huhuhu Okeh! Straight to the point la yer..Macam biasa la kan, pagi pagi datang ofis PU akan check email. After that baru bukak blog, nuffnang dan fb. Masa bukak email tuh, PU dapat komen daripada Ross yang mengucapkan tahniah kat PU cuz menang GA yang di anjurkan Ross. Masa tuh, tersenyum lebar PU baca komen yang Ross tinggalkan untuk PU. Tak lupa juga PU nak ucapkan terima kasih kepada Cempaka Kuning cuz inform Pu pasal kemenangan PU nih. Sekian lama tak menang GA, alhamdullillah adda jugak rezeki PU walaupun PU sekarang nih kurang join GA disebabkan mood kemalasan yang masih melanda diri PU nih. Walaubagaimanapun, PU cuba sedaya upaya join CGL yang sekarang nih berduyun duyun blogger blogger lain anjurkan.


Alhamdullillah, no.67 bertuah kali nih. GA yang pernah di anjurkan oleh Ross sebelum nih, PU ada join gak tapi tuh la kan rezeki tuh belum ada lagi. Tapi, untuk GA kali nih PU benasib baik. Syuku sesangat. Tahniah PU ucapkan kepada pemenang yang lain.
InsyaALLAH PU akan dapat inner plus brooch yang cute. Tuh apa yang PU tahu la masa join ga nih dulu. Bertambah lagi koleksi inner PU….
Untuk keputusan penuh boleh klik SINI

Contest Awesome Blog Design!

klik banner untuk join

Kali nih PU join contest yang dianjurkan oleh Afiq Md Ali dan Syah Zahari...

PU tag :

Tiefazatie
Fieda

Tarikh Tutup: 20 Disember 2011

Apabila berat badan naik | Hati gundah gelana

Pejam celik pejam celik sekejap jer dah Jumaat....Alhamdullillah PU masih di beri peluang bernafas di bumi ciptaan ALLAH nih...

Okeh!!!Straight to the point....Korang nampak tak tajuk PU tuh...Tuh yang menjadi kunci utama masalah PU..Berat badan PU yang 57.1kg telah kembali ke 60kg...Waaaaaaaaaaaaa....tak sanggup nak terima kenyataan nih. Mula la PU berlari setempat laju laju sebab tak boleh terima kenyataan...Susah payah PU berusaha, kerah keringat berdiet sakan....Memang berjaya la berat badan turun tapi tapi...tapi kannnnnnn...baru baru nih timbang berat badan PU naik 60.2kg....Oh tidakkkkk!!!Tak sanggup nak tengok penimbang tuh. Rasa nak hempuk hempuk jer.

Macam mana berat PU boleh naik???Semuanya bermula bila PU duk umah mak a.k.a nenek PU selama 2 minggu incik hubby takde. Opkos la mak masak sedap la kan. Bila balik kerja, dia suruh PU makan. Bila cakap tak nak mula la telinga nih bervibrato sebab mak membebel kat PU. Cakap nanti perut lapar la, Auni menyusu badan kesian kat dia la....What to do???PU tak nak makan bukan sebab nak sekat tekak nih daripada menikmati keenakan masakan mak...cit ayat poyo gila....tapi PU memang dah kenyang. Tapi disebabkan tak nak menghampakan kesusah payahan mak memasak, makan gak la kan. Nak jaga hati orang tua katakan....Cuba korang pikir selama 2 minggu asyik makan je mahu tak naik berat badan nih...Kalau duk rumah sendiri memang PU akan control makan. Lapar pun PU bancuh milo takpun makan roti jer. Nih duduk umah mak sekali masak 4, 5 jenis lauk...Mau tak gemuk ngko!!!!

Sekarang nih PU akan mula balik operasi mengecilkan lemak lemak yang duduk bertapa dalam badan nih. Memang daku tak merelakan kedatanganmu wahai lemak!!!! Nak nak tengok gambar yang di snap semalam, lagi membara bara hati nih nak kurus.....Memang tak boleh terima kenyataan betul PU ni kan...So sad....

Gambar gambar kat bawah nih kawan PU tolong snap kan semalam. Semalam ada ceramah dari AKPK anjuran tempat PU bekerja, so sambil sambil tuh bergambar sakan la....Korang tengok sendiri la gambar kat bawah nih memang peratus kegemukan PU nampak ketara...Tak sanggup nak tengok gambar nih dah....Daku tak rela!!!!!




See...nampak tak ketembaman pipi PU??


Tak sanggup rasannya tengok gambar yang macam budak nih!!!Ishhhh