Resipi : Ikan Goreng Berlada


Korang nampakkan gambar masakan kat atas nih. Nih la dia hasil tangan PU (menuntut dari buku 1 Hari 1 Resipi)..PU dah khatam review buku resipi tuh. So, tak la susah mana pun nak masak nih. Apa yang penting masak kena IKHLAS….Betul tak??
Okeh kali nih PU nak share resipi Ikan Goreng Berlada….Senang jer cara nak masaknya pun….Jom kita tengok bahan bahn yang diperlukan.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar
1 labu bawang besar (dihiris)
5 biji limau kasturi  ( ambik jusnya sahaja)
Garam
Serbuk kunyit
Minyak (untuk menggoreng dan menumis)
Bahan untuk dikisar dan tumis :
6 biji lada masak
5 biji cili api
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Cara-cara membuatnya:
1.      Seperti biasa la kan, kena siang ikan dan bersihkan. Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dengan garam. Kemudian goreng ikan yang dah disiang tadi yer.
2.        Bila ikan dah masak angkat dan ketepikan. Kemudian tumiskan bahan bahan yang telah dikisar tadi. Agak agak dah garing, masukkan bawang besar, garam (serbuk perasa) dan jus limau kasturi. Kacau bahan bahan tadi sehingga sebati. Bila rasa dah okeh korang boleh angkat kuah berlada tadi dan curahkan atas ikan yang telah di goreng tadi. Siap. Senangkan….(Hasil mungkin berlainan daripada PU)
Selamat mencuba yer kawan kawan. Alhamdullillah incik hubby puji masakan PU nih. Dia kata sedap.. (Kembang semangkuk punggung PU sebab kena puji..hahaha)

Post a Comment

0 Comments