Selasa, 29 Mei 2012

Tempahan apam polkadot dibuka

Wah wah wah!!!Semakin hebakkk PU sekarang nih. Semenjak dua menjak menceburikan diri dalam bidang pastry nih, tangan asyik menggatal nak buat jer kan..Sehari tak buat rasa tak tentu arah duduk dalam rumah..hahaha.....

Alhamdulillah PU diberikan ALLAH kudrat dan kemahiran dalam bidang nih. Sebelum nih buat suka suka je untuk makan anak beranak dan kongsi kongsi dengan jiran dan kawan kawan. Alhamdulillah mendapat pujian...Sambil sambil tuh sesiapa yang nak order, PU akan buat.

So, hari ini PU nak umumkan bahawa "TEMPAHAN APAM POLKADOT" telah dibuka. Pagi PU bekerja seperti biasa la kan. So, malamnya pulak PU tumpukan pada meng"apam" nih. Kepada kawan kawan yang nak order apam polkadot, boleh pm PU kat sini atau facebook PU.

Di bawah nih antara koleksi apam polkadot yang PU dah buat dan ditempah......






Nota kaki* Asyik update pasal apam polkadot jer...

Tidur sambil peluk tangan Ummi!!

Kisah si kecil Aina....Sekarang nih dah ada fiil baru.....Adoyai!!!PU sendiri pun tak tahu mana fiil dia ambil nih...Kalau anak anak kecil lain tidur bertemankan bantal peluk atau bantal busuk, Aina lak pulak tidur mesti nak peluk tangan Ummi dia..

Macam malam tadi, macam biasa la Auni tidur atas badan ummi dia nih kan....Haa....hamek ngko, bukan main besar bantal peluk si Auni...hehehe...Lepas tuh, Aina tidur menempel sebelah PU. Pastu dia tarik tangan PU, peluk kuat kuat....

Bila PU tarik tangan semula, Aina marah PU sambil cakap "Ma....." Pastu dia tarik tangan PU semula....Apa pun tak boleh Aina nih la....

Punya banyak la bantal kat rumah, tangan ummi dia juga dia nak peluk. Hai, anak anak..Macam macam fiil Aina nih la...Naik lenguh tangan PU dibuatnya....Nak kata tangan ummi dia lembut macam tilam Vono takde la pulak kan....Lepas nih, tak tahu apa pula fiil si Aina nih.... 

Hasil meng'apam' lebah malam tadi

Semalam PU buat apam yang di order oleh officemate. Lebihan bancuhan tuh PU simpan dalam fridge. So, malam tadi tak nak simpan lama lama bancuhan adunan tuh, PU pun mulakan operasi buat apam..Apam kali nih agak special....

Incik hubby tengok PU meng'apam' tersenyum je...Siap cakap "Ada kemajuan nampak."..Hehehe..Kembang sekejap...

PU berjaya menghasilkan apam lebah dengan gebu dan montelnya....




Siap sedia untuk di kukus!!!


Dah masak pun apam lebah PU...See! i told you all kan? Apam lebah naik dengan gebu dan montelnya....


Barisan lebah lebah yang siap sedia menyerah diri jadi santapan mulut mulut manusia...hahaha


Nih la hasil meng'apam' lebah malam tadi. Sangat sangat teruja nak bagi kawan kawan makan apam nih tapi sebaliknya berlaku.............Nak tahu apa jadi dengan apam nih tunggu sambungan entry seterusnya.. hehehe.......
 

Copyright © 2012 Reserved to Corat Coret Pink Ummi Design with love by CikBulat