Slot Akasia Gemersik Kalbu bakal menggantikan Tentang Dhia


Salam peeps!!!

Sekarang nih kat wayang demam Ombak Rindu adaptasi daripada novel Alaf21 Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. kat TV3 pulak Tentang Dhia. Tak lama lagi slot Akasia Tentang Dhia akan digantikan dengan drama Gemersik Kalbu adaptasi daripada novel Alaf21 jugak, judul yang sama hasil karya Anis Ayuni. Serius cerita nih memang best. Anis Ayuni dan Fauziah Ashari merupakan novelis kegemaran PU. Serius PU cakap cerita cerita yang dihasilkan diorang memang superb. Selain tuh, PU suka jugak penulisan Damya Hanna, Aisya Sofea dan Ramlee Awang Murshid.

Kalau Ombak Rindu, Maya Karin sebagai Izzah, Aaron sebagai Hariz dan Lisa Surihani sebagai Mila. Gemersik Kalbu pulak Ayu Raudhah sebagai Raihana dan Aqasha sebagai Sufian. Korang baca sinopsis novel Gemersik Kalbu kat bawah nih yer.



Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Agak agak kan lepas nih ada tak pengarah yang nak buat drama atau filem adaptasi daripada novel Alaf21 karya Anis Ayuni gak iaitu Suara Hati. Serius korang cerita nih kalau buat drama atau filem mesti buat korang menangis. Dah lama PU tak beli novel, sekarang nih nak mula balik kumpul novel novel....Dah banyak yang ketinggalan tau. Rugi rugi rugi!!!

Post a Comment

2 Comments

  1. Macam best jer jalan ceritanya....

    ReplyDelete
  2. cik PU tak lama lagi cerita bicara hati (damya hanna), adam dan hawa (aisya sofea) dan bnyk lagi la adaptasi dari novel.. sume cite yg meletup.. :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com